MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 30 September 2007

KES NURIN


















Kes Nurin: Empat lelaki ditahan reman seminggu...
seorang wanita Indon dipercayai ' tukang jaga' Nurin ditahan

September 30, 2007 :
05.12 PM--->

Wanita Indonesia berusia 23 tahun yang ditahan untuk siasatan kes Nurin Jazlin diiringi anggota polis ketika dibawa ke mahkamah di Petaling Jaya. Seorang wanita Indonesia yang dipercayai telah 'menjaga' Nurin Jazlin sepanjang masa dia hilang sejak 20 Ogos ditahan polis.
Wanita itu ditahan di Nilai, Negeri Sembilan jam 12.30 malam (awal pagi Sabtu). Ini menjadikan jumlah yang ditahan untuk membantu siasatan kes itu setakat ini lima orang.

Difahamkan polis telah merampas dua buah telefon bimbit serta lima keping kad SIM daripada wanita berusia 23 tahun yang bekerja sebagai pembantu gerai menjual pakaian.
Siasatan dijangka bertumpu untuk mengenalpasti samada dia merupakan wanita berbaju merah dan berseluar biru yang dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi penemuan mayat Nurin Jazlin di tepi tangga sebuah rumah kedai di Petaling Utama.
Dalam rakaman CCTV yang agak kurang jelas itu kelihatan seorang wanita berada sekitar tempat mayatnya ditemui.
Wanita itu yang ditahan di bazar Ramadan, Nilai, dilaporkan ada membuat beberapa panggilan telefon kepada "Rakan Cop" untuk mengetahui perkembangan dalam tugas polis mengesan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang ketika itu masih hilang.

Sumber polis berkata, siasatan awal menunjukkan wanita berumur 23 tahun itu ada membuat panggilan itu serta menghantar SMS (Khidmat Pesanan Ringkas) kepada Rakan Cop. Dia juga dipercayai menghubungi Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, ketika kanak-kanak itu mula hilang dan memberitahu bahawa Nurin Jazlin berada dalam jagaannya.
Sementara itu keadaan agak kecoh seketika di pekarangan Mahkamah Majistret Petaling Jaya sebelum majistret mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atasnya.

Ini berlaku apabila wanita terbabit yang mulanya kelihatan meronta-ronta ketika jurugambar mengerumuninya tiba-tiba rebah di pintu masuk mahkamah sehingga memaksa polis memapahnya masuk ke dalam mahkamah.
Setakat ini hubungan antara wanita itu dengan empat suspek lelaki yang ditahan sebelumnya masih belum dipastikan.
Polis turut membawa wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang untuk diambil darahnya bagi ujian DNA.-29/9/2007

------------------------------ Kes Nurin: Empat lelaki ditahan reman seminggu...

Pengarah Jabatan Siasatan jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee mengeluarkan satu kenyataan pagi Jumaat memberitahu polis menahan lima orang termasuk seorang wanita berhubung pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin. Katanya mereka ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah kedai di Seksyen 7, Shah Alam,Khamis malam hasil maklumat orangramai.

Mereka berumur antara 27 dan 33 tahun. Turut dirampas dalam serbuan itu dua buah kereta dan lima buah telefon bimbit. Sementara itu Bernama melaporkan tangkapan pertama dibuat di Jalan Persiaran Bistari di Seksyen 7, Shah Alam melibatkan satu pasangan, kedua-duanya berumur 33 tahun, yang tinggal di Bukit Kuda, Klang.

Susulan daripada itu, tangkapan ketiga dibuat di sebuah rumah kedai di Jalan Kristal, Seksyen 7, Shah Alam membabitkan seorang lelaki berumur 28 tahun yang berasal dari Wakaf Baharu, Tumpat, Kelantan.
Menurut laporan itu difahamkan suspek itu cuba melawan ketika ditahan dan polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sebuah kereta Proton Iswara daripada lelaki itu. Pemberita yang menunggu di Hospital Kuala Lumpur sempat melihat kelima-lima mereka dibawa polis ke hospital itu pada pukul 9.20 pagi, dipercayai untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Keempat-empat lelaki yang ditahan itu tiba dengan menaiki sebuah van polis berwarna putih manakala wanita itu dibawa berasingan dengan sebuah kereta polis. Kesemua lelaki memakai baju-T berwarna merah jambu bertulis "Lokap Kuala Lumpur" manakala wanita itu, yang kelihatan mengandung, memakai baju kurung hitam dan bertudung putih serta tangannya tidak bergari.

Mereka kemudian dilihat keluar dari Jabatan Forensik HKL setelah dipercayai selesai menjalani ujian DNA sebelum dibawa oleh polis, dipercayai ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Dalam perkembangan berkaitan Mahkamah Majistret Petaling Jaya memerintahkan empat lelaki berkenaan ditahan reman selama seminggu bermula Jumaat.
Polis bagaimanapun membebaskan wanita itu yang merupakan isteri kepada salah seorang suspek. Perintah tahanan reman terhadap keempat-empat lelaki itu dikeluarkan oleh Majistret Nurmala Salim. Dua daripada suspek dibawa ke mahkamah pada 11.30 pagi dengan menaiki van polis manakala dua lagi, yang menaiki van polis yang lain, tiba 20 minit kemudian

Kekecohan kecil berlaku di luar mahkamah apabila seorang daripada empat lelaki yang ditahan itu bertindak kasar menendang seorang jurufoto akhbar ketika sekumpulan jurufoto cuba mengambil gambar dua suspek yang menaiki van kedua sejurus selepas van itu tiba di pekarangan mahkamah. Jurufoto itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Polis juga telah membuat siasatan di rumah salah seorang suspek di Kampong Kuantan,Klang.
Selain dari itu kawasan rumah kedai di Seksyen 7 Shah Alam serta kedua buah kereta. Kesemua tahanan kemudian dibawa ke Bukit Aman. - 28/9/2007
























Jumaat, 28 September 2007

PEMUDA BA anjur Demonstrasi di Masjid Negara esok lepas Pemuda Barisan Alternatif anjur Demonstrasi di Masjid Negara esok selepas Solat Jumaat.

Oleh: ANAKomak

Pemuda Barisan Alternatif (BA) akan mengadakan perhimpunan aman 'Selamatkan Sistem Kehakiman Negara' selepas solat Jumaat (28 September 2007) di Perkarangan Masjid Negara esok.
Himpunan ini kononya diadakan bagi menyatakan ketidakpuasan hati dengan sistem kehakiman di negara ini setelah terbongkarnya satu klip video mengenai konspirasi kehakiman, sepertimana yang didedah mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim, 19 September lalu.

Himpunan ini akan diketuai oleh Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub dan Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin sejurus selepas solat Jumaat.Sekali lagi PKR cuba membawa kekecohan dengan menjadikan Masjid Negara tempat berpolitik.
Apakah Keadilan sudah tiada alternatif lain dalam meraih simpati dan menarik perhatian orang ramai dalam politik mereka?
Selepas Anwar mendedahkan klip video berupa perbualan antara seorang peguam terkenal yang didakwanya sebagai VK Lingham dengan hakim kanan (insiden pada pada tahun 2002) yang didakwanya sebagai satu konspirasi kehakiman yang merosakkan sistem perundangan di negara ini.

Anwar mendedahkan klip video itu bertujuan mahu tribunal bebas ditubuhkan khas bagi menyiasat intipati perbualan itu yang disyaki sebagai usaha mencatur kedudukan tertentu dalam organisasi kehakiman negara.Usaha itu bagi Anwar satu konspirasi yang melibatkan badan tertinggi yang mana memberi kesan besar terhadap sebarang keputusan dan pelantikan hakim-hakim yang akan mengendalikan kes tertentu.

Jika benar tuduhan mengenai klip rakam itu maka tentunya kerajaan tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi dasar sebenar perarakan di Masjid negara jumaat ini ternyata lebih cenderung kepada hal peribadi dalaman Parti Keadilan Rakyat.Sebagai rakyat yang prihatin dan sebagai orang islam,kita seharusnya mengelakkan apa jua bentuk majlis yang tidak membabitkan agama tidak diadakan di Masjid.

Hentikanlah niat untuk berkumpul di masjid kerana memperlihatkan kita orang islam yang tidak tahu untuk menghormati tempat ibadah kita sendiri.Masjid tempat beribadah bukan tempat berpolitik!!Apa jua yang berlaku pasti dinanti jumaat ini.Rentak dan adat Pembangkang sebegini memang sudah dijangka.Namun apa yang diharapkan agar tidak membawa kepada keburukan demi keharmonian sejagat.

by nick_paiseh
9/26/07
Delete
Edit
View

PERARAKAN TAKTIK,MUSLIHAT PKR MENGHASUT RAKYAT

by nick_paiseh
9/26/07
Delete
Edit
View

IMPIAN PAS LUCU DAN TAK MASUK AKAL

Khamis, 27 September 2007

IMPIAN PAS LUCU DAN TAK MASUK AKAL







Oleh: ANAKomak

PAS kini semakin berani mengeluarkan fakta-fakta yang tidak masuk akal, bahkan menjadi bahan tawa rakyat.
Terdahulu sewaktu isu rusuhan di Terengganu, PAS bermati-matian menyangkal rusuhan berpunca daripada mereka dengan mencanang diri di atas lori ‘pick-up’ sambil membawa sepanduk dan pembesar suara menyatakan itu bukan salah mereka.

Dengan gah dan penuh yakin mereka berlaung-laungan dari atas lori terjerit-jerit mengatakan bukan kalangan orang-orang PAS yang merusuh tetapi orang UMNO punya angkara. Sesiapa yang melihat dan masih ingat bagaimana PAS di atas lori terpekik terlolong pasti akan ketawa dan sejenak teringat akan filem ‘bujang lapok’.
Kini, PAS dengan taksubnya sekali lagi mengulang kembali dengan fakta kononnya UMNO kini sedang mencantas dan memotong usaha PAS memenangi pilihanraya dan mengkhabarkan kepada umum strategi UMNO waktu ini.

PAS mula goyah dengan idea untuk dijadikan isu sehingga isu Allahyarham adik Nurin pun dijadikan topik utama mereka dengan meletakkan kesalahan berpunca dari pemerintah yang gagal membenteras jenayah di Negara ini.
Saya yakin ramai pembaca di luar sana tertawa dan lucu apabila terbaca dakwaan sebegitu apatah lagi kebongkakkan PAS mencanang diri dengan ‘confident’ bahawa parti PAS kini mula di hati rakyat dan yakin kejayaan pasti di genggaman.



Kenyataan sebegini sebenarnya, sudah menjadi tatapan santai untuk dibaca.Cerita-cerita berunsur kutukan sering sahaja bermain di bibir para pemimpin PAS yang jelas di mata rakyat berperwatakan alim dengan serban di kepala,jubah labuh menyapu lantai tetapi sayang mulut penuh berbisa.

Apakah watak-watak sebegini yang kita akan julang ke tahta teratas?Mustahil, rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bukannya bodoh dan buta dalam menilai keperibadian, kredebiliti dan keikhlasan seseorang itu, apatah lagi kalau mahu memimpin sesebuah negeri.Beginilah strategi PAS setiapkali tibanya pilihanraya.
PAS sedaya upaya akan mencari popular ketika musim pilihanraya dengan pelbagai cara antaranya ceramah terbuka di kampung-kampung tanpa mengira soal undang-undang, menaiki lori ‘pick-up’ yang uzur sambil diarak oleh kanak-kanak dengan mengeluarkan kata-kata semangat agar membenci kerajaan dan memburukkan individu itu dan ini.

Siapa melihat pasti menggelengkan kepala dengan gelagat yang mereka lakukan sekarang ini kerana bagi mereka kemenangan paling utama sebelum usaha memajukan rakyat mahupun kebajikan masyarakat setempat.

PERARAKAN TAKTIK PKR HASUT RAKYAT


Oleh:ANAKomak


Reformasi peguam dan Keadilan semalam meyaksikan perarakan bagi mendesak Perdana Menteri untuk segera mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video rakaman perbualan melibatkan konspirasi pelantikan hakim.
Walaubagaimanapun, tindakan cekap pihak polis dengan menahan dan melarang tujuh buah bas yang membawa orang ramai dan peguam dari Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan daripada memasuki kawasan Putrajaya memperlihatkan tanggungjawab yang baik pada keselamatan negara.

Hampir dua ribu orang membanjiri antara jalan dihadapan Palace of Justice hingga di hadapan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan itu.Laungan “kami ingin keadilan!!” dan “yeah,yeah..correct..correct!!” bergema dan kedengaran sepanjang perarakan pagi itu.Perarakan anjuran Majlis Peguam dan diampu oleh Keadilan itu bermula dari jam 11 pagi yang kebanyakan mereka dari parti Keadilan.

Perarakan itu tidak ubah seperti taktik dan muslihat PKR.Ternyata PKR sengaja memanaskan punggung peguam-peguam dan rakyat dengan perarakan sebegini agar rakyat terpengaruh untuk turut serta menjayakan perarakan itu sekaligus memburukkan kerajaan dengan isu yang belum pasti sahihnya.
Perarakan anjuran PKR itu turut menyaksikan kain rentang dengan slogan, antaranya berbunyi ‘Rakyat Hakim Negara’, ‘No to Corruption’ dan ‘Selamatkan Badan Kehakiman’.Sebelum itu kira-kira 45 minit selepas berarak 20 anggota FRU bertindak menyekat perarakan itu tetapi berjaya ditembusi mereka yang semakin liar dan taksub apabila laungan semangat terdengar dari salah seorang pemimpin Keadilan.

Kesimpulan atas perarakan itu, ternyata satu pekerjaan yang ‘membuang masa’ kerana apalah salahnya jika Majlis Peguam ataupun Keadilan sendiri menghantar wakil mereka kerana dari apa yang kita nampak tujuan utama adalah hanya untuk menyerahkan memorandumagar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, itu sahaja.

Apakah muslihat disebalik perarakan itu? Perlukah perarakan dibuat ketika Perdana Menteri tiada di negara ini?Demi keadilan semua,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat keputusan bagi menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut.
Menurut Najib,tiga orang panel dilantik bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut.Panel itu dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor dan dianggotai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mahadev Shankar.

Beginilah sikap sebenar yang sentiasa dipamerkan PKR dalam mempengaruhi mereka-mereka yang mudah mengikut protes pembangkang.Sejak mula ditubuhkan lagi PKR tidak habis-habis dengan berarak yang bertujuan lebih ke peribadi.Setelah keputusan untuk menubuhkan panel khas diumumkan mereka khususnya PKR masih tidak berpuas hati dengan memandang rendah pada pelantikkan panel bahkan menolak jumlah panel.

Sebagai rakyat yang berdisplin,seharusnya akur dengan keputusan TPM itu dan menunggu sahaja sehingga selesai.Sikap gopoh PKR jangan dijadikan ikutan dan janganlah kita mengikuti mereka-mereka yang mahu membuat sesuatu kekecohan biarpun atas nama parti kerana ini akan merugikan diri sendiri.

RUSUHAN..!! SIAPA YANG BODOH

RUSUHAN? SIAPA YANG BODOH?
Oleh : ANAKomak

Sekali lagi pihak pembangkang menunjukkan sikap bodoh mereka dengan tindakan luar batasan dan kurang ajar mereka terhadap negara sendiri.Ini terbukti selepas berlakunya rusuhan dan tunjuk perasaan di Jalan Sultan Mahmud,Kuala Terenggganu,kelmarin.

Cetusan yang berlaku pada 9 September itu,membawa kepada penahanan 23 orang dan daripada jumlah itu 4 orang ditahan reman.Persoalannya disini, siapakah yang bodoh?Apa yang berlaku menunjukkan sikap kurang ajar para penyokong pihak pembangkang yang melibatkan diri dalam rusuhan serta membuat huru hara dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda milik penduduk.

Sedia maklum kejadian itu berlaku berpunca daripada ketidakpuashatian pihak pembangkang atas larangan pihak berkuasa daripada meneruskan ceramah yang dijangka diadakan di kawasan tersebut.
Ceramah itu dijadual menampilkan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat(PKR),Tan Sri Khalid Ibrahim;Naib Presiden Pas,Mohammad Sabu dan anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Ngah Ngah dari DAP.Antara tindakan bodoh dan kurang ajar yang dilakukan penyokong pihak pembangkang adalah dengan merosakkan harta benda awam dan memusnahkan harta benda penduduk bernilai kira-kira RM1 juta serta membakar bendera UMNO.

Rusuhan difahamkam berpunca daripada perasaan tidak puas hati pihak penganjur dan penyokong kuat pembangkang atas larangan pihak polis meneruskan majlis ceramah terbuka itu kerana tiada permit sah yang membenarkan majlis ceramah itu diadakan.
Menjadi satu kesalahan jika sesuatu pihak itu mengadakan majlis-majlis ceramah tanpa permit atau kelulusan daripada pihak polis.Ini adalah atas dasar keselamatan.

Telah termaktub dalam rang undang-undang negara,mana-mana pihak samada parti pembangkang, UMNO mahupun parti komponen Barisan Nasional perlu mendapatkan permit sebelum apa-apa majlis ceramah terbuka diadakan.Namun,kejadian rusuhan yang dicetuskan pihak pembangkang nyata melambangkan kegoyahan pembangkang yang makin ketara di negeri Terengganu amnya.

Pembangkang makin rakus dan taksub dalam meraih undi.Jelas,penyokong parti pembangkang kini hilang pertimbangan kerana meraka tidak lagi dapat menerima hakikat rakyat Terengganu tidak lagi menyokong perjuangan parti mereka,sehingga sanggup mengenepikan soal undang-undang negara.

Menurut Ketua Pegerakkan Pemuda UMNO,Datuk Hishammuddin Tun Husein yang menyelar tindakan penyokong pembangkang dengan membakar bendera UMNO adalah satu sikap yang tidak sepatutnya dan dianggap kurang ajar.“dari dulu lagi saya katakan,panji-panji kita jangan disentuh! Kita tak pernah buat benda yang tidak sepatutnya berhubung kait dengan panji parti masing-masing!”tegas beliau.

Terserlah kebaculan pihak pembangkang dengan perbuatan bodoh mereka itu.Perbuatan yang membinasakan diri sendiri dan tidak berfaedah itu akan merugikan diri para penyokong taksub parti pembangkang.Sebagai contoh,daripada apa yang kita lihat selepas kejadian itu,ternyata merugikan individu yang kononya berlagak hero pembangkang.Apakah faedah yang diperolehi atas apa yang telah dilakukan?

Siapakah yang rugi selepas ada tangkapan dilakukan?Adakah pemimpin parti yang diagung-agungkan itu akan membela individu yang ditahan?Gunalah akal sebelum bertindak.Berlagak wira dijalanan melawan pihak berkuasa yang kemudian ditahan kerana ingkar pada undang-undang yang akhirnya membawa diri ke tahanan.Apakah itu dipanggil wira?

Telah dimaklumkan majlis ceramah tidak dibenarkan tanpa permit yang sah dan polis mengira atas dasar keselamatan kerana ia diadakan di kawasan terbuka.Maka ,turutkanlah kehendak undang-undang itu,akur sahaja tanpa mengambil tindakan luar batasan.
Mengapa perlu membodohkan diri sendiri wahai penyokong pembangkang?Sekarang ini Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah memutuskan tidak akan membenarkan sebarang ceramah awam diadakan ditempat terbuka sebelum pilihan raya diadakan.

Sekarang siapa yang “padan dengan muka”? Siapa yang rugi? Peneraju parti yang anda sokong atau anda yang sekarang ini duduk meratap nasib kerana kerja bodoh dan kurang ajar kepada undang-undang?

Wahai penyokong pembangkang,jika benar mahu berpolitik,berpolitiklah dengan bersih.Bukan dengan amukan yang akhirnya merugikan diri sendiri.Dimanakah pemimpin parti anda (pembangkang) ketika ini?Mampukah mereka membela anda yang bermatian membela perjuangan palsu mereka?Buka mata,buka hati,buka minda.

Jadilah rakyat yang berfikiran ke hadapan dalam membentuk bangsa yang maju bukan menjadi rakyat bagi pemerintah yang gah dengan ungkapan tapi buta ilmu kepandaian demi kuasa dan wang.

Sekadar Ingatan pada yang lupa..

Kempen Pilihanraya??

Waduh.. waduh...!!!
laporan dari SPR mengatakan ada 200,000 pengundi pos. Ini sebenarnya bukan undi pos tapi undi penipu umno untuk menangkan calon yang tinggal nyawa-nyawa ikan supaya menang dan boleh menipu rakyat lagi...
ingat parti kerajaan senang dapat undi ker kadang kadang pun sesak daaa kena pakai tipu 200,000 undi P.O.S (Penipu Orang Saja)...

Dalam interview dengan setiausaha SPR cakap kalau burukkan peribadi orang yang KUNUNNYA boleh membawa keburukan kepada negara diHALALkan...
Dalam erti kata lain, dia sebenarnya nak kata...kalau kutuk TGHj Hadi ka Anwar agen CIA dihalalkan...tapi kalau kutuk menteri umno RASUAH ka, bawak lari bini orang ka...rogol anak orang ka tu tak boleeehhh... memburukkan peribadi lawan namanya.

Rasanya SPR kena gak bagi guidelines buruk peribadi cam mana tuhhh... tapi kadang kalau nak cerita pasal sesuatu system, kengkadang melibatkan players juga... so masa citer pasal bad system kadang terciter gak pasal bad players... kalau cam ni, cam ne lak ek SPR weeeiii.

Guidelines dia...
1. memburukkan orang yang dikatakan boleh membawa keburukan kepada negara adalah digalakkan...chuntuh: Anwar agen CIA, TG Hj Hadi penyokong pengganas ka

2. memburukkan orang dengan isu yang tiada kaitan dengan isu negara adalah diharamkan...chuntuh: kata pidah Rasuah ka, menteri rogol anak orang, kawin lar , menyeleweng harta rakyat... Tak cukup dengan Tv, Paper, Pejabat-Pejabat Kerajaan, SPR pun diorang nak guna... nampak sangat takut kalah.
Kata semua orang boleh fikir yang mana baik dan buruk... Jadi apa yang nak ditakutkan... Kalau kitalah kita ignore je... allow SPR... tulung bukak mata sikit. Kita tidak mahu kutuk apa-apa... cuma kita harap diaorang ni bila bercakap tulung bukak mata sikit, kenapa geng pembangkang kalu... banyak sangat korang nak kontrol tapi kenapa bila puak umno pulak yang buat korang biarkan.
Kita tahulah umno tidak berminat bab-bab agama... tapi kenapa tiap kali siaran berita, mesti ada pihak media sama-sama kutuk pembangkang, tak relevan laa kunun, tak bertamaddun, mengambil kesempatan dan macam-macam lagi korang kutuk.
Lepas korang panggil dua tiga orang puak ni, kemudian buat kutukan ke atas pemimpin-pemimpin pembangkang... buleh pulak!!! SPR ini sebenarnya apa??? badan yang mengawasi perjalanan pilihanraya kaa atau badut sarkas parti umno/BN??? berterus terang aje ler...

korang jangan sampai kita ajar anak-anak kita bahawa korang memang tak ubah macam biawakkk, kalu korang biawakk pun ... biarlah korang saja yang biawakk... tak payah babitkan dengan rakyat jelata.(Nota: bahasa ikut stail NTV7... bole kan?)
SPR dah bagi warning pada parti pembangkang (PAS) kalau nak buat janji, buat janji yang boleh ditunaikan dalam keadaan semasa seperti kalau PAS menang dan PAS telah berjanji nak buat jamban curah untuk orang kampung, janji macam tu kira O.K.
Tapi kalau PAS berjanji akan memberi syurga pada orang undi PAS, ini dikira sebagai ugutan pada orang ramai.

Kesimpulannya kalau undi PAS masuk syurga, tak undi PAS tapi undi BN bermakna masuk neraka. Janji macam ni kira menakut-nakutkan orang ramai. Janji macam ni dikira janji tipu. Perbuatan ini melanggar undang-undang pilihanraya.
Sekiranya ada calon PAS berkata demikian, pihak lawan boleh ambil tindakan undang-undang selepas pilihanraya. Hello, macai-macai PAS, sila komen sikit tentang hal ini. Orang-orang kampung banyak yang dah kena tipu oleh PAS dengan janji syurga pada siapa yang undi PAS. Yang menipu pula tok lebai PAS yang berjubah dan berserban.

Tok-tok Lebai PAS yang selalu buat sembahyang hajat yang tunjuk-tunjuk alim tapi penipu besar. Tak ubah macam setan. Inilah contoh gaya orang umno menghentam pembangkang(PAS). Oooiii... korang tak malu kaa orang tengok sandiwara buduh korang. Sepatutnya SPR duduk tengah-tengah. Adakah PAS dilarang menyatakan kebenaran? Kalau ada hadis atau firman Allah yang jelas menjanjikan syurga, maka PAS tak boleh ajarkannya kepada orang ramai? Apa komen ko kalau penasihat agama UMNO kata BERDOSA kalau tak taat pada pemerintah???

Dalam pilihanraya 2004, Umno dah tak boleh janji menghentikan rasuah sebab mereka adalah bapak rasuah. PAS tak pernah janjikan syurga jika pangkah mereka. KeADILan pun tak pernah. DAP pun sama tak pernah. umno pun rasanya tak mampu nak janjikan syurga. begitu juga mca atau mic.
Tak tau laaa macammana unit fitnah umno boleh terfikir strategi nie??? diorang masih rasakan rakyat Malaysia nie sama macam zaman van penerangan masuk kampong ke??? aik!!! pasal ada sorang makcik yang kata PAS pernah janjikan syurga pada dia dulu dan sampai sekarang dia masih tak nampak pintu syurga dan jalan ke syurga... maka PAS dipersalahkan!!!

ini macam kita nak dengar kisah serius dari rumah bahagia je... sebab dah ada statistik yang menunjukkan janji syurga boleh pengaruhi pengundi...ada baiknya lepas ni PAS buat tajuk besar dalam harakah pangkah PAS masuk syurga...kompom!!! makin umno bawak tajuk nie makin orang nampak fitnah depa!!!

Kalau janji material sebelum pilihanraya contohnya pembangunan kawasan ini akan dimajukan jika Be End menang, bila dah menang ntah pegi mana. PAStu 5 tahun kemudian nak pilihanraya, janji lagi, nampak sangat pembohong. Macam kat Sabah derang kate Sabah akan maju 100 hari selepas pilihanraya, tapi dah 2 penggal derang pegang Sabah, jangankan nak berubah lagi teruk adalah... kaya... tapi kaya dengan hutang sama macam Kedah, Selangor, Melaka dll. PAStu nak tau satu lagi kat Kota Kinabalu bandar kecik tapi die punya jem macam KL.

Kalau tak percaya datang KK la, tak padan ngan keadaan bandar die... terutama bila orang nak pegi keja n balek keja. Jangan harap la be end pembohong dan penipu dan perasuah kuat ade la. Satu lagi derang punya wakil rakyat sume kaye-kaye belaka tak padan ngan tempoh derang pegang jawatan. Baru setahun 2 jer jadi wakil rakyat rumah mak aii beso gile baban.

Yang lebih-lebih tu lain kali cite lagi. Hehehe...tapi cuaca sekarang panas...panas...sesekali hujan...sekejap jer...lepas tu panas... panas...huhh... Punyalah tak terasanya bahang dah dekat pilihanraya ni, sampai ada rakan-rakan yang lupa nak register mengundi.
Tapi disebabkan hangatnya kempen Akademi Fantasia musim kedua, maka mereka pun pakat-pakat register ke 32999 supaya tak terlepas mengundi pelajar-pelajar Akademi Fantasia musim kedua... Hai... kempen yang bersalah kah... atau kita sendiri kot lupa priority???

Musim piliharaya ni ada baiknya juga jika kita luaskan pemikiran dengan membaca buku karya Pak Habib (Syed Hussain al-Attas). Buku beliau bukan kerana gaya bahasa dan fakta yang diutarakan, malah buku-buku beliau memerlukan garapan yang amat tinggi terhadap apa yang ditulisnya. Pak Habib memang kritikal dan nujumnya selalu mendebarkan ahli polotik yang jadi bahan tulisannya.

Buku-buku seperti ini amat baik untuk kita memahami politik, memahami yang tersirat dan tesurat dan paling penting memahami bahasa. Di bahagian awal bukunya, Pak Habib mengatakan "Ku tulis buku ini untuk Perdana Menteri ku, DR Mahadir Muhhamad, Pahlawan melayu abad ke-21" dan ada pantun melayu lama:- Ku tembak pelanduk, Rusa yang kena bila ku lihat Gajah yang mati. Bukankah pantun itu amat tinggi nilai firasatnya? bagi mereka yang mahu berfikir silalah beli buku ini di kebanyakan kedai buku.

Ada gambar-gambar yang padat dan cerita menarik antaranya tentang Osama ben Laden... semuga kita tak jadi pak turut, bersemangat jihad walhal hakikatnya kita jadi tali barut Amerika. Kadang kadang kita rasa kita dah buat amal makruf nahi mungkar, hakikatnya kita tembak/bunuh orang islam sendiri.
Kita bertelagah isu khilafiah tak habis-habis, orang kafir ada agenda sendiri... hati-hati.

Pesanan Buat Penyokong PAS

Assalamualaikum,

Aku cuma nak kasi tips kepada semua balaci dan pecacai PAS sebelum pilihanraya ini.
Bukannya apa cuma kerana kesian kat korang sebab selalu kena kencing haprak dengan pemimpin PAS.
Biasanya dalam setiap pilihanraya PAS akan janjikan macam-macam termasuk wang sebagai bayaran setiap kerja-kerja yang dibuat dari memasang poster,bawa pengundi , jadi spy dan banyak lagi.
Dalam setiap pilihanraya kecil konco-konco PAS akan buat survey dari bebudak yang buat kerja untuk UMNO dalam pilihanraya , terutamanya tentang ganjaran yang diperolehi dari setiap tugasan.
Biasanya sebelum kerja dibuat bebudak ini semua akan dijanjikan bayaran yang lumayan misalnya RM20 semalam + nasi bungkus (dlm foam putih) + air mineral (tapi selalu drinking water sebab lebih murah) kalau nasib baik adalah air kotak/tin.
Biasanya budget yang diperolehi oleh ketua atau incharge tu agak besar , tapi sebab nak dapat untung bahan-bahannya kena cari yang paling murah.

Tugas pada malam itu biasalah , panjat-memanjat untuk pasang poster musibat musibat PAS yang bertanding.Seperkara yang perlu korang ingat ialah kena minta duit CASH dalam ertikata lain semua urusan yang berkaitan dengan wang perlu dilakukan secara CASH.
Sebabnya ialah kalau PAS janji nak bayar upah lepas pilihanraya , alamat kantoi lah tuu.Kalau PAS tak nak bayar secara TUNAI , lupakan saja jangan nak memandai –mandai percaya kat jonggos-jonggos PAS yang poyo poyo tu.

Ini dari perkongsian pengalaman dari pekerja-pekerja pilihanraya dari orang setempat, iaitu bayaran yang diterima adalah terlalu kecil berbanding dangan apa yang dijanjikan dan kerja yang teruk.Aku masih teringat ada sekumpulan budak remaja yang mengadu tentang PAS yang mungkir janji.
Janji kata beri sehari RM20 tapi lepas pilihanraya dapat seorang RM40 untuk upah kerja selama seminggu.Kata bebudak tu “ Kami tobat tak buat kerja untuk PAS dah ….pembohong!Janji lain tapi bagi lain …….baik kami tolong UMNO lagi bagus,kompom-kompom masyukkk..!"lalu aku pun menjawab….."BARU KOGHANG ADA AKAI..!"!

Jadi , mesej ini adalah penting kepada semua balaci yang nak dan bercadang nak Bantu Pembangkang buat keje.. supaya difikir-fikir kan …
Jangan terpedaya dengan janji kosong puak PAS mahupun kroni-kroninya yang lain.(PKR @ DAP)
Dengan sehari RM20 bukannya boleh kaya ! tapi hasil duit itu kalau buat makan buat tambah penyakit dalam badan aje.Adakah nilai diri kalian sekadar sebungkus nasi , air mineral dan wang RM20 ????Jangan tertipu beb..

Jadilah insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.yakin boleh..gemilang!!!

ANAKomak....key ell