MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 7 April 2014

Misteri Masjid Kuala Dulang di Jelebu



Satu ketika, kira-kira pada abad ke-16 masihi, Dato’ Gamboh (Raja Khatib) dan Dato’ Nika dari Pagar Ruyong Minangkabau keluar ziarah untuk mengislamkan penduduk asli (tempatan) Ulu Pahang dan kawasan-kawasan sekitarnya dalam jajahan Kesultanan Johor Lama. Setelah mendapat izin dari Sultan Johor, Raja Khatib mengembara mengikut jalan Laut China Selatan, mudik di sungai Pahang, menyusur Sungai Teriang, lalu sampai ke tanah Jelebu.

Di tempat bernama Juntai dia turun dari perahunya dan berdiri di atas hamparan pasir di tebing sungai (kini Kampung Pasir Panggil) lalu melaungkan azan menyeru orang di situ memeluk Islam. Orang yang menyahut seruan Raja Khatib telah ikut mudik ke hulu sungai (kini meliputi Kampung-kampung dari Juntai, Petasih, Pergai, Solok Temoi, Peradong, Kuala Pah, Simpang Gelami, Relai, Kampai, Chenor, Jelin dan Bandar Tinggi) hingga sampai ke Kuala Lumut (kini Kampung Jelebu Tengah/Pekan Kuala Klawang). Di Kuala Lumut ia berjumpa Waris Biduanda Tua, seorang perempuan bernama Moyang Angsa dan mengislamkannya.

Di Kuala Dulang yang dianggap kawasan keramat di tanah Jelebu (kini dikenali tebing sungai Kampung Peninjau) Raja Khatib dan Dato’ Nika mendirikan sebuah bangsal beratap ijuk sebagai tempat berteduh dan markas mengajar orang-orang biduanda di sekitar kawasan itu mendalami ilmu Islam.

Bangsal beratap ijuk ini mempunyai kisah yang penuh misteri kerana berlaku kehadiran dulang berisi sajian makanan yang tidak diketahui siapa menghidangkannya. Walau seramai mana pun jemaah yang hadir untuk belajar tentang agama Islam di bangsal itu, makanan yang sedia terhidang itu sentiasa cukup untuk semua jemaah tanpa perlu ditambah. Kejadian ini berlarutan sehinggalah Raja Khatib telah habis mudik sehingga jauh ke Ulu Jelebu (kini meliputi Kampung-kampung Chepam, Guntong, Bukit, Kelembang dan Ulu Jelebu) dan seluruh kawasan Ulu Kelawang (kini meliputi Kampung-kampung Batu Piatu, Binjai, Tembon, Kemin, Tanjong, Jambatan Serong, Lalang, Batu Serambai, Batu Seremban, Renal, Bukit, Pengenting, Tanjong Berangan, Tanjong Chacha, Kelaka, Sg. Gunong Daun, Rambai Baris, Batu Tangga dan Ulu Kelawang), dan telah mengislamkan orang-orang biduanda di seluruh kawasan tersebut.

Menurut orang tua-tua tanah Jelebu, Bangsal Beratap Ijuk itulah bangunan asal Masjid Kuala Dulang yang merupakan masjid tertua di Tanah Jelebu. Ia diasaskan oleh Ulamak terbilang Raja Khatib dan Dato’ Nika iaitu zaman awal Islam tersebar di tanah Jelebu ini. Tapaknya terletak di atas tebing sungai Kampung Peninjau, kira-kira lima kilometer dari Pekan Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan.

#MH370 !!! KURANG AJAR !!! #PEMBANGKANG TAK FAHAM BAHASA KER ???



PM Datuk Seri Najib dah beri taklimat dan penjelasan cukup baik sama ada melalui sidang media mahupun di dalam Parlimen.Begitu juga dengan pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin yang setiap hari beri taklimat berkaitan pesawat MH370.Tapi pembangkang masih tak puas,mereka masih lagi nak penjelasan dari Najib Razak dan Hishammuddin.

Terbaru pembangkang menghantar satu surat desak Taklimat khas pesawat MH370 dibuat kepada mereka.Dalam tuntutan tersebut Pembangkang mahu Najib Razak dan Hishammuddin beri taklimat tertutup kepada mereka. Woi ahli Parlimen Pembangkang !!! Apa anda ingat anda spesial kerr berbanding kami seluruh rakyat Malaysia ???

Kenapa nak buat taklimat tertutup kepada anda semua sedangkan isu pesawat #MH370 adalah kepentingan umum yang mana rakyat juga perlu tahu.Apa anda ingat anda ni spesial sangat nak dibagi taklimat tertutup ??? Siapa anda semua ??? Kita dah bau dari awal awal lagi bila pembangkang mintak taklimat tertutup ni.

Mereka akan SPIN dan akan jadikan modal politik.Selama ni pun puak pemimpin pembangkang jugak yang perlekeh usaha dan peranan yang dimainkan kerajaan dan pasukan keselamatan dalam isu mencari pesawat MH370.Ini lah masalah ahli parlimen pembangkang Malaysia yang kerja depa 24 jam berpolitik tanpa punya perasaan kepada keluarga pesawat MH370.