MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 20 Oktober 2013

UMNO NS TONJOL 3 KETUA BAHAGIAN BARU

SEREMBAN – Tiga daripada lapan bahagian Umno di negeri ini diterajui kepimpinan baharu hasil pemilihan parti Sabtu. Keputusan pemilihan jawatan Ketua Umno Bahagian Seremban menjadi topik perbualan hangat di negeri ini apabila Datuk Ishak Ismail yang menyandang jawatan itu selama 24 tahun gagal mempertahan kedudukannya apabila tewas kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan Abu Ubaidah Redza. 

Ishak yang juga Adun Lenggeng mendapat 195 undi, seorang lagi pencabar, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Md Yusop Harmain Shah mendapat 15 undi gagal menyaingi Abu Ubaidah yang mendapat 243 undi. 

Di Jempol pula, menyaksikan seorang lagi ‘orang lama’ Umno iaitu Datuk Lilah Yasin kecundang kepada Datuk Mohd Salim Sharif yang sebelum ini merupakan timbalannya dalam saingan satu lawan satu bagi jawatan Ketua Umno Bahagian itu. Lilah yang juga Adun Palong mendapat 192 undi sementara Mohd Salim mendapat 308 undi. 

Umno Bahagian Jelebu turut menerima kepimpinan baharu setelah Timbalan Ketuanya sebelum ini yang juga Adun Pertang Datuk Jalaludin Alias menewaskan pencabarnya Zainudin Ismail yang juga Anggota Parlimen Jelebu. Dalam perebutan jawatan yang ditinggalkan bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim itu, Jalaludin mendapat 243 undi, sementara Zainuddin memperoleh 162 undi. 

Dalam pada itu, lima lagi bahagian menyaksikan penyandangnya mempertahan kedudukan termasuk Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Mohamad mendapat 679 undi daripada 799 perwakilan yang hadir dalam pemilihan sementara pencabarnya yang juga bekas Adun Chembong Datuk Rais Zainudin mendapat 108 undi. 

Di Telok Kemang, calon Naib Presiden Umno yang tewas Tan Sri Mohd Isa Samad juga tidak mendapat tentangan sengit daripada dua pencabarnya bagi mempertahan jawatan Ketua Umno Bahagian itu setelah mendapat 324 undi. 

Bekas Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor pula mempertahan kedudukannya sebagai Ketua Umno Bahagian Tampin selepas mendapat 333 undi menewaskan bekas Adun Gemencheh Datuk Mohd Kamil Abd Aziz yang mendapat 192 undi. Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah Datuk Ismail Lasim dan Ketua Umno Bahagian Rasah Datuk Hasim Rusdi turut mengekalkan kedudukan masing-masing dalam pemilihan Sabtu. – BERNAMA

Khamis, 10 Oktober 2013

PRK SG. LIMAU: Takde Nak Menang Free Der...Mukhriz Dah Standby Lancar Serang Kalau PAS Masuk Gelanggang

Tak kiralah walau siapa pun yang dicalonkan oleh PAS di DUN Sungai Limau, atau sesiapa sahaja dari kalangan pemimpin PAS menjadi Pengarah Pilihanraya PAS DUN Sungai Limau, yang pasti, impian mereka untuk mendapat kemenangan percuma seperti yang mereka harap-harapkan sebelum ini, tidak akan terlaksana.

Ini adalah kerana Mukhriz Mahathir telah mengatur gerak kerja yang lebih kemas, berkesan dan lebih teratur untuk merampas semula DUN Sungai Limau daripada penguasaan PAS.

Sebelum ini, DUN Sungai Limau dijadikan bahan cerita kononnya, Mukhriz akan jadikan sebagai ‘BARTER TRADE’ untuk mengurangkan ketegangan politikdi Kedah antara PAS dan UMNO. Alasan yang diberikan ialah, kalaupun UMNO menang di DUN Sungai Limau, UMNO tetap tidak akan mendapat dua pertiga majoriti di DUN Kedah.

Lebih daripada itu, menurut mereka lagi, Mukhriz perlukan sokongan daripada PAS bagi memudahkan sebarang usul di DUN.

Bagaimanapun, sewaktu di Kompleks Latihan MADA Sungai Limau, dua hari lepas, Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa UMNO tidak akan terpikat dengan janji-janji muluk PAS. Bahkan bertanya pula, mengapa PAS cuba memujuk rayu sedangkan Pilihanraya Kecil DUN Kuala Besut pada bulan Julai lalu, PAS pula yang bersungguh-sungguh untuk bertanding walaupun dari awal lagi telah dinyatakan bahawa PAS tidak mempunyai sebarang peluang untuk menang di situ.

Ahad, 6 Oktober 2013

Kantoi Skodeng Skirt Pompuan

Kepada perempuan-perempuan di luar sana yang memang suka pakai seksi atau nak tonjolkan tubuh badan anda, maka anda memang perlu berhati-hati dengan lelaki bangsat macam ni. Suka ambil kesempatan ke atas golongan perempuan yang berpakaian seksi walaupun hanya sekejap.
Nikmat katanya walaupun hanya sekejap. Inilah punca berlaku kes-kes rogol dan sebagainya. Kepada kaum lelaki yang macam ni, AWAS jika tertangkap. Malu bukan sahaja 1 Malaysia malah 1 dunia akan tahu.

Anda mampu mengubahnya..yang si lelaki pula janganlah sebab NAFSU korang sanggup jadi macam lelaki dalam gambar ni..korang tak malu ke buat macam tu? Masuk CCTV pula tu..kan dah kene maki..