MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 16 Julai 2014

Ahli PKR Dakwa Rafizi Perlu Di Dakwa Dengan Strategi BODOH Dalam Pemilihan PKR


Tindakan Pengerusi Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr. Tan Kee Kwong tidak menyingkirkan Rafizi Ramli bersama 15 ahli parti itu yang terlibat dalam pergaduhan dalam pemilihan baru-baru ini menjadi tanda tanya.

Ahli PKR Cabang Kubang Pasu, Hamzah Elias berkata, perkara itu kerana kesemua 15 orang itu bergaduh disebabkan strategi bodoh Rafizi yang juga menjadi punca berlaku perpecahan yang amat ketara dalam parti.

Katanya, Rafizi yang juga Pengarah Strategi PKR bersama Abdul Rahim Ghouse boleh dianggap pengkhianat dalam PKR dan sepatutnya dia turut dikenakan tindakan disiplin kerana menjadi punca kepada kemelut dan pergaduhan berkenaan.

"Rafizi dan strategi Langkah Kajang adalah punca sebenar berlaku perbalahan ketara secara terbuka antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Saya sangat gembira malah difahamkan ramai akar umbi PKR menyambut baik kekalahan Rafizi untuk jawatan Naib Presiden.

"Kita semua perlu ambil tindakan terhadap Rafizi sebab beliau hanya pandai bentuk strategi untuk menjahanamkan parti sedikit demi sedikit. Satu hari nanti, Rafizi juga boleh menjahanamkan negara kita," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kemelut dalaman yang semakin parah dalam PKR berikutan dakwaan berlakunya perebutan jawatan Menteri Besar Selangor melibatkan beberapa pemimpin kanan parti itu.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, PKR tidak perlu lagi menyimpan atau mencalonkan semula Rafizi pada pilihan raya umum akan datang.

"Begitu juga dengan Rahim Ghouse yang tidak bersama kita dan kerap berada di Jakarta. PKR tidak ada di Jakarta, PKR ada di Malaysia. Mereka inilah sebenarnya pengkhianat kepada PKR," katanya