MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 27 September 2007

RUSUHAN..!! SIAPA YANG BODOH

RUSUHAN? SIAPA YANG BODOH?
Oleh : ANAKomak

Sekali lagi pihak pembangkang menunjukkan sikap bodoh mereka dengan tindakan luar batasan dan kurang ajar mereka terhadap negara sendiri.Ini terbukti selepas berlakunya rusuhan dan tunjuk perasaan di Jalan Sultan Mahmud,Kuala Terenggganu,kelmarin.

Cetusan yang berlaku pada 9 September itu,membawa kepada penahanan 23 orang dan daripada jumlah itu 4 orang ditahan reman.Persoalannya disini, siapakah yang bodoh?Apa yang berlaku menunjukkan sikap kurang ajar para penyokong pihak pembangkang yang melibatkan diri dalam rusuhan serta membuat huru hara dengan merosakkan harta benda awam dan harta benda milik penduduk.

Sedia maklum kejadian itu berlaku berpunca daripada ketidakpuashatian pihak pembangkang atas larangan pihak berkuasa daripada meneruskan ceramah yang dijangka diadakan di kawasan tersebut.
Ceramah itu dijadual menampilkan Bendahari Agung Parti Keadilan Rakyat(PKR),Tan Sri Khalid Ibrahim;Naib Presiden Pas,Mohammad Sabu dan anggota Dewan Undangan Negeri Triang, Leong Ngah Ngah dari DAP.Antara tindakan bodoh dan kurang ajar yang dilakukan penyokong pihak pembangkang adalah dengan merosakkan harta benda awam dan memusnahkan harta benda penduduk bernilai kira-kira RM1 juta serta membakar bendera UMNO.

Rusuhan difahamkam berpunca daripada perasaan tidak puas hati pihak penganjur dan penyokong kuat pembangkang atas larangan pihak polis meneruskan majlis ceramah terbuka itu kerana tiada permit sah yang membenarkan majlis ceramah itu diadakan.
Menjadi satu kesalahan jika sesuatu pihak itu mengadakan majlis-majlis ceramah tanpa permit atau kelulusan daripada pihak polis.Ini adalah atas dasar keselamatan.

Telah termaktub dalam rang undang-undang negara,mana-mana pihak samada parti pembangkang, UMNO mahupun parti komponen Barisan Nasional perlu mendapatkan permit sebelum apa-apa majlis ceramah terbuka diadakan.Namun,kejadian rusuhan yang dicetuskan pihak pembangkang nyata melambangkan kegoyahan pembangkang yang makin ketara di negeri Terengganu amnya.

Pembangkang makin rakus dan taksub dalam meraih undi.Jelas,penyokong parti pembangkang kini hilang pertimbangan kerana meraka tidak lagi dapat menerima hakikat rakyat Terengganu tidak lagi menyokong perjuangan parti mereka,sehingga sanggup mengenepikan soal undang-undang negara.

Menurut Ketua Pegerakkan Pemuda UMNO,Datuk Hishammuddin Tun Husein yang menyelar tindakan penyokong pembangkang dengan membakar bendera UMNO adalah satu sikap yang tidak sepatutnya dan dianggap kurang ajar.“dari dulu lagi saya katakan,panji-panji kita jangan disentuh! Kita tak pernah buat benda yang tidak sepatutnya berhubung kait dengan panji parti masing-masing!”tegas beliau.

Terserlah kebaculan pihak pembangkang dengan perbuatan bodoh mereka itu.Perbuatan yang membinasakan diri sendiri dan tidak berfaedah itu akan merugikan diri para penyokong taksub parti pembangkang.Sebagai contoh,daripada apa yang kita lihat selepas kejadian itu,ternyata merugikan individu yang kononya berlagak hero pembangkang.Apakah faedah yang diperolehi atas apa yang telah dilakukan?

Siapakah yang rugi selepas ada tangkapan dilakukan?Adakah pemimpin parti yang diagung-agungkan itu akan membela individu yang ditahan?Gunalah akal sebelum bertindak.Berlagak wira dijalanan melawan pihak berkuasa yang kemudian ditahan kerana ingkar pada undang-undang yang akhirnya membawa diri ke tahanan.Apakah itu dipanggil wira?

Telah dimaklumkan majlis ceramah tidak dibenarkan tanpa permit yang sah dan polis mengira atas dasar keselamatan kerana ia diadakan di kawasan terbuka.Maka ,turutkanlah kehendak undang-undang itu,akur sahaja tanpa mengambil tindakan luar batasan.
Mengapa perlu membodohkan diri sendiri wahai penyokong pembangkang?Sekarang ini Kementerian Keselamatan Dalam Negeri telah memutuskan tidak akan membenarkan sebarang ceramah awam diadakan ditempat terbuka sebelum pilihan raya diadakan.

Sekarang siapa yang “padan dengan muka”? Siapa yang rugi? Peneraju parti yang anda sokong atau anda yang sekarang ini duduk meratap nasib kerana kerja bodoh dan kurang ajar kepada undang-undang?

Wahai penyokong pembangkang,jika benar mahu berpolitik,berpolitiklah dengan bersih.Bukan dengan amukan yang akhirnya merugikan diri sendiri.Dimanakah pemimpin parti anda (pembangkang) ketika ini?Mampukah mereka membela anda yang bermatian membela perjuangan palsu mereka?Buka mata,buka hati,buka minda.

Jadilah rakyat yang berfikiran ke hadapan dalam membentuk bangsa yang maju bukan menjadi rakyat bagi pemerintah yang gah dengan ungkapan tapi buta ilmu kepandaian demi kuasa dan wang.

Tiada ulasan: