MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 25 Februari 2008

Anwar Perisik Yahudi


Anwar-Perisik Yahudi Untuk Bankrapkan Malaysia


Oleh:SuaraJejakaLantang

Empat tahun terbelenggu di dalam penjara, mungkin menjadi sebab kenapa Anwar Ibrahim semakin ‘nyanyuk’.Anwar kini sekali lagi cuba mengulangi apa yang telah dia lakukan di Ijok suatu waktu dahulu.

Anwar kini dalam usaha meracuni fikiran rakyat Malaysia dengan berjanji yang bukan-bukan…antaranya menyokong manifesto PAS yang ingin mewujudkan sebuah Negara kebajikan.Tentu sekali kini, Anwar melibatkan dirinya bersama-sama PAS bagi mencapai impian karut untuk mencipta ‘Negara Kebajikan’.

Kita jangan leka, jangan lupa di mana janji sebeginilah yang ditabur Penasihat ‘mata lebam’ini sewaktu pilihanraya kecil DUN Ijok dahulu..Anwar berjanji bermacam-macam kepada penduduk Ijok termasuklah janji manis beliau terhadap teman sejati beliau sendiri, Datuk S.Nallakaruppan.

Tumpang Sekaki Peralatkan PAS

Tentu anda semua ingat bukan? Dimana kesan akibat penipuan Anwar itu, Nallakaruppan sendiri ángkat kaki’dari terus bersama-sama Anwar. Dari situ kita sudah nampak betapa kotornya Anwar dengan penipuan, rasuah, khianat dan korupsi? Maka tidak mustahil Anwar Ibrahim kini dalam perancangan memperalatkan PAS khususnya Tuan Guru, Hj Abdul Hadi.

Hari ini, bergegar diseluruh daerah dan kampung-kampung dengan manifesto ‘negara kebajikan’yang di kempen pembangkang PAS dan apa yang lebih memeranjatkan Anwar pula tuurt sama menyibukkan diri melaungkan kempen negara kebajikan.Tidakah anda terfikir bahawa negara kebajikan itu lebih kepada negara yang bakal Bankrap?

Manifesto Anwar-Wolfowitz Bankrapkan Malaysia

Anda kenalkah siapa Wolfowitz? Hanya Anwar yang tahu jawapannya kerana lelaki yahudi itu adalah sahabat karib Anwar di Amerika Syarikat.

Tentu sekali anda yang peka dengan isu-isu politik masih ingat akan perlucutan jawatan Anwar dari kerajaan suatu masa dahulu? Mantan PM membuang beliau dari senarai kabinet kerana Anwar mendalangi usaha menjatuhkan Malaysia disaat negara mengalami krisis kewangan yang serius.

Apakah seorang Menteri Kewangan dikira bijak jika usaha untuk menyelamatkan negara dari kadar Inflasi dengan meminjam dari Bank Dunia? Itulah yang di rancang Anwar agar Malaysia meminjam dari Bank Dunia melalui sahabatnya Wolfowitz.

Anwar menafikan hubungan rapatnya dengan Wolfowitz, sedangkan Wolfowitz menyebut Anwar sebagai kawan baiknya seperti yang tersiar dalam satu klip video YouTube. Video tersebut dirakam semasa Anwar dan Wolfowitz berucap di Bank Dunia.

Pertemuan Anwar dan Wolfowitz bukan pertama kali, malahan telah bermula sejak tahun 80an lagi. Mereka telah mengadakan lebih daripada lima pertemuan yang memakan masa di antara satu hingga empat jam.

Anwar dilantik sebagai Duta Amerika Syarikat ke negara-negara Islam utk berceramah topik Islam & demokrasi. Dia dilantik sebagai Diplomat Jemputan, Council of Foreign Relations, New York. Dia bekerja dibawah yang diketuai oleh Elizebeth Cheney. Jabatan itu juga menaja FFF. Perlantikan Anwar sebagai Duta AS ke negara-negara Islam berkuat kuasa sehingga sekarang. Itulah sebabnya Anwar bebas ke luar negara.

Pendirian Anwar jauh menyimpang sebagai seorang wakil yang menyayangi rakyat dan mencintai Negara kerana di sebalik parti yang di pimpin beliau, terdapat sebuah manifesto Anwar yang rahsia dan tersendiri.

Ahad, 24 Februari 2008

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Pakatan Pembangkang Bergaduh Sesama Sendiri

Oleh:ANAKomak

Pakatan pembangkang dalam PRU-12 yang selama ini di gembar-gemburkan berhasrat untuk menawan keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum 8 march ini tidak kesampaian, malah di antara mereka sendiri berlaku perselisihan.

Semalam, sewaktu penamaan calon dijalankan telah menyaksikan pertembungan pembangkang sesama sendiri di 8 kerusi Parlimen dan 25 kerusi DUN.Ini termasuk di DUN Derga, Kedah dimana pertembungan antara PKR dan DAP yang masing-masing meletakkan calon mereka menentang BN.

Jelaslah dengan apa yang kita lihat, pakatan pembangkang hanyalah pakatan retorik atau pakatan suka-suka kerana di dalam organisasi pembangkang ini sebenarnya tiada erti sepakat.Pakatan pembangkang yang mereka gelar sebagai Barisan Alternatif ternyata sudah tidak sehaluan dan tiada lagi jalan penyelesaian.

Pakatan pembangkang ini boleh disifatkan sebagai pakatan ‘syok-syok’ kerana motif mereka melalut dan tidak relevan. Dalam situasi pembangkang yang mempunyai falsafah tersendiri mengikut parti masing-masing, pembentukan kerajaan seperti yang mereka gembar-gemburkan itu sebenarnya tidak boleh dilakukan.

DAP tidak akan bersetuju dengan Pas kerana Pas komited kepada apa yang mereka mahukan iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.Sedangkan DAP mahukan negara Sekular. DAP juga mempunyai falsafah lain iaitu tidak mahu apa yang Pas idamkan.

Begitu juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR), mereka ada pendirian yang tersendiri.Impian penasihat PKR yang meninggi untuk menjadi Perdana Menteri sudah semestinya di tentang Lim Kit Siang yang turut idamkan takhta tertinggi kabinet itu!

Jelaslah, parti-parti pembangkang kini sedang bergaduh sesama sendiri kerana pertembungan mereka dalam impian dan cita-cita masing-masing.Bahkan, dalam PRU-12 kali ini, sudah kita dengar pertelagahan pembangkang hingga mengakibatkan di hari penamaan calon mereka tiada wakil sesuai untuk dicalonkan dan pembangkang ‘tangkap muat’ dalam menyenaraikan calon-calon mereka.

Nampaknya, pakatan pembangkang sebelum ini hanyalah omongan kosong sahaja kerana ketika baru penamaan calon, pakatan pembangkang sudah hancur kerana sikap masing-masing yang tamak dan pentingkan diri-sendiri.

Atas alasan itulah, kemenangan tanpa bertanding beberapa calon BN selepas tamat proses penamaan calon semalam membuktikan parti pembangkang tidak sehaluan dan tidak memiliki kekuatan yang menyeluruh seperti yang mereka hebohkan.

Isnin, 4 Februari 2008

PERJANJIAN LISAN TIDAK VALID!!!



PERJANJIAN LISAN TIDAK VALID!!!

OLEH:SAYUTI OMAR

Rasa tidak senang dan marah Dr Mahathir Mohamad kepada Abdullah Ahmad Badawi semakin menjadi-jadi. Satu demi satu rasa kurang senangnya (Mahathir) kepada Perdana Menteri kelima itu diluahkan. Seakan semua itu disengajakan bagi menjatuhkan imej Abdullah yang kemudian diharap Abdullah akan berundur. Apa yang Dr Mahathir harapkan calon pilihannya Najib Razak akan segera menjadi PM.

Tidak berkenan sungguh Dr Mahathir kepada Abdullah. Rasanya kesilapan politik paling besar Dr Mahathir lakukan di sepanjang sejarah dan kerjaya politiknya ialah memilih Abdullah sebagai penggantinya. Beliau kini seolah tidak mempunyai agenda lebih besar selain daripada memastikan Abdullah turun dengan cepat dan Najib naik dengan bangat.

Terbaru Dr Mahathir menimbulkan soal perjanjian lisan beliau dengan Abdullah. Kononnya Abdullah hanya akan menjadi PM sepenggal saja selepas itu Abdullah kena serahkan kepda Najib. Mengapa Dr Mahathir memilih Abdullah ketika itu ialah kerana Abdullah lebih tua daripada Najib.

Soalnya kalau beliau sudah nampak Najib lebih bijak dan pandai daripada Abdullah kenapa beliau beri lalu kepada Abdullah.

Kenapa usia dijadikan alasan. Tidak guna usia tua kalau tidak dapat melakukan kerja dan memimpin negara? Di sini perhitungan Dr Mahathir silap. Beliau patut terus endorse saja Najib menjadi PM.

Bagaimana pun menurut Abdullah perjanjian lisan itu tidak ada. No gentlemen's agreement, kata Abdullah. Najib pula tidak tahu menahu mengenai perkara itu dan meminta orang yang ingin mengetahuinya bertanya kepada pihak berkenaan (Dr Mahathir). Dan kalau pun beliau ada mendengarnya tidak manis kalau beliau mengulasnya.

Kita tidak tahu apa yang berlaku dalam selimut Umno ketika itu. Mungkin apa yang berlaku begini; Dr Mahathir bersetuju berhenti kerana tekanan ke atasnya sehingga menjejaskan parti. Mungkin beliau berkata, Abdullah akan ambil tempatnya sementara masa untuk Najib tiba. Mungkin begitu. Dan saat itu Abdullah mungkin menganggukkan kepala sahaja bersetuju dengan apa yang Dr Mahathir katakan walaupun hatinya kurang selesa dengan sikap begitu.

Bukan Abdullah saja, kalau saya pun saya akan setuju dengan apa kata Dr Mahathir pada masa itu. Usahkan untuk sepenggal kalau satu hari pun beliau akan setuju. Menjadi PM lebih baik daripada menjadi buruh kasar bina bangunan di tengah panas atau nelayan di Terengganu!

Dr Mahathir harus faham beliau tidak boleh menganggap perjanjian itu sebagai mutlak. Beliau harus bersedia untuk melihat ianya akan dimungkiri pada bila-bila masa. Sebagai seorang ahli politik yang matang dan masak beliau tidak perlu kecewa dengan apa yang berlaku. Beliau seharusnya tersenyum saja.

Ribuan perjanjian politik - baik lisan atau rasmi dibatal dan dimungkiri setiap hari. Politik itu sendiri dimaksudkan sebagai menipu, atau kegiatan-kegiatan, kerja-kerja, melibatakan pemikiran dan perbuatan fizikal untuk memperdayakan orang untuk keuntungan kita.

Dr Mahathir tidak payah pergi terlalu jauh membelek buku sejarah perjanjian politik. Beliau sendiri pernah memungkiri perjanjian seperti mana (mungkin) berlaku antara beliau dengan Abdullah itu. Bahkan apa yang Dr Mahathir lakukan lebih besar daripada dosa Abdullah itu.

Apakah Dr Mahathir telah melupai apa yang telah berlaku antara beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah?

Sewaktu Hussein Onn (Allahyarham) menyatakan hasratnya untuk bersara dari jawatan Perdana Menteri, Hussein Onn telah memanggil tokoh-tokoh kanan di dalam parti Umno. Mereka ialah Ghafar Baba, Tengku Razaleigh Hamzah dan Dr Mahathir Mohamad. Sebelum itu ketiga mereka ini membuat desakan kepada Hussein Onn agar jangan mengambil Ghazali Shafei sebagai penggantinya.

Apabila tiba saat Hussein Onn hendak berundur beliau panggil ketiga mereka itu untuk membuat keputusan dan pilihan antara mereka siapa yang berhak menggantinya sebagai PM. Dalam perjumpaan itu Tengku Razalegih telah mencadangkan kepada Hussein Onn agar melantik Dr Mahathir sebagai pengganti. Dan sebagai imbalan (janji) Dr Mahathir bersetuju untuk melantik atau memberi laluan kepada Tengku Razaleigh pula sebagai PM selepas beliau.

Antara dialog yang menjadi legenda ialah; selepas I you akan jadi PM Le. Begitulah kata Dr Mahathir.Tengku Razaleigh yang berkorban untuk Dr Mahathir mempercayai kata-kata itu. Beliau memanggil Razaleigh dengan Le sahaja. Umum ketika itu telah menganggap kata-kata Dr Mahathir ke atas Tengku Razaleigh itu sebagai janji. Janji lisan!

Dan memang wajar kalau Dr Mahathir memilih atau memberi laluan kepada Tengku Razaleigh selepas beliau kerana Tengku Razaleighlah yang mencadangkan namanya kepada Hussein Onn. Bukan itu saja tokoh paling senior dalam Umno selepas Ghafar ialah Tengku Razaleigh.

Tetapi akhirnya apa jadi dengan janji lisan berkenaan? Dr Mahathir bukan saja tidak memberi laluan kepaa Tengku Razaleigh tetapi telah mengambil Musa Hitam sebagai penggantinya. Dalam proses mengambil Musa Hitam ini (pemilihan Timbalan Presiden Umno), Dr Mahathir sekali lagi berlaku 'ilap' (khilaf) dengan Tengku Razaleig bila mana memberi sokongan terbuka semasa pemilihan Timbalan Presiden Umno.

Mulanya beliau tidak memihak kepada sesiapa tetapi akhirnya bila tiba waktu pemilihan beliau terang-terang menyokong Musa. Sokongan terbuka itu dianggap sebagai suatu pengkhianatan kepada Tengku Razaleigh Hamzah.

Cukuplah dua contoh kejadian itu bagi menunjukkan bagaimana martabat dan status perjanjian lisan oleh orang politik. Jadi kalau Dr Mahathir kecewa dan marah dengan perjanjian lisan antara beliau dengan Abdullah dan didengar oleh Najib itu, usahlah kecewa dan dukacita sebab beliau juga pernah berbuat perkara yang sama. Dr Mahathir kena ingat apa yang berlaku antara beliau dengan Tengku Razaleigh kira-kira 25 tahun dulu sebaik mungkin. Lepas itu barulah dia bersedia untuk membuat kesimpulan apakah tindak-tanduk Abdullah hari ini betul atau pun salah.

Kita ini, jangan jadi macam burung pekaka yang meninggalkan lubang selepas telurnya menetas dan masuk kembali apabila tiba musim mengawan, sedang selama lubang itu ditinggalkan ia sudah dikuasai sang ular senduk yang berbisa!