MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 14 Disember 2014

Peringatan Bagi Yang Lupa...Wahai UMNO

Kalau UMNO tidak berubah maka UMNO akan terkubur jua.Peringatan kedua-dua tokoh ini sebenarnya wajib diberi perhatian kalau UMNO mahu terus survive dalam landskap politik baru ini kerana mereka sudah masak dan boleh jangka selok-belok politik melalui kebijaksanaan dan pengalaman mereka..Sayang seribu sayang biasanya peringatan tokoh-tokoh seperti ini selalu tidak diendah termasuk oleh Perdana Menteri sendiri.

Kini mahu national reconcilian pula yang secara prinsipnya dipersetujui.Namun sebenarnya agenda rekonsiliasi itu patut bermula dalam UMNO dahulu dan dikorek hingga ke bawah untuk membetulkan segala-galanya ! Carilah sebab kenapa orang Melayu terutama generasi muda merasa jauh dengan UMNO dan ubahlah.Carilah sebab mengapa orang Cina masih enggan undi BN walaupun ramai pimpinan kerajaan sudah menjadi Cina “celup” untuk memuaskan hati mereka.

Tariklah anak-anak muda dan mahasiswa untuk berwacana,sediakanlah platform akademik sebanyak-banyaknya sebagai audition untuk mencungkil bakat mereka dan tapislah mereka yang berbakat untuk ditarik berjuang bersama dalam UMNO.Bagilah mereka harapan,tempat sekali gus keyakinan untuk menyumbang kepada UMNO.Bukan setakat “kalau mahu masuk UMNO isilah borang” sebaliknya promosikanlah “Jika anda rasa berbakat,sertailah UMNO!”.

Selain itu,banyakkanlah turun padang untuk mengajak yang layak mengundi untuk daftar.Sediakanlah sebanyak-banyak pondok sekerap-kerapnya untuk mereka mendaftar.Berilah penerangan tentang manfaat mengundi dalam program-program yang melibatkan mereka.Seterusnya Dato’ Seri Najib yang kredibiliti penasihat-penasihatnya menjadi pertikaian sepatutnya hentikanlah mempromosi populariti peribadi beliau secara keterlaluan menggunakan segala saluran.

Rakyat menyampah,termasuk penyokong BN.Berhentilah membuat kenyataan-kenyataan dan keputusan populis demi undi kerana kita sudah tahu undi tidak dapat pun,sebaliknya jadilah seorang realis dan biar rakyat rasai manfaat realis itu kelak dan serahkan kepada mereka.Masalah-masalah ini patut diselesaikan seiring dengan pemikiran rakyat.

Kita sudah diberi peluang sekali lagi,takut-takut kalau inilah peluang terakhir kerana PRU 14 nanti kebangkitan pengundi yang lahir tahun 90-an akan mengundi.Kita risau kalau mereka ini enggan mengundi UMNO BN kerana mereka tidak nampak sebab yang konkrit.Mereka tidak nampak UMNO sebagai sahabat Melayu-Islam sebaliknya melihat UMNO adalah parti elitis dan bangsawan tua.Ya itu persepsi umum tapi cubalah ubah kerana ia demi masa depan UMNO dan Malaysia !