MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 27 Mei 2008

Kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina, kata Abdullah
Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan orang atau menghina agama lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Jika inilah keadaannya, maka tidak adalah undang-undang melarang fitnah atau undang-undang yang menghukum mereka yang mencetuskan keganasan kaum,” kata Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini. Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kebebasan bersuara adalah hak asasi, bukannya mutlak,” katanya.

Abdullah berkata, memang sukar untuk menentukan perbezaan antara rasa tidak hormat dan percanggahan pendapat, serta antara pendapat dan pemikiran yang membawa fitnah atau yang menghasut.

"Dalam hal ini saya berpendapat, pembaca, baik media tradisi atau media baru, perlu tahu dan matang untuk membezakan antara fakta dan sindiran dan tuduhan tidak berasas,'' katanya

Petikan akhbar ini menjelaskan bagaimana demokrasinya kerajaan hari ini dan tidak menyekat mana-mana pihak menyatakan hak dan hasrat namun amatlah terlampau bilamana seseorang itu menyalah-gunakan demokrasi dengan penghinaan dan fitnah semata-mata.

Pastinya setiap apa yang terucap dibibir Perdana Menteri itu adalah kesinambungan perbalahan PM dan mantan PM yang akhirnya kini Pak Lah sudah bersuara.

Isnin, 19 Mei 2008

Dr. Mahathir Letak Jawatan:
'Berakhirnya Duri Dalam Daging' didalam UMNO.

Sambutan Hari Wesak yang diraikan sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Budhha hari ini, di meriahkan lagi dengan pengumuman mendadak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir keluar dari parti UMNO kononnya kecewa terhadap kepimpinan UMNO ketika ini.
Tun meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta apabila membuat pengumuman itu dihadapan kira-kira 1000 orang ahli-ahli UMNO dalam satu majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Setar.Tidak cukup dengan itu, Tun turut menghasut ahli-ahli yanbg lain untuk berbuat seperti beliau keluar dari parti secara terbuka.


Berikutan tindakan Tun mengajak kesemua ahli keluar beramai-ramai dari parti adalah satu tindakan yang jelas menunjukkan kepentingan peribadi beliau yang tidak bermaruah.Berikutan sahutan beliau mendesak ahli agar keluar dari parti dishut kembali oleh salah seorang hadirin yang mencabarnya berbuat demikian terlebih dahulu.

Ternyata Tun bagaikan terpijak 'bom' yang dipasangnya sendiri dan akhirnya sekaligus telah menghumbankan dirinya sendiri jauh dari UMNO.Menurut Tun, jika semua ahli masih berdiam diri dan menunggu sehingga hari pemilihan, maka sudah tentu Abdullah Ahmad Badawi akan menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Sebenarnya dari fahaman masyarakat yang secara kasar memahami episod yang berlaku ketika ini adalah berpunca dari isu-isu Tun sendiri.Fahaman rakyat mungkin berkata tindakan Tun ini mungkin berikuytan kredibiliti beliau yang kini sudah tercemar dengan berbagai isu dan kes yang dihadapi. Antara lainnya, kes sensasi klip video VK Lingam.

Tun juga sebenarnya dikatakan merajuk dengan Najib Tun Razak berikutan perjumpaan beliau pada minggu lalu gagal memujuk Timbalan Perdana Menteri itu untuk turut bersama-sama beliau menjatuhkan Pak Lah. Ekoran kegagalan Tun menghasut Najib menyertai beliau, beliau kini keseorangan dan lumrah seorang tua yang hampir nyanyuk, pasti merasa kecil hati atau merajuk.Akhirnya reaksi ini juga mempengaruhiTun untuk meletakkan jawatan dari UMNO.

Apapun, bagi sesetengah ahli yang mengenali Tun pastinya tidak terperanjat (kalau terperanjat pun, mungkin berlakon) dengan tindakan Tun ini kerana sebelum ini Tun memang mencari populariti diluar parti dengan pelbagai reaksi dan komen buruk bagi menutup segala kezaliman beliau dizaman pemerintahan Tun.

Namun, hakikat Tun keluar dari UMNO, dirumuskan oleh Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam yang menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohammad meninggalkan UMNO, 'bererti duri dalam daging sudah terkeluar'.Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi menurut beliau, ianya memberi peluang kepada pucuk pimpinan mengukuhkan kembali parti.

Menurut Tun Musa Hitam lagi, beliau sedih dan dukacita dengan tindakan drastik Tun Mahathir dikala UMNO menghadapi kemelut yang sangat mencabar.Menurut Tun Musa Hitam lagi, beliau berharap kesemua ahli menerima keputusan Tun Mahathir itu dengan tenang dan hati yang terbuka sambil mengulangi inilah hikmahnya 'duri dalam daging sudah terkeluar.'

Tindakan Tun ini tidak harus dicontohi oleh para ahli kerana setiap individu yang menyertai UMNO adalah kerana perjuangan Melayu yang diwarisi turun temurun dan bukannya faktor menjadi ahli kerana Tun Mahathir ataupun Datuk Seri Abdullah.Yang jelas, tindakan Tun ini sebenarnya bersebab dan menjadi sebahagian daripada misi Tun sendiri dalam usaha memecah-belahkan UMNO.

Sebenarnya Tun telah mendapat merasakan bahawa sokongan kepada Pak Lah kian menebal saban hari dan sokongan kepada beliau agak berkurangan kebelakangan ini dan Tun juga telah merasakan bahawa Pak lah akan menang tanpa bertanding dan ini membuktikan bahawa Pak Lah mendapat sokongan. Sepatutnya Tun tidak perlu bimbang, sekiranya Pak lah tidak dapat sokongan pasti Pak Lah tidak akan menang dan silap-silap Pak Lah tidak mendapat pencalonan yang cukup.

Apakah Tun sudah lupa (atau memang pelupa) apabila perkara yang dilakukan ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1987.Tindakan Tun seolah-olah mengikut jejak langkah Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman yang berkesudahan Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46.

Adakah mungkin Tun akan sebegitu, keluar parti dan kemudian menubuhkan parti lain bersama kroni-kroni yang kini masih bersembunyi dibawah ketiak Tun atau berkemungkinan Tun akan memilih parti-parti pembangkang sedia ada untuk meneruskan karier politik beliau?

Sementara itu, desakan meletakkan jawatan juga perlu dilakukan terhadap Datuk Mukhriz yang dimaklumkan sebelum ini akan kebiadapan beliau mendesak PM berundur jelas menandakan Muhkrix tidak setia kepada pemimpin dan parti.Susulan kenyataan bapanya meletakkan jawatan, Mukhriz kini dihujani pelbagai pertanyaan mengenai tindakan bapanya itu sekaligus menantikan reaksi Muhkriz sendiri sebagai anak.Apa yang pasti, masih ramai diluar sana menantikan reaksi si anak kepada bapanya.

Yang pasti, apa yang berlaku di antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdullah bukanlah contoh teladan yang baik untuk di ikuti.Ianya sangatlah menghampakan semua ahli UMNO dan suasana umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Jalan keluar pastinya sukar tetapi ia perlu ditangani segera kerana perjuangan UMNO bukan untuk mempertahankan pemimpin tetapi jauh lebih besar dari itu.Situasi ini seperti menang jadi arang, kalah jadi abu..dan ianya tidak akan sesekali dibenarkan daripada berlaku kerana in tidak langsung mencerminkan usaha untuk mengukuhkan parti sebaliknya melemahkan UMNO.

Suasana seperti hari ini sangat tidak diperlukan dan ianya tidak berlaku adil kepada generasi muda yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.Namun, siapalah kita untuk nasihatkan, cuma ketepikanlah perbezaan dan carilah titik persamaan dengan duduk berbincang demi masa depan UMNO dan orang-orang Melayu.

Rabu, 14 Mei 2008

Siapa Karpal Singh disebalik Anwar???

SIAPA KARPAL SINGH?
Karpal Singh adalah kafir harbi yang memang seorang yang mempunyai sikap perkauman yang tinggi serta amat anti kepada Islam. Tetapi, dia amat bijak dalam menyembunyikan identiti sebenarnya dengan menggunakan hujah-hujah yang nampak biasa kepada golongan kebanyakan orang yang mempunyai IQ sederhana.

Walau bagaimana, dia tidak dapat menipu golongan yang mempunyai IQ yang tinggi.
Isu pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah salah satu isu sengaja yang dimainkan oleh DAP kafir harbi amnya dan Karpal Singh khusunya demi kepentingan politik mereka. Namun, ramai orang Melayu Islam tidak mengetahui hakikat sebenar kenapa Karpal Singh dan DAP ingin sangat memulihkan imej Tun Salleh Abas.

Banyak isu yang dikaitkan dengan pemecatannya adalah mengenai pembubaran parti UMNO. Hakikatnya, ini adalah salah satu isu yang bukan menjadi isu negara kerana ianya hanya melibatkan parti UMNO sahaja.

Apa yang tersirat sebenarnya ialah Tun Salleh Abas pernah membuat penghakiman bahawa Malaysia bukan Negara Islam dan adalah sebuah Negara Sekular berdasarkan undang-undang dan perlembagaan. Jadi adalah penting bagi imej Tun Salleh Abas dipulihkan bagi menaikan semula nilai penghakiman tersebut. Hanya dengan bantuan pemimpin Melayu Islam sendiri, Karpal Singh dan DAP kafir harbi akan memanipulasikan isu penghakiman Tun Salleh Abas ini dan akan dijadikan rujukan sepanjang zaman jika ada sesiapa sahaja cuba menjadikan Malaysia sebuah Negara Islam yang sebenarnya.

Pada masa itu, PAS akan terperangkap dengan isu dan fakta ini serta terpaksa akur dengan ketetapan yang telah dipersetujui. Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Karpal Singh (dan Mat Sabu, Naib Presiden PAS sekarang) adalah merupakan orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998 semasa DAP mengadakan Konvention mereka di Kuala Lumpur.

Karpal Singh telah menegaskan di hadapan ahli-ahli DAP di konvesyen itu dan mendakwa bahawa dia mempunyai bukti bahawa Timbalan Perdana Menteri pada masa itu melakukan salahlaku seks yang teruk. Dia turut mencabar Perdana Menteri pada masa itu, Tun Dr Mahathir mengambil tindakan ke atas Anwar kerana salahlaku seksnya dan membicarakan Anwar. Pendedahan salahlaku Anwar oleh Karpal Singh berlaku 5 bulan sebelum salahlaku seks Anwar didedahkan kepada umum oleh Dr Mahathir.

Pelik tapi benar, 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat adalah orang pertama yang membuat tuduhan terhadap Anwar tetapi hari ini mereka amat menyanjungi Anwar. Tentu sukar untuk dipercayai bahawa orang yang sama membuat dakwaan pertama tentang salahlaku Anwar ialah orang yang sama turut menjadi sebahagian daripada pasukan peguambela Anwar dalam kes tersebut.

Tetapi kenapa Karpal Singh yang pernah menuduh Anwar dengan tuduhan tersebut, bertindak menjadi peguambela bagi kes yang sama?

Tidakkah ini kelihatan seperti “ada undang, di sebalik batu’?

Lebih menghairankan lagi apabila Anwar sendiri rela diwakili oleh Karpal Singh yang pernah menuduhnya melakukan salahlaku seks.

Pada pandangan saya, Anwar bersetuju menerima Karpal sebagai sebahagian pasukan peguambelanya kerana tidak perlu malu dan segan untuk dia meluahkan segala rahsia seksnya kerana yakin Karpal sendiri sudah mempunyai maklumat yang sama apabila membuat dakwaan sebelum ini. Jadi Anwar tidak perlu berselindung dengan Karpal dan memudahkan Karpal Singh mengatur strategi untuk membela Anwar dalam perbicaraan nanti.

Pada masa itu, Karpal Singh mengambil peluang ini untuk menawarkan khidmatnya sebagai peguambela Anwar. Karpal sedar bahawa Anwar akan terpaksa mendedah segala maklumat penting bagi membolehkannya membela Anwar.

Jadi, boleh disimpulkan bahawa setiap sejarah hidup, perilaku dan tindakan yang pernah diambil oleh Anwar sudah berada di tangannya. Karpal juga mengambil kesempatan untuk menjadi popular apabila membuat tuduhan bahawa ada konsipirasi untuk membunuh Anwar menggunakan asernik dan sebagainya.

Hakikat sebenarnya tuduhan konspirasi ini tidak pernah wujud kerana apabila diperiksa oleh pihak doktor tiada sebarang sisa arsenik dalam badan Anwar. Malah jika benar dakwaan Wan Azizah bahawa Anwar disuntik oleh virus HIV, saya yakin Anwar sudahpun meninggal dunia hari ini kerana penyakit AIDS.

Karpal bijak mengatur strategi politiknya dengan baik dan hebat sehingga sampai ke hari ini dia tidak begitu menonjolkan sikapnya yang sebenar sebagai seorang anti Melayu dan anti Islam. Sememangnya percaturan politiknya sukar dibaca dan hebat kerana berjaya memperbodohkan ramai pemimpin Melayu Islam dari PAS dan PKR!!

Karpal Singh sedar bahawa dia tidak boleh memecahbelahkan orang Melayu tanpa menggunakan orang Melayu sendiri. Jadi, dia berjaya menggunakan isu Anwar dengan baik untuk memecahkan perpaduan orang Melayu seterusnya melemahkan Islam di Malaysia.

Karpal sememangnya tidak boleh menerima hakikat bahawa Malaysia diperintah oleh seorang pemimpin Melayu yang berwibawa dan berpandangan jauh seperti Tun Dr Mahathir.

Pada masa itu, dia juga tidak boleh menerima Anwar Ibrahim sebagai pengganti Perdana Menteri kerana dia adalah seorang Melayu Islam. Kenapakah sekarang DAP dan Karpal Singh setuju sebulat suara untuk melantik Anwar sebagai PM jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat.

Alasannya cukup mudah dan hebat!! Semasa menjadi peguambela Anwar, Karpal telah berjaya mengumpulkan banyak bukti hasil pengakuan Anwar sendiri dalam usaha untuk membebaskan dirinya daripada tuduhan salahlaku seks. Saya yakin Karpal Singh dan DAP masih menyimpan bukti-bukti ini bagi mengawal tindakan Anwar apabila dia menjadi PM nanti. Kita tahu bahawa sememangnya terdapat peruntukan undang-undang yang mewajibkan peguam menyimpan rahsia anak guamnya.

Tetapi Karpal ini sebenarnya bukan seorang yang amanah dan jujur, dia lebih mementing kepentingan politik dan tidak kisah sekiranya hilang kelayakan professional sebagai seorang peguam. Lebih besar faedahnya, jika dia berjaya memastikan Anwar Ibrahim mengikut telunjuknya dengan bukti-bukti yang ada pada Karpal.

Anwar yang sememangnya gilakan popularity pasti tidak berani untuk melawan kerana bimbang rahsia yang memalukan akan terdedah kepada umum terutama penyokongnya yang setia. Jika ini berlaku, setiap tindakan dan keputusan Anwar tentunya akan memihak kepada kafir harbi. Pada masa itu nanti, orang Melayu hanya mampu melihat tanpa dapat melakukan apa-apa tindakan.

Selasa, 13 Mei 2008

Tsunami politik: Gerilawan siber (Bhg akhir)

Tsunami politik: Gerilawan siber (Bhg akhir)

Oleh: Amin Iskandar

Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.Rakan-rakan di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu.

Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang.

Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu - ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 - dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen.

“BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008).Mungkin kerana kenyataan 'sombong' yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor Anwar IbrahimSelepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Saya sempat menyaksikan siri ceramah Anwar di Machang, Kelantan. Ribuan manusia yang majoritinya “berkopiah putih” khusyuk mendengar pidato politik Anwar. Mereka sesekali tergelak ketika Anwar berjenaka.

Di kalangan ribuan yang hadir itu, terdapat juga hadirin yang kelihatan seperti orang Umno. Untuk apa mereka datang, tidak dapat pula saya pastikan. Tetapi ada kemungkinan, orang Umno ini rindukan bekas timbalan presiden mereka.Strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang.

Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar.

Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir.

Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?Gerila SiberPembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.

Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.

Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan “cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan.Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN.

Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com, anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog “sosio politik” di Malaysia.

Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.Hala tuju Umno dan BN? Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua.

Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang.

Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein pada tahun 1973 sebagai satu formula baru selepas kegagalan Perikatan dalam pilihanraya 1969 kini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah “expired”.

Kemungkinan besar satu formula baru akan dirancang sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat.Persoalannya ialah siapakah yang akan mengepalai formula baru ini? Sempatkah Najib mengikut jejak bapanya?

Bagaimana 'tsunami' berlaku? (Bahagian Satu)

Bagaimana 'tsunami' berlaku? (Bahagian Satu)

oleh: Amin Iskandar

Keputusan pilihanraya umum ke-12 memeranjatkan semua pihak. Baik dari parti pemerintah mahupun parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) menang dengan majoriti mudah tetapi hilang penguasaan dua pertiga di parlimen.

Selain itu BN gagal untuk mempertahankan kekuasaan di beberapa buah negeri seperti Selangor, Perak Kedah dan Pulai Pinang sementara Kelantan gagal ditawan dan kekal di bawah pemerintahan PAS. Semua kerusi parlimen di Kuala Lumpur dirampas oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa berjaya dipertahankan oleh Zulhasnan Rafique.

Selatan tanahair yang menjadi kubu kuat BN juga “dirobek” sedikit demi sedikit sehinggakan BN Negeri Sembilan hilang majoriti dua pertiga.

Di Melaka, DAP berjaya menawan lima kerusi DUN dan satu kerusi parlimen. Johor yang merupakan negeri kelahiran Umno juga tidak ketinggalan menjadi mangsa apabila DAP mendapat empat kerusi DUN dan satu kerusi parlimen sementara PAS pula mendapat dua kerusi DUN.

Peralihan undi yang besar kepada pakatan pembangkang tanpa dijangka itu, menyebabkan ramai penganalisa politik menggelarkannya sebagai situasi ini sebagai Tsunami.
Buat pertama kalinya Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1973 hilang kuasa dua pertiga di parlimen dan mengulangi sejarah Perikatan pada pilihanraya 1969.

Pakatan BN yang ditubuhkan sebagai formula baru untuk mengatasi kegagalan Perikatan pada pilihanraya 1969 akhirnya tempang selepas 38 tahun berdiri gagah.
Prestasi BN pada pilihanraya umum 2008 lebih teruk daripada Perikatan pada pilihanraya tahun 1969 oleh kerana kehilangan lima negeri kepada pakatan pembangkang.

Abdullah Ahmad Badawi telah berjaya mencipta sejarah apabila menjadi ketua BN pertama yang menyebabkan kehilangan majoriti dua pertiga.
Keputusan pilihanraya umum 2008 juga menyaksikan beberapa menteri dan timbalan menteri mengalami kekalahan yang mengejut.

Shahrizat Jalil tewas ditangan Nurul Izzah yang kali pertama bertanding dalam pilihanraya umum. Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput semenjak tahun 1974 terpaksa akur dengan Dr Jeyakumar.

Manakala Zainuddin Maidin yang menjadi Menteri Penerangan sebelum ini dimalukan oleh Johari Abdul di Sungai Petani. Di Shah Alam, Aziz Shamsuddin terpaksa akur dengan kemenangan Khalid Samad.

Mengapakah ini terjadi?

BN yang menang besar dalam pilihanraya umum 2004 menjadi begitu kuat sehinggakan tiada kuasa pengimbang dalam menentukan hala tuju negara. Dalam bahasa yang mudah, BN boleh membuat apa sahaja dengan kuasa dua pertiga mereka di parlimen.

Selepas pilihanraya 2004 sehingga 8 Mac 2008 rakyat dibebani dengan kenaikan kos hidup yang mendadak. Kenaikan harga minyak, tol, pengangkutan awam dan barang keperluan harian telah menyebabkan ramai yang hidup menderita.

Tambahan lagi apabila wujudnya “watak-watak jahat” seperti Samy Vellu yang bersungguh-sungguh mempertahankan kenaikan harga tol telah menyebabkan rakyat mula menyesal kerana memberikan mandat begitu besar kepada BN dalam pilihanraya umum 2004.
Pakatan pembangkang yang sedar akan kegelisahan rakyat, bijak untuk memanfaatkan suasana tersebut.

Kempen untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen agar mereka tidak boleh membuat keputusan dengan sesuka hati, telah berjaya membuahkan hasil. Lim Guan Eng apabila ditanya oleh wartawan sewaktu kempen pilihanraya berlangsung, mengatakan DAP tidak mungkin mengalahkan BN dan hanya berniat untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen.

Husam Musa yang juga naib presiden PAS, berkali-kali dalam siri ceramah dan kempen pilihanrayanya, menyatakan kepada pengundi agar kuasa majoriti BN di parlimen harus dikurangkan agar harga barang tidak boleh dinaikkan dengan sesuka hati.

Di kalangan orang ramai terutamanya pengundi atas pagar, untuk menukar kerajaan baru secara drastik adalah sesuatu perkara yang menakutkan. Akan tetapi, kalau sekadar untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, mereka bersedia melakukannya.

Peningkatan kos kehidupan adalah pendorong utama bagi kumpulan pengundi ini. Mereka ini percaya jika majoriti BN di parlimen dikurangkan, harga barang tidak mudah untuk dinaikkan dengan sesuka hati.

Oleh kerana terlalu ramai yang berfikir untuk mengurangkan majoriti BN di parlimen, maka BN akhirnya benar-benar kehilangan majoriti di parlimen bersama dengan kuasa dua pertiganya.
Saya menemui beberapa orang teman-teman yang berada dalam kelompok ini selepas dua hari keputusan pilihanraya diumumkan. Mereka sebenarnya tidak menyangka bahawa BN akan kalah seteruk ini apabila memenangi hanya 140 kerusi parlimen berbanding dengan pembangkang yang berjaya mendapat 82 kerusi di parlimen.

Protes orang Umno

Pertembungan di antara Pak Lah dan Dr Mahathir Mohamad adalah perkara yang sudah diketahui umum. Semenjak projek “jambatan bengkok” dibatalkan, Mahathir tidak henti-henti menyerang perdana menteri yang beliau lantik menggantikannya pada tahun 2003.

Mahathir memberitahu umum bahawa beliau menyesal kerana melantik Abdullah sebagai penggantinya. Malah bekas perdana menteri itu pernah memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapannya melantik Abdullah yang dikatakan membawa Malaysia ke arah kehancuran.
Peranan menantu Pak Lah dalam pentadbiran negara adalah salah satu kebencian Mahathir. Mahathir mengatakan bahawa “budak tingkat empat” (merujuk kepada Khairy Jamaluddin dan rakan-rakannya) menguasai Abdullah.

Beberapa hari sebelum pilihanraya, apabila ditanya oleh wartawan tentang kemungkinan Khairy akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran negara selepas pilihanraya umum, Mahathir berkata Malaysia akan menuju kemusnahan.

Mahathir sedar bahawa Abdullah dan menantunya akan dapat disingkirkan jika BN mengalami prestasi yang buruk dalam pilihanraya umum. Maka Mahathir pun menyeru ahli-ahli Umno agar membersihkan Umno melalui pilihanraya umum. Mereka disaran agar mengundi berasaskan kepada kredibiliti calon dan bukannya atas dasar parti. Dalam erti kata lain, ahli Umno diberitahu agar jangan mengundi orang-orang Pak Lah.

Kempen ini boleh dikatakan berjaya. Ahli-ahli Umno yang benci akan Pak Lah dan menantunya telah memberi undi protes, mengikut saranan bekas perdana menteri itu.
Rembau tempat menantu PM bertanding, boleh dijadikan contoh yang baik.

Dalam pilihanraya umum 2004, calon BN, Firdaus Muhammad Rom Harun telah menewaskan Dr Dzulkifly Ahmad dengan majoriti yang besar sebanyak 18,656 undi. Manakala menantu PM menang di Rembau baru-baru ini hanya dengan majoriti 5,746 undi.

Khairy tidak mungkin mendapat undi serendah itu jika orang Umno Rembau tidak protes terhadap beliau. DUN Paroi yang terletak di bawah parlimen Rembau jatuh buat pertama kalinya kepada PAS apabila calonnya Mohd Taufek Abdul Ghani berjaya mengalahkan Datuk Zaharuddin Mohd Shariff dengan majoriti 1,071 undi.

Menantu PM yang dikatakan hebat sebelum ini sebenarnya tidaklah sehebat mana. Kempen Dr. Mahathir untuk membersihkan Umno hampir menyebabkan menantu PM turut dibersihkan. Ternyata orang Umno turut menyumbang kepada kehilangan kuasa dua pertiga BN di parlimen dan menyebabkan beberapa buah negeri tumbang kepada pakatan pembangkang.

Bahagian kedua: Faktor Anwar Ibrahim dan peranan gerilla siber.(nantikan sinambungannya)

Ahad, 11 Mei 2008

KARPAL SINGH RAKYAT MALAYSIA PALING GILA

DYMM Yang Di Pertuan Agong -'Payung' kepada Rakyat, Agama, Bangsa dan Negara.
Karpal Singh Si Benggali- 'Payung' kepada DEO
Manusia semakin tua, semakin bertambah agung budi bahasa dan berkelakuan baik. Lain bagi Karpal, bagi dia, semua orang tak betul dan sudah gila.Tapi dia tidak sedar bahawa dialah manusia paling gila dalam abad ini.

Gila kerana menganggapnya sebagai PENDERHAKA? Atau gila kerana tidak faham Undang-undang?
Pak Lah dan Sultan/Raja Melayu sendiri dikatakan tidak faham dan jahil pasal undang-undang.
Karpal hina Sultan Perak dan Kelantan pasal bidang kuasa Raja-raja.


Bahkan teks ucapan Yang Dipertua Agong (YDPA) pun dimomok kebudak-budakkan.
Karpal kata-ucapan itu hanya disediakan oleh kerajaan. Adakah YDPA adalah tali barut kerajaan?

YDPA adalah payung kepada rakyat Malaysia- tak kira Melayu ke, Cina ke, India ke, Kadazan dusun, dayak, mickey mouse ke…

Hebat dan saya puji dengan kenyataan MB Kelantan- Tok Guru yang membidas Karpal.
Katanya, kalau di rumah kita ada ibu bapa, kita kena hormat dan mendengar nasihat mereka. Bagi Negara, Sultan atau Raja dianggap sebagai ‘ibu bapa’.


Ini pertama kali pendirian beliau secara peribadi yang tidak suka dengan ‘aksi ghairah’ Karpal yang suka mencabar undang-undang. Mana Presiden PAS, Haji Hadi Awang? Diam aje. Takut pada DAP ke? Takut nanti DAP Perak tak sokong MB macam mana?

PAS sepatutnya mempertahankan Sultan dan Raja Melayu yang merupakan simbol kepada agama Islam dan bangsa serta ‘Ketuanan Malaysia’.Takut kat Karpal daripada takut pada ALLAH?

Ibrahim Ali, YB Pasir Mas (calon bebas, bertanding atas tiket PAS) membidas sikap wakil rakyat PKR. Tahniah dan syabas buat pendekar Brehem kita. Inilah pejuang namanya, bukan jadi penyapu aje dalam parlimen. Yang disapu orang tak betul.

PKR dikatakan macam gelagat tiga ekor beruk- tutup mulut, mata dan telinga. PKR sebenarnya penakut bila hendak membela orang Melayu kerana PKR memperjuangkan ‘ketuanan rakyat’.
Tadi, Karpal diserbu oleh pihak polis di syarikat guamannya. Beberapa laporan polis dibuat oleh pelbagai lapisan masyarakat diserata negeri.


Kata karpal, ‘saya tidak gentar dan takut’.Tapi kenapa bila ‘budak hingus’ dalam blog pasjohorbaharu menyeru supaya darah Karpal halal untuk dibunuh, bukan main dia takut. Mana betul main politik begini. Takut kat budak seorang lebih daripada takut seluruh rakyat Malaysia.

Mana Anwar Ibrahim? Abang Anwar tolonglah. Abang Anwar dok mana sekarang? Kalau Agong tak suka Anwar jadi PM, maka Anwar tak boleh jadi PM walaupun parti mendapat majoriti. Abang Anwar kena bela ‘Payung Rakyat’ dan ‘Ketuanan Rakyat’ yang sebenarnya, iaitu raja dan sultan Melayu. Bukan Karpal atau DAP.

Mana ketuanan-ketuanan-ketuanan… macam abang Anwar pekik-pekik selama ini!!
Jejaka pun rasa, Karpal hanya mahu gimit politik sahaja. Apa pandangan pembaca blog pula?

Rabu, 7 Mei 2008

'Situasi BN sekarang berbahaya' (kata Tun)

'Situasi BN sekarang berbahaya' (kata Tun)

Dipetik dari: http//:www.kpmu.net

PUTRAJAYA 7 Mei - Tun Dr. Mahathir Mohamad meminta Barisan Nasional (BN) mengambil serius tentang kemungkinan pakatan pembangkang menubuhkan kerajaan dalam masa terdekat.

Nota:
Jika dahulu Anwar Ibrahim dan pembangkang yang bermain dengan perang saraf ini sebelum sidang parlimen bermula. Ketika itu Tun hanya mendiamkan diri kerana takut perkara ini benar-benar berlaku dan jika ianya berlaku ianya akan memberikan padah yang buruk kepada Tun yang tidak kita perlu jelaskan.

Tun sebenarnya yakin perkara ini tidak akan berlaku dan itulah sebabnya beliau pula yang bermain dengan perang saraf ini untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa BN sekarang ada sebuah parti yang lemah , disebaliknya keadaan adalah berbeza kerana jika kita lihat pada perjalanan sidang Parlimen , ahli parlimen BN begitu kukuh dan bersatu.

Keadaan ini yang membuat Tun tidak senang dan cuba memecahkan keutuhan ahli parlimen yang kukuh bersatu ini.Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada mulanya beliau mengabaikan tentang kemungkinan tersebut tetapi setelah meneliti situasi yang ada, keadaan sekarang begitu berbahaya.

''Saya fikir ini ada kemungkinan (pertukaran kerajaan) yang tidak boleh kita abaikan.''Pada masa ini, ahli-ahli politik menunjukkan minat tentang berapa banyak yang boleh mereka peroleh dan mereka tidak betul-betul berminat untuk berkhidmat kepada negara,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Nota:
Bukan Tun abaikan selama ini, Tun sebenarnya risau jika ini benar berlaku .Tun berani berbicara pasal ini kerana yakin ini tidak akan berlaku lagi dan telah nampak akan kekuatan ahli BN,Tun mungkin terlambat untuk membicarakan hal sebegini dan seolah-olah Tun bercakap diluar pemikiran beliau yang matang dan kebelakangan ini, Tun banyak menyalahkan UMNO dan BN , semua yang bersama BN dilihatnya sebagai salah dan tidak baik.

Apa sebenarnya yang Tun mahukan kita tidak dapat pastikan lagi. Agak keterlaluan jika Tun menuduh ahli politik tidak berminat untuk berkhidmat kepada negara. Apakah Tun mahu mengatakan bahawa hanya beliau sahaja yang berminat untuk berkhidmat kepada negara. Tun sepatutnya berehat dan tidak perlu lagi berkhidmat kepada negara , Tun juga sepatutnya sedang berehat dan tidak perlu mencampuri urusan kerajaan lagi kerana kita ada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta ahli-ahli kabinet telah diamanahkan untuk menguruskan negara.

Jelas Dr. Mahathir lagi , desakan untuk melompat parti timbul apabila tidak wujud lagi kesetiaan kepada parti dan sesetengah pihak yang merasakan mereka tidak mendapat apa-apa sekarang mempunyai peluang mendapat jawatan penting dalam kerajaan baru.Ditanya adakah perkara tersebut dirasakan satu kebimbangan besar baginya, beliau berkata, sekiranya tindakan lompat parti itu berlaku, negara ini akan mengalami lebih banyak konflik.

Mengenai ahli-ahli Parlimen yang mungkin melompat parti, Dr. Mahathir berkata, UMNO dan parti komponen utama dalam BN seperti MIC dan MCA mempunyai akar umbinya di Semenanjung tetapi keadaan berbeza di Sabah dan Sarawak.

''Walaupun UMNO ada di Sabah, ia tidak sama di sini (Semenanjung), mereka pernah ada USNO dan Pairin Kitingan dulu juga pernah mendapat sokongan daripada orang-orang ini.''

"Jadi, bolehkah kita yakin yang mereka akan terus memberikan kesetiaan yang kuat kepada UMNO, saya tidak fikir begitu,'' katanya.

Nota:
Tun sebenarnya tidak perlu bimbang dengan apa yang sedang bergolak sekarang , kerana semuanya telah berjalan dengan baik dan lancar. Pak Lah dan Najib tahu apa yang mereka lakukan.

Tun tidak perlu bimbang kerana mereka ini juga sayangkan UMNO dan BN juga, dan tidak mungkin akan melepaskan kerajaan ini dengan begitu mudah sekali. Kalau Tun hanya duduk diam dan tidak mencampuri urusan kedua kepimpinan tertinggi ini Insyallah , kita akan kembali kukuh dan kuat kembali.

Cukuplah sudah apa yang telah Tun lakukan sebelum ini,Rakyat sudah mula bosan dengan cara dan tingkah Tun yang sedaya upaya mahu menjatuhkan Perdana Menteri dan Timbalan beliau.

Kata Tun lagi "Malah, beliau berkata, terdapat beberapa ahli Parlimen di Semenanjung yang jika mereka fikir boleh mendapat sesuatu daripada kerajaan baru, kumpulan tersebut juga bersedia melompat parti''
"Ini terutama apabila dirasakan jika berbuat demikian, mereka akan dapat terus berada dalam kerajaan,'' katanya.

Kata beliau, keadaan tersebut berbeza berbanding dahulu ketika BN memiliki majoriti lebih dua pertiga.Katanya, ketika itu tidak timbul masalah kemungkinan ahli-ahli Parlimen melompat parti kerana BN dan jika terdapat parti komponen berpaling tadah sekali pun, mereka tidak mampu menubuhkan kerajaan.''

Berbeza sekarang apabila melompat dan sertai kerajaan lain, mereka tidak akan mengalami apa-apa kerugian malah boleh mewujudkan permainan politik,'' katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir membidas larangan kepada bahagian UMNO untuk mengadakan mesyuarat agung khas (EGM) dan menyifatkannya ia sebagai suatu yang tidak demokratik.

''Itulah UMNO yang ada sekarang, ini bukan UMNO yang sebenar (berbeza), pada zaman saya dahulu UMNO melaksanakan kempen untuk menentang saya tetapi mereka tidak dihalang.''Sekarang kita tidak boleh bercakap tentang apa yang kerajaan tidak suka,'' katanya.

Sambil memberikan contoh, Dr. Mahathir berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, beliau ada menyatakan hasrat ingin bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu-isu semasa atas rasa keprihatinannya tentang apa yang berlaku dalam UMNO.

''Dia (Najib) kata dia akan datang jumpa saya tetapi perlu mendapat kebenaran dahulu daripada Perdana Menteri. Rupanya dia tidak mendapat kebenaran, jadi, sampai sekarang dia tidak berjumpa saya ''

Ini sungguh teruk apabila Perdana Menteri tidak mempercayai timbalannya. Pada zaman saya, saya mempercayai timbalan saya sehinggalah dia melakukan sesuatu yang pelik,'' katanya.

Menurut Dr. Mahathir, UMNO perlu membenarkan EGM di bahagian-bahagian bagi membolehkan ahli-ahli parti membuat perubahan ke atas peraturan kuota 30 peratus bagi membolehkan pertandingan bagi jawatan tertinggi parti dilaksanakan.

''Jika tidak dapat mengubah syarat kuota tersebut, dengan sikap ketua-ketua bahagian sekarang, tidak ada satu bahagian pun yang akan mencalonkan orang lain kecuali Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi).''

Jadi, jika tidak ada 60 bahagian UMNO yang mencalonkan sesiapa kecuali Pak Lah, maka pada Disember ini, beliau akan menang tanpa bertanding... (kerana) orang sungguh takut dan amalan cium tangan telah bermula,'' katanya.

Nota:
Jelas disini Tun telah mula menghidu akan sokongan pemimpin UMNO kepada Pak Lah kian kuat dan kebimbangan beliau kemungkinan sesiapa sahaja yang bertanding untuk menentang Presiden atau Timbalan Presiden tidak akan mendapat pencalonan telah jelas terbayang di mata beliau dan kebimbangan inilah yang membuat Tun cuba untuk membuat satu 'Spin' dalam perang saraf beliau untuk menunjukkan bahawa UMNO itu lemah.

Sebaiknya Tun berehat sahaja dan biarlah generasi baru ini mengendalikan UMNO.Yang berada di belakang Tun sekarang boleh di kira - Khir Toyo , Fuad Zakarsi , Muhiyuddin , Syed Ali Al Habshee dan juga anak beliau Mukhriz. Tengku Li .Tun gagal melebarkan pengaruhnya setelah Pak Lah dan Najib bercantum kukuh.

Sepatutnya jika Najib enggan bertemu dengan Tun, Tun fahamlah kenapa Najib tidak mahu bertemu dengan Tun, langkah Najib itu bertepatan kerana nawaitu Tun untuk bertemu dengan Najib bukannya membawa kebaikan tetapi akan menyulitkan Najib. Kalau Tun terus mahu berpolitik , tubuh lah parti baru kerana ahli UMNO sekarang mahu menumpukan kepada pemulihan UMNO dan menumpukan kepada tugasan harian.

Mereka tidak mampu untuk berpolitik setiap hari kerana mereka bukannya rakyat yang telah pencen yang banyak masa untuk berpolitik sepanjang minit dan sepanjang jam.Insyallah BN dan UMNO dalam proses pemulihan dan kami tak perlu ubat yang tidak ketentuan yang dibawa oleh Tengku Li yang jiwanya kacau mahu menjadi presiden parti dan PM.

Isnin, 5 Mei 2008

Bercakap Tentang Melayu…Hanya UMNO & PAS yang Layak.

Renungkalah...
Dua hari selepas satu persetujuan peringkat pegawai antara pas/umno/pkr menyatakan persetujuan yang sama. Bagi jejaka kalau ia isu melayu/islam maka yang layak dan setanding untuk duduk semeja bagi mengatasi masalah melayu hanyalah parti PAS/UMNO sahaja kerana secara semulajadinya kedua-dua parti tersebut merupakan tunjang utama kelompok melayu terluas dalam sistem parti melayu negara.

Kedua-dua parti ini merupakan arah tuju utama orang melayu memilih konsep dan corak pilihan malaysia untuk masa depan. PKR bukan parti melayu. berdasarkan kepada penglibatan PAS/UMNO/PKR, Parti PKR yang ada sekarang merupakan parti berbilang kaum,campuran ideologi yang berbeza, agama berbeza dan pendapat berbeza. Maka ia tidak layak hatta untuk datang mesyuarat pun membincangkan soal ketuanan melayu/islam.

Perjuangan PKR adalah kesinambungan perjuangan sekularisme sama seperti perjuangan pancasila soekarno. sama seperti perjuangan agama din illahi di India. Bebas, hak asasi, keterbukaan, liberalisme, semua agama sama, dan babilisme !

Prinsip jus soli (hak sama rata) dalam pembentangan Malayan Union 1946 dulu, kini dikitar semula dalam bentuk yang lebih gila kelolaan Anwar Ibrahim. Kalau dulu prinsip jus soli melibatkan kerakyatan..kini perjuangan PKR lebih menjerumus ke arah penghapusan secara halus tapi menikam hak-hak melayu/islam !

Mungkin lebih gila sekiranya PKR memerintah hak asasi agama menjadi agenda perjuangan mereka. maka banyaklah Lina Joy, Haryati, Aisha Bukhari dalam masyarakat melayu sekiranya PKR naik memerintah.

Tatkala Khalid Ibrahim naik menjadi MB selangor, babi merupakan perjuangan utama PKR. Babi bukan makanan melayu, babi bukan playstation melayu, babi bukan ekonomi melayu...babi adalah ekonomi cina, makanan cina dan permainan cina dan selayaknya Jejaka mengiktiraf bahawa PKR bukan parti secara total perjuangkan melayu.

PKR anti melayu, anti hak melayu, anti keagungan kuasa islam dan Anwar telah menyebut dalam perhimpunan di Kg Baru bahawa beliau mahu menegakkan satu konsep 'ketuanan rakyat' dan menghapuskan 'ketuanan melayu'. Anwar Ibrahim adalah ciri-ciri marabahaya melayu yang kerana demi kuasa Anwar sanggup memecah-belahkan umat melayu.

Anwar punyai sindrom diktator melayu tatkala secara paksa memaksa Hj Hadi Awang menandatangani surat penghapusan 'kelangsungan melayu/islam' dalam persetujuan penubuhan pakatan rakyat.


Anwar turut mempunyai rekod pada 20 september 1998 di Masjid Negara di mana beliau bersetuju menghapuskan kuasa raja-raja melayu.

Dua minggu lepas, Wan Azizah secara rasmi menolak negara islam !!!!

Dua kelembai pasangan suami isteri ini adalah paksi dikalangan masyarakat menghilangkan kuasa orang melayu/islam dan menegakkan ketuanan Cina, India dan Kristus !!!!!!!!!

Maka Jejaka sarankan agar permuafakatan melayu hanya dibincang oleh orang yang layak iaitu PAS dan UMNO, dan bukannya PKR yang memperjuangkan hak bangsa Cina, India, Hindu, Kristian dan lain-lain lagi yang tidak lupa babiisme !!!!!

PKR berkonsepkan perjuangan bohsia. semua dia layan semata-mata memenuhi tuntutan jimak politik bangsat dia sahaja !



Karpal Singh©New Sunday Times (Used by permission) by Sharanjit Singh and Syed Umar Ariff

GEORGE TOWN: DAP national chairman Karpal Singh yesterday dismissed allegations that he was a bigot for continuously making a stand against the formation of an Islamic state. Karpal, who has come under fire in blogs and also received death threats, said he had never insulted Islam and that Muslims should not turn him into another Salman Rushdie.

"I cannot understand why some people are saying that I have insulted Islam. "What I have been against and will continue to be against is attempts by Pas to turn this country into an Islamic state," he said, adding he was just standing up for what was stated in the country's Constitution, that Malaysia was a secular state.He said anyone who opposed his stand could be deemed to be challenging the constitution.

Karpal said he would continue to fight against the Islamic state issue despite being criticised in blogs, including a call to kill him on the Johor Pas website. The comment, dated April 24, was listed on the website Shoutbox and was written by someone called Alif, who alleged Karpal had insulted Islam and that darahnya halal dibunuh (it is justifiable to kill him). Karpal, who lodged a report yesterday about the comment, was surprised that Pas had allowed such writings on its website.

"They should not turn me into a Salman Rushdie, who was accused of insulting Islam through his writings in the Satanic Verses book, which led to a fatwa being issued to kill him. "Killing me is not going to solve the problems faced by Pas," he said.

On the same note, he said DAP would demand that Pas give an assurance that its leaders would stop insisting on turning Malaysia into an Islamic state. He said such a declaration would hurt Pakatan Rakyat (PR) and DAP would never allow Pas to use the newly-formed opposition grouping for its Islamic state agenda.

"Pas has gone to the extent of saying it is the backbone of PR and it is from that platform that it will launch its aim to turn Malaysia into an Islamic state."

"What is being done by them may lead to the scuttling of PR."

"Meanwhile, Pas has apologised to Johor DAP for allowing the comment to be posted on its website."

In a statement posted on the website pasjohorbahru.com yesterday, the party apologised and has removed the offensive post. Earlier, Pas Johor commissioner Datuk Dr Mahfodz Mohamad said the comment did not reflect Pas' stand.

Any comment from penyokong PAS?