MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 25 Jun 2010

Hancurnya Selangor di Tangan Pembangkang..

Semenjak mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor, semenjak menjadi Menteri Besar Selangor, sudah terlalu banyak kerosakan yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim. Malah, inilah hakikat nyata setelah dua tahun lebih PR mentadbir negeri Selangor. Ketahuilah, apa juga yang 'jatuh' ke tangan PR pasti musnah dan rosak.

Contoh paling hampir adalah Selangor yang kini dibawah kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Kerosakan dan kehancuran maruah negeri tergadai sudah dengan pelbagai agenda rosak.

Sekadar contoh:

1) Perlombongan pasir di Selangor. Hasil yang diperoleh Kerajaan Selangor hanya sedikit sedangkan kawasan perlombongan semakin luas. Aktiviti yang tidak dikawal menyebabkan tanah kerajaan untuk pembangunan semakin mengecil, yang pasti lombong-lombong buatan manusia makin bertambah.

2) Dasar pemberian air percuma kepada rakyat yang tidak menyeluruh kerana kerajaan Selangor sebenarnya tidak memberi air percuma disebabkan mereka membayar sekitar RM11 juta sebulan kepada Syabas melalui GLC kerajaan Selangor, Kumpulan Darul Ehsan. Maka setiap tahun kerajaan Selangor membayar lebih dari RM100 juta untuk air. Bukankah lebih baik wang tersebut digunakan untuk tujuan lebih bermanfaat kepada rakyat Selangor.

3) Pemberian lesen rumah urut yang telah melebihi 4000. Hari ini kemana-mana pun di Selangor ada terdapat rumah urut. Malahan kedai-kedai tikam ekor tumbuh bagai cendawan.Bila dikaji selidik, jawapan pasti pengusaha rumah urut itu berpartikan DAP.

4) PKNS. Perletakan jawatan Azmin bukan didorong oleh rasa tanggungjawab ke atas apa yang sedang dilakukan oleh Khalid Ibrahim tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati Azmin kerana Azmin tidak dapat menggunakan PKNS untuk kepentingan diri sendiri. Jika Azmin Ali menjadi MB Selangor dia juga akan melakukan apa yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim atau mungkin lebih tyeruk dari itu.

Ternyata apa yang berlaku di Selangor sekarang ini adalah kerana Selangor di tadbir oleh Pakatan Pembohong. Mereka akan terus berbohong dan terus akan memusnahkan Selangor.
Namun, apa yang melucukan, dalam keadaan gagal mentadbir Selangor, MB Khalid Ibrahim masih ada hati untuk memajukan dan membangunkan Kampung Baru? Alahai Khalid..

Khamis, 24 Jun 2010

Azmin Letak Jawatan Protes Kepimpinan Khalid

Pekung kelemahan kepimpinan dan kegagalan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menguruskan pentadbiran Selangor khususnya dalam saf PKR ternyata membawa kesan yang mendukacitakan lantaran penukaran Setiausaha Politiknya, Nik Nazmi Nik Ahmad yang digantikan dengan Faekah Husin menjurus kepada perletakkan jawatan Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negari Selangor.

Tindakan Azmin itu menjawab segala kemungkinan perbalahan diantara mereka sebelum ini. Malah pada Konvensyen PKR di Kelantan baru-baru ini, timbul juga cerita kononnya keretakkan hubungan kedua-dua mereka amat serius hingga ada perwakilan mendakwa mereka tidak boleh bertentang mata.

Mungkin ramai tidak tahu, ada beberapa sebab yang menjadi punca Azmin melepaskan jawatannya dalam PKNS. Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa dilihat lebih sesuai sebagai Menteri Besar tetapi kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin dengan rancangannya untuk menawan Putrajaya dan berpendapat Azmin lebih diperlukan dalam kabinetnya. Maka, Azmin disimpan dahulu sementara pelan 16 September berlaku.

Bagaimanapun, selepas pembohongan Ketua Pembangkang itu terbongkar dan pelan 16 September hanya tinggal mimpi kosong, lalu Anwar menabur janji lagi dengan menyatakan Azmin perlu untuk menerajui kerajaan Selangor tambahan pula Khalid dianggap gagal mentadbir negeri itu. Namun akhirnya, Azmin tertipu lagi..

Antara yang lain menjadi punca keretakan hubungan intim Azmin dan Khalid ini ialah apabila Azmin mendapat tahu mengenai isu pengagihan lembu korban ke Parlimen Bandar Tun Razak dan penyelenggaraan kereta Lexus milik peribadi Khalid yang menggunakan peruntukkan kerajaan negeri.telah menjadi sebab kemarahan Azmin dan peluang untuk mencalarkan imej Khalid.

Akan tetapi Khalid terlebih dahulu menghidu perangkap Azmin dan barangkali sedar kedudukannya akan tergugat, maka Khalid kemudiannya melantik Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor sekaligus berasa selamat di bawah dagu Ketua Umum PKR itu.

Bagi menutup kelemahan diri, Khalid melantik pula Setiausaha Politik baru, Faekah Husin yang juga Setpol kepada Datuk Seri Wan Azizah Ismail. Meskipun sedar ada dikalangan pemimpin dan ahli PKR menganggap tindakan itu akan memberi kesan mendalam kepada Azmin, namun bagi Khalid dia lebih berhak.

Tindakan Khalid menukar setiauasaha politiknya yang baru kerana Khalid sedar dan tahu bahawa Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia dikatakan amat rapat dengan Azmin, malah Nik Nazmi juga pernah bertugas sebagai pegawai khas Anwar sebelum bertanding pada PRU 12.

Justeru itu, pastinya kita dapat melihat ianya satu percaturan menarik ekoran pelantikan Faekah yang masih Setpol Wan Azizah kerana di kalangan pemimpin yang rapat dengan keluarga Anwar, mereka tentu tahu pergeseran bekas ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan Azmin Ali. Ianya dipercayai ada kaitan dengan Shamsidar Taharin.

Sekaligus, apabila Nik Nazmi keluar daripada pejabat Menteri Besar Selangor, Azmin mungkin putus maklumat mengenai tindak tanduk serta perancangan Khalid. Maka sebab itu, Azmin barangkali meletak jawatan daripada PKNS sebagai tanda protes terhadap pimpinan Khalid.

Apapun, keputusan Azmin menghantar surat meletakkan jawatan itu dibuat empat hari menjelang parti itu dijaduakanl akan mengadakan sesi pemukiman serta Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini.

Dalam pada itu, ada juga pihak melihat tindakan Azmin ini antara strategi awal beliau merebut jawatan Timbalan Presiden PKR yang kini disandang Syed Hussin Ali. Secara tidak langsung, pelantikan Nik Nazmi sebagai Pengarah Komunikasi PKR sudah pasti akan banyak membantu kempen Azmin jika beliau memutuskan bertanding menentang Syed Hussin kelak.

Sungguhpun begitu, apa yang kita dapat lihat kesemua percaturan politik PKR ini, menjelaskan betapa rumahtangga PKR khususnya di Selangor sedang bergolak hebat. Kita tidak menolak kemungkinan akan berlaku rombakan dalam struktur parti yang akan diumumkan selepas MPP Ahad ini.

Lagipun jika benar wujudnya kumpulan 15 Ahli Parlimen yang turut mempertikai kepimpinan Khalid, dan menyokong Azmin bermakna ahli parlimen Gombak itu bukan lagi harimau yang menyembunyikan kukunya.

news@n9kini.com