MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 23 Mac 2008

PENGAKUAN SEORANG KAWAN.......


PENGAKUAN SEORANG KAWAN

Anwar Ibrahim seorang penipu! Malahan, sanggup menikam kawannya sendiri.

Sabtu, 22 Mac 2008

Ku Li Buka Pekung Sendiri Apabila Tamakkan Kuasa


Ku Li Buka Pekung Sendiri Apabila Tamakkan Kuasa


oleh: H.M. Mizie




Pemimpin-pemimpin UMNO hari ini menyifatkan langkah Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan presiden parti itu sebagai satu usaha ‘menangguk di air keruh’.

Mereka juga menganggap tindakan bekas Menteri Kewangan tersebut sebagai tidak sesuai pada masanya ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedang berusaha mengukuhkan semula kedudukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

Gara-gara keputusan PRU-12 yang lalu, ramai pula sukarelawan dari kalangan ahli politik yang beria-ia menghulur pandangan dan kreativiti masing-masing dalam memastikan kekuatan parti bertambah kuat.

Dari kelancangan pemimpin muda sehingga ke pemimpin tua, masing-masing sibuk menyuarakan hasrat hati untuk membantu memulihkan parti yang kononnya sedang berada di tahap goyah.

Jika sebelum ini, Mukhriz di lihat biadap dengan kelantanganya menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, namun kelantangan beliau itu di lihat sebagai keceluparan yang sia-sia.Malah, desakan agar tindakan tatatertib pula membelenggu Mukhriz apabila suara Ketua Pemuda Umno pula dengan lantang menyelar tindakan Mukhriz.

Kini, seorang lagi ahli yang gila kuasa dan pangkat menyatakan hasrat hatinya untuk membaik-pulih parti Umno sekaligus merampas takhta dan kuasa pemerintah Negara.

Jelas, nawaitu sumbang Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh yang menawarkan diri secara terbuka untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pemilihan UMNO akan datang, mempunyai maksud tersendiri.

Hasrat beliau itu turut dipandang sinis oleh ahli yang seangkatan usia beliau sendiri dan komen yang menyindir menjadi habuan Ku Li ketika ini.

Veteran UMNO, Tan Sri Mohamed Rahmat (gambar) berkata, ini kerana semua pihak kini perlu memikirkan langkah untuk memperkukuhkan parti dan pertandingan itu dikhuatiri menyebabkan perpecahan.

“Hasrat untuk bertanding adalah hak beliau, tetapi kita kena fikir juga soal penyatuan Melayu kerana ini adalah masa untuk bersatu dan mengelakkan perpecahan,” kata bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk membincangkan tawaran Tengku Razaleigh bagi menerajui UMNO. Sebaliknya, menurut beliau, apa yang penting pada masa ini ialah untuk membincangkan terlebih dahulu permasalahan serta masa depan orang Melayu dan UMNO.

Sebagai orang Melayu kita perlu melihat secara positif dan mengikis sentimen takutkan perpecahan setiap kali wujud perebutan jawatan dalam parti.Jadi tidak usahlah kita yang berteduh di bawah panji yang sama, terhegeh-hegeh untuk menyibuk dalam urusan yang hanya membenarkan kita menyokong dari belakang.

Sebagai ahli parti, seharusnya kita bersatu bagi memupuk perpaduan kaum, berkhidmat memenuhi kepentingan rakyat dan bersetia kepada parti yang kita dokong sejak penubuhannya lagi.