MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 30 Jun 2008

"Mana satu betul ni?" Itulah persoalan pertama yang keluar dari mulut bapa saudara Jejaka sejurus saja kami menikmati hidangan tengahari di Restoran Nelayan hari ini.

Apa tidaknya, jika pada sessi pagi sewaktu membelek akhbar, terpampang di muka hadapan "ANWAR LARI BERSEMBUNYI DI TURKI".Satu tajuk yang bisa menarik perhatian pembaca...

Namun, berlainan pula halnya apabila kami melayari alam maya ini, terpampang pula di ruang terkini sebuah laman web "Kedutaan Turki tidak tawar suaka politik kepada Anwar"

Antara petikannya: 'Kedutaan Turki mengesahkan tidak menawarkan suaka politik atau jemputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari perlindungan di situ, sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri meminta kebenaran berada di situ mengikut tempoh yang akan ditetapkannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar Turki ke Malaysia, Barlas Ozener kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika dipanggil ke Wisma Putra, di sini petang ini, bagi menjelaskan kekeliruan tersebut.Menurutnya, atas permintaan Anwar itu, maka Kedutaan Turki telah membenarkannya berada di situ atas dasar kemanusiaan.

"Berikutan penjelasan Duta Turki itu, maka Kementerian Luar tidak menerima ia (kehadiran Anwar itu) sebagai satu jemputan tetapi jika tempoh itu berpanjangan maka istilah tetamu itu dicurigai dan kita akan memberi pengiktirafan lain.

“Kerajaan juga sudah meminta Kedutaan Turki supaya tidak menghalang proses siasatan polis terhadap Anwar, jika polis tidak dapat menjalankan tugas maka itu dianggap menyalahi proses undang-undang di negara ini,” kata beliau pada sidang akhbar di Wisma Putra.'

Maka, sewaktu Jejaka menulis ini pun, masih kedengaran ngomelan dari bapa saudara Jejaka yang merasakan ini semua mainan politik dari orang yang inginkan kuasa demi mencapai impian. Logiknya, sambil mengomel...bapa saudar saya ni masih sempat mengajukan soalan kepada saya yang bertanyakan adakah ini semua rancangan Anwar sendiri atau percaturan ketua PR yang sememangnya 'berbulu' dengan Anwar kerana taksub menjadi PM sehingga lupa untuk menoleh rakan di belakang?

Apa pula tekaan anda?

Apa ada pada gambar kan? Tapi..bagi mereka yang ketandusan idea atau bukti, gambar-gambar sebegini pastinya mendatangkan spekulasi yang maha dahsyat, maha popular!
Benarkah Anwar Ibrahim meliwat lagi?

Jejaka ingin memetik beberapa teks dari blog rakan-rakan seperjuangan untuk dikongsi dan diamati buah-butirnya...


Liwat lagi? Jika angin tidak bertiup dan beruk-beruk tidak mengconcangkan pokok, masakan pokok akan bergoncang lagi. Bangkai kerbau akan tetap berbau walau di tutup. Siapa dan mengapa? Ini persoalan yang bermain di benak fikiran rakyat dan banyak spekulasi yang timbul kini dengan berbagai definasi.
Anwar menafikan, pembantu peribadinya yang berusia 23 tahun telah membuat laporan polis, Anwar pula menyatakan itu hanya dakwaan belaka yang bermotifkan politik keran kerana mahu menyekat akan kejayaan beliau membimbing PR yang telah menawan 5 buah negeri.
Siapa yang mahu sabotaj Anwar?

Yang membuat laporan adalah pembantu peribadi beliau, bukan Perdana Menteri mahu pun pihak Polis. Alasan menyekat kerjaya politik beliau, bermakna adalah tuduhan yang akan di lemparkan kepada Perdana Menteri.
Mengapa perlu Perdana Menteri mahu melakukan sesuatu yang kotor sebegini, biar keadaan dan masa menentukan kerana pembantu peribadinya kini akan membuat pemeriksaan asid deoksirbonukleik dan DNA di hospital besar HKL hari ini.-KPMU.net

Pada 28/6/08 jam 1745 satu report di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhri b Azlan ( 850706-01-5687) berumur 23 tahun . Kandungan report seperti berikut :
" Saya Mohd Saiful Bukhri b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya .Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya.Kejadian terakhir berlaku pada 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Kuala Lumpur.Oleh itu tujuan lapoan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas saya.Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas dikhalayak ramai.Majikan saya ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum PKR"


Pengadu ialah pembantu peribadi DSAI, saya ulang pembantu peribadi DSAI.Saya tak terkejut dengan cerita ini kerana kes terdahulu pun semua sedia maklum bahawa ada unsur keraguan dan ternampak seperti memang Anwar ini peliwat.Yang peliknya pembangkang marah. Kalau isu Raja Petra buat akuan bersumpah, mereka kata ok plak. Tapi, budak ni yang kena liwat, buat report mereka kata fitnah. Kita tunggu jawapan DNA. Bayangkan kalaulah jika benar DNA Anwar ada bersama Saiful apa pula lagi alasan pembangkang. Takkan polis ambil sperma anwar dan bulu dia masa anwar tidur. -mysrimuara.


Dakwaan liwat terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berlaku "dalam sebuah kondo di kawasan Damansara",
demikian menurut laporan pols yang dibuat pembantunya yang berusia 23 tahun semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Bakri Zinin juga mengesahkan bahawa satu pemeriksaan perubatan telah dijalankan ke atas mangsa terbabit.Katanya, adalah menjadi tugas polis untuk menghantar pengadu ke hospital.

Anwar telah menafikan dakwaan tersebut sebagai satu rekaan semata-mata. PKR juga berkata pembantu Anwar itu telah ditahan dan dipaksa oleh pihak polis membuat laporan tersebut.Bagaimanapun, pihak polis menafikan menahan pembantu Anwar itu dan dipaksa mereka-rekakan bukti, seperti yang didakwa oleh PKR.
"Jangan dengar khabar angin. Dengar cakap saya. Saya ketua CID," kata Bakri apabila ditanya mengenai perkara tersebut.-Malaysiakini

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sekali lagi terbabit dalam usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seperti yang pernah berlaku pada penasihat parti itu pada 1998.
Ahli Majlis Tertinggi PKR, Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, berdasarkan maklumat semasa, penggunaan institusi kerajaan termasuk polis dan Peguam Negara sekali lagi digerakkan bagi menghalang Anwar berada di kedudukan yang selayaknya.


''Anwar mempunyai dokumen berupa bukti terkini berhubung pembabitan KPN dan Peguam Negara dalam kes beliau pada 1998.
''Seperti kita sedar, kes seperti klip video Datuk V.K Lingam dedahkan, institusi kehakiman telah diporakperandakan. Kali ini, selepas hampir 10 tahun, sekali lagi bukti terdedah."


''Kita mempunyai bukti yang sangat kuat mengenai pembabitan dua watak ini, KPN dan Peguam Negara yang secara kebetulan adalah sebahagian daripada pasukan rejim yang memusnahkan Anwar dulu,'' dakwa beliau di hadapan kira-kira 100 penyokong PKR di lobi Hotel Quality, di sini awal pagi ini.-Utusan.

Kesimpulan dari teks-teks diatas dapat Jejaka rumuskan dalam erti-kata "private mission" kerana rata-rata dari kalangan mereka ini adalah/sememangnya terlibat dalam politik.Mungkin anda kurang memahami maksud sebenar Jejaka, tapi bagi mereka yang memahami...inilah permainan politik kolar putih yang kini semakin menjadi-jadi.

Apapun...buat masa ni, tak usahlah kita semua hendak jadi hero hindustan pula..kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk menyiasat lebih terperinci.Kepada bini Pak Sheikh tu..janganlah mudah melatah yang boleh di labelkan sebagai 'orang mental'.
Biar polis siasat dulu ye...gambar tu buat je kenangan...

DAP dan PKR sedang berebut rebut jawatan hendak jadi menteri dalam kabinet Anwar. Yong Teck Lee seorang yang bakal dilantik dari SAPP kerana berani kecam Pak Lah. Komponen BN lain disuruh kecam Pak Lah sama agar dilantik dalam kabinet Anwar. Mana boleh jadi menteri kabinet dah, semua dah penuh dengan orang DAP dan PKR, PAS pun dah dipinggirkan. Anwar nak jadi Perdana Menteri ja, lepas tu nak jadi apa pun kat Malaysia ni jadilah. Dia tak fikir dah. Kit Siang tunggu peluang ja nak jadi PM. Senanglah dia ajak Singapore joint Malaysia balik.

Jumaat, 20 Jun 2008

Mukhriz terus terang menyokong pengkhianatan terhadap Perdana Menteri

Otai Siber menulis,
Mukhriz Tun Dr Mahahthir , Ahli Parlimen Jerlun menyokong tindakan Yong Teck Lee (SUPP) untuk membawa usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Ini bukan menjadi kejutan kepada ahli UMNO kerana Mukhriz sememangnya menghormati Presiden UMNO dan juga Perdana Menteri.
Beliau beranggapan bahawa beliau adalah ahli UMNO yang tidak berpresiden dan beliau menjadi Ahli Parlimen berstatus Ahli Parlimen bebas seperti Ibrahim Ali.

Kemungkinan besar juga Mukhriz ada memasang mimpi untuk pergi lebih jauh dari hanya menggapai kerusi ketua pemuda UMNO kerana jika beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dan beliau mungkin merasakan kerusi ketua pemuda UMNO akan melonjakkan beliau sebagai Perdana Menteri dalam masa yang singkat. Mukhriz kini begitu yakin dengan situasi politik sekarang yang membolehkan beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO dan beliau lah orang yang paling kerap mengumumkan bahawa beliau akan bertanding sebagai Ketua pemuda UMNO sedangkan keadaan dan kedudukan belum pasti lagi.

Beliau menyatakan bahawa beliau menyokong Yong Teck Lee sekiranya ianya tidak memberikan kelebihan kepada DSAI. Pastinya jika Yong Teck Lee bersekongkol dengan DSAI, agenda ini memberikan kelebihan kepada DSAI. Ini membayangkan betapa niat dan nawaitu terhadap Perdana Menteri begitu jahat sekali dan beliau sememangnya mahu memastikan bahawa pemimpin dan Presiden kita jatuh. Yang menyedihkan, Muhkriz jelas dan terang menunjukkan bahawa beliau sedang berusaha untuk menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Sewajarnya UMNO mengambil sebarang langkah dengan sikap keterlanjuran dan juga kebiadaban Mukhriz ini. Jika MT boleh membuat mesyuarat khas mengenai SUPP dan Yong Teck Lee kerana MT tidak pernah membincangkan isu kebiadaban Mukhriz. Selama ini Mukhriz tidak pernah dihukum dan oleh kerana itu Mukhriz kian biadab dan tidak menghormati kepimpinan tertinggi UMNO.

Mukhriz mungkin tidak dapat menjangka walaupun ragu akan perjalanan kempen Khairy secara senyap ketika ini. Khairy yang sedang hebat mengandakan kempen keseluruh pelusuk tanah air sekarang pasti akan mendapat mandat dari pemuda UMNO yang akan membuat dia turut serta dalam persaingan Ketua Pemuda UMNO kali ini. Jika ini berlaku, Mukhriz akan mengalami satu pertarungan yang hebat , kerana antara Mukhriz dan Khiary, Kelebihan banyak terletak kepada Khairy. Beliau sememangnya patut naiksatu tahap lagi dan berhak untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO berbandingkan Mukhriz yang cuba merompak kedudukan berkenaan.

Sikap Mukhriz yang terlalu biadab sekarang banyak membosankan ketua -ketua pemuda UMNO diperingkat akar umbi. Inilah apa yang diperolehi oleh bancian yang dibuat oleh sebuah badan NGO. Jika Mukhriz terus bersikap agresif sebegini menjelang pemilihan pucuk pimpinan nanti pasti Khairy dengan mudah mengatasi Mukhriz. Sedangkan ketika ini Mukhriz sendiri tidak yakin boleh menandingi Khairy.

Tampalan dari: www.kpmu.net
ANALOGI INI AKU AMBIL DARI KESIMPULAN YANG AKU BACA DALAM BLOG-BLOG PEMBANGKANG.RATA-RATA BLOG YANG PRO PAS TIDAK MENYUKAI ANWAR.MENGAPA YER?

1. ANWAR APABILA DITANYA MENGAPA TIDAK MAHU MASUK PAS?BELIAU MENJAWAB SAYA ADA HALA TUJU PERJUANGAN SAYA SENDIRI?FIKIRKAN YER, MENGAPA BILA DI PECAT DARIPADA UMNO, ANWAR TIDAK MASUK PAS?
DIA TAHU BAHAWA ISTILAH DI PECAT HANYALAH SEKETIKA.ORANG YANG DI PECAT BOLEH DI JEMPUT SEMULA. TUN M PUN PERNAH DI PECAT OLEH TUNKU KAN?

2. ANWAR DOK MEMANDAI-MANDAI KATA DIA AKAN JADI PM.TIBA-TIBA BELIAU DIBENARKAN MAHKAMAH UNTUK BAWA SEMULA KES BAGI ISU PEMECATAN SEBAGAI TPM.KALAU MENANG DAPAT EX GRATIA LA KOT.

3. KALAU ANWAR MENANG DALAM KES PEMECATAN JAWATAN TPM INI,MAKA JELASLAH JAWATAN ITU PERLU DIPULANGKAN SEMULA.TAK KAN ANWAR DAPAT JADI TPM DALAM KEADAAN DIA BUKAN SEORANG SENATOR DAN BUKAN SEORANG AHLI PARLIMEN DALAM KERAJAAN BN?

4.ANWAR JARANG MENGHENTAM PAK LAH.ANWAR DOK ATTACK NAJIB.MENGAPA YER?

JUSTERU, APAKAH ANALOGI INI AKAN MENJADI KENYATAAN......?
Dipetik dari: MYSRIMUARA

Khamis, 12 Jun 2008

Salam Sejahtera kepada semua pelayar siber yang terus menerus menghentam sesama sendiri, mengkritik antara satu sama lain demi sebuah realiti yang lazim dikenali 'POLITIK'.
Tertarik dengan kenyataan media daripada seorang ahli poltik yang boleh Jejaka letakkan pendirian beliau yang tidak memihak sesiapa didalam arena politik ini.Ternyata wajar untuk Jejaka selitkan didalam blog ini dengan harapan ada yang akan sedar dari lamunan atau setidak-tidaknya, tahu apa itu perjuangan politik...samada untuk persendirian atau perkongsian secara ikhlas...

Dipetik dari
KENYATAAN MEDIA
MENGKRITIK BIAR BERHEMAH , SUPAYA BERSATU BUKAN BERPECAH

Hari ini, semua menerima hakikat bahawa UMNO yang menjadi tunjang kekuatan Melayu telah kalah teruk di dalam pilihanraya umum ke 12. Kekalahan ini pasti ada puncanya .

Punca kekalahan inilah yang sepatutnya menjadi asas perdebatan dan perbincangan semua ahli UMNO , baik pemimpin mahupun ahli akar umbi demi memastikan usaha kearah mengangkat kembali maruah dan kekuatan UMNO. Daripada punca ini, kita usahakan jalan terbaik untuk penyelesaiannya.

Tetapi apa yang berlaku saat ini seperti mengarah kepada agenda peribadi. Ramai yang seakan-akan seperti menangguk di air keruh – hendak mengeruhkan lagi keadaan. Persoalan lebih tertumpu kepada siapa yang perlu dipersalahkan.

Ada pendapat yang mengatakan kekalahan ini kerana Pak Lah, kerana Khairy Jamaludin, kerana Tun Mahathir yang berterusan memberi kritikan kepada kerajaan dan galakan supaya lebih banyak pembangkang mengisi parlimen, kerana pengerusi perhubungan negeri, kerana ketua bahagian, kerana calon yang tak terpilih dan sebagainya. Akhirnya hari ini kita lebih memberi tumpuan kepada persoalan siapa yang bersalah. Kini timbul pula persoalan kuota pencalonan kepimpinan UMNO yang menjadi perdebatan utama. Apakah kekalahan UMNO disebabkan kuota ini?.

Semasa UMNO dan BN menang besar pada tahun 2004, sistem kuota ini telah diguna pakai. Kalau perlupun perubahan dalam persoalan kuota ini, bahagian UMNO boleh terus bawa sebagai usul dalam perhimpunan UMNO untuk dibincangkan semula. Janganlah kerana permasalahan peribadi, kita pesongkan permasalahan sebenar kepada perkara lain. Andai benar kekalahan ini atas kelemahan Pak Lah, Khairy, pengerusi perhubungan, ketua bahagian atau apa saja faktor, apakah jalan penyelesaiannnya dengan meletak jawatan?..

Bagi saya, itu tindakan yang tidak bertanggugjawab. Saya yakin bahawa atas apa sahaja faktor yang menyumbang kepada kekalahan UMNO dan BN di dalam pilihanraya yang baru lalu, Pak Lah bersama kepimpinan UMNO dan BN menerimanya sebagai satu kelemahan yang perlu diperbaiki. Bukan mengambil tindakan meletak jawatan dan melepaskan masalah ini kepada orang lain. Tentulah tindakan seperti ini, merupakan tindakan seorang pengecut.

Marilah kita ahli UMNO sama-sama berusaha untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam keadaan yang memerlukan kita bangkit semula. Usahlah kita mengambil kesempatan untuk melepaskan dendam dan mewujudkan keadaan yang lebih kritikal di dalam UMNO dalam situasi hari ini. Rasulullah bersama umat Islam menang dalam perang Badar dan kemudiannya kalah teruk dalam perang Uhud walaupun pada ketika itu kemenangan sepatutnya diperolehi. Namun kerana kekalahan itulah akhirnya umat Islam kembali bangkit dengan lebih hebat dan cemerlang.

Oleh itu kita mohon semua ahli UMNO agar kembali bertaut dan berpadu bersama kepimpinan yang ada di bawah kepimpinan Pak Lah bagi memastikan UMNO kembali kuat demi maruah bangsa dan negara. Ketepikan persoalan peribadi dan dendam. Baik Tun Mahathir, Tengku Razaleigh atau siapa sahaja, kemukakanlah permasalahan secara telus dan berhikmah serta cadangkanlah penyelesaian terbaik. Saya yakin kekalahan kita bukan atas faktor individu tetapi atas faktor yang pelbagai.

Sama-samalah kita renung....apakah dengan pengunduran Dato’ Seri Khir Toyo di Selangor, segala masalah selesai dan menjamin UMNO kembali menang. Bagi saya Pak lah tetap pemimpin yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memulih dan mengangkat kembali maruah UMNO. Berilah sokongan padu kepada Pak lah dan bantu beliau untuk sama mengembalikan kekuatan kita , kekuatan UMNO dan kekuatan Barisan Nasional.

Sekian. Yang benar,
(AHMAD BIN DARUS )

*Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kepala Batas,
Kemasukan Ezam menggugat siapa?
Written by Saiful Malek Muda
Thursday, 12 June 2008 02:53
Dipetik dari: www.kulit[isang.com

ISU kemasukan Mohd Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke dalam Umno nampaknya masih belum selesai. Seolah-olah, kemasukannya ini akan menggugat seseorang.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menerima kemasukan Mohd Ezam seolah-olah 'dibantah' oleh Timbalan Presiden, Najib Tun Razak, Naib Presiden, Muhyiddin Yassin dan serang Ahli MT yang dilantik, Rais Yatim kononnya 'perlu ada penelitian' dari Majlis Tertinggi (MT). Rais ni jenis suka bercakap. Semua benda dia akan komen, termasuk 'isu nangka masa akan gugur'.

Alhamdulilah, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang sudah menyediakan 'agenda jelajah Selangor' sebagai menyambut kemasukan semula Mohd Ezam. Nasib baik ada Abdul Shukor.

Kalau harapkan Dr. Mohamad Khir Toyo, hancur. Khir Toyo sibuk ke sana ke sini, berkempen nak jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia. (Kisah Khir Toyo lain kali aje) Jika Najib dan Muhyiddin berfikiran seperti Abdul Shukor, utamakan kepentingan parti mengatasi kepentingan 'sandiwara mengikut perlembagaan', Umno boleh menjadi kuat kembali tetapi kalau dengan sikap Najib dan Muhyiddin yang 'membayangkan' kemasukan Mohd Ezam memungkinkan cerita 'kuda Trojan' berulang atau, membuka jambatan kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno akan menjadi bahan sejarah sahaja selepas ini.

Seorang 'pegawai' tinggi dalam Umno Selangor menghantar sms kepada penulis menyatakan kesedihannya dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Ketika orang-orang di bawah diminta memperkuatkan Umno, pemimpin di atas sibuk mencatur kedudukan masing-masing. Akhbar Sinar Harian 11 Jun 2008 melaporkan; Pergerakan Pemuda Umno Selangor bersama Mohd Ezam bakal mencipta kejutan baru politik tanah air dengan merealisasikan 'penghijrahan' beramai-ramai ahli PKR ke dalam Umno.

Cadangan gandingan itu akan digerakkan dalam satu siri 'roadshow' ke seluruh pelosok Selangor bermula sejurus permohonan Mohd Ezam menyertai Umno diluluskan MT parti itu yang akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, agenda terbaru itu bergerak seiring usaha Pemuda Umno negeri yang bersedia menjadi platform membantu Mohd Ezam menjelaskan penyertaan semulanya ke dalam Umno.

"Kita tiada masalah dan positif kehadiran semula Mohd Ezam dan akan mengatur pertemuan dengannya gi menggerakkan misi 'roadshow' itu. "Golongan muda adalah sasaran utama, selain ahli sedia ada dan kita yakin 'roadshow' itu juga akan menarik perhatian bukan ahli termasuk dari PKR yang mula menunjukkan reaksi hilang keyakinan terhadap parti itu, katanya.

Tambah Abdul Shukor, Pemuda Umno Selangor kini menunggu masa dan yakin kepimpinan tertinggi Umno akan mempercepatkan proses kemasukan Mohd Ezam agar misi tersebut dapat dilaksanakan segera.

"Saya percaya Mohd Ezam mempunyai pengaruh besar dalam politik tanah air dan kehadirannya akan menambah lagi kekuatan parti dan berharap dengan kekuatan yang dimliki itu akan merealisasikan misi cadangan 'roadshow' ini," katanya.

Dalam masa sama Abdul Shukor yakin proses permohonan Mohd Ezam tidak berhadapan masalah dan berharap kerjasama baru antara Pemuda Umno Selangor dan beliau memberi impak besar kekuatan parti.

"Tunggulah nanti dan insyaAllah gandingan kami pasti memberi berita baik untuk parti apatah lagi sudah ada suara daripada ahli parti pembangkang (PKR) yang bakal menurut jejak bekas pemimpin mereka ini.

"Walaupun ada penafian mengatakan langkah Mohd Ezam menyertai Umno tidak mempengaruhi ahli lain, 'roadshow' kami akan saksikannya nanti sama ada ia benar atau tidak," ujarnya.

Jika diteliti kenyataan Abdul Shukor ini, jelas Muhyiddin (lihat Sinar Harian 11 Jun 2008 – muka surat N5) seolah-olah 'memberi tekanan kepada lain-lain anggota MT supaya'menyukarkan kemasukan Mohd Ezam ke dalam Umno.

Menurut laporan berita yang bertajuk 'Belum pasti Ezam diterima – Muhyiddin – menunjukkan dia tidak berminat 'mempermudahkan' kemasukan semula Mohd Ezam serta tidak mempunyai agenda tertentu untuk menyusun kerja yang boleh dilakukan Mohd Ezam supaya menarik seberapa ramai ahli PKR dan lain-lain parti pembangkang ke dalam Umno.

Muhyiddin yang sedang sibuk 'membuat gesaan' supaya Perdana Menteri mempercepatkan proses peralihan kuasa tidak mempunyai masa untuk memikirkan cara mana untuk menarik semula sokongan ahli di peringkat akar umbi supaya kembali menyokong Umno, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan seolah-olah 'permohonan kemasukan semula' bekas ahli pembangkang ke dalam Umno 'terlalu sulit'.

Sebenarnya langkah Mohd Ezam bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat tepat walaupun sebelumnya dia sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cuma, Mohd Ezam tidak bertemu dengan Muhyiddin. Dia tahu, Muhyiddin ni jenis sombong dan tidak suka bertemu orang kecuali kawan-kawan Cina atau tauke-tauke kereta sahaja. Bila Pak Lah umum terima Mohd Ezam, Muhyiddin orang pertama 'melenting'. Buat kerja jumpa orang, tak mahu kerana tidak cukup masa nak melayan orang bawah, tapi banyak masa Muhyiddin sebenarnya berjumpa orang-orang kaya sahaja di beberapa hotel mewah di Kuala Lumpur.

Muhyiddin ni jenis pemimpin pakai kasta. Ada kasta yang boleh mendampinginya. Ada kasta yang tidak boleh. Itulah sebabnya, pejabat dia jarang dihadiri 'tauke-tauke besar' tetapi dia akan melayan tauke-tauke besar ini di merata coffee house di ibukota.

Amatlah malang bagi orang-orang Umno jika mendapat pemimpin seperti Muhyiddin. Dia mempunyai dua watak. Dilihat seperti anak seorang anak ulama, dalam masa yang sama, dia hidup seperti 'Raja' di dalam istana. Tidak hairanlah kalau Najib sanggup 'beregu' dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno kerana Najib mungkin dapat menilai Muhyiddin sebagai 'rakan baik yang sejiwa dengannya' kerana kedua-duanya 'orang Istana' yang tidak perlu memikirkan soal kenaikkan harga minyak atau kenaikkan harga barang-barang keperluan harian rakyat di bawah.

Banyak lagi tingkah laku Muhyiddin dan Najib akan didedahkan di dalam rencana-rencana akan datang sekiranya mereka 'berlagak' seperti kacang lupakan kulit. Najib jangan ingat dia adalah bakal Perdana Menteri jika dia tidak tahu 'tangan siapa yang menyuap nasi ke mulutnya' sekarang.

Amatlah malang jika digigitnya tangan yang menyuap nasi ke mulutnya! Muhyiddin jangan fikir dia terlalu hebat sekarang dengan kenyataan-kenyataannya mengenai peralihan kuasa kerana dia tidak boleh menang kerusi Naib Presiden Umno tahun 2004 kalau bukan kerana 'bantuan dan kempen' dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan bajet besar yang diberikan kepada Kementerian Pertanian ketika Muhyiddin dilantik di kementerian itu, seperti yang Pak Lah umumkan di Parlimen dan di PWTC ketika perjumpaan Presiden dengan perwakilan, Muhyiddin sudah lama menjadi 'pemeriksa kira-kira sahaja' di dalam Umno.

Senyum pun tak tahu, sombong. Tidak mudah ingat nama perwakilan, nama ketua bahagian dan enggan bertemu dengan orang-orang Umno tetapi kerap mengatur pertemuan dengan taikun-taikun Cina, orang-orang Melayu yang menyamar kaya – menyebabkan Muhyiddin merasakan dia sudah cukup bersedia untuk bertanding jawatan lebih tinggi, kerana sudah punya banyak wang – hasil simpanan ketika menjadi Menteri Besar Johor dulu.
Bukan pengecut tapi berprinsip

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tegaskan beliau bukan pengecut apabila tidak mengambil alih kepiminan UMNO daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Naisonal (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Sebaliknya beliau berkata :
"Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”.
Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi kovensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak. Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai "Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global" di Royal Institute of International Affairs, London.
Peserta berkenaan bertanya mengapa beliau tidak mengambil-alih tampuk pemerintahan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO pada pilihan raya umum Mac lepas?
Pada pilihan raya umum lalu, BN bukan sahaja kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat tetapi turut kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah di samping Kelantan terus kekal di tangan PAS.
Menurut Najib, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai pendiriannya tetapi itu tidak bermakna beliau tidak berani mengambil tindakan kerana tegasnya, beliau adalah individu yang mempunyai prinsip nilai teras.
"Dan saya percaya apa yang penting, apa jua langkah yang anda ambil, ia mestilah mempunyai prinsip nilai teras peribadi kepada anda,” tambahnya.
Jelas Najib lagi, UMNO kini berada pada tahap tidak beguitu baik dan sekirrnya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi p[ilihan raya umum yang akan datang.
"Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,” tanya beliau.

Selasa, 10 Jun 2008

BPR siasat pegawai MB S'gor 4 jam

Badan Pencegah Rasuah (BPR) memanggil pegawai kanan pejabat menteri besar Selangor untuk siasatan dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung kelulusan kontrak dan tender pembersihan serta kutipan sampah yang melibatkan kawasan Petaling Jaya.

Pengarahnya BPR Selangor, Ja'afar Mahad berkata pihaknya mengambil masa kira-kira empat jam untuk mengambil keterangan daripada pegawai kanan terbabit yang tiba di pejabatnya di Shah Alam, pada jam 6 petang semalam.

"Kita sudah ambil keterangan pegawai terbabit hari ini dan hasil siasatan akan diketahui dalam jangka masa terdekat ini," katanya kepada pemberita semalam.

Minggu lepas, sekumpulan empat orang yang mendakwa ahli PKR membuat laporan kepada BPR dengan dakwaan pegawai kanan tersebut menggunakan kepala surat pejabatan menteri besar tanpa keizinan.

Mereka mendakwa mempunyai dokumen yang membuktikan pegawai kanan terbabit terlibat dalam meluluskan kontrak dan tender itu kepada empat buah syarikat tanpa pengetahuan menteri besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kerajaan negeri pula berhasrat menjalankan siasatan sendiri kerana bimbang BPR lambat dan boleh mencemarkan imejnya.

Selangor menyeru kepada empat pengadu itu agar hadir di depan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggung- jawaban dan Ketelusan yang diketuai speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Teng Chan Kim bagi menentukan kesahihan dakwaan itu.

Menurut agensi berita itu lagi, BPR Selangor kelmarin mengambil keterangan daripada beberapa pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Alam Flora Sdn Bhd bagi membantu siasatan berhubung perkara itu.

Kesimpulan: "Baru tiga bulan lebih memerintah Selangor dah macam-macasm hal timbul..macam inikah kerajaan yang tepat untuk dipilih??? Sekarang rakyat Selangor sendiri yang ternganga!!!"
MAKAN ANGIN KE..TUGAS RASMI???

Saya terbaca dalam sebuah artikel hari ini (2 Jun 2008) yang rombongan kerajaan Pulau Pinang akan ke Hong Kong dan korea untuk bertujuan menjalin hubungan sedia ada dan yang baru dengan ahli perniagaan dan pihak industri di negara dan wilayah itu. Hai la Ketua Menteri Pulau Pinang sorang ni… rombongan delegasi kerajaan Pulau Pinang ni pergi untuk tugas rasmi ke atau nak makan angin. Agak-agakla pun kalau nak makan angin free, sehingga sanggup menggunakan duit rakyat.

Kita boleh fikir secara rasionalnya delegasi yang akan ke Hong Kong dan Korea kerana kesemua yang terlibat dalam kunjungan kedua negara ini adalah berbangsa Cina. Anda ingin tahu siapa yang akan terlibat dalam program lawatan melancong sambil menghabiskan duit kerajaan Pulau pinang ini? Akan saya senaraikan satu persatu. Mereka adalah Lim Guan Eng, disertai isterinya Betty Chew, Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah invest Penang, Dato’ Lee Kah Choon, ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi; ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong dan ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng.

Sepatutnya Lim Guan Eng perlu membawa Exco dari kaum Melayu dan India sebagai menunjukkan bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan melambangkan bangsa Malaysia. Tetapi jika dilihat dari mereka yang mengikuti rombongan Lim Guan Eng ini adalah mereka yang sememangnya rapat dengan beliau. Ini adalah salah satu rupa sebenar Lim Guan Eng selama ini yang dinantikan oleh rakyat Pulau Pinang. Syabas rakyat pulau Pinang kerana memilih seorang pemimpin yang suka bersuka ria.

Selama memerintah negeri pulau Pinang, apakah pembaharuan yang telah dilakukan oleh Lim Guan Eng selama ini. Anda fikirkanlah sendiri…..
Sanusi canang cerita dia dipecat dari UIA

Sanusi Junid , satu nama yang telah boleh kita simpan sebagai satu catatan di arkib - arkib sejarah mahupun ada yang telah melupakan terus nama ini.

Banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Sanusi ketika zaman politiknya di negeri Kedah mahupun di peringkat kebangsaan sehingga beliau terus disisih (bahasa halus) nyahkan (bahasa kasar) dalam dunia politik oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dan digantikan oleh Syed Razak.Lama juga beliau cuba mencari jalan untuk kembali dan diberikan perhatian, almaklumlah dalam usia yang meningkat ini , manusia akan menjadi sensitif sekiranya tidak diberikan perhatian.

Namun nama seperti Sanusi ini amat sukar untuk menembusi pemikiran rakyat kerana beliau bukanlah seorang cendiakawan yang bijak yang boleh mendidik seribu insan (meminjam senikata nota terakhir kumpulan Alleycats).

UIA tidak begitu menonjol dan UIA juga tidaklah begitu cemerlang dibawah kepimpinan Bekas Menteri Besar Kedah ini yang mempunyai budaya kerja yang agak luar batasan kotak-kotak pemikiran manusia biasa. Jarang idea-idea Sanusi boleh difahami oleh pemikir-pemikir mahu rakyat biasa dan adakala dia sendiri tidak dapat memahaminya, umpamanya apabila dia menyarankan agar rakyat Kedah menanam padi di atas bumbung.

Tiba-tiba Sanusi mahu melonjakkan kembali namanya di persada politik tanah air apabila membuat satu ‘comeback’ untuk dipandang sebaris dengan pemimpin -pemimpin penting yang turut menyokong dan membuta keputusan untuk keluar dari UMNO bersama sahabat beliau , mantan Perdana Menteri.

Malangnya rakyat menerimanya sebagai satu berita biasa sahaja yang tidak menjejaskan langsung mana-mana pihak dan menganggap itu hanya lah satu tindakan peribadi beliau. Mungkin Sanusi hanyalah melukut di tepi gantang dalam carta politik tanah air. Ada tidak menguntungkan dan tiada tidaklah pula merugikan.

Sama seperti Tun, Sanusi ada juga seorang anak yang bernama Akhram Shah , seorang pemikir muda milik penuh kepada Mukhriz yang agak banyak juga mengkritik Perdana Menteri dan mungkin kehadiran beliau tidak ramai yang perasan kerana anak muda Sanusi ini tidaklah sepopular Mukhriz. .Secara rambang , apa yang kami perolehi dari UIA , mereka sememangnya amat tertunggu sekiranya Sanusi meletakkan jawatan di Universiti Islam terbesar itu.

Hari ini Sanusi telah memukul canang kononnya beliau telah dipecat oleh Perdana Menteri dari UIA dan pada jam 4 petang ini Sanusi telah memanggil satu sidang akhbar di Putrajaya. Tujuan Sanusi agar diberikan lebih perhatian kerana setiap kali beliau muncul di mana-mana halaman media , rakyat menerimanya seperti biasa sahaja seolah-olah ianya hanyalah sebuah berita biasa sahaja.

Sanusi mungkin juga menyangka rakyat tidak boleh berfikir , jawatan yang disandang beliau ini bukanlah atas bidang kuasa Perdana Menteri untuk memecat beliau, melainkan hanya Sultan Pahang yang berhak untuk memecat beliau. Khaled Nordin juga telah mengakui bahawa mereka tidak boleh memaksa Sanusi malainkan Sultan Pahang. Jika Sanusi telah dipecat , tidak pula kami pasti , itu bukanlah perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Itu adalah hak bidang kuasa Sultan Pahang.

Eloklah , sekiranya Sanusi dipecat mahu pun beliau sendiri yang meletakkan jawatan jika beliau bukan lagi ahli UMNO kerana UMNO berhak meletakkan ‘hard core’ mereka di UIA , harap-harap peristiwa Sanusi menempeleng seoarang pekerja di KLIA yang mengakibatkan Sanusi didenda oleh Makahmah tidak akan berulang di UIA.
Ezam sudah mula ditembak' bertubi-tubi oleh pendengki !

Apa kerja lah Harakah Daily ini...Selain menggosipkan orang dan membuat cerita agar tidak ada lagi 'kesucian' pada Ezam yang sebelum ini diangkat setinggi langit oleh mereka semua. Apakah 'keburukan' sudah mula dikesan sejak detik pertama menjadi Ahli UMNO kembali atau sudah lama tapi didiamkan.???

Memang seseorang itu akan menempelak kawannya apabila sudah tidak lagi bersama mereka satu dalam satu parti dan tujuan. Maka, rakan baik sekalipun akan 'ditelanjangkan' jika memang diperlukan. Tidak kira sebaik mana sekalipun, pasti ada 'gosip gosip liar akan timbul sejurus 'anda' menukar 'kapal' dalam arena politik ini....Ezam tidak terkecuali....Dan nampaknya Harakah Daily ini memang 'berhati busuk'...

Jika benar Ezam tidak membawa erti, kenapa diungkitkan kembali dan digambarkan beliau sebagai seorang yang 'hina' dan 'murah harga diri'....Sedangkan Islam mengajar kita memberi sangkaan baik kepada sesiapa samada kawan atau lawan...'Ezam ibarat ayam jantan yang gah berkokok tetapi ekornya dipenuhi najis' tajuk artikel dalam Harakah Daily yang diterbit semalam..

Baca sendiri bagaimana Ezam sudah menjadi begitu buruk disisi medeka. Dan Ezam akan terus diburukkan sehinggalah Ezam 'bertaubat' dan keluar kembali dari UMNO.Kerana sekarang ini yang elok dan bagus hanyalah Pakatan Rakyat yang telah berjaya meng'babi'kan Sepang dengan projek RM 100 juta dan menipu rakyat dalam pilihanraya kerana berjanji tidak ditepati.

Akhirnya pakat ramai ramai haram Islam Hadhari.. dan Lim Kit Siang dan Karpal Singh tersenyum lebar di bawah ketiak Anwar Ibrahim kerana agenda halus mereka ' menjadi' ....Seperti tauke kedai motor yang taja mat rempit hingga ramai patah kaki dan mati tiap hari, mereka hanya tersenyum apabila ramai ditaja dan ghairah untuk berlumba...Ini satu cara ' membunuh diri sendiri' dan menjadikan umat melayu semakin kurang hari demi hari...

Akhirnya bangsa kita juga yang 'terkena' dengan mereka....Diadu domba bergaduh sesama sendiri hingga mereka senyap senyap sudah berjaya memperkenalkan ternakan ' babi' yang paling jijik di kalangan orang Melayu.Jika kisah orang murtad boleh kembali kepada Islam kerana jijik dengan babi ketika di dalam agama lain, apakah PAS dan PKR tidak ada rasa apa apa dengan babi tetapi 'alergik' dengan Islam hadhari ?

Baca petikan ini "Hakikatnya pada beliau perubahan dasar yang dibuat oleh Abdullah, Kerajaan Barisan Nasional yang ditunjangi Umno begitu mendorong pendiriannya untuk berubah.
BN dan Umno sudah berubah? Benarkah begitu? Apakah pendirian yang diambil Ezam sekarang ini, sinonim dengan perjuangan beliau selama ini? "Adakah penulis ini buta ? pekak ? bisu ? tuli ? dan apa lagi kalimat yang boleh digambarkan tentang manusia yang kerjanya menulis dan memburukkan orang ini ?

Jika betul betul tiada perubahan kita terimalah. Tetapi perubahan besar sudah berlaku. Institusi BPR, Kehakiman telah melalui reformasi yang besar dan ia menarik perhatian penentang....Krisis 1988 yang hasil kerja Tun Mahathir juga sudah selesai dengan pemberian Ex- Gratia kepada semua yang terkena dan dipecat pada tahun tersebut...RAMAI sudah sedar dan rela ditohmah kerana kembali kepada parti asal mereka dahulu meskipun tidak ditawar apa apa dalam parti atau kerajaan.

Janganlah kerana sedikit imbuhan dunia anda bertindak menentang apa yang baik dibuat oleh kerajaan. Ia tidak bermoral dan lagi teruk dari 'pelacur' kerana menjadikan maruah manusia mainan pena hingga seluruh dunia membaca tulisan anda !!!Sedangkan 'pelacur' hanya melibatkan dirinya sahaja dan orang yang melanggan dan memberi imbuhan kepadanya. Tidak sedikitpun menjatuhkan maruah manusia lain dan membiarkannya dibaca tersebar ke seluruh dunia .........

INNA HAZIHI TAZKIRAH / sesungguhnya ini adalah peringatan - Al Quran WAZAKKIR FAINNAZZIKRA TANFA'UL MUKMININ / berilah peringatan kerana ia bermanfaat kepada orang beriman.. - Al Quran
NAJIB TAKKAN LAWAN DENGAN MUHYIDDIN??

Jika Najib Perdana Menteri, bukan Muhyiddin Timbalannya KETIKA BN menghadapi suasana kurang selesa sekarang, hasil keputusanPRU 12, 8 Mac 2008, Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang paling teruk menerima bebanan. Beliau dilihat keseorangan ketika diserang, bukan sahaja oleh lawan, malahan, oleh kawan-kawannya yang pernah suatu ketika dahulu, dalam menyambut kemenangan besar PRU11, 21 Mac 2004.

BN dilihat gagal menguruskan kekalahan. Semua orang nak menuding jari ke arah PM. Hebatnya PM, beliau tidak kisah dengan serangan dan tundingan itu. Hakikatnya, beliau sekarang sedang berhadapan 'suasana yang membenarkan' beliau menilai semula di mana kawan-kawan sejati, sewaktu menangis dan kenalilah kawan-kawan yang hadir ketika 'ketawa'. PM tidak perlu sedih dengan situasi ini, kerana di sinilah letaknya hikmah Allah di sebalik semua kejadian.

Kehadiran bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Ezam Mohd Nor, juga dikecam oleh rakan-rakan kabinet sedangkan PM sebenarnya 'mahu memberi ruang' kepada lebih ramai' yang tersesat di hujung jalan kembali ke pangkal jalan'. Siapa Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang mahu membantah? Belajarlah menghormati PM yang juga Presiden Umno.

Kedudukan Najib, Muhyiddin dan Rais itu sendiri pun atas 'ihsan' PM, mengapa tidak PM boleh 'mengumumkan' penerimaan Mohd Ezam ke dalam Umno. Bukankah Mohd Ezam juga bekas Ahli Umno yang juga merupakan kawan kita semua. Mohd Ezam keluar Umno bukan kerana 'kerelaannya'.

Dia dipecat kerana bersama-sama bekas Timbalan Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum Mohd Ezam masuk, kita pernah diberitakan beberapa bekas orang kuat Keadilan (sekarang PKR) turut menyertai Umno 'melalui pintu Datuk Seri Najib' yang didakwa diusahakan Datuk Sulaiman Ibrahim, orang kuat Najib dengan sedikit habuan.

Kenapa tidak jadi isu ketika itu? Siapa yang beri 'lampu hijau' Najib menguruskan kemasukan mereka ini antaranya Ruslan Kassim, Zahid Mohd Arip dan Hanafiah Man? Apakah kalau masuk Umno melalui 'pintu Najib' semua ok tetapi kalu masuk Umno melalui PM, Muhyiddin akan marah-marah.

Suara Muhyiddin kebelakangan ini dan Najib, nampaknya senada. Mulai bila mereka berdua ini boleh 'selangkah dan sehayun? adakah mereka mempunyai matlamat yang sama ketika ini untuk 'melangkah lebih jauh dalam hiraki Umno? Kalau orang-orang Umno masih ingat, cerita gandingan Najib danMuhyiddin ini jika berlaku (saya ulangi – jika berlaku) samalah dengan apa yang berlaku dalam tahun 1987, Tengku Razaleigh Hamzah berganding dengan Tun Musa Hitam. Ku Li dengan Musa mungkin tidak ada masalah kerana mereka 'hanya berdua' tetapi bolehlah penyokong-penyokong mereka, yang bukan sedikit jumlahnya 'melupakan' segala-galanya?

Bolehkah Najib melupakan bagaimana Muhyiddin 'memotongnya' dalam 'team wawasan' tahun 1993 dahulu? Bolehkah penyokong-penyokong Najib melupakan bagaimana 'serangan wang ringgit yang berbakul-bakul' dari kumpulan Muhyiddin hingga menyebabkan Najib 'terpaksa' berpuas hati dengan hanya menduduki tempat kedua di barisan Naib Presiden Umno ketika itu.

Nasib baiklah ada usaha dari Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dengan sokongan (jika tidak silap) Datuk Mazlan Abu (Ketua Umno Bahagian Bakri dan Datuk Abdul Ghafar Gorahhu (Ketua Umno Bahagian Kluang) mendedahkan beberapa hal mengenai 'politik wang' kepada Presiden Umno ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad hingga menyebabkan Dr. Mahathir membuat ucapan khas, membelasah calon-calon yang hendak bertanding (beberapa pihak mendakwa ditujukan kepada Muhyddin) bahawa mereka yang menang kerana 'wang' akan menjual negara ini jika mereka menang.

Maka, sejarah mencatatkan tewaslah Muhyiddin dalam usahanya mempertahankan kedudukannya sebagai Naib Presiden dalam tahun 1996,dengan satu keputusan yang cukup teruk dan memalukan hingga membuatkandia bercadang meletakkan jawatannya sebagai Menteri Belia dan Sukan ketika itu.

Apakah semua orang sudah melupakan ini semua. Apakah tidak ada perananNajib menjatuhkan Muhyiddin dalam tahun 1996? Atau Muhyiddin sudah boleh melupakan semua ini untuk mencapai cita-citanya mahu menjadi Timbalan Perdana Menteri? Atau Najib sudah boleh memaafkan kesalahan Muhyiddin yang memintasnya dalam tahun 1993 dahulu, hanya kerana sekarang Muhyiddin sudah 'menjadi kempen manager' kepada Najib dalam usahanya menjadi Perdana Menteri?Betullah, politik itu adalah permainan serba mungkin.

Tiada perkara mustahil dalam politik. Tiada musuh kekal dalam politik. Tetapi, baik Najib atau Muhyiddin, cuba-cubalah 'menoleh sebentar kebelakang' dan belajarlah 'jujur' kepada diri masing-masing bahawa 'mereka berdua bukan sahabat' dalam politik. Mana mungkin Muhyiddin boleh bersama Najib. Mana mungkin Najib boleh bersama Muhyiddin kerana mereka renggang dan jarak renggang mereka 'umpama langit dengan bumi'.

Bolehkah YB Aziz Kaprawi dan Datuk Nasir Safar 'menerima' Muhyidddin dalam kumpulan Najib?Bolehkah Datuk Mohd Shafie Afdal 'menerima' kehadiran Muhyiddin dalam kumpulan Najib? Begitulah juga dengan orang-orang Muhyiddin seperti Datuk Ir. Hasni Mohamad (Ketua Umno Bahagian Pontian) bolehkah menerima kehadiran Najib dalam kumpulan Muhyiddin?Nama-nama yang saya sebutkan ini 'sentiasa memakin hamun' antara satu dengan lain, setiap masa kalau bercakap soal politik.

Yang sayangkan Muhyiddin tidak akan percaya kepada Najib dan yang mana sayangkanNajib, mustahil dapat menerima kahadiran Muhyiddin dalam kumpulan mereka. Cuba kita bertanya; "Pernahkah Aziz Kaprawi ke rumah Muhyiddin walaupun ketika sambutan Hari Raya?"Ramai juga yang beranggapan, kalaulah Najib dapat menjadi Perdana Menteri, bukan Muhyiddin bakal menjadi timbalannya! Apakah Muhyiddin sedar itu? Muhyiddin semakin sibuk sekarang ini berkempen kononnya 'atas tiket memberi penerangan kod etika pemilihan' tetapi hakikatnya, tiket itu digunakan untuk menyerang kepimpinan PM. Mustahil PM tidak tahu semua ini tetapi, PM bukanlah jenis pemimpin yang bertindak mengikut emosi.

Beliau boleh sahaja menggugurkan Muhyiddin dari kerusi kabinet tetapi ketenangan dan kesabaran sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar menyebabkan Muhyiddin terselamat. Hakikatnya, Muhyiddin pernah merasakah dia lebih layak menjadi Timbalan Perdana Menteri lebih dahulu dari Najib tetapi kononnya desakan Tun Dr. Mahathir terhadap perlantikan itu menyebabkan PM melantik Najib. Bukan main kecewa Muhyiddin. Adakah, kekecewaan itu sudah terubat sekarang dengan mendesak PM berundur? (SCA).