MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 18 Julai 2013

Malam Pertama Blogger Porno Di Sg.Buloh dan Kajang...aduhai kesian

Mulai malam ini, Alvin akan menginap sementara di Penjara Sungai Buloh manakala pasangan seksnya yang sama-sama menghina Islam, Vivian menjadi penghuni Penjara Kajang sehinggalah tiba tarikh sebutan semula kes pada 23 Ogos 2013.

Ini bermakna mereka telah terselamat dari kemungkinan ancaman keselamatan dari pihak-pihak yang tidak puas hati dengan mereka, jika ada, untuk setidak-tidaknya 36 hari bermula malam Jumaat yang penuh barakah ini. 


Penahanan kedua-duanya di dalam penjara dengan menafikan peluang dibebaskan dengan jaminan, dengan sendirinya membayangkan betapa seriusnya kes ini yang mana sekiranya gagal dibendung, dilihat mampu mencetuskan suasana tidak aman dan huru hara, mengganggu-gugat keharmonian kehidupan pelbagai bangsa dan agama di negara ini.

Di antara faedah lain penahanan pasangan blogger seks ini di penjara ialah :-

1. Membendung dan meredakan kemarahan umat Melayu Islam terhadap keduanya;
2. Memastikan nyawa Alvin dan Vivian selamat sementara selesai perbicaraan;
3. Membendung salah laku dan gejala jenayah siber yang serupa atau lainnya;
4. Merupakan amaran keras kepada bakal pesalah siber;
5. Mahkamah memahami sensitiviti kes;
6. Polis dan SKMM masih boleh diharapkan dalam menguatkuasakan kanun;
7. Menjadi pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia;
8. Memelihara kesucian agama Islam sebagai agama Persekutuan.


Namun malangnya, seorang Ahli Parlimen PAS yang awal-awal lagi tampil mendahului mahkamah merayu kepada umat Islam agar memaafkan perbuatan menghina agama Islam yang kononnya diperjuangkan oleh mereka. Amatlah sedih memikirkan wujudnya pemikiran liberal sebegini yang sanggup menggadai maruah agama demi perjuangan politik sempit dan kepentingan duniawi semata-mata.

NOTA : Gambar-gambar Alvin dan Vivian di penjara bolehlah diperolehi dari Pejabat Pendaftar Penjara. Silalah hubungi sendiri.

Tiada ulasan: