MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 11 Julai 2013

Pengkhianat Bangsa Yang Sebenar? Aku Percaya, Korang Percaya??

SALAM RAMADHAN...
Cuba kita baca dan ingat semula kata-kata pujangga Sheikh Anwar Al-Juburi ini:-

“Pemimpin DAP, PAS & Semangat 46 gila kuasa sehingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong hanya berminat kepada kuasa dan tidak akan mengendahkan kepentingan rakyat mahupun negara” – Anwar Ibrahim

“Rakyat harus menolak PAS kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan PAS terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan masa depan yang lebih cerah bagi orang melayu,” – Anwar Ibrahim

Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995:

"Parti-Parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu kehamonian. PAS dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang Melayu manakala sekutu mereka, DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang Melayu. Kita tidak sepatutnya membenarkan diri kita diperalatkan oleh parti-parti pemmbangkang.” – Anwar Ibrahim

Tapi, hakikatnya Anwar sedang diperalatkan oleh DAP untuk mencapai matlamat ‘MALAYSIAN MALAYSIA’ –nya untuk menghapuskan Dasar Keistimewaan Melayu. Malangnya, Anwar tak kisah pun semua itu..
Bagi Anwar, “ Perdana Menteri Di Dahulukan-Kroni-Kroni Di Utamakan “

Maka bagaimana pula dengan sekutu yang paling digeruni dan disayangi ketika ini? Lim Kit Siang..???

“Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya,” – Anwar Ibrahim

Apa kata Anwar terhadap Kerajaan BN?

“Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang kerajaan BN untuk mengukur sejauh mana kecekapan kerajaan BN mentadbir Negara.” – Anwar Ibrahim

Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong. Negara dibawah BN, dihormati di seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti Pembangkang!,” – Anwar Ibrahim

Kini...Anwar Ibrahin yang sudah menjadi warganegara yang tidak bersyukur itu. Sanggup memperdayakan rakyat demi mencapai matlamat politiknya. Bersahabat dan bersubahat denga mereka yang pernah dituduhnya sendiri dengan pelbagai label.

Sanggup menggadaikan maruah dan keistimewaan Bangsa Melayu demi mengejar kuasa dan pangkat dunia.

Hanya satu gelaran yang sesuai untuknya: PENGKHIANAT  BANGSA!!

Inilah wajah sebenar Anwar Ibrahim. Pengkhianat Nombor 1 Negara. Perosak Bangsa yang utama. Sanggup lakukan apa saja demi memuaskan nafsu serakahnya untuk menjadi PERDANA MENTERI...












Tiada ulasan: