MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 26 September 2010

Jangan Biarkan Diri Terus Di Tipu Pembangkang

SEREMBAN, 26 Sept – Rakyat di negeri di nasihatkan agar tidak terus tertipu dengan omongan kosong pihak pembangkang yang sentiasa mencari peluang untuk memecah-belahkan perpaduan sesama kaum yang telah dipupuk sejak 47 tahun yang lalu kerana ianya bakal memperlihatkan sebuah Negara yang gagal. Demikian jelas YAB Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar N.Sembilan ketika merasmikan Karnival 1 Malaysia Parlimen Seremban di Padang Awam Lobak, dekat sini.

Menurut beliau, dalam usaha kerajaan mengorak langkah sebuah negeri yang maju, jangan sesekali kita membiarkan pemikiran rakyat terus dihimpit dengan tohmahan dan fitnah pihak yang sentiasa tidak berpuas hati dengan pencapaian kerajaan hari ini.

“Sebagai sebuah Negara yang mengamalkan demokrasi, suara-suara sumbang dari pihak pembangkang khususnya, tidak memudaratkan apa jua usaha kerajaan kerana kerajaan Barisan Nasional sentiasa peka dan mengutamakan dasar-dasar kerajaan demi kesejahteraan rakyat,” jelas beliau.

Beliau menambah, sebagai pemimpin yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat, menjadi agenda utama kepimpinan untuk membawa Negeri Sembilan arus pembangunan agar menjadi lantai kepada dasar kerajaan dalam membangunkan infrastruktur jalan, membina lembah ilmu, membuka penenpatan baru dan mempertingkatkan produktiviti perindustrian di negeri ini.

Sementara itu, berucap pada majlis yang sama, Ketua Bahagian MCA Seremban, Datuk Peter Lai Yit Fee berkata, sebagai Negara yang merdeka dan mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang terbukti di pandangan masyarakat dunia, seharusnya kita merasa bangga dan bersyukur atas penyatuan sesama kaum yang terbentuk sejak sekian lama dan ianya perlu dipertahankan.

“Jangan sesekali kita membiarkan puak pelampau yang bertopengkan agama untuk menghancurkan kepimpinan Negara dan merobek perpaduan yang harmoni sejak sekian lama ini,

“Justeru, program sebegini diharap dapat memupuk semangat harmoni antara pemimpin dan masyarakat sekaligus memberi penerangan kepada generasi muda terutamanya pelajar, belia dan anak muda mengenai pentingnya perpaduan,” ujarnya.

Program Karnival 1 Malaysia peringkat Parlimen Seremban tersebut juga merupakan program pertama yang diadakan di kawasan terbabit di mana pelbagai acara pentas dan sukan diadakan termasuk acara senam aerobik di mana YAB Menteri Besar N.Sembilan turut bersama-sama menyertai aktiviti terbabit.

mizie@n9kini.com