MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 27 September 2007

IMPIAN PAS LUCU DAN TAK MASUK AKAL







Oleh: ANAKomak

PAS kini semakin berani mengeluarkan fakta-fakta yang tidak masuk akal, bahkan menjadi bahan tawa rakyat.
Terdahulu sewaktu isu rusuhan di Terengganu, PAS bermati-matian menyangkal rusuhan berpunca daripada mereka dengan mencanang diri di atas lori ‘pick-up’ sambil membawa sepanduk dan pembesar suara menyatakan itu bukan salah mereka.

Dengan gah dan penuh yakin mereka berlaung-laungan dari atas lori terjerit-jerit mengatakan bukan kalangan orang-orang PAS yang merusuh tetapi orang UMNO punya angkara. Sesiapa yang melihat dan masih ingat bagaimana PAS di atas lori terpekik terlolong pasti akan ketawa dan sejenak teringat akan filem ‘bujang lapok’.
Kini, PAS dengan taksubnya sekali lagi mengulang kembali dengan fakta kononnya UMNO kini sedang mencantas dan memotong usaha PAS memenangi pilihanraya dan mengkhabarkan kepada umum strategi UMNO waktu ini.

PAS mula goyah dengan idea untuk dijadikan isu sehingga isu Allahyarham adik Nurin pun dijadikan topik utama mereka dengan meletakkan kesalahan berpunca dari pemerintah yang gagal membenteras jenayah di Negara ini.
Saya yakin ramai pembaca di luar sana tertawa dan lucu apabila terbaca dakwaan sebegitu apatah lagi kebongkakkan PAS mencanang diri dengan ‘confident’ bahawa parti PAS kini mula di hati rakyat dan yakin kejayaan pasti di genggaman.



Kenyataan sebegini sebenarnya, sudah menjadi tatapan santai untuk dibaca.Cerita-cerita berunsur kutukan sering sahaja bermain di bibir para pemimpin PAS yang jelas di mata rakyat berperwatakan alim dengan serban di kepala,jubah labuh menyapu lantai tetapi sayang mulut penuh berbisa.

Apakah watak-watak sebegini yang kita akan julang ke tahta teratas?Mustahil, rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini bukannya bodoh dan buta dalam menilai keperibadian, kredebiliti dan keikhlasan seseorang itu, apatah lagi kalau mahu memimpin sesebuah negeri.Beginilah strategi PAS setiapkali tibanya pilihanraya.
PAS sedaya upaya akan mencari popular ketika musim pilihanraya dengan pelbagai cara antaranya ceramah terbuka di kampung-kampung tanpa mengira soal undang-undang, menaiki lori ‘pick-up’ yang uzur sambil diarak oleh kanak-kanak dengan mengeluarkan kata-kata semangat agar membenci kerajaan dan memburukkan individu itu dan ini.

Siapa melihat pasti menggelengkan kepala dengan gelagat yang mereka lakukan sekarang ini kerana bagi mereka kemenangan paling utama sebelum usaha memajukan rakyat mahupun kebajikan masyarakat setempat.

Tiada ulasan: