MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 13 September 2008

TIGA DITAHAN UNTUK SIASATAN


Tiga orang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sehingga tengah malam ini dalam satu operasi polis ke atas beberapa individu yang terbabit mencetuskan isu perkauman dan persengketaan agama.

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.

Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.”

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
Teresa, 44, ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kereta peronda ketika Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kinrara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini.

Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

Sebelum itu, pada pukul 8.40 malam, polis menahan Hoon Cheng mengikut akta yang sama di rumahnya di Taman Permai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Wartawan wanita itu yang dilihat menangis kemudian dibawa ke Balai Polis Bukit Mertajam untuk disoal siasat sebelum diiringi oleh pegawai polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Penahanan tersebut dipercayai ada kaitan dengan laporan wartawan itu dalam akhbar Sin Chew Daily yang memetik kenyataan kontroversi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail baru-baru ini yang mendakwa orang Cina Malaysia adalah pendatang di negara ini.

Hoon Cheng, 33, yang masih belum berkahwin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan telah berkhidmat dengan Sin Chew Daily sejak sembilan tahun lalu.

Dalam kes Hoon Cheng, laporan beliau itu menimbulkan kontroversi di seluruh negara yang akhirnya menyebabkan Ahmad digantung keahlian UMNO selama tiga tahun dalam satu mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO Rabu lalu.

Hari ini, akhbar Sin Chew Daily diberi surat tunjuk sebab oleh Kementerian Dalam Negeri berhubung isu yang sama. Tiga hari lalu, akhbar itu mempertahankan sepenuhnya Hoon Cheng.
Dua buah lagi akhbar, The Sun dan Suara Keadilan terbitan Parti Keadilan Rakyat (PKR), juga diberi surat tunjuk sebab berhubung isu berasingan.

Terdahulu, pada pukul 1.10 petang ini, Raja Petra, 58, ditahan oleh sepasukan 10 anggota polis di rumahnya di Bukit Rahman Putra Sungai Buloh, Selangor.Raja Petra ditahan di bawah ISA selepas polis berpuas hati bahawa beliau menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui laman web Malaysia Today.

Sepasukan polis yang diketuai oleh Asisten Supritendan Mohd. Yusof Chem turut merampas 15 keping cakera padat dipercayai mengandungi ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan 16 naskhah buku.

Mereka dilihat meninggalkan rumah pengendali blog itu kira-kira pukul 1.50 petang.
Ismail dalam kenyataannya berhubung kes Raja Petra berkata, penahanan itu dibuat selepas polis menerusi pemantauannya berpuas hati bahawa pengendali laman blog itu telah melakukan tindakan-tindakan yang mencetuskan kegelisahan di kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Tangkapan ini terpaksa dibuat bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tindakan beliau,” katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, polis menahan Raja Petra dan dua yang lain kerana tindakan-tindakan mereka yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

Dalam kes Raja Petra, katanya, pengendali blog itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menyebabkan pertelingkahan dan permusuhan agama di negara ini.Mengulas lanjut, beliau memberitahu, Raja Petra sebelum ini pernah diberi teguran dan amaran oleh polis beberapa kali namun beliau langsung tidak menghiraukan teguran tersebut.

“Selepas melakukan pemantauan terhadap segala aktiviti beliau sejak kebelakangan ini, polis terpaksa menahan pengendali blog terbabit,” katanya.

Pada 5 Ogos lalu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama tiga lagi agensi Islam membuat laporan polis ke atas Raja Petra ekoran beberapa artikel dan komentar pembaca dalam blog itu yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah ketika ditemui di rumahnya memberitahu, penahanan Raja Petra memang sesuatu yang dijangkakan.
“Tapi saya langsung tidak menyangka dia (Raja Petra) akan ditahan di bawah ISA,” ujarnya.

Raja Petra sebelum ini pernah ditahan ISA pada 11 April 2001 kerana terbabit dalam gerakan reformasi menyokong Anwar Ibrahim. Ketika itu beliau merupakan web master laman FreeAnwar.com.
Beliau juga dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan berkaitan Akta Hasutan.

Jumaat, 12 September 2008

16 September: Anwar sanggup ke Taiwan…Mustafa Ali kata takkan berlaku

Makin dekat 16 September , makin kalut nampaknya ‘peserta-peserta larian menuju Putrjaya’. Paling menyerlah ialah bagaimana pembawa obor 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup membuat lairn obor hingga ke Taiwan bagi mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini sedang mengikuti rombongan sambil belajar ke negara itu.

Bagi menyakinkan lagi bahawa usahanya itu sesuatu yang terancang, Anwar menyatakan isu 16 September telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP dalam beberapa siri pertemuan termasuk perjumpaan dua hari lalu yang memutuskan keperluan untuk berlepas ke Taiwan.

Namun apa yang menarik, salah seorang orang kuat PAS yang selama ini memang terkenal sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS kerana kepakarannya dalam strategi pilihan raya, Datuk Mustafa Ali tidak yakin obor yang dibawa Anwar itu mampu menyala di Putrajaya pada 16 September ini.

Ini berdasarkan kenyataannya bahawa , setahu beliau PKR tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan PAS dan dengan itu menyebabkan pemimpin parti itu tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

Kenyataan beliau itu yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu adalah senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa sehingga kini beliau tidak pernah melihat senarai nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

“Saya kata tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia betul,” kata Mustafa merujuk kepada usaha Anwar hendak membentuk kerajaan baru pada 16 September.

Berdasarkan maklumat dan rentetan ’larian obor Putrajaya 16 September’ ini, umum mengetahui bahawa usaha Anwar ini hanya didokong oleh kumpulan Erdogan dalam PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya, Husam Musa.

Kumpulan Erdogan adalah kalangan pemimpin muda PAS yang menyokong Anwar dan mereka memang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar seperti Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli.

Namun kalangan pemerhati politik berpendapat, Husam memang bersungguh-sungguh mahukan Anwar berkuasa kerana beliau sedar nasib politiknya banyak bergantung kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan itu sebagai persiapan, beliau dan kumpulan Erdogan perlu berada dalam ’kerajaan Anwar’ demi survival politiknya.

Namun jika kenyataan Mustafa Ali diambil kira yang senada dengan Hadi, dakwaan Anwar bahawa PAS telah dirundingi adalah meragukan. Mungkin Anwar mendapat sokongan padu daripada kumpulan Erdogan tetapi bagaimana dengan pendirian rasmi PAS.

Menghurai lebih lanjut, Mustafa Ali berkata beliau tidak nampak bagaimana sebegitu ramai Ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang.

Alasan beliau ialah biasanya pembangkang yang akan melompat menyertai kerajaan dan adalah sesuatu yang sukar diterima pihak kerajaan akan melompat ke pembangkang.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Seperkara lagi yang menarik lontaran oleh Mustafa ialah jumlah majoriti kerajaan yang disebut-sebut akan dibentuk oleh Anwar.

Katanya, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan kerajaan baru sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah,“ katanya.

Sumber :www.agendadaily.com

Khamis, 4 September 2008


USTAZ AZIZAN KATA TAK YAH CUTI BANYAK BANYAK. LAGIPUN 17 OKTOBER IALAH NUZUL AL QURAN. LEBIH BAIK KITA MENGAJI BANYAK BANYAK KAT RUMAH DARI SIBUK LAYAN BANG NUAR. CIAN BANG NUAR ORANG PAS TAK SETUJU DENGAN DIA.
BAGI TAU KAT KAWAN LAIN. SMS SMS SMS....


SIAPALAH YANG NAK JADI KATAK. TAKUT JUGA KATAK DENGAN BANG NUAR. NANTI TAK PASAL PASAL BANG NUAR AJAK PERGI KONDOMINIUM. LEPAS HABIS SELESAI PROJEK DI KONDO, BANG NUAR CUCI TANGAN PLAK TAK NAK NGAKU. JEM JEM.
KATAK PUN MELOMPAT TERBANG DARI KONDO. TIADA SIAPA PUN AKAN LOMPAT PADA 16 SEPTEMBER NANTI. YANG AKAN LOMPAT IALAH ZULKIFLI NORDIN DULU. LAGI SATU HAL TAK SETEL-SETEL LAGI...
MACAM MANA NI BRO. SUMPAH DALAM PARLIMEN BRO ANGKAT. SUMPAH TAK BUAT DENGAN SAIFUL TAK BUAT LAGI NI BRO. BILA NAK BUAT BRO?

Isnin, 1 September 2008

" KEPADA SELURUH RAKAN & PELAYAR SEKELIAN...DENGAN PENUH KHUSYUK DAN KEINSAFAN...MARILAH BERSAMA-SAMA JEJAKA MENGHAYATI ERTI KEMERDEKAAN DI DALAM RAMADHAN YANG MULIA INI. MOGA HARI-HARI KITA DIHIASI DENGAN RAHMATAN DAN BERKAT...AMIN...-JEJAKA"

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA