MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 15 Ogos 2008

Anwar Tidak Percaya Allah Boleh Berlaku Adil?

Mengapa Anwar membuat laporan Polis bahawa Tan Srri Musa Hasan dan Ghani Patail memalsukan bukti dalam kes mata lebamnya 10 tahun yang lalu?
Bukankah aneh sekali untuk Anwar membuat laporan sebaik sahaja Saiful mengadu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim?

Tujuan Anwar adalah untuk memberitahu masyarakat bahawa jika Polis dan Pendakwaraya menyatakan ada bukti prima facie untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat maka ia merupakan bukti-bukti yang direka atau dipalsukan.

Anwar juga sedar bahawa Musa Hasan dan Ghani Patail telah mengalahkan beliau dalam kes pertama dahulu. maka beliau perlu menyingkirkan kedua-dua ini. Jika mereka berdua terbabit tentulah kes ini akan dikendali dengan teliti dan cermat hasil pengalaman kedua mereka berhadapan Anwar sebelum ini.

Bukankah ini kelihatan Anwar seolah-olah sudah menyediakan jalan keluar untuk dirinya terus maksum di mata penyokongnya?Tidak cukup itu beliau juga menggunakan ulama-ulama yang tidak ketahuan hujung pangkal makna liwat supaya menyarankan beliau membuat aduan qazaf. Inilah kali pertama dalam sejarah perundangan Islam, orang yang mengadu beliau diliwat perlu membawa empat saksi yang melihat perilaku itu.

Ulama-ulama ini walaupun belajar ilmu agama dengan begitu mendalam mereka tidak lebih daripada kaset atau CD sahaja. Otak mereka tidak berjalan tetapi hanya menghafal apa yang ada dalam kitab dahulu. Mungkin sebahagian otak mereka ini sudah terkena virus maka ia tidfak lagi mampu berfungsi dengan sempurna biar pun banyak data sebelum ini.Ulama-ulama celaru ini membiarkan mereka dipermainkan oleh Anwar untuk menyelamatkan dirinya.

KITA MAHU BERTANYA ULAMA INI, APAKAH NANTI SEMUA MANGSA ROGOL TERPAKSA MEMBAWA EMPAT SAKSI UNTUK MEMBUAT LAPORAN MEREKA DIROGOL. JIKA TIDAK MEREKA AKAN DIKENAKAN TUDUHAN QAZAF?

Hari ini kita terbaca pula kenyataan Nurul Izzah bahawa Bapanya dinasihatkan oleh ulama-ulama celaru ini agar jangan melakukan mubahalah kerana ia merupakan perkara besar dalam Islam. Memanglah mubahalah atau bersumpah ini perkara besar dalam Islam. Apakah membuat aduan Qazaf juga bukan satu perkara besar dalam Islam?

Kita lihat Anwar bukan sahaja tidak percaya kepada Polis dan Pendakwaraya, beliau juga tidak percaya kepada Allah. Beliau tidak percaya Allah boleh melakukan keadilan jika melakukan mubahalah atau bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak melakukan sebarang kegiatan meliwat terhadap saiful. Beliau juga tidak berani bermubahalah kerana tidak yakin Allah akan menyebelahinya.

Jika benar beliau tidak membuat perkara terkutuk tersebut mengapa takut pengadilan Allah?Malangnya ulama-ulama celaru dan penyokong Pas lebih percaya putar belit Anwar berbanding sumpah Najib dengan nama Allah secara terbuka bahawa beliau tidak mengenali Altantuya.Inilah dikatakan pada akhir zaman setan-setan pun diangkat menjadi ulama.

Nah!..hari ini mangsa Anwar, Saiful Bukhari telahpun mengangkat sumpah membenarkan yang batil dan menegakkan yang hak.Tentu sekali kita ingin melihat Anwar pula berbuat demikian bukan? Atau...apakah dengan cara yang dilakukan Saiful juga akan dianggap karut oleh Anwar??
PERMATANG PAUH UJIAN PENENTU ORANG MELAYU...

Sehingga jam 8.40 pagi, suasana di sekitar pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam terkawal walaupun ‘ agak panas’.

Jumlah para penyokong pembangkang yang berkumpul di kawasan sekitar itu nampaknya jauh melebihi penyokong Barisan Nasional.Pada waktu berita ini ditulis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengiringi calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah masuk ke pusat penamaan calon.

Ramai para pemimpin BN turut hadir untuk memberi sokongan moral.Pada jam 9 pagi - SEPERTI YANG DIRAMALKAN...calon Angkatan Keadilan Islam (AKIM) Hanafi Hamat sudah kelihatan di pintu masuk pusat penamaan calon.Ini bakal jadikan pertandingan tiga penjuru pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sudah tiba diiringi beberapa tokoh pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan orang kuat DAP Lim Kit Siang.

9.50 pagi ...JANGAN DAHULUI KUASA TUHAN...itu kata Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang geram melihat gelagat sesetengah para penyokong pembangkang di Permatang Pauh yang disifatkannya terlalu taksud dengan Anwar.

Bercakap pada para wartawan di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu pagi ini Shahrizat kata ini adalah pilihanraya kecil paling teruk pernah dihadirinya setakat ini.Beliau kesal melihat cara sebilangan penyokong pembangkang suka tunjuk tanda lucah dan sebagainya.

10 pagi - MUNGKIN EMPAT PENJURU..Selain calon BN Ariff,PKR Anwar dan AKIM Hanafi ...turut kelihatan masuk ke pusat penamaan calon ialah bekas pemimpin PKR P.Pinang Dr Mansor Othman.Beliau juga disebut-sebut nak tanding sebagai calon bebas.

10.39 pagi - SPARE TYRE...Pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh Mustapha Kamal Yusuf sahkan bahawa Dr Mansor Othman yang turut kemukakan borang pencalonan sebagai calon bebas cuma 'spare tyre' jika apa-apa berlaku pada borang pencalonan Anwar.Naib Presiden PKR Azmin Ali juga sahkan Dr Mansor masih ahli PKR.Dr Mansor dikatakan akan tarik diri bila semuanya beres.


11.44 pagi SPR umum senarai calon selepas selesai waktu bantahan.Sah hanya tiga calon saja akan berentap dalam pilihanraya kecil itu iaitu Ariff Shah (BN), Anwar Ibrahim (PKR) manakala AKIM diwakili oleh Hanafi.
12 0gos 2008- Jejaka terjumpa artikel ni... memang ape yang penulis ni cakap.. korang bace... nilaikan sendiri... Sanggup kah melihat maruah bangsa sendiri di lelong oleh petualang bangsa?
UiTM Buka Untuk Non-Bumiputera
Dipetik dari http://www.akubetul.com

Heboh pasal Menteri Besar Selangor announced nak buka UiTM kepada non-bumi student. Hampir semua pihak slammed Tan Sri Khalid, kalau rajin pergi la search… Student UiTM, UiTM vice-chancellor Prof Datuk Seri Dr Ibrahim Abu Shah, Pak Menteri, tokoh-tokoh pendidik, malah Pak Lah pun kutuk pengumuman daripada Menteri Besar yang baru setahun jagong itu.

Aku tak faham kenapa lah Tan Sri Khalid bangang sangat buat announcement macam tu. Dah sah UiTM bukan bawah jagaan dia, bukan bawah kuasa kerajaan negeri dan bukan kuasa Menteri Besar. Adakah dia dan PKR desperate sangat inginkan sokongan masyarakat Chinese dan Indian sehingga menonjolkan kecetekan pengetahuan dengan buat cadangan sebegitu?

UiTM, seperti namanya… University Teknologi MARA adalah dibawah… MARA iaitu akronim kepada Majlis Amanah Rakyat. Ini aku copy dari website MARA:Majlis Amanah Rakyat (MARA), Agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi Malaysia, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Adalah menjadi kewajipan Majlis bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar.OBJEKTIFMenggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar, supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan ke arah membentuk masyarakat usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, profesional dan kukuh.

So, tidak perlu lah bercerita pasal racist, pasal keistimewaan orang Melayu, mewujudkan persaingan di kalangan student bumiputera dan all other nonsense. Student bumiputera boleh pilih nak masuk lain-lain university awam atau university swasta jika mereka inginkan persaingan. UiTM milik MARA dan sila baca apa yang aku copy and paste diatas tu.

Fahamkan apa fungsi dan objective MARA. Kalau nak ubah UiTM kena ubah MARA atau tukar nama UiTM.Aku bukanlah fanatic yang bersungguh nak memperjuangkan hak keistimewaan bumiputera. Aku sedar hak keistimewaan ini juga menyumbang kepada kelemahan kita sekarang dalam beberapa bidang. Aku juga totally understand why other races question the privileges, since government selalu promote race unity but ketidaksamaan layanan mengikut kaum seolah-olah tidak memperlihatkan unity pun.Sebagai penutup aku letakan lirik lagu rasmi UiTM.

UiTM Dihatiku.
Wujudmu Di Sini Di Tanah Anak MerdekaBagai Obor Ilmu Memayungi Putera PuterinyaPelopor Hidup, Budaya Bangsa, Agama....
NegaraPembentuk Akhlak Manusia, Agar Jadi SempurnaKu Yang Melangkah Ke Sini Ingin Mempelajari Rahsia Di Muka Bumi Dengan Cara Hakiki
Tunjukkan Aku Jalan IlmumuUntuk Ku Menuju
Destinasi Cita-cita Negara Dan Bangsaku
Majulah Bangsa, Maju NegaraBerkat Usaha Jaya Mara
Kami Berikrar Akan Berjasa
Hingga Kita Berjaya….Demi BangsaWatikah Yang Ku Miliki
Kan KuSemat Di Hati
Janjiku Pada Pertiwi UntukMenabur BaktiKu
Sempurnakan Seikhlas Hati
Membela Negara
Doa Restu Ayah Bonda Ku
Untuk Mu Semua
UiTM Usaha Takwa Mulia

SAIFUL SUDAH BERSUMPAH...ANWAR BILA LAGI???
" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.

Seluruh warga Malaysia khususnya umat islam dikejutkan semalam dengan pengakuan bersumpah 'bekas jambu' si mata lebam apabila secara umumnya beliau mengankat sumpah bagi membenarkan segala dakwaannya selama ini yang menjadi kecelaruan kepada semua rakyat terutama penyokong setia Anwar Ibrahim.

Jejaka turut merasakan keikhlsan dan kebenaran didlama keberanian anak muda tersebut yang merasakan itulah cara terbaik untuk beliau membuktikan dakwaan dirinya diliwat bekas majikan beliau meskipun menimbulkan banyak tanda tanya mengenai dakwaan beliau itu kerana ianya dibuat setelah 9 kali persetubuhan luar tabi'i itu dilakukan.

Apa yang menarik minat Jejaka disini adalah berkenaan jawapan beliau yang teguh apabila dihujani puluhan soalan dari pihka media dimana beliau menegaskan tidak mahu membuat kenyataan di media sebaliknya kenyataan sebenar perlu dilakukan di Mahkamah.

Itulah yang sepatutnya ditiru oleh Anwar yang umum dapat kita lihat sepanjang kontroversi si mata lebam ini, beliau lebih tertarik untuk membuat apa jua kenyataan melalui media dan bukannya ditempat yang sepatutnya.Maka ini jelas bahawa cara beginilah Anwar mempromosi dirinya malahan menutup segala durjana beliau dengan harapan rakyat terpengaruh dengan kata-katanya di media.

Apapun, kebenaran pasti terbuka biarpun Anwar mencuba sedaya upaya menutup segala kemungkaran demi mencapai cita-cita peribadi yang tiada kesudahan itu.

Cuma...Jejaka berminat mengemukakan soalan kepada seluruh penyokong setia Anwar Ibrahim...Apakah pendirian kamu apabila mempunyai pemimpin yang songsang? Nah!..tepuk dada tanyalah iman..








Ahad, 10 Ogos 2008

Banyak Cakap Jadi Tersalah Cakap

Dipetik dari nukilan Sdr MSO..

CAKAP-CAKAP oleh dua orang yang berusia lebih 75 tahun ke atas yang dilaporkan oleh akhbar hari ini agak lucu dan menggambarkan betapa orang seperti mereka lebih baik diam daripada bercakap. Kalau mereka diam rasanya harga diri mereka menjadi lebih mahal daripada mereka bercakap. Bila mereka bercakap harga diri mereka juga boleh merudum.

Pepatah pun ada mengatakan kalau kamu merasakan kurang ilmu lebih baik kamu diamkan saja nescaya orang tidak akan sedar akan kelemahan kamu!

Pertama ialah mengenai caka-cakap bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad, (berumur 83 tahun) yang bersedia untuk lari meninggalkan negara ini sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri 16 September depan.

Walaupun cakap-cakap itu tidak lebih dari cakap politik namun ia memberi gambaran betapa buruknya Anwar sampai Mahathir hendak lari meninggalkan negara ini dan hidup di negara lain. Itu menggambarkan betapa bencinya Mahathir kepada Anwar.

Hanya seseorang yang terlampau membenci seseorang saja tidak mahu bersua, bercakap dan juga bererita mengenainya. Dan cara Mahathir itu menunjukkan beliau tidak boleh menerima langsung kalau Anwar menjadi pemimpin Malaysia.

Bila mengenangkan cakap-cakap Mahathir itu saya teringat cakap-cakap berversi sama yang pernah dikeluarkan oleh bekas pemimpin Darul Arqam, Ashaari Muhammad. Ashaari di zaman hebatnya dulu pernah mengeluarkan kata-kata untuk menjadi warganegara lain kerana tidak mahu berada dalam sistem pemerintah Mahathir yang zalim menekan gerakan dakwah.

Kerana itu beliau bercadang untuk memohon kepada Yang di-Pertua Agong untuk menjadi warganegara lain.
Tidaklah pula saya pastikan apakah Ashaari sempat berbuat demikian. Cuma apa yang sangat diingatkan beliau kemudian ditangkap secara borong dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), kemudian mengaku pula secara beramai-ramai meninggalkan perjuangan dan ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan Darul Arqam.

Apabila mendengar Mahathir hendak berhijrah bila Anwar jadi PM, samalah dengan apa yang Ashaari lakukan itu. Jadi di sini boleh disimpulkan, mutu, darjat dan kelas pemikiran politik Mahathir sama sahaja dengan Ashaari Mohammad, tidak sanggup berdepan dengan musah secara gentleman!

Cakap-cakap kedua yang agak lucu dan membuatkan saya terdesah ialah cakap-cakap Murysidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat (kini sudah berusia 77 tahun) yang mengatakan amalan kronisme dibenarkan dalam Islam. Beliau dalam mempertahankan perlantikan menantunya sebagai Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ariff Fahmi Abdul Rahman merujuk kepada perlantikan Khalifah Rashidin (sahabat empat Abu Bakar, Omar,Othman dan Ali) yang berunsur kronisme.


Hujah beliau tidak menjadi masalah dengan perlantikan kroni kalau ianya layak untuk ke jawatan tertinggi atau ke dalam mana-mana organisasi dan syarikat. Beliau membuat pandangan ini ekoran timbul kritikan terhadap perlantikan menantunya ke jawatan itu di mana beliau adalah pengerusinya.

Pastinya Nik Aziz mengeluarkan kenyataan berupa fatwa itu bukan suka-suka tetapi berpegang kepada nas dan sejarah. Jadi mulai hari ini amalan kronisme tidak jadi masalah dalam parti politik termasuk melantik kaum keluaraga sebagai pembantu dan sebagainya. Pas juga mulai hari ini kena terima kronisme dan ini pula secara tidak langsung bertentangan dengan perjuangan PKR dan Anwar Ibrahim yang begitu memandang jijik kepada kronisme dan nepotisme.

Ini nampaknya fatwa dan pandangan baru dari Mursyidul Am Pas itu. Beliau terkenal sebagai seorang pemimpin Islam dan ulama yang terbuka dan liberal serta berani mengemukakan pandangan-pandangan yang menimbulkan kontroversi seperti berkawan dengan syaitan dan Tuhan mencarut dan berbagai-bagai lagi.
Sebelum ini masalah kronisme menjadi kritikan dan kebencian Nik Aziz dan juga orang Pas terhadap Abdullah Ahmad Badawi apabila Abdullah melantik menantunya Khairy Jamaluddin menduduki Tingkat Empat.

Apakah penentangan itu disebabkan Khairy tidak berlelayakan dan berpengalaman seperti Ariff Fahmi? Ataupun kerana kronisme Abdullah itu kronisme Islam Hadhari yang bertentangan dengan kronisme sahabat empat itu.

Dan seperti mana saya teringat kepada apa yang dilakukan kepada Dr Mahathir sama dengan dilakukan Ashaari Muhammad itu, maka begitulah juga saya teringat apa yang pernah dilakukan Nik Abdul Aziz ke atas bekas Presiden Pas, Mohd Asri Muda. Saya masih ingat pada tahun 1980-an kenapa Nik Aziz tidak setuju dan sebulu dengan Asri ialah kerana bekas Presiden Pas itu mengamalkan kronisme dalam parti.

Asri melantik ipar duai dan isterinya memegang jawatan tinggi dalam parti. Salahuddin Abdullah (iparnya kalau tak silap) dilantik menjadi Setiausaha Agung, manakala Sakinah Junid, isterinya dilantik menjadi Ketua Muslimat.

Kemuncak penentangan Nik Abdul Aziz ialah apabila Mohd Asri melantik orang-orangnya menjadi calon dalam pilihan raya 1982 dan membelakangkan orang-orang Nik Aziz. Perbalahan itu bukan saja setakat protes secara senyap tetapi Nik Abdul Aziz memberi kata dua kepada ahli-ahli Pas Kelantan samada memilih beliau ataupun Asri!

Tindakan Nik Abdul Aziz ketika itu disokong oleh kebanyakan ahli Pas. Mereka yang termakan hujah kronisme ketika itu mengambil tindakan menyokong Nik Aziz. Kumpulan Asri akhirnya tersisih dari Pas yang kemudiannya bertolak dari situ juga bekas pemimpin Pas yang banyak berjasa itu akhirnya keluar meninggalkan Pas.

Dan apakah setelah 26 tahun Asri tidak ada dalam Pas masalah kronisme tidak berbangkit lagi dan ironinya sudah boleh dijadikan amalan oleh Pas? Persoalan ini saya tidak berani menjawab dan menghuraikannya sebaliknya terserahkan kepada kebijaksanaan ahli dan penyokong Pas untuk menimbangkangnya. Cuma di hari minggu ini apa yang nak saya singgungkan ada kalanya orang tua tersalah cakap disebabkan kerana terlalu banyak bercakap!

Jumaat, 8 Ogos 2008



KOH TSU KOON...LAWAN TETAP LAWAN..
"kalau takut dengan PERLAWANAN jangan berumah di tepi Jambatan P.Pinang"



"ANWAR TIDAK AKAN JADI PM YANG KE-6. AWAS! ANWAR, SEGALA DOKUMEN SULIT ANDA AKAN DIDEDAH DI PERMATANG PAUH, BERLORI-LORI DOKUMEN AKAN DITUANG KE RUMAH-RUMAH UNTUK MENDEDAHKAN SKANDAL RASUAH ANDA..."

Jejaka dapat rasakan bahang yang semakin panas di Permatang Pauh..ada berbagai desas-desus yang memperkatakan nama-nama mereka yang bakal menentang Anwar di Permatang Pauh, tidak kurang juga yang menyebut nama bekas PM kita tu..namun ada yang berpendapat bahawa kemungkinan Dr. M untuk bertanding dengan DSAI adalah rendah, kerana semestinya UMNO mungkin tidak lagi akan menerima kehadirannya di dalam parti melainkan keadaan yang terdesak. Ezam mungkin akan diketengahkan untuk bertanding menentang DSAI, namun begitu pertandingan ini adalah sangat rumit dan sukar diramalkan siapa yang akan menag. Namun jelasnya pihak BN tidak akan membiarkan DSAI mendapat kerusi di dalam parlimen.

Memang mustahil Mahathir nak bertanding untuk menentang Anwar. Di bawah parti apakah beliau ingin bertanding? UMNO/BN? Tak mungkin...Yang pastinya, BN akan mencalonkan pemimpin yang berwibawa yang mampu menggugat Anwar walaupun Anwar mungkin cukup kuat di kubu pertahanan Permatang Pauh. Mahathir tak payah la bertanding. Duk umah jaga cucu lagi baik. Tak pun banyakkan amal ibadat untuk Ahirat nanti...