MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 24 Oktober 2010

Jika Ini Kerajaan Perpaduan : OK atau KO ?

Apa Ulasan Anda, Jika Ini Kerajaan Perpaduan?
ug.jpg

Terlalu ramai yang membicarakan persoalan Kerajaan Perpaduan atau Unity Government. Ramai juga yang cuba merisik-riisk pandangan saya. Ada yang merisik kerana sengaja ingin mengetahui saya ini jatuh dalam penyokong kumpulan Erdogan atau perpaduan. Lucu juga adakalanya melihat cara perisikan mereka. Selain itu, ada juga yang benar-benar ingin mengetahui pandangan saya walau secara akademik.

Apa yang jelas, isu kerajaan perpaduan khususnya PAS dan UMNO, sukar untuk diulas secara akademik semata-mata. Ulasan ilmiah sahaja tidak mampu meleraikan perbezaaan pendapat tentangnya. Ia adalah perbezaan persepsi, pengalaman dan taktikal. Ada beberapa ilmuan yang saya lihat mengulasnya secara ilmiah. Namun, ulasan secara ilmiah tanpa melihat konteks sebenar di dataran politik tanahair dan watak pemain-pemainnya adalah sebuah huraian yang pincang.

Namun, pastinya ahli akademik akan berkata:

"Eh huraian saya adalah berdasarkan konteks politik Malaysia la, disebabkan perpecahan yang menggila, kegilaan politik menjadi-jadi, tatkala itu kami menulis tulisan menyokong kerajaan perpaduan ini"

Memang benar, alasan itu benar, ya ia memang dibuat setelah melihat konteks kelam kelibut politik Malaysia yang memerlukan satu bentuk penyelesaian baru. Namun kehendak itu saya tidak cukup, kita perlu melihat praktikalitinya dari sudut kesanggupan parti-parti dan para pemimpinnya. Mungkin ia ideal di atas kertas namun tidak secara praktikalnya.

Saya tidak mahu mengulas panjang lebar isu ini, namun saya suka mengajak pembaca sekalian kepada satu perkara sahaja, iaitu :

Sila sebutkan bentuk kerajaan perpaduan yang ada dalam bayangan imaginasi anda!

Kemudian, fikirkan sama ada ia praktikal atau tidak ?

Saya pasti tentu ia amat menarik dan manis jika berjaya tetapi fikirkan lebih mendalam soal adakah ia benar-benar boleh berjalan.

KERAJAAN PERPADUAN IMAGINASI SAYA

Hasil pembacaan saya kepada selruuh hujah penyokong kerajaan Perpaduan di dalam PAS dan orang luar seperti Mufti Perak dan Bekas Mufti Perlis.

Maka saya cuba mulakan imaginasi kerajaan perpadauan maginasi saya seperti berikut :-

BENTUK SATU :

  • Gabungan kerajaan campuran yang terdiri dari parti-parti politik terbesar tanahair.
  • Setiap parti masih kekal dalam bentuk masing-masing, tiada timbul satu pati masuk parti yang lain.

Baik, katalah semua parti tersebut bersetuju untuk menerajui Malaysia secara bersama, membangun Malaysia secara bersama, meninggalkan pertelingakahan politik kepartian kepada sesuatau yang lebih mapan untuk rakyat Malaysia khususnya di musim kegawatan ekonomi ini. Bagus bukan?

Namun, persoalan yang pokok juga perlu difikir. Bagiaman senarai kabinet kerajaan perpaduan campuran Malaysia ini?

Katalah kita menggunakan sifir Pakatan Rakyat YANG TIDAK BERTULIS TETAPI DIFAHAMI. Iaitu mana parti yang memperolehi paling banyak kerusi mereka akan menjadi Perdana Menteri. Kecuali jawatan yang mesti diberikan kepada orang Islam akan tetap diberikan kepada orang Islam seperti Menteri Agama dan lain-lain.

Untuk mudah imaginasi, parti yang diambil kira adalah beberapa parti di bawah. Maka jika dilihat kepada pecahan kerusi Parlimen Malaysia iaitu :-

Parti

Jumlah Undi

Peratusan Undi

Kerusi

UMNO

2,381,725

29.33

79

PKR

1,509,080

18.58

31

DAP

1,118,025

13.77

28

PAS

1,140,676

14.05

23

MCA

840,489

10.35

15

PBB

131,243

1.62

14

SUPP

119,264

1.47

6

PRS

33,410

0.41

6

PBS

44,885

0.55

3

MIC

179,422

2.21

3

GERAKAN

184,548

2.27

2

statistik.jpg

Katalah kita imaginasikan pembahgaian jawatan kabinet mengikut kerusi seperti berikut :-

Perdana Menteri : Dato Seri Najib Tun Abd Razak (UMNO)

Timb. Perdana Menteri : Dato Seri Anwar Ibrahim (PKR)

Menteri Kewangan : Lim Kit Siang (DAP)

Menteri Dalam Negeri : Dato Seri Abd Hadi Awang (PAS)

Menteri Pertahanan : Wakil MCA

Menteri Pendidikan : Wakil PBB

Dan seterusnya.

Begitukah ? Saya tahu, banyak lagi sifir dan kira-kira matemetik yang boleh diguna pakai, mungkin nisbah kerusi akan dijadikan jumlah menteri. Justeru mungkin ranking kementerian boleh disusun dan tiada lagi Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Setelah ranking disusun, buatkan kira-kira matematik setiap parti layak untuk berapa kerusi kementerian. Bagaimana jika bentuk ini? Anda setuju ?

Katalah anda setuju, setelah setuju ada beberapa persoalan perlu kita fikirkan :-

  • Anda yakin kerajaan sebegini boleh memerintah?
  • Bolehkah UMNO dan BN bersetuju memberikan jawatan Timb. Perdana Menteri dan Kementerian penting kepada DAP dan PAS?
  • Manisfesto apa dan milik siapa yang ingin digunakan untuk mentadbir Malaysia. MIlik PAS, PKR, BN? Atau akan diwujdukan gabungan manifesto. Bagaimana dengan isi manifesto yang bertentangan.?
  • Bolehkah dan bagaimanakah mesyuarat kebinet ingin mencapai kata putus?
  • Adakah setiap parti mampu bertolak ansur sejauh ini?

Jika suka dan merasakan ia logik untuk bergerak dan dipacu ke hadapan. Bolehlah seseorang itu menyokong idea kerajaan Perpaduan bentuk ini.?

Mungkin anda bertanya, mengapa saya sibuk menumpukan pembahagaian kerusi para menteri apabila membicarakan persoalan kerajaan perpaduan.? Jawabnya kerana politic is about power, siapa yang punyai kuasa, dan sudah tentu seseorang menteri mempunyai lebih kuasa dalam bidang kementeriannya walau ia masih bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet dalam beberapa hal. Tanpa pembahagian jawatan-jawatan ini tentunya tiada banyak gunakan isu kerajaan perpaduan.

BENTUK KEDUA

Bentuk kedua adalah perpaduan di antara PAS dan UMNO sahaja. Hasilnya wakil Pas akan masuk ke dalam Kerajaan Persekutuan. PAS akan mengambil beberapa portfolio Menteri yang dikuasai oleh UMNO, sebagai contoh :

Perdana Menteri : Dato Seri Najib Tun Razak (UMNO)

Timbalan PM : Dato Seri Abd Hadi Awang (PAS)

Berikut adalah senarai kementerian yang diketuai oleh YB UMNO. Maka pada imaginasi saya, jika kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO sahaja yang berjalan, tatkala itu UMNO perlu mengaagihkan beberapa kementerian di bawah kepada wakil PAS.

MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
1. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
2. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
3. Di hadiah kepada PAS (Hal Ehwal Agama Islam)

MENTERI KEWANGAN
Datuk Seri Najib Tun Razak

MENTERI KEWANGAN II
Hadiah kepada wakil PAS

MENTERI PELAJARAN
Tan Sri Muhyiddin Yassin

MENTERI DALAM NEGERI
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

MENTERI PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
Hadiah kepada wakil PAS

MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
Datuk Seri Shafie Apdal

MENTERI PENGAJIAN TINGGI
Hadiah kepada wakil PAS

MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
Datuk Mustapa Mohamed

MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
Hadiah kepada wakil PAS

MENTERI PERTAHANAN
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

MENTERI BELIA DAN SUKAN
Hadiah kepada wakil PAS

MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
Datuk Ismail Sabri Yaakob

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Seri Sharizat Jalil

MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Jawatan di atas adalah contoh imaginasi sahaja. Anda boleh sesuka hati berimaginasi dalam bentuk lain asalkan masih dalam kerangka bentuk kedua yang saya bentang ini.

Jadi bagaimana pandangan anda dengan bentuk kedua ini? Ada bagus? Mungkin dari sudut teori memang mudah, namun sudut praktikaliti sekali lagi timbul :-

  • Sudikah UMNO memberikan kerusi Menteri terbabit di atas kepada PAS?
  • Jika diagih sekalipun, akan bersetujukah PAS jika hanya diberi kerusi menteri kurang penting?
  • Bagimana nasib PAS di negeri-negeri yang diperintah bersama dengan Pakatan Rakyat? Sudah tentu hancur berkecai dan sebahagian negeri akan kembali ke tangan BN atau pakatan BN dan PAS. Maka PAS sekali lagi akan dihadiahkan beberapa buah kerusi Menteri Besar?.
  • Bagaimana imej PAS di mata pengundinya dan pengundi Pakatan rakyat ?
  • Bagaimana wakil Menteri atau Menteri Besar ingin mentadbir negeri dan kementerian mereka tatkala itu? Perlu mengikuti telunjuk UMNO dan BN atau PAS akan diberikan kebebasan sepenuhnya oleh UMNO dan BN?
  • Bagaimana respon komponen parti BN yang lain, mampukah mereka bersetuju?
  • Akan dapatkah PAS memasukkan agenda Islamnya ke dalam pemerintahan Negara melalui kementerian yang dikuasainya dan adakah BN akan bersetuju dengan sebarang perubahan polisi kementerian yang akan dicadangkan oleh PAS? .

SEKARANG BAGAIMANA?

Cukuplah dua bentuk imaginasi saya utarakan bagi semua yang ingin menolak atau menyokong cadangan Kerajaan Perpaduan sama ada dari kalangan orang UMNO atau PAS dan lebih luas dari itu BN dan Pakatan Rakyat.

Anda digalakkan untuk mengembangkan lagi dua imaginasi saya di atas kepada pelbagai bentuk lain di ruangan komentar. Amat dialu-alukan. Bagus untuk kita sama-sama membuat telahan awal agar semua dapat membuat gambaran sebelum membuat keputusan yang PALING TEPAT dan HIKMAH.

Sekarang, jangan beremosi lagi membincangkan hal ini. Cuba fikirkan semasak-masaknya adakah ahli-ahli politik di Malaysia sudah begitu gentlemen yang tidak bias, sehingga boleh melakukan sejarah untuk bergabung dalam salah satu bentuk di atas?

Adakah ia praktikal dan mampu dilakukan? Persoalan dalil dan nas yang menyokong atau menolak, saya tidak berhasrat untuk membincangkannya di sini. Cukuplah ulasan dari pelbagai ustaz yang telah membincangkannya di web dan blog masing-masing.

Semua dalil dan nas dalam hal urusan politik tersebut sebenarnya lebih terbuka kepada ‘illah dan penilaian maslahat dan mudarat. Itulah kaedah Fiqh Islam apabila membincangkan soal kuasa politik. Justeru, kita sedang cuba mendiskusi soal maslahat dan mudarat serta praktikal atau tidaknya cadangan Kerajaan Perpaduan ini buat PAS khususnya dan juga UMNO. Secara teori dan asas, usah difikir terlalu jauh sehingga tidak berpenghujung, namun fikirkan bagaimana praktikalnya adalah lebih mustahak di tahap ini?

YANG SOKONG

  • Saya yakin, akan ada yang mengatakan ia boleh dilaksanakan. Walau secara praktikalnya, ini kerana PAS sendiri mampu bersama DAP dan PKR yang hakikatnya amat banyak berlainan ideologi, polisi dan peta perjuangannya. Namun PAS masih boleh duduk bersama DAP, memerintah bersama DAP dan PKR.

Lihat sahaja bagaimana PAS bersama DAP dan PKR di Selangor, Penang dan Perak (sebelum dijatuhkan). Bukankah PAS masih boleh hidup dan memasukkan agenda perjuangannya? Walaupun diakui PAS terpaksa beralah dalam beberapa banyak hal juga.

Sudah pasti, hal yang sama pasti akan dapat PAS capai jika bersama UMNO dan BN, malah mungkin pencapaiannya akan melebihi dari pencapaian yang diraih ketika bersama Pakatan Rakyat. Apa pandangan anda?.

Namun sekali lagi, sebelum sokong fikirkan adakah UMNO dan BN mampu menghadiah jawatan penting kepada PAS?. Apakah pula mekanisme untuk mengelakkan PAS dikhianati selepas itu?

  • Satu lagi, sebenarnya masa hadapan PAS di dalam Pakatan rakyat sendiri tidaklah begitu cemerlang. Malah sehingga hari ini pihak Pakatan Rakyat masih buntu apabila cuba memikirakn shadow government mereka untuk ditayangkan kepada umum. Ye, Pakatan masih TIDAK MAMPU mengutarakannya kerana mungkin mereka hanya menggunakan teori, PEMBAHAGIAN AKAN BERGANTUNG KEPADA JUMLAH KERUSI.

Saya faham, di Negeri Selangor dan Perak, tidak pun mengikut sangat jumlah kerusi sehingga PAS boleh menjadi Menteri Besar Perak. Perlu difahami bahawa suasana di negeri itu ada perberzaannya disebabkan campur tangan Sultan dan perlembagan negeri yang berat kepada Melayu. Namun hal itu tiada di dalam kerajaan persekutuan. Akhirnya, sehingga ke hari ini tiada shadow government kerajaan Pakatan Rakyat.

Jika demikianlah keadaannya, baiklah cuba meninjau peluang bersama UMNO, kedudukan mungkin lebih certain dan agenda perjuangan Islam yang cuba dibawa PAS juga, tidak mustahil boleh lebih meluas.

YANG BANTAH

Hujjah yang membantah pada hemat saya berkisar tentang hal berikut;

  • UMNO hanya berminat untuk perbincangan kerana mungkin sudah diketahui bagaimana teruknya nasib UMNO di dalam plilihanraya akan datang. Melihat kepada keputusan pilihanraya kecil, berkemungkinan UMNO mempunyai harapan untuk berkubur di semenanjung Malaysia. Maka di ketika kecemasan ini, salah satu talian hayat untuk terus berada di atas kerusi pemerintahan adalah dengan memperalatkan PAS melalui idea gabungan atau rundingan. Apabila PAS bersetuju, PAS akan diberi sedikit kerusi menteri tetapi UMNO akan pastinya memegang jawatan Perdana Menteri. Justeru itu, apabila kelak pengaruh UMNo sudah Berjaya dipulihkan, buang sahaja PAS.

Bagi kumpulan ini, PAS dan pakatan Rakyat sedang berada di ambang kejayaan lebih besar untuk pilihanraya akan datang. PAS jangan gopoh sebaliknya perlu bertenang bersama Pakatan Rakyat dan seterusnya menakluki Malaysia, dengan cara menggantikan BN dan BUKAN bersama BN.

  • Ya, sudah tentu hujah mereka adalah PAS akan dikhianati lagi selepas ini oleh UMNO dan BN dan akhirnya ditendang keluar. Tatkala BN menendang PAS, dan Pakatan Rakyat pula sama sekali TIDAK AKAN LAGI PERCAYA kepada PAS. Jadilah PAS bersendirian, semakin sukar usaha PAS untuk memperjuangkan agenda Islamnya tanpa sebarang jawatan di dalam sesebuah kerajaan sama ada pusat atau negeri. Namun kemungkinan kerajaan Kelantan dan Kedah masih boleh kekal di tangan PAS sekalipun ditendang UMNO dan BN, kerana PAS masih majoriti di kedua-dua negeri terbabit. Namun, PAS akan menjadi pembangkang TETAP bagi kedua-dua kerajaan BN dan Pakatan Rakyat pada masa akan datang. Teruslah PAS menjadi pembangkang untuk beberapa kurun lagi. Ada bagus?

  • Selain itu, yang membantah akan berpandangan tiada maaf sama sekali buat UMNO, ingat peritiswa Memali dan segala jenis tekanan dan kezaliman yang dikenakan ke atas PAS dari ISA, fitnah, tangkapan dan sebagainya.

Cuma persoalannya, wajarkah PAS menolak manfaat yang boleh terhasil dari kerajaan perpaduan hanya kerana sejarah-sejarah hitam bersama UMNO. Wallahu'alam, sama-sama kita fikirkan.

Atau adakah PAS wajib menolak perbicnangan dengan UMNO kerana UMNO adalah berada di tahap Munafiq? bagaimana dengan pemimpin beragama Islam di dalam PKR? Mereka semua terlepas dari status munafiqkah ?

MUNGKIN JUGA

Satu lagi kemungkinan yang jangan ditolak adalah, idea kerajaan Perpaduan ini hanyalah taktik PAS untuk memberi amaran kepada Pakatan Rakyat yang mungkin ada ketikanya terlalu berdegil dengan PAS dan tidak mahu bertolak ansur dengan PAS dalam keputusan-keputusan politik Pakatan Rakyat khsusunya di negeri-negeri yang dikuasai bersama. Mungkin asyik PAS sahaja yang perlu bertolak ansur dengan mereka, sehingga PAS terasa amat gagal dalam menjalankan agenda perjuangannya. Maka demi menyedarkan Pakatan bahawa PAS boleh beberbuat apa sahaja untuk melaksanakan agenda Islamnya hatta keluar dari Pakatan Rakyat Lalu diskusi perbincangan diwarwarkan sebagai peringatan.

Saya melihat dari jauh bagaimana PAS menemui jalan sukar melaksanakan agenda Islamnya di negeri Selangor. Kelihatannya, seolah ceramah-ceramah masjid dan forum perdana umum sahaja yang kelihatan boleh berjalan dengan lancarnya. Sedangkan pengurusan kewangan Selangor masih dipenuhi dengan riba. Pusat hiburan yang haram masih tidak boleh diusik sama sekali dan mungkin banyak lagi.

Manakala Mursyidul Am PAS dan sebahagian yang bersama penolakannya diperlukan untuk mengimbangi amaran kepada Pakatan Rakyat, agar tidaklah PAS terus dianggap telah khianat, maka beberapa pimpinan PAS diperlukan untuk menunjukkan kesetiaan PAS dengan Pakatan Rakyat agar kerjasama yang sedia ada boleh diteruskan. Namun ia semua andaian sahaja, maklumlah politik ini perlukan banyak ilmu helah dan banyak pula andai-mengandai.

KESIMPULAN

Jadinya apakah kesimpulan tulisan ini?.

Ia ditulis semata-mata untuk memberikan lebih gambaran kepada pembaca sama ada dari parti PAS atau UMNO dan pengikut mereka berkenaan Kerajaan Perpaduan yang sibuk dicanangkan.

Sambil itu, berfikir mendalam persoalan praktikaliti dari sudut pelaksanaan. Jika anda seorang PAS, sudikah PAS menerima jwatan kurang penting sebagai buah perpaduan ini? Sebagai sebagai UMNO, sudikah anda menghadiahkan beberapa jawatan amat penting kerajaan kepada bukan UMNO?

Jika UMNO ingin PAS bersetuju hanya dengan dua tiga jawatan menteri yang kurang penting, lupakanlah kerajaan Perpaduan. Tentunya PAS tidak akan bersetuju.

JIka PAS bersetuju memberikan mereka jawatan Perdana Menteri, juga lupakanlah. Malah mungkin jawatan Timbalan Perdana Menteri pun mungkin hanya mimpi sahaja. Jika itulah hakikat sebenar dan realiti, lupakanlah kerajaan perpaduan. Teruskanlah dengan Pakatan Rakyat anda tu.

Ya, jika itu hakikatnya, lupakanlah Kerajaan Perpaduan sama ada bentuk satu atau dua. Buang masa saja sehingga parti hampir berpecah, berpadalah dari kecoh-kecoh politik yang sehingga mengurangkan tumpuan utama mereka kepada pembangunan rakyat jelata, khususnya di musim kegawatan ekonomi ini. Cukup-cukuplah dan jalankan tugas segera dan pilihanraya akan datang tidaklah begitu jauh sebenarnya. Kami akan menilai selaku rakyat.

Jadinya sebagai kesimpualan, saya sokong kerajaan perpaduan atau tidak. Lupakanlah saya, fikirkan inti tulisan saya mungkin lebih berfaedah.

Akhirnya, sebarang komentar memaki hamun (jika ada) akan dipadam serta merta. Justeru berikanlah komentar dengan bernas dan membina.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net


Isnin, 18 Oktober 2010

Shamsul Iskandar....si clown pendek!


Inilah Mamat yang dikatakan terkencing dalam seluar apabila dikepung oleh pemuda UMNO melaka disuatu ketika dahulu….jenis ini yang diangkat jadi AMK…satu jentera PKR yang terkenal dalam menerima hentaman belantan dan siraman air ros FRU ketika zaman era reformasi ….

Hari ini Mamat ini buat lawak, disebabkan keyakinan yang amat tinggi dia mengumumkan akan bertanding naib presiden PKR bagi memberi laluan kepada kepada pesaing yang berminat bagi menjawat jawatan ketua AMK….namun apa kan daya mamat terkencing dalam seluar ni masih mengekalkan sifat penakutnya….

“Saya takde u-turn, saya cuma sampai satu T-junction, boleh pusing ke kanan atau kiri,” kata Sahmsul yang cuba berkias.

“Kalau pusing kanan, saya tahankan jawatan ketua AMK, kalau kiri, saya tanding naib presiden. Jadi saya sekarang pergi kanan,” katanya.

Tak payah la nak cerita pasai T-junction la pendek, cerita kau tu tak boleh pakai…selayakknya kau bertanding ratu kebaya pondan sahaja…itu pun setelah kau menjalani operation tukar jantina…

Isnin, 11 Oktober 2010

Apa Salah ADAM LAMBERT Berbanding ANWAR??

Hari ini Pemuda PAS menghantar memorandum bantahan konsert artis 'gay' Adam Lambert.

Tiga minggu lalu, Jakarta mengadakan Festival Fillem Gay. Ada pemimpin pembangkang negara yang hadir acara itu. Selepas itu Berlin mengadakan Pesta Sukan Gay,Ada juga pemimpin pembangkang negara yang hadir pesta sukan itu.

Minggu ini ada pulak Konsert Penyanyi Gay di Kuala Lumpur. Nama penyanyi tersohor itu adalah Adam Lambert.

Apa salah sangat Adam ini kalau nak dibandingkan dengan Ketua Pembangkang yang pernah keluar masuk jail kerana kesalahan meliwat. Bukan seorang yang mengaku diliwat, malah hampir setengah dozen anak muda yang sudah mengaku dirinya diliwat oleh pemimpin ini.

Kenapa Pemuda Pas bisu dan kaku dengan pemimpin GAY dari Malaysia ini ? Sebab pas juga ada kepentingan undi ? Itu double standard, hipokrit dan munafik namanya !

Sabtu, 9 Oktober 2010

Perjanjian 13 Perkara UMNO-PAS


"Bahawasanya kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan seperti butir-butir yang tersebut di bawah ini:

1. Sebuah kementerian akan diberi kepada Pas, iaitu Kementerian Kemajuan Tanah & Tugas-Tugas Khas yang akan bertanggungjawab dalam hal ehwal tanah, pembukaan dan kemajuannya, dan juga perkara-perkara lain yang akan ditentukan oleh Perdana Menteri dari satu masa ke satu masa.

2. Menteri tersebut akan dilantik dengan persetujuan Raja-Raja menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

3. Jawatan-jawatan timbalan menteri, setiausaha Parlimen, setiausaha politik dan sebagainya bolehlah dipenuhi setelah menteri berkenaan berunding dan mendapat persetujuan Perdana Menteri.

4. Perdana Menteri akan menimbang calon-calon yang ditunjuk oleh parti Pas bagi menjadi anggota Dewan Negara apabila ada kekosongan.

5. Perdana Menteri akan menimbang pemimpin-pemimpin Pas yang layak untuk menyertai rombongan-rombongan rasmi keluar negara dan juga jawatan-jawatan perkhidmatan di luar negara yang difikirkan sesuai, perlu dan munasabah.

6. Kerajaan akan menimbang mana-mana ahli Pas yang difikirkan sesuai untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan bagi pertimbangan Perdana Menteri. Begitu juga sebaliknya di Kelantan, ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin Perikatan akan diberi pertimbangan yang sama oleh kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil bahagian dalam jawatankuasa-jawatankuasa, lembaga-lembaga dan perbadanan-perbadanan dalam negeri itu.

7. Dua orang anggota Dewan Negeri Kelantan dari Parti Perikatan yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli Exco negeri.

8. Dua orang anggota Dewan Negeri Kedah dan Terengganu dari parti Pas di tiap-tiap negeri itu yang ditunjuk oleh partinya akan dilantik menjadi ahli-ahli Exco negerinya masing-masing.

9. Selama kerajaan campuran Perikatan-Pas ini wujud tiada ada sebarang pertandingan antara Pas dengan Perikatan di dalam pilihanraya kecil di dalam kawasannya masing-masing kecuali kawasan-kawasan di mana telah dimenangi oleh parti yang lain maka perundingan hendaklah diadakan terlebih dahulu.

10. Begitu juga kawasan-kawasan pilihanraya yang dimenangi oleh Pas dalam pilihanraya umum 1969 yang kemudiannya Ahli-Ahli Yang Berhormat berkenaan berhenti daripada menjadi ahli Pas, maka sekiranya berlaku pilihanraya kecil dalam kawasan yang tersebut, maka satu perundingan hendaklah diadakan, jika sebarang persetujuan tidak tercapai maka pertandingan seperti biasa bolehlah diadakan.

11. Hendaklah tiada sebarang ikatan atau perjanjian untuk menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Segala sesuatu yang dibincangkan kelak apabila tiba waktunya.

12. Kebebasan anggota Pas dalam kebinet Pusat, Exco negeri, Parlimen dan Majlis Undangan Negeri untuk membangkang sebarang cadangan atau undang-undang yang berlawanan dengan Islam hendaklah terjamin.

13. Sebuah jawatankuasa penyelaras hendaklah ditubuhkan dengan anggota-anggotanya terdiri sama banyak antara Pas dengan Perikatan.

t.t.
Tun Haji Abdul Razak bin Hussain
Presiden Umno merangkap Pengerusi Perikatan
dan Perdana Menteri Malaysia

t.t.
Dato' Haji Mohd Asri bin Haji Muda
Yang DiPertua Agung Parti Islam Se Malaysia
merangkap Menteri Besar Kelantan

"Termaktub di pejabat Perdana Menteri pada hari Khamis 28 Disember 1972 bersamaan 22 Zulkaedah 1392."

Note: Perjanjian 13 Perkara di atas adalah kandungan dokumentasi sejarah bagi membentuk kerajaan campuran antara UMNO-PAS bertarikh 28 Disember 1972 yang ditandatangani oleh Tun Razak dan Dato' Asri. Mungkinkah perjanjian baru akan termeterai lagi di antara UMNO dan PAS pada masa kini?

Jumaat, 1 Oktober 2010

GEMPAR! BUKTI AZMIN NAK BUNUH KARIER POLITIK KHALID GAGAP!!!



Terdedahnya rakaman audio perbualan Ketua Reformis tentang agenda pembunuhan politik TS Khalid Ibrahim oleh Azmin disambut dengan senyum oleh ramai kenalan PKR. Minum malam tadi kedai Ad-Deen Taman Melawati; ramai ahli Gombak dan Ampang tertawa sesama sendiri dengan pendedahan rakaman ‘lama’ yang membayangkan Azmin akan menikam secara politik TS Khalid dari belakang. Memang busuk perancangan Azmin Ali ini.

Sayangnya, Azmin tak pernah nak tengok gelanggang sendiri. Di Gombak, ramai juga kenalan PKR yang bersiap nak membenam Azmin yang kelihatan terlalu sombong, bongkak, takabbur dan ujub dengan hubungan ‘istimewa’ nya bersama Anwar. Semua dilibatkan nama Anwar. ‘Saya membawa agenda Ketua Umum. Siapa bersama Ketua Umum di saat susah dan senang? Siapa? Kalau tidak ada saya; Anwar sudah lama jadi korban politik’. Ini suara Azmin sendiri yang berbicara dengan perwakilan ranting Gombak di sebuah kelab sekitar Melawati. Garang bunyi Azmin. Siap dengan amaran; Cabang Gombak memang BODOH kalau menolak saya. Saya adalah pelapis parti. Pemimpin yang telah diuji dalam segala segi.

Azmin nak bunuh TS Khalid. Nak bunuh Zaid. Nak tikam semua orang yang tak selari dengan cita dan aspirasi Ketua Umum. Azmin dah naik level – ‘pembunuh bersiri’ dalam politik PKR. Azmin nak jadi ‘serial killer’ kepada banyak pemimpin dalam PKR yang menganggu gugat kedudukannya. Setelah TS Khalid beri 2/3 projek PKNS kepada rakan baik Azmin; dia masih nak bunuh TS Khalid. Apa jenis ahli politik macam Azmin ini?

Orang tua selalu berkata – ‘orang memberi kita merasa; orang berbudi kita berbahasa’ tak ada dalam KAMUS POLITIK Azmin. Tak ada. Orang memberi, aku ambil; namun bunuh tetap ku bunuh juga. Ini strategi Azmin. Inilah yang berlaku kepada TS Khalid.

TS Khalid bukan ‘pemain politik’. Sebab itu Azmin dapat menarik ‘pemikir politik’ kem Khalid ke pusat. Nik Nazmi sudah jadi ‘gangster politik’ kepada Azmin. Siapa cakap, Nazmi balun. Pergi SINAR HARIAN, Azmin bersama Nik Nazmi balun Zaid tak cukup tanah.

Azmin sebenarnya sudah mencipta ramai musuh politik di dalam PKR. Ramai. Ramai yang dia terajang. Dia tikam. Dia pinggir. Dia lenyapkan. Dia ketepikan. Tanpa dia sedar, dia sudah mencipta satu generasi PKR yang akan pangkah dia semula. Ok, kalaupun Azmin menang kali ini – tapi suara tidak puas hati dalam PKR akan kekal menjadi ‘duri’ kepada Azmin.

Didedahkan oleh Blogger Gelagat Anwar