MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 27 September 2007

PERARAKAN TAKTIK PKR HASUT RAKYAT


Oleh:ANAKomak


Reformasi peguam dan Keadilan semalam meyaksikan perarakan bagi mendesak Perdana Menteri untuk segera mewujudkan satu Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video rakaman perbualan melibatkan konspirasi pelantikan hakim.
Walaubagaimanapun, tindakan cekap pihak polis dengan menahan dan melarang tujuh buah bas yang membawa orang ramai dan peguam dari Kuala Lumpur untuk menyertai perarakan daripada memasuki kawasan Putrajaya memperlihatkan tanggungjawab yang baik pada keselamatan negara.

Hampir dua ribu orang membanjiri antara jalan dihadapan Palace of Justice hingga di hadapan Pejabat Perdana Menteri bagi tujuan itu.Laungan “kami ingin keadilan!!” dan “yeah,yeah..correct..correct!!” bergema dan kedengaran sepanjang perarakan pagi itu.Perarakan anjuran Majlis Peguam dan diampu oleh Keadilan itu bermula dari jam 11 pagi yang kebanyakan mereka dari parti Keadilan.

Perarakan itu tidak ubah seperti taktik dan muslihat PKR.Ternyata PKR sengaja memanaskan punggung peguam-peguam dan rakyat dengan perarakan sebegini agar rakyat terpengaruh untuk turut serta menjayakan perarakan itu sekaligus memburukkan kerajaan dengan isu yang belum pasti sahihnya.
Perarakan anjuran PKR itu turut menyaksikan kain rentang dengan slogan, antaranya berbunyi ‘Rakyat Hakim Negara’, ‘No to Corruption’ dan ‘Selamatkan Badan Kehakiman’.Sebelum itu kira-kira 45 minit selepas berarak 20 anggota FRU bertindak menyekat perarakan itu tetapi berjaya ditembusi mereka yang semakin liar dan taksub apabila laungan semangat terdengar dari salah seorang pemimpin Keadilan.

Kesimpulan atas perarakan itu, ternyata satu pekerjaan yang ‘membuang masa’ kerana apalah salahnya jika Majlis Peguam ataupun Keadilan sendiri menghantar wakil mereka kerana dari apa yang kita nampak tujuan utama adalah hanya untuk menyerahkan memorandumagar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, itu sahaja.

Apakah muslihat disebalik perarakan itu? Perlukah perarakan dibuat ketika Perdana Menteri tiada di negara ini?Demi keadilan semua,Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak membuat keputusan bagi menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut.
Menurut Najib,tiga orang panel dilantik bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut.Panel itu dipengerusikan oleh bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Haidar Mohd. Noor dan dianggotai Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara, Tan Sri Lee Lam Thye serta bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Dato' Mahadev Shankar.

Beginilah sikap sebenar yang sentiasa dipamerkan PKR dalam mempengaruhi mereka-mereka yang mudah mengikut protes pembangkang.Sejak mula ditubuhkan lagi PKR tidak habis-habis dengan berarak yang bertujuan lebih ke peribadi.Setelah keputusan untuk menubuhkan panel khas diumumkan mereka khususnya PKR masih tidak berpuas hati dengan memandang rendah pada pelantikkan panel bahkan menolak jumlah panel.

Sebagai rakyat yang berdisplin,seharusnya akur dengan keputusan TPM itu dan menunggu sahaja sehingga selesai.Sikap gopoh PKR jangan dijadikan ikutan dan janganlah kita mengikuti mereka-mereka yang mahu membuat sesuatu kekecohan biarpun atas nama parti kerana ini akan merugikan diri sendiri.

Tiada ulasan: