MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 10 Julai 2008

Pas sudah ‘diliwat’ DAP dan PKR dengan perjanjian Pangkor II !

Ahli-ahli Pas perlu bermuhasabah dan merenung sejenak mengapa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin membisu apabila ditanya mengenai perjuangan untuk menegakkan pemerintahan Islam di Perak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, sikap membisu Mohammad Nizar itu menimbulkan tanda tanya kerana ia ada kaitan dengan kebenaran dakwaan bahawa wujud ‘Perjanjian Pangkor II’ antara Menteri Besar itu dengan para pemimpin DAP negeri yang membentuk kerajaan campuran di Perak.

“Saya sendiri tidak menyedari mengenai perjanjian itu, tetapi persoalannya apakah ini prinsip perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu kepada wartawan.

Zambry menambah: “Selama ini Pas menyatakan pembentukan kerajaan campuran itu berasaskan konsep ‘Tahalluf Siyasi’ atau persefahaman politik, tetapi adakah ia sampai Mohammad Nizar terpaksa berjanji dan mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata untuk berkuasa.”

Mohd. Fadzil, abang Mohammad Nizar, sebelum ini mendakwa adiknya itu tidak layak menjadi Menteri Besar kerana telah menandatangani ‘Perjanjian Pangkor II’ dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar itu menyebut negeri Perak diperintah oleh Islam.

Perjanjian berkenaan juga dikatakan tidak membenarkan Mohammad Nizar menyebut terma-terma politik yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti hudud dan qisas.
Pakatan DAP, PKR dan Pas memerintah Perak selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas. DAP mempunyai 18 kerusi di DUN Perak, PKR memenangi tujuh kerusi, manakala Pas hanya memiliki enam wakil rakyat termasuk Mohammad Nizar.

Para wartawan menunggu Mohammad Nizar memberikan reaksinya mengenai isu ‘Perjanjian Pangkor II’ selepas satu program di Pulau Banding, Gerik petang ini, tetapi Menteri Besar itu enggan ditemu ramah.

Zambry memberitahu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini, Mohammad Nizar secara jelas mengelak untuk menjawab soalan wakil rakyat BN mengenai prinsip negara Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini.

Menteri Besar itu secara terang mengatakan bahawa perjuangan mewujudkan sebuah negara Islam memang tidak terdapat dalam perlembagaan Pas.

Menurut Zambry, tindak-tanduk pemimpin Pas itu yang tiba-tiba ‘melenting’ apabila ditanya wartawan mengenai pelaksanaan pentadbiran Islam di Perak baru-baru ini juga menimbulkan pelbagai andaian.

Katanya: “Saya difahamkan Menteri Besar juga tidak selesa bila disoal mengenai konsep keadilan dalam Islam dan perjuangan negara Islam oleh orang ramai dalam sesi-sesi ceramahnya.

“Ini semua menunjukkan beliau sedang panik dan tidak tahu hendak menjawab soalan orang ramai apabila ditanya mengenai prinsip dan dasar perjuangannya. Jadi, ada kemungkinan ‘Perjanjian Pangkor II’ itu wujud.”
TAJUK LAGU: Cinta ku Tertinggal di Washington...

Tak pernah ku sangka
jauh dari kamu membuat aku menderita
sejak pertama bertemu denganmu di Pentagon
mu yang indah
aku di sini mengenang kamu
meski aku tak lagi sendiri
ku mulai berpikir tuk tinggalkan kekasihku di Washington
duhai kekasihku
cintaku tertinggal di Amerika
haruskah aku kembali untuk bersamamu
duhai kekasihku haruskah kutinggalkan semuanya yang kumiliki untuk hidup bersamamu
mungkinkah kamu cinta terakhir ku
mungkinkah kamu cinta mati ku
ku mulai berpikir tuk tinggalkan kekasihku di Washington
duhai kekasihku
cintaku tertinggal di Amerika
haruskah aku kembali untuk bersamamu
haruskah ku sembunyi di Kedutaan Turki
duhai kekasihku cintaku tertinggal di Washington..