MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 27 Mei 2008

Kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina, kata Abdullah
Kebebasan bersuara tidak boleh digunakan sebagai alasan untuk memburuk-burukkan orang atau menghina agama lain, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Jika inilah keadaannya, maka tidak adalah undang-undang melarang fitnah atau undang-undang yang menghukum mereka yang mencetuskan keganasan kaum,” kata Perdana Menteri pada Sidang Kemuncak Media Asia di sini hari ini. Ucapannya dibacakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kebebasan bersuara adalah hak asasi, bukannya mutlak,” katanya.

Abdullah berkata, memang sukar untuk menentukan perbezaan antara rasa tidak hormat dan percanggahan pendapat, serta antara pendapat dan pemikiran yang membawa fitnah atau yang menghasut.

"Dalam hal ini saya berpendapat, pembaca, baik media tradisi atau media baru, perlu tahu dan matang untuk membezakan antara fakta dan sindiran dan tuduhan tidak berasas,'' katanya

Petikan akhbar ini menjelaskan bagaimana demokrasinya kerajaan hari ini dan tidak menyekat mana-mana pihak menyatakan hak dan hasrat namun amatlah terlampau bilamana seseorang itu menyalah-gunakan demokrasi dengan penghinaan dan fitnah semata-mata.

Pastinya setiap apa yang terucap dibibir Perdana Menteri itu adalah kesinambungan perbalahan PM dan mantan PM yang akhirnya kini Pak Lah sudah bersuara.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kebebasan bersuara akan menjadi salah satu platform untuk meperjuangkan nasib rakyat dan kita tidak mahu rakyat hanya pandai mengganguk tetapi di dalam terasa marah yang amat sangat. kita tidak mahu rakyat malaysia menjadi munafik

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru

AIDC berkata...

Salam

Soalan untuk Anwar-Betulkah terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w

Video 7-Siapa godfather Anwar ?
http://www.youtube.com/watch?v=AJfBY1DDKDY

Video 6- Siapa taja Anwar PRU 12?
http://www.youtube.com/watch?v=3Lx2zJwKqLA

Video 5- Anwar Muslim Moderate ?
http://www.youtube.com/watch?v=833myXwReuo

Video 4- Anwar gugurkan Negara Islam PAS
http://www.youtube.com/watch?v=JEYnh9Yvtew


Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Salam Sdr Suara Lantang Jejaka!

Tlg lantangkan suara anda & kalau blh jelaskan:
1.Mengapa MOF pilih ECM Libra bergabung Dgn Avenue Capital & apakah kriteria2 yg menyebabkan ECM Libra dipilih oleh MOF?

2.Mengapa penggabungan tersebut dibenarkan selepas 1 atau 2 minggu menantu Pak Lah memiliki 3% syer dlm ECM sedangkan Pak Lah masa tu Menteri Kewangan? Adakah ini layak dipanggil kronisme?

3.Mengapa selepas penggabungan Top Management dikuasai oleh ECM Libra & bukan dari Avenue sedangkan Avenue lebih besar & kukuh dari ECM?

4.Menantu Pak Lah kata dia pinjam duit kawan dia beli syer ECM, siapakah kawan dia tu, melayu ke cina?

5.Menantu Pak Lah kata dia jual semula saham ECM dlm keadaan rugi, mcm mana dia bayar balik hutang kawan dia tu sedangkan dia tak bekerja masa tu?

6.Mengapa Pak Lah bila ditanya selaku menteri kewangan mengenai penggabungan ni, Pak Lah kata I'm not involved & I dont know sedangkan Avenue adalah dibawah kementeriannya?

7.Mengapa menantu Pak Lah mengadap Anwar Ibrahim sebaik sahaja Anwar kelura penjara?

8. Pak Lah kata menantunya hantar paspot Anwar, bila masa menantunya itu bekerja dgn Jabatan Imigresen?

Suara lantang jejaka, tlg lah perjuangkan perkara ini dan tlg lah lantang mengenainya , kalau tidak tak payah lah gelarkan diri suara jejaka lantang.

Terima kasih & saya tunggukan jawapan.