MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 19 Mei 2008

Dr. Mahathir Letak Jawatan:
'Berakhirnya Duri Dalam Daging' didalam UMNO.

Sambutan Hari Wesak yang diraikan sesetengah rakyat Malaysia yang beragama Budhha hari ini, di meriahkan lagi dengan pengumuman mendadak mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir keluar dari parti UMNO kononnya kecewa terhadap kepimpinan UMNO ketika ini.
Tun meletak jawatan berkuatkuasa serta-merta apabila membuat pengumuman itu dihadapan kira-kira 1000 orang ahli-ahli UMNO dalam satu majlis anjuran Himpunan Melayu Kedah di Alor Setar.Tidak cukup dengan itu, Tun turut menghasut ahli-ahli yanbg lain untuk berbuat seperti beliau keluar dari parti secara terbuka.


Berikutan tindakan Tun mengajak kesemua ahli keluar beramai-ramai dari parti adalah satu tindakan yang jelas menunjukkan kepentingan peribadi beliau yang tidak bermaruah.Berikutan sahutan beliau mendesak ahli agar keluar dari parti dishut kembali oleh salah seorang hadirin yang mencabarnya berbuat demikian terlebih dahulu.

Ternyata Tun bagaikan terpijak 'bom' yang dipasangnya sendiri dan akhirnya sekaligus telah menghumbankan dirinya sendiri jauh dari UMNO.Menurut Tun, jika semua ahli masih berdiam diri dan menunggu sehingga hari pemilihan, maka sudah tentu Abdullah Ahmad Badawi akan menang tanpa bertanding bagi jawatan tersebut.

Sebenarnya dari fahaman masyarakat yang secara kasar memahami episod yang berlaku ketika ini adalah berpunca dari isu-isu Tun sendiri.Fahaman rakyat mungkin berkata tindakan Tun ini mungkin berikuytan kredibiliti beliau yang kini sudah tercemar dengan berbagai isu dan kes yang dihadapi. Antara lainnya, kes sensasi klip video VK Lingam.

Tun juga sebenarnya dikatakan merajuk dengan Najib Tun Razak berikutan perjumpaan beliau pada minggu lalu gagal memujuk Timbalan Perdana Menteri itu untuk turut bersama-sama beliau menjatuhkan Pak Lah. Ekoran kegagalan Tun menghasut Najib menyertai beliau, beliau kini keseorangan dan lumrah seorang tua yang hampir nyanyuk, pasti merasa kecil hati atau merajuk.Akhirnya reaksi ini juga mempengaruhiTun untuk meletakkan jawatan dari UMNO.

Apapun, bagi sesetengah ahli yang mengenali Tun pastinya tidak terperanjat (kalau terperanjat pun, mungkin berlakon) dengan tindakan Tun ini kerana sebelum ini Tun memang mencari populariti diluar parti dengan pelbagai reaksi dan komen buruk bagi menutup segala kezaliman beliau dizaman pemerintahan Tun.

Namun, hakikat Tun keluar dari UMNO, dirumuskan oleh Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam yang menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohammad meninggalkan UMNO, 'bererti duri dalam daging sudah terkeluar'.Walaupun mengakui sedih dan berdukacita dengan tindakan Dr. Mahathir itu, tetapi menurut beliau, ianya memberi peluang kepada pucuk pimpinan mengukuhkan kembali parti.

Menurut Tun Musa Hitam lagi, beliau sedih dan dukacita dengan tindakan drastik Tun Mahathir dikala UMNO menghadapi kemelut yang sangat mencabar.Menurut Tun Musa Hitam lagi, beliau berharap kesemua ahli menerima keputusan Tun Mahathir itu dengan tenang dan hati yang terbuka sambil mengulangi inilah hikmahnya 'duri dalam daging sudah terkeluar.'

Tindakan Tun ini tidak harus dicontohi oleh para ahli kerana setiap individu yang menyertai UMNO adalah kerana perjuangan Melayu yang diwarisi turun temurun dan bukannya faktor menjadi ahli kerana Tun Mahathir ataupun Datuk Seri Abdullah.Yang jelas, tindakan Tun ini sebenarnya bersebab dan menjadi sebahagian daripada misi Tun sendiri dalam usaha memecah-belahkan UMNO.

Sebenarnya Tun telah mendapat merasakan bahawa sokongan kepada Pak Lah kian menebal saban hari dan sokongan kepada beliau agak berkurangan kebelakangan ini dan Tun juga telah merasakan bahawa Pak lah akan menang tanpa bertanding dan ini membuktikan bahawa Pak Lah mendapat sokongan. Sepatutnya Tun tidak perlu bimbang, sekiranya Pak lah tidak dapat sokongan pasti Pak Lah tidak akan menang dan silap-silap Pak Lah tidak mendapat pencalonan yang cukup.

Apakah Tun sudah lupa (atau memang pelupa) apabila perkara yang dilakukan ini adalah sama seperti apa yang berlaku pada tahun 1987.Tindakan Tun seolah-olah mengikut jejak langkah Perdana Menteri pertama, Tuanku Abdul Rahman yang berkesudahan Tuanku Abdul Rahman menyertai Semangat 46.

Adakah mungkin Tun akan sebegitu, keluar parti dan kemudian menubuhkan parti lain bersama kroni-kroni yang kini masih bersembunyi dibawah ketiak Tun atau berkemungkinan Tun akan memilih parti-parti pembangkang sedia ada untuk meneruskan karier politik beliau?

Sementara itu, desakan meletakkan jawatan juga perlu dilakukan terhadap Datuk Mukhriz yang dimaklumkan sebelum ini akan kebiadapan beliau mendesak PM berundur jelas menandakan Muhkrix tidak setia kepada pemimpin dan parti.Susulan kenyataan bapanya meletakkan jawatan, Mukhriz kini dihujani pelbagai pertanyaan mengenai tindakan bapanya itu sekaligus menantikan reaksi Muhkriz sendiri sebagai anak.Apa yang pasti, masih ramai diluar sana menantikan reaksi si anak kepada bapanya.

Yang pasti, apa yang berlaku di antara Tun Dr. Mahathir dan Datuk Seri Abdullah bukanlah contoh teladan yang baik untuk di ikuti.Ianya sangatlah menghampakan semua ahli UMNO dan suasana umpama diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Jalan keluar pastinya sukar tetapi ia perlu ditangani segera kerana perjuangan UMNO bukan untuk mempertahankan pemimpin tetapi jauh lebih besar dari itu.Situasi ini seperti menang jadi arang, kalah jadi abu..dan ianya tidak akan sesekali dibenarkan daripada berlaku kerana in tidak langsung mencerminkan usaha untuk mengukuhkan parti sebaliknya melemahkan UMNO.

Suasana seperti hari ini sangat tidak diperlukan dan ianya tidak berlaku adil kepada generasi muda yang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional.Namun, siapalah kita untuk nasihatkan, cuma ketepikanlah perbezaan dan carilah titik persamaan dengan duduk berbincang demi masa depan UMNO dan orang-orang Melayu.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abdullah, yang terkejut dengan pengumuman Dr Mahathir keluar daripada Umno serta-merta parti yang dianggotainya sejak 1946, berharap anggota Umno lain bertenang dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut bila dengar keputusan Tun (Mahathir)..., bila saya fikir itu Tun dah fikir habis dan Tun ni bila dia kata dia nak buat sesuatu perkara, dia tak kisah dah,

"Kalau sudah itu keputusannnya anggota-anggota Umno perlulah tenang dan kita perlu sedar anggota Umno perlu menjadi anggota yang taat setia kepada parti dan mahu melihat parti kita menjadi sebuah parti yang kuat dan mampu teruskan perjuangan yang telah diasaskan sejak Umno ditubuhkan dulu.

"Apa nak jadi kepada kita kalau kita tidak ada parti lagi, Umno kini banyak berjasa kepada bangsa, negara dan rakyat Malaysia semua kaum, semuanya bergantung kepada kita," katanya pada sidang akhbar yang penuh sesak itu.

Ketika ditanya mungkinkah parti akan terjejas dan ada anggota yang akan mengikut tindakan Dr Mahathir, Abdullah dengan tenang berkata: "Saya tak berkata ia tidak akan jejaskan langsung, mungkin ada (anggota yang keluar parti).

"Sayangnya kita kepada Umnolah yang menjadi kekuatan kepada kita untuk meneruskan perjuangan," tegas Abdullah.

Abdullah juga yakin anggota Parlimen Barisan Nasional tidak akan keluar dan melompat ke parti pembangkang dan menegaskan bahawa semua anggota perlu bersatu-padu.

"Mungkin ada yang nak keluar parti tetapi saya tidak rasa itu akan berlaku. Anggota Parlimen daripada parti Umno tidak akan keluar parti, anggota akar umbi mungkin ramai (keluar parti) mungkin tidak, yang penting kita perlu berfikir adakah kita mahu meninggalkan Umno.

Kalau kita tidak mahu dengan Umno maka tiada lagi perjuangan Umno dalam diri kita," katanya.

Bagi Abdullah, beliau akan terus dengan Umno dan berharap anggota-anggota parti itu juga terus bersama-sama dengan parti.

"Jika mereka mahu menjadi kuat, tiada logik atau alasan bagi mereka meninggalkan Umno," katanya.

Presiden Umno itu berkata isu Dr Mahathir keluar parti akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang.

Tanpa Nama berkata...

Mukhriz kena bekerja di Kedah, Khir Toyo kena tebus Selangor

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir nampaknya tidak sabar-sabar untuk menjadi Ketua Pergerakan Pemuda Umno, walaupun tarikh pemilihan masih jauh. Di Johor Bahru, selepas berucap sebagai ahli panel pada Forum Umno Pasca Pilihan Raya : Suara Hati Rakyat di Hotel M. Suites.



Baru-baru ini, seorang Ketua Umno Bahagian di Johor telah membidas Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah kerana 'khidmat ceramahnya' tidak diperlukan di Johor kerana Umno Johor masih kukuh. Tidak pula dapat dipastikan, adakah mana-mana Ketua Bahagian di Johor yang akan tampil menegur Mukhriz dan rakan-rakannya yang masih berminat berceramah dan menyampaikan ucapan, yang dilihat agak 'kiri' supaya boleh meneruskan ceramah mereka (jika dijemput) ke negeri
Kedah, negeri di mana bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilahir dan dibesarkan.



Ini kerana, khidmat Dr. Mahathir dan Mukhriz dilihat masih diperlukan segelintir orang-orang Umno di Kedah dan bukan di Johor. Apakah orang-orang Johor lupa, pada bulan Ogos 1988, seorang Ahli Parlimen Johor, Datuk Shahrir Abdul Samad sanggup meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi Parlimen Johor Bahru kerana 'tidak bersetuju' dengan Dr. Mahathir?



Apakah orang-orang Johor lupa bagaimana Tun Musa Hitam terpaksa melepaskan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana tidak bersetuju dengan Dr. Mahathir? Apakah orang Johor lupa, seorang Ketua Umno Bahagian dari Johor berucap di Perhimpunan Agung Umno, menegur degan keras sikap diktator
Dr. Mahathir?



Lupakah orang Johor, suatu ketika dahulu, walaupun Johor adalah negeri yang paling ramai Ahli Parlimen BN, tetapi Dr. Mahathir hanya melantik dua orang sahaja menjadi Menteri Kabinet?



Hari ini, Mukhriz ke Johor setelah menulis surat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berundur, seperti mengulangi sejarah Tun Dr. Mahathir yang kalah dalam pilihan raya 1969, mengutus surat kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra supaya berundur.



Masih ada segelintir mereka yang kagum dengan 'putar belit' Dr. Mahathir di dalam politik. Sikap Mukhriz yang 'seperti duri dalam daging' juga dilihat menjadi minat segelintir mereka yang tidak mahu
berpijak di bumi nyata.



Dalam tahun 1999, ketika Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, lupakah orang-orang Melayu bahawa dari 15 kerusi Parlimen di Kedah, lapan terlepas ke tangan pembangkang. Tujuh yang dimenangi BN, hanya lima darinya diwakili Umno sementara dua lagi, kerusi MCA.



Kenapa ketika itu, Dr. Mahathir tidak mahu 'mendesak dirinya' berundur atau menulis surat kepada mana-mana pihak (kecuali dirinya) berundur? Tidak malukah Dr. Mahathir dengan keputusan Pilihan Raya Umum 1999, ketika dia sudah menjadi Perdana Menteri hampir 20 tahun?



Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah mewarisi kepimpinan Dr. Mahathir yang banyak masalah sebenarnya. Sebahagian besar Menteri Kabinet Dr. Mahathir yang dikatakan 'rasuah' masih dikekalkan kerana 'semua kawan-kawan belaka'.



Sepatutnya 'kawan-kawan ini' tampil menjelaskan isu sebenar apa yang dihadapi Pak Lah dan bukan bersekongkol dengan Dr. Mahathir yang 'kemaruk' mencari populariti. Dulu, apabila Datuk Shahrir memperkenalkan 'blog' sendiri, Dr. Mahathir pernah menyindir kononnya 'orang Umno tidak perlu blog'.



Melayu mudah lupa! Dah lama dah Dr. Mahathir buat kerja-kerja karut. Namun, seperti b biasa, orang Melayu (segelintir) masih mahu mengkaguminya sedangkan banyak benda salah yang dia buat mahu dilupakan begitu sahaja.



Dunia kehakiman 'hancur'. Umno hancur. Betulkah Umno hancur di tangan Dr. Mahathir? Ingat tak Dr. Mahathir adalah orang yang pernah menyebut bangsa Melayu tidak perlukan lagi 'hak-hak istimewa Melayu?' Lupakah kita Dr. Mahathir yang memperkenalkan 'subjek Sains dan Matematik' dalam bahasa Inggeris yang menjadi punca kemerosotan pelajar-pelajar Melayu sekarang?



Meritokrasi, kronisme, nepotisme dan korupsi timbul dalam era siapa? Nasib baiklah Perdana Menteri Malaysia bernama Abdullah Ahmad Badawi. Beliau bukan jenis pendendam dan tidak mahu mendedahkan sesuatu yang boleh memalukan pemimpin terdahulu.



Bayangkan kalau orang lain yang menjadi Perdana Menteri ketika ini. MungkinDr. Mahathir 'sudah dimaki' di khalayak ramai. Bukan Perdana Menteri yang memakinya tetapi orang ramai yang tidak sanggup untuk terus dibohongi.



Beriringan dengan anaknya, Mukhriz (yang mencontohinya dalam banyak perkara-perkara negatif), menunjukkan Dr. Mahathir adalah pengurus kempen Mukhriz untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno.

Tanpa Nama berkata...

Memang patut Mahathir keluar dari UMNO. Dulu pukul Tunku, lepas to Tun Hussein, lepas tu, Ku Li dan Musa, leaps tu Anwar. Skrg Pak Lah dan Najib.

Blah lah Tun M. Ingat ni parti kau ke? Berambus.

Tanpa Nama berkata...

Satu perkara yang rakyat dan orang-orang Umno perlu sedar, dalam era kepimpinan Pak Lah, sikap keterbukaannya menyebabkan ada segelintir anak-anak muda dan 'orang-orang pencen' mahu bercakap ikut sesuka hati. Mereka tidak pernah ada perasaan menghormati pemimpin dan mereka
'taksub dengan pemikiran sendiri' seolah-olah mereka sahaja yang betul, sedangkan orang lain tidak.



Kita tidak perlu mendesak kepimpinan 'berbuat sesuatu' terhadap orang-orang ini tetapi perlulah mereka ini 'ditegur' dengan sedikit teguran yang 'berupa penampar' ke muka mereka.

Tanpa Nama berkata...

Pergerakan Pemuda UMNO mengarahkan semua ahlinya terus setia kepada parti dan menunggu arahan selanjutnya daripada pucuk pimpinan berhubung tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar parti.

Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta ahli Pemuda UMNO tidak mengambil tindakan terburu-buru.

Selama ini, kata beliau, Pemuda UMNO sentiasa dididik untuk meletakkan kepentingan parti pada kedudukan paling utama.

“Saya percaya Pergerakan Pemuda UMNO akan sentiasa rasional dan arahan saya kepada mereka ialah terus berada dalam barisan yang kukuh sehingga arahan selanjutnya.

“Secara peribadi, Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan kita akan sentiasa mempertahankan kepentingan parti dalam apa jua keadaan dan mengharapkan agar kemelut ini ditangani segera secara bijaksana,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Dr. Mahathir mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO.

Hishammuddin menyifatkan kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang hanya mahu kembali ke dalam UMNO selepas Presiden parti, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, kenyataan seperti itu sebenarnya tidak menguntungkan parti, sebaliknya ia membuka ruang kepada parti lawan yang sering mengintai peluang untuk memecahbelahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tanpa Nama berkata...

Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa Hitam menyifatkan tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan UMNO bagaikan ‘duri dalam daging sudah terkeluar’.

Walaupun mengakui sedih dengan tindakan Dr. Mahathir itu, beliau melihatnya sebagai peluang kepada pucuk pimpinan untuk memperkukuhkan kembali parti.

“Saya berasa sedih dan dukacita mendengar berita Dr. Mahathir keluar daripada UMNO, lebih-lebih lagi dalam waktu UMNO menghadapi keadaan yang sangat-sangat mencabar sekarang.

“Bagaimanapun, ahli-ahli UMNO harus menerimanya dengan hati terbuka dan tenang, tentu ada hikmahnya di sini... duri dalam daging sudah terkeluar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Musa, pucuk pimpinan UMNO kini harus memberi tumpuan kepada dua aspek politik.

Pertama, katanya, menerima hakikat bahawa UMNO sekarang bukan lagi sekuat dulu atau diterima sepenuhnya oleh rakyat terutama orang Melayu.

“Kedua, menerima realiti bahawa konsep ‘Mahathirisme’ sudah berlalu dan UMNO haruslah balik kepada konsep ‘Bersih, Cekap, Amanah’ yang pada awal tahun 80-an dulu diterima dengan begitu positif oleh rakyat jelata.

“Dalam jangka masa yang begitu pendek kita semua dalam UMNO telah kesesatan jalan. Sambarlah peluang keemasan ini untuk kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Musa berkata, dengan berundurnya Dr. Mahathir daripada UMNO, ia membuka peluang kepada ahli- ahli parti itu untuk bertafakur dan bertenang sebelum kembali ke pangkal jalan.

“Setelah tiba di pangkal jalan, ingatlah bahawa yang sangat-sangat penting ialah UMNO sentiasa tidak khayal atau lupa mengotakan kata-katanya sepanjang masa,” ujar beliau.

kroni Tun di minta komen sikit..ke nak ikut jejak langkah idola hang pa sumer???

Tanpa Nama berkata...

Sayanglah kita kerpada UMNO..bukan sayang kepada orang tua yang lagi 4.3 tahun gol dah...

Tanpa Nama berkata...

Nampak keahlian UMNO 01 telah kosong, terperanjat aku bila mendapat sms mengatakan TUN keluar dari UMNO, Tun mengikut jejak bekas-bekas 3 Presiden UMNO terdahulu jadi nampaknya TUN Razak lebih setia kepada perjuangan parti walaupun apa badai yang menempa, bagi aku sesiapa yang mengikut jejak Tun bolehlah dianggap sebagai tidak setia kepada parti tetapi lebih kepada individu. Tun akan masuk balik ke UMNO apabila Pak Lah letak jawatan, Siapa Tun sampai macam itu? walau bagaimana pun Pakatan Rakyat perlu mengambil teladan terhadap isu ini, itulah wajah UMNO yang sebenar, UMNO sekarang tengah huru-hara. Nasib baik aku dari Pakatan Rakyat. Bagaiman dengan anak TUN? nak ikut sekali ke?Sanusi dan Siti Hasmah dah ikut dah ...

Banyak duri dalam UMNO ini, Tun duri yang nampak jadi senang nak cabut duri itu tetapi yang bahayanya duri yang tidak nampak, senyap2 sudah potong line org saja.Itu lagi bahaya ...

Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru