MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 13 Mei 2008

Tsunami politik: Gerilawan siber (Bhg akhir)

Tsunami politik: Gerilawan siber (Bhg akhir)

Oleh: Amin Iskandar

Tinjauan yang dibuat di beberapa buah negeri sewaktu kempen pilihanraya umum lalu, menyaksikan “jentera BN” tidak bergerak seperti sediakala. Di Selangor, Terengganu dan Kelantan, kempen BN tidak sehebat pilihanraya umum 2004.Rakan-rakan di Kedah, Pahang, Perak dan Melaka menyuarakan ”kerisauan” mereka mengenai perihal jentera BN itu.

Bilik gerakan BN dikatakan kosong dan pekerja parti tidak banyak kelihatan.Macam-macam teori dikeluarkan dalam menganalisis strategi Umno dan BN. Ada yang mengatakan jentera BN tidak bergerak kerena tempoh kempen kali ini agak panjang (13 hari). Malahan, ada yang berfikir bahawa BN telah membuat strategi baru yang tidak disedari pakatan pembangkang.

Ramai juga yang percaya ketua bahagian Umno “menahan” peruntukan kerana mahu menggunakannya untuk pemilihan agung Umno yang bakal menjelang.Tajol Rosli Ghazali mengesahkan teori yang pertama. Bekas menteri besar Perak itu - ketika ditanya oleh wartawan mengenai kelesuan kempen BN pada 1 Mac 2008 - dengan angkuhnya beliau berkata bahawa tempoh kempen pilihanraya terlalu panjang dan BN tidak memerlukan masa yang lama untuk berkempen.

“BN tidak perlu berkempen jika pembangkang tidak menabur fitnah. BN hanya turun untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menangkis dakyah yang disebarkan pembangkang” katanya dengan penuh keyakinan. (Buletin Tengah Hari, TV3, 1 Mac 2008).Mungkin kerana kenyataan 'sombong' yang dikeluarkan oleh Tajol Rosli itu, rakyat Perak telah menghukumnya dengan memberikan undi kepada pakatan pembangkang yang akhirnya menyaksikan, buat pertama kalinya, menteri besar Perak dilantik daripada parti yang bukan Umno.

Faktor Anwar IbrahimSelepas 10 tahun, inilah pertama kalinya Anwar Ibrahim berkempen dalam pilihanraya umum. Walaupun usianya telah meningkat, kehebatannya berpidato, tidak dapat dinafikan. Saya sempat menyaksikan siri ceramah Anwar di Machang, Kelantan. Ribuan manusia yang majoritinya “berkopiah putih” khusyuk mendengar pidato politik Anwar. Mereka sesekali tergelak ketika Anwar berjenaka.

Di kalangan ribuan yang hadir itu, terdapat juga hadirin yang kelihatan seperti orang Umno. Untuk apa mereka datang, tidak dapat pula saya pastikan. Tetapi ada kemungkinan, orang Umno ini rindukan bekas timbalan presiden mereka.Strategi Abdullah-Khairy membubarkan parlimen sebelum Anwar dibenarkan bertanding membawa padah. Tanpa mempunyai sebarang beban untuk “menjaga kawasan”, Anwar menjelajah ke seluruh negara. Jika Anwar dibenarkan bertanding, tidak mungkin beliau akan mempunyai banyak masa untuk bergerak sebegitu bebas.Di setiap tempat yang Anwar pergi, pastinya dihadiri ribuan orang.

Rakyat yang menghadiri ceramah Anwar terdiri daripada pelbagai kaum. Di sesetengah tempat, masyarakat Cina dan India kelihatan lebih ramai daripada orang Melayu.Penerangan bekas menteri kewangan itu tentang bagaimana beliau akan menurunkan harga minyak jika pakatan pembangkang diberi peluang untuk mentadbir negara, mampu meyakinkan rakyat. Dengan fakta dan bahasa yang mudah, rakyat dapat memahami apa yang cuba diterangkan oleh Anwar.

Tahun lalu, dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Jocelyn Tan di akhbar The Star, kumpulan “tingkat empat” yang diketuai menantu Pak Lah mengatakan bahawa Anwar bukanlah lagi satu faktor bagi Umno untuk menghadapi pilihanraya. Khairy, Norza Zakaria dan Zaki Zahid yang mendakwa mereka mewakili generasi muda di Malaysia, yakin generasi yang mereka wakili tidak terpengaruh dengan Anwar.

Kesombongan kumpulan “tingkat empat” sampai ke kemuncaknya apabila Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Norza Zakaria mencabar Anwar bertanding di mana-mana kerusi di Kuala Lumpur. Akan tetapi, Anwar tidak dapat menyambut cabaran itu kerana beliau tidak boleh bertanding dalam pilihanraya sebelum 14 April 2008.Tidak lama lagi, “pantang” bekas timbalan perdana menteri itu akan berakhir.

Jika salah satu kerusi parlimen di Kuala Lumpur dikorbankan oleh mana-mana ahli parlimen pakatan pembangkang untuk Anwar bertanding, beranikah Norza berdepan dengannya?Gerila SiberPembangunan Multimedia Super Corridor (MSC) telah memerangkap pemerintah Malaysia. Rakyat Malaysia kini telah mempunyai satu ruang di mana mereka terdedah kepada pelbagai maklumat tanpa adanya sekatan.

Dahulu, maklumat boleh dikawal sepenuhnya oleh Umno-BN. Rakyat Malaysia hanya dapat membaca, melihat dan mendengar berita-berita yang disajikan oleh media arus perdana.Dengan adanya internet, penguasaan terhadap maklumat telah berjaya dipecahkan. Portal media seperti Malaysiakini, Malaysia Today, Harakahdaily , KL Pos dan banyak lagi, telah menjadi media alternatif kepada rakyat Malaysia.

Tekanan dan cengkaman yang kuat pemerintah Malaysia terhadap rakyat, dengan menggunakan akta-akta tidak demokratik, telah malahirkan begitu ramai “gerilawan siber”.

Kelahiran gerila siber ini bertambah dari masa ke semasa sehinggakan pasukan “cybertrooper” tajaan Azalina Othman yang baru sahaja dilantik sebagai Menteri Perlancongan, tidak berdaya untuk melawan.Tanpa disuruh, gerila-gerila siber ini telah melahirkan ribuan laman untuk “menyerang” pemerintah BN.

Teknologi blog telah menyebabkan perang gerila siber menjadi semakin hebat. Kurang dari 3 minit, sebuah blog sudah boleh dimulakan.Kalau tak percaya sila layari http://sopo-sentral.blogspot.com, anda pasti akan terperanjat dengan lahirnya begitu banyak laman blog “sosio politik” di Malaysia.

Serangan demi serangan dari pelbagai penjuru, akhirnya merebahkan BN di beberapa negeri terutama di bandar-bandar yang mempunyai akses kepada internet. Contoh yang terbaik ialah di Kuala Lumpur di mana pakatan pembangkang berjaya menyapu sembilan daripada 10 kerusi parlimen. Bandar Shah Alam yang selama ini menjadi kubu kuat Umno, jatuh kepada PAS.Hala tuju Umno dan BN? Walaupun hilang majoriti dua pertiga BN di parlimen, Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi perdana menteri Malaysia bagi penggal kedua.

Abdullah tidak menghiraukan desakan dan tuntutan yang mahukan beliau meletakkan jawatan.Mukhriz Mahathir menjadi pencetus kepada gerakan dalam Umno menuntut Abdullah meletakkan jawatannya. Beliau mengikut jejak ayahnya yang menghantar surat kepada perdana menteri untuk mendesaknya meletakkan jawatan sebagai bertanggungjawab kepada hilangnya majoriti dua pertiga BN dan beberapa negeri kepada pembangkang.

Dr Mahathir pernah melakukan perkara yang sama selepas Perikatan kalah teruk dalam pilihanraya umum 1969 apabila beliau menghantar surat kepada Tunku Abdul Rahman.Sebelum ini, Abdullah ketika diminta mengulas tentang surat Mukhriz berkata, beliau menyerahkan kepada Ketua Pemuda Umno, Hishamuddin Tun Hussein untuk mengambil tindakan. Namun, selepas mesyuarat pemuda Umno semalam, Hishamuddin berkata, Mukhriz tidak dikenakan sebarang tindakan dan menyerahkan balik perkara itu kepada Abdullah sebagai presiden Umno.

Kabinet baru yang diumumkan oleh Abdullah telah menyingkirkan separuh daripada muka lama, dijangka menyemarakkan pertembungan dalam Umno. Orang Najib Tun Razak telah terkeluar dari senarai tersebut. Kabinet baru ini dijangka membantu Abdullah dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno yang akan datang, dan sekaligus mengekang kemaraan Najib.

Walaupun Khairy Jamaluddin tidak diberikan sebarang jawatan menteri, orang-orangnya telah berada “dalam” kabinet dan memegang portfolio penting. Contohnya, Wan Farid Wan Salleh yang dilantik menjadi senator, memegang jawatan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Sepupu kepada menantu PM, Shaziman Mansor pula dilantik menjadi Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi.Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan oleh Tun Razak Hussein pada tahun 1973 sebagai satu formula baru selepas kegagalan Perikatan dalam pilihanraya 1969 kini sudah menunjukkan tanda-tanda sudah “expired”.

Kemungkinan besar satu formula baru akan dirancang sebagai langkah untuk mengembalikan keyakinan rakyat.Persoalannya ialah siapakah yang akan mengepalai formula baru ini? Sempatkah Najib mengikut jejak bapanya?

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Walaupun Anwar Ibrahim dan satu kumpulan yang berpihak kepada Tun masih menekan kerajaan dengan alasan mereka sendiri untuk memperbaiki UMNO walaupun banyak tekanan mereka menguntungkan pembangkang namun segala ini agak reda sedikit dan kita biarkan sahaja mereka dengan tekanan mereka kerana itu hak mereka untuk melakukannya.

Pandangan mereka perlu kita hormati dan kita juga berharap agar pendangan kita juga perlu mereka hormati kerana kita juga mewakili rakyat yang telah memberikan kemenangan kepada BN untuk memerintah negara ini. Penukaran dan pembetulan yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri dan kesanggupan Perdana Menteri membetulkan kesilapan beliau perlu kita hormati dan harus berdiri teguh dibelakang beliau untuk terus membangunkan kerajaan serta Parti BN.

Cerita lompat parti yang mahu menekan kerajaan dilihat sebagai hanya satu cubaan bagi Anwar Ibrahim cuba melemahkan kepimpinan utama negara. Kita bersyukur kerana menadapat pemimpin pertama dan kedua yang begitu memahami dan kita juga harus memberikan pujian kepada Najib kerana berdiri begitu kental menyokong Pak Lah yang diasak dari berbagai sudut. Inilah ciri-ciri gabungan kepimpinan yang kita cari selama ini. Yang salah kita betulkan .

Serangan daripada pendesak UMNO kepada beberapa menteri dan juga beberapa pemimpin UMNO yang mereka katakan bodoh, gila dan lain-lain juga dapat di atasi dengan baik dan rakyat sudah mula sedar kerana bila kita terlalu banyak membodohkan atau memperlekehkan orang lain dan langsung tidak ada kesilapan diri mereka yang membodohkan orang lain itu membuat rakyat berfikir kembali , siapakah sebenarnya yang bodoh.

Tekanan mereka untuk melumpuhkan Pengerusi UMNO Selangor membuat rakyat negeri Selangor dan ahli UMNO menjadi jelak kerana tekanan ini juga memberikan keuntungan kepada kerajaan PKR. Seharusnya kita kini memberikan tumpuan kepada pihak pembangkang yang kini telah nyata dan terang menampakkan kelemahan mereka memerintah. Mereka gagal melaksanakan manifesto mereka dan bagaikan cakap tak serupa bikin.

Sebenarnya ada gelombang besar yang sedang dihadapi oleh parti PR yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja walaupun diketahui oleh penyokong mereka cuma bezanya mereka tidak pula mendedahkan atau menelanjangkan pemimpin dan keburukan parti mereka. Di Perak, kita hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menawan kembali negeri itu dan di jangkakan ianya tidak akan mengambil masa yang panjang. Pasti kita akan dapat memerentah Perak kembali.

Anwar kini dalam keadaan yang panik kerana jika beliau tidak dapat melakukan apa yang beliau hajati sekarang bermakna beliau tidak akan dapat melakukan untuk selama-lamanya. Kerana kelemahan kerajaan pembangkang kian terselah dan seandaianya dia adakan pilihanraya sekali lagi dalam masa terdekat apatah lagi jika pilihanraya dilakukan untuk penggal depan pasti mereka akan tewas.

Rakyat telah mula menyadari akan kesilapan mereka yang hanya mahu menghukum BN tetapi masih belum bersedia untuk membenarkan PR memerintah. ANWAR NAMPAKNYA HANYA MENJADI PERDANA MENTERI DALAM ANGAN-ANGAN SAHAJA. Pujian perlu juga diberikan kepada Sabry Chik yang telah berjaya melaksanakan tugas beliau dengan baik dalam masa yang singkat. Walaupun beliau adalah menteri yang muda tetapi sikap konfiden beliau perlu kita hormati.Kita berharap lebih banyak lagi menteri yang akan bangun dan tampil menonjolkan diri seperti apa yang dilakukan oleh Sabri Chik (menteri penerangan).

Kita jangan menjadi seperti lalang, bila ditiup ke sebelah kanan kita juga sama-sama memijak agar terus tunduk ke bumi seperti ada setengah-setengah pemimpin kerajaan. Kenapa takut dan malu untuk menyokong kerajaan kerana semua menteri yang dipilih adalah kerajaan. Jika kita malu untuk mempertahankan kerajaan dan jika kita tidak ada rasa hormat dengan kepimpinan yang memilih kita dalam kerajaan dabn jika kita pula yang mendesak mereka yang memilih kita untuk berundur , bererti kita adalah gunting dalam lipatan dan kitya lah musuh dalam selimut. Ini juga bermakna kita juga lah pemimpin yang tidak bersyukur kerana diberikan tempat dalam kerajaan untuk memperkukuhkan kerajaan tetapi kita pula yang menjadi anai-anai yang cuba meruntuhkan kerajaan dari dalam.

Alahamdulillah , bukan semua , hanya seorang dua sahaja, KPMU akan terus membongkar dan mnedesak pemimpin sebegini untuk meninggalkan kerajaan kerana KPMU berpendapat kepimpinan ini bukan mahu mebantu kerajaan tetapi hanya mementingkan kedudukkan sendiri, Pemimpin ini menghentam kerajaan sendiri apabila melihat kerajaan ini agak lemah tetapi akan membodek dan mengambil segala kemewahan bila kerajaan kuat.

Kita telah kembali ke landasan yang betul dan telah mengesan di mana kelamahan kita dan berharap agar kita dapat meneruskan usaha kita untuk rakyat dan kembali kan kegemilangan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Kita perlukan ramai menteri yang megah menjadi menteri kerajaan BN yang tampil kehadapan dengan tugasan mereka sebagai menteri kerajaan seperti Sabri Chik , Ismail Sabri , Azalina Othman Said , Noh Omar , Nazri Aziz , Zaid Ibrahim , Zaid Hamidi, Syed Hamid, Hishamuddin Tun Husein , Khairy Jamaluddin dan ramai lagi melainkan seorang dua. Kita perlukan mereka ini tampil ke hadapan dan jangan biarakan PM dan TPM sahaja yang menangkis serangan pembangkang dan pendesak UMNO kerana kita bukan sahaja mahu menangani masalah dengan pembangkang tetapi juga masalah dengan pendesak UMNO.

Pujian juga perlu diberikan kepada Rafidah , Sharizat , Shaidan Kassim , Idris Jusuh dan lain-lain yang berdiri kukuh di belaknag parti dan inilah contoh mereka-mereka yang tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan parti. Kita juga berharap kepada pemuda dan puteri UMNO untuk terius bangun untuk mempertahankan parti.

Tanpa Nama berkata...

BN terutama UMNO akan kembali bangkit menawan semula negeri spt Perak dan Selangor . Perak terutamanya kerajaan yang rapuh di bwh nizar dan byk kelemahan dalam pemerintahan . tahniah kepada Pak Lah dan Najib yang terus bertahan dan memimpin negara walaupun byk ditekan oleh pembangkang dan dalaman Umno sendiri . barisan MP BN di dewan rakyat terutama Menteri2 yg dipilih oleh PM jelas pilihan tepat , Kebolehan dan pengalaman mereka berjaya menangkis soalan denga baik dan berasas . Jelas pembangkang selama ini berbohong kpd rakyat dalam ceramah spt singa dan apabila berdebat di parlimen mcm anak kucing ..cth soalan wan azizah semuanya dijawab dengan baik dan mempunyai fakta oleh BN .. tahniah BN !!!!

Tanpa Nama berkata...

FAKTOR UTAMANYA
-PERJUANGAN UMNO SUDAH TERSASAR DAN MENYIMPANG JAUH DARIPADA MATLAMAT YANG TERDAPAT DALAM PERLEMBAGAAN UMNO SETELAH BERPELUANG MEMERINTAH NEGARA SELAMA 50 TAHUN,

-kos hidup yang tinggi, padahal pemimpin masih lagi bermewah-mewah.
-dasar yang dijanji tidak dilaksanakan., hanya umum tetapi nikmat pelaksaan tidak nampak berlaku pun.
-Isu-isu sejagat saperti rasuah, penyelewengan, kehakiman, keadilan dan hak asasi manusia masih lagi bermaharaja lela dilakukan oleh penguasa.
-media yang keterlaluan tanpa memberi gambaran sebenar apa yang terjadi dalam massa. Oleh itu internet dan laman blog menjdi medan meluahkan rasa dan mendapat berita.
-denial syndrome yang membuta tuli dan membabi buta.
-sombong kuasa dan tidak mesra rakyat,
-diskriminasi politik yang membuat rakyat lebih benci dan meluat.
-budaya bodek dan yes man dikalangan pemimpin pertengahan, menjadikan pemimpin besar merasa baik dan lega. Hakikat diakar umbi tidak difahami dengan sebenar.
-mengutamakan politik pembangunan sehingga mengabaikan kebajikan. saperti masalah makanan yang kurang, tetap mahukan bangunan sehingga tanah untuk pertanian disempitkan, terpaksa cari tanah baru dan memerlukan masa untuk menghidupkan tanah.

Pencinta dan penjilat umno seperti Bluessmurf,BaniAdam,pkr de dan sewaktu dengannya, aku dah sedekahkan serba sikit puncanya umno semakin dibenci oleh rakyat korang kena kerja kuat balik kecawangan masing2 gerakan semula parti korang tu all out bukannya dok tuduh parti lain sebagai alasan .....fahammm hi hi hi

Tanpa Nama berkata...

Amanat Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap di majlis memperingati tarikh kelahiran UMNO yang ke 62 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam, sekali lagi ahli UMNO diberikan nasihat supaya tingkatkanlah intrigiti, jangan lupa diri, jangan lupa daratan dan bersyukurlah dengan nikmat yang ada hari ini.

Maksud lebih jauh dari itu, orang UMNO janganlah jadi kacang lupakan kulit, jangan berlagak, jangan sombong, jangan cakap besar, jangan mendabik dada kalau sudah berjawatan dalam parti mahupun dalam kerajaan. Jangan tak jenguk di bawah lagi dan jangan leka dengan kesenangan hingga tidak pedulikan masih ramai lagi orang Melayu yang memerlukan pembelaan, perhatian dan pertolongan dalam menjalani hidup yang semakin payah akibat pelbagai bentuk tekanan yang datang dari segala penjuru.