MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 10 Jun 2008

Sanusi canang cerita dia dipecat dari UIA

Sanusi Junid , satu nama yang telah boleh kita simpan sebagai satu catatan di arkib - arkib sejarah mahupun ada yang telah melupakan terus nama ini.

Banyak kesilapan yang telah dilakukan oleh Sanusi ketika zaman politiknya di negeri Kedah mahupun di peringkat kebangsaan sehingga beliau terus disisih (bahasa halus) nyahkan (bahasa kasar) dalam dunia politik oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad dan digantikan oleh Syed Razak.Lama juga beliau cuba mencari jalan untuk kembali dan diberikan perhatian, almaklumlah dalam usia yang meningkat ini , manusia akan menjadi sensitif sekiranya tidak diberikan perhatian.

Namun nama seperti Sanusi ini amat sukar untuk menembusi pemikiran rakyat kerana beliau bukanlah seorang cendiakawan yang bijak yang boleh mendidik seribu insan (meminjam senikata nota terakhir kumpulan Alleycats).

UIA tidak begitu menonjol dan UIA juga tidaklah begitu cemerlang dibawah kepimpinan Bekas Menteri Besar Kedah ini yang mempunyai budaya kerja yang agak luar batasan kotak-kotak pemikiran manusia biasa. Jarang idea-idea Sanusi boleh difahami oleh pemikir-pemikir mahu rakyat biasa dan adakala dia sendiri tidak dapat memahaminya, umpamanya apabila dia menyarankan agar rakyat Kedah menanam padi di atas bumbung.

Tiba-tiba Sanusi mahu melonjakkan kembali namanya di persada politik tanah air apabila membuat satu ‘comeback’ untuk dipandang sebaris dengan pemimpin -pemimpin penting yang turut menyokong dan membuta keputusan untuk keluar dari UMNO bersama sahabat beliau , mantan Perdana Menteri.

Malangnya rakyat menerimanya sebagai satu berita biasa sahaja yang tidak menjejaskan langsung mana-mana pihak dan menganggap itu hanya lah satu tindakan peribadi beliau. Mungkin Sanusi hanyalah melukut di tepi gantang dalam carta politik tanah air. Ada tidak menguntungkan dan tiada tidaklah pula merugikan.

Sama seperti Tun, Sanusi ada juga seorang anak yang bernama Akhram Shah , seorang pemikir muda milik penuh kepada Mukhriz yang agak banyak juga mengkritik Perdana Menteri dan mungkin kehadiran beliau tidak ramai yang perasan kerana anak muda Sanusi ini tidaklah sepopular Mukhriz. .Secara rambang , apa yang kami perolehi dari UIA , mereka sememangnya amat tertunggu sekiranya Sanusi meletakkan jawatan di Universiti Islam terbesar itu.

Hari ini Sanusi telah memukul canang kononnya beliau telah dipecat oleh Perdana Menteri dari UIA dan pada jam 4 petang ini Sanusi telah memanggil satu sidang akhbar di Putrajaya. Tujuan Sanusi agar diberikan lebih perhatian kerana setiap kali beliau muncul di mana-mana halaman media , rakyat menerimanya seperti biasa sahaja seolah-olah ianya hanyalah sebuah berita biasa sahaja.

Sanusi mungkin juga menyangka rakyat tidak boleh berfikir , jawatan yang disandang beliau ini bukanlah atas bidang kuasa Perdana Menteri untuk memecat beliau, melainkan hanya Sultan Pahang yang berhak untuk memecat beliau. Khaled Nordin juga telah mengakui bahawa mereka tidak boleh memaksa Sanusi malainkan Sultan Pahang. Jika Sanusi telah dipecat , tidak pula kami pasti , itu bukanlah perkara yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Itu adalah hak bidang kuasa Sultan Pahang.

Eloklah , sekiranya Sanusi dipecat mahu pun beliau sendiri yang meletakkan jawatan jika beliau bukan lagi ahli UMNO kerana UMNO berhak meletakkan ‘hard core’ mereka di UIA , harap-harap peristiwa Sanusi menempeleng seoarang pekerja di KLIA yang mengakibatkan Sanusi didenda oleh Makahmah tidak akan berulang di UIA.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DIA NI ORG KUAT tun..JADI KENA R IKUT RENTAK tuN..CANANG CITER SANA-SINI..DAHLAH..PEDULIKAN JE MANUSIA-MANUSIA SPESIS tun NI...

pang5bugis berkata...

Apa yang penting perlu diperhatikan ialah, mengapa beliau dipecat? Jika kamu semua bersetuju dengan tindakan kerajaan memecat beliau hanya kerana keluar dari UMNO, pasti pendapat kamu tidak betul. Pelantikan beliau dibuat ialah kerana kelayakan dan kebijakkan nya, bukan kerana UMNO.

Apa yang lebih kejam lagi, kamu seolah mencurah cuka di luka . Tak baik tu.

Tanpa Nama berkata...

memecat atau dipecat..
memanglah perlantikan beliau berdasarkan kelayakannya beliau teta[i yang bpelik mengapa perlu mengeluh sekarang ttg imbuhan dan mula memandang jelik terhadap jawatan?