MERDEKA!!

MERDEKA!!

Khamis, 12 Jun 2008

Kemasukan Ezam menggugat siapa?
Written by Saiful Malek Muda
Thursday, 12 June 2008 02:53
Dipetik dari: www.kulit[isang.com

ISU kemasukan Mohd Ezam Mohd Nor, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) ke dalam Umno nampaknya masih belum selesai. Seolah-olah, kemasukannya ini akan menggugat seseorang.

Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menerima kemasukan Mohd Ezam seolah-olah 'dibantah' oleh Timbalan Presiden, Najib Tun Razak, Naib Presiden, Muhyiddin Yassin dan serang Ahli MT yang dilantik, Rais Yatim kononnya 'perlu ada penelitian' dari Majlis Tertinggi (MT). Rais ni jenis suka bercakap. Semua benda dia akan komen, termasuk 'isu nangka masa akan gugur'.

Alhamdulilah, Ketua Pergerakan Pemuda Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang sudah menyediakan 'agenda jelajah Selangor' sebagai menyambut kemasukan semula Mohd Ezam. Nasib baik ada Abdul Shukor.

Kalau harapkan Dr. Mohamad Khir Toyo, hancur. Khir Toyo sibuk ke sana ke sini, berkempen nak jadi Ketua Pemuda Umno Malaysia. (Kisah Khir Toyo lain kali aje) Jika Najib dan Muhyiddin berfikiran seperti Abdul Shukor, utamakan kepentingan parti mengatasi kepentingan 'sandiwara mengikut perlembagaan', Umno boleh menjadi kuat kembali tetapi kalau dengan sikap Najib dan Muhyiddin yang 'membayangkan' kemasukan Mohd Ezam memungkinkan cerita 'kuda Trojan' berulang atau, membuka jambatan kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno akan menjadi bahan sejarah sahaja selepas ini.

Seorang 'pegawai' tinggi dalam Umno Selangor menghantar sms kepada penulis menyatakan kesedihannya dengan perkembangan yang berlaku sekarang. Ketika orang-orang di bawah diminta memperkuatkan Umno, pemimpin di atas sibuk mencatur kedudukan masing-masing. Akhbar Sinar Harian 11 Jun 2008 melaporkan; Pergerakan Pemuda Umno Selangor bersama Mohd Ezam bakal mencipta kejutan baru politik tanah air dengan merealisasikan 'penghijrahan' beramai-ramai ahli PKR ke dalam Umno.

Cadangan gandingan itu akan digerakkan dalam satu siri 'roadshow' ke seluruh pelosok Selangor bermula sejurus permohonan Mohd Ezam menyertai Umno diluluskan MT parti itu yang akan diketahui dalam tempoh terdekat.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Abdul Shukor Idrus berkata, agenda terbaru itu bergerak seiring usaha Pemuda Umno negeri yang bersedia menjadi platform membantu Mohd Ezam menjelaskan penyertaan semulanya ke dalam Umno.

"Kita tiada masalah dan positif kehadiran semula Mohd Ezam dan akan mengatur pertemuan dengannya gi menggerakkan misi 'roadshow' itu. "Golongan muda adalah sasaran utama, selain ahli sedia ada dan kita yakin 'roadshow' itu juga akan menarik perhatian bukan ahli termasuk dari PKR yang mula menunjukkan reaksi hilang keyakinan terhadap parti itu, katanya.

Tambah Abdul Shukor, Pemuda Umno Selangor kini menunggu masa dan yakin kepimpinan tertinggi Umno akan mempercepatkan proses kemasukan Mohd Ezam agar misi tersebut dapat dilaksanakan segera.

"Saya percaya Mohd Ezam mempunyai pengaruh besar dalam politik tanah air dan kehadirannya akan menambah lagi kekuatan parti dan berharap dengan kekuatan yang dimliki itu akan merealisasikan misi cadangan 'roadshow' ini," katanya.

Dalam masa sama Abdul Shukor yakin proses permohonan Mohd Ezam tidak berhadapan masalah dan berharap kerjasama baru antara Pemuda Umno Selangor dan beliau memberi impak besar kekuatan parti.

"Tunggulah nanti dan insyaAllah gandingan kami pasti memberi berita baik untuk parti apatah lagi sudah ada suara daripada ahli parti pembangkang (PKR) yang bakal menurut jejak bekas pemimpin mereka ini.

"Walaupun ada penafian mengatakan langkah Mohd Ezam menyertai Umno tidak mempengaruhi ahli lain, 'roadshow' kami akan saksikannya nanti sama ada ia benar atau tidak," ujarnya.

Jika diteliti kenyataan Abdul Shukor ini, jelas Muhyiddin (lihat Sinar Harian 11 Jun 2008 – muka surat N5) seolah-olah 'memberi tekanan kepada lain-lain anggota MT supaya'menyukarkan kemasukan Mohd Ezam ke dalam Umno.

Menurut laporan berita yang bertajuk 'Belum pasti Ezam diterima – Muhyiddin – menunjukkan dia tidak berminat 'mempermudahkan' kemasukan semula Mohd Ezam serta tidak mempunyai agenda tertentu untuk menyusun kerja yang boleh dilakukan Mohd Ezam supaya menarik seberapa ramai ahli PKR dan lain-lain parti pembangkang ke dalam Umno.

Muhyiddin yang sedang sibuk 'membuat gesaan' supaya Perdana Menteri mempercepatkan proses peralihan kuasa tidak mempunyai masa untuk memikirkan cara mana untuk menarik semula sokongan ahli di peringkat akar umbi supaya kembali menyokong Umno, sebaliknya mengeluarkan beberapa kenyataan seolah-olah 'permohonan kemasukan semula' bekas ahli pembangkang ke dalam Umno 'terlalu sulit'.

Sebenarnya langkah Mohd Ezam bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat tepat walaupun sebelumnya dia sudah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Cuma, Mohd Ezam tidak bertemu dengan Muhyiddin. Dia tahu, Muhyiddin ni jenis sombong dan tidak suka bertemu orang kecuali kawan-kawan Cina atau tauke-tauke kereta sahaja. Bila Pak Lah umum terima Mohd Ezam, Muhyiddin orang pertama 'melenting'. Buat kerja jumpa orang, tak mahu kerana tidak cukup masa nak melayan orang bawah, tapi banyak masa Muhyiddin sebenarnya berjumpa orang-orang kaya sahaja di beberapa hotel mewah di Kuala Lumpur.

Muhyiddin ni jenis pemimpin pakai kasta. Ada kasta yang boleh mendampinginya. Ada kasta yang tidak boleh. Itulah sebabnya, pejabat dia jarang dihadiri 'tauke-tauke besar' tetapi dia akan melayan tauke-tauke besar ini di merata coffee house di ibukota.

Amatlah malang bagi orang-orang Umno jika mendapat pemimpin seperti Muhyiddin. Dia mempunyai dua watak. Dilihat seperti anak seorang anak ulama, dalam masa yang sama, dia hidup seperti 'Raja' di dalam istana. Tidak hairanlah kalau Najib sanggup 'beregu' dengan Muhyiddin untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno kerana Najib mungkin dapat menilai Muhyiddin sebagai 'rakan baik yang sejiwa dengannya' kerana kedua-duanya 'orang Istana' yang tidak perlu memikirkan soal kenaikkan harga minyak atau kenaikkan harga barang-barang keperluan harian rakyat di bawah.

Banyak lagi tingkah laku Muhyiddin dan Najib akan didedahkan di dalam rencana-rencana akan datang sekiranya mereka 'berlagak' seperti kacang lupakan kulit. Najib jangan ingat dia adalah bakal Perdana Menteri jika dia tidak tahu 'tangan siapa yang menyuap nasi ke mulutnya' sekarang.

Amatlah malang jika digigitnya tangan yang menyuap nasi ke mulutnya! Muhyiddin jangan fikir dia terlalu hebat sekarang dengan kenyataan-kenyataannya mengenai peralihan kuasa kerana dia tidak boleh menang kerusi Naib Presiden Umno tahun 2004 kalau bukan kerana 'bantuan dan kempen' dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan bajet besar yang diberikan kepada Kementerian Pertanian ketika Muhyiddin dilantik di kementerian itu, seperti yang Pak Lah umumkan di Parlimen dan di PWTC ketika perjumpaan Presiden dengan perwakilan, Muhyiddin sudah lama menjadi 'pemeriksa kira-kira sahaja' di dalam Umno.

Senyum pun tak tahu, sombong. Tidak mudah ingat nama perwakilan, nama ketua bahagian dan enggan bertemu dengan orang-orang Umno tetapi kerap mengatur pertemuan dengan taikun-taikun Cina, orang-orang Melayu yang menyamar kaya – menyebabkan Muhyiddin merasakan dia sudah cukup bersedia untuk bertanding jawatan lebih tinggi, kerana sudah punya banyak wang – hasil simpanan ketika menjadi Menteri Besar Johor dulu.

Tiada ulasan: