MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 30 Jun 2008

"Mana satu betul ni?" Itulah persoalan pertama yang keluar dari mulut bapa saudara Jejaka sejurus saja kami menikmati hidangan tengahari di Restoran Nelayan hari ini.

Apa tidaknya, jika pada sessi pagi sewaktu membelek akhbar, terpampang di muka hadapan "ANWAR LARI BERSEMBUNYI DI TURKI".Satu tajuk yang bisa menarik perhatian pembaca...

Namun, berlainan pula halnya apabila kami melayari alam maya ini, terpampang pula di ruang terkini sebuah laman web "Kedutaan Turki tidak tawar suaka politik kepada Anwar"

Antara petikannya: 'Kedutaan Turki mengesahkan tidak menawarkan suaka politik atau jemputan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencari perlindungan di situ, sebaliknya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri meminta kebenaran berada di situ mengikut tempoh yang akan ditetapkannya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Besar Turki ke Malaysia, Barlas Ozener kepada Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Rais Yatim ketika dipanggil ke Wisma Putra, di sini petang ini, bagi menjelaskan kekeliruan tersebut.Menurutnya, atas permintaan Anwar itu, maka Kedutaan Turki telah membenarkannya berada di situ atas dasar kemanusiaan.

"Berikutan penjelasan Duta Turki itu, maka Kementerian Luar tidak menerima ia (kehadiran Anwar itu) sebagai satu jemputan tetapi jika tempoh itu berpanjangan maka istilah tetamu itu dicurigai dan kita akan memberi pengiktirafan lain.

“Kerajaan juga sudah meminta Kedutaan Turki supaya tidak menghalang proses siasatan polis terhadap Anwar, jika polis tidak dapat menjalankan tugas maka itu dianggap menyalahi proses undang-undang di negara ini,” kata beliau pada sidang akhbar di Wisma Putra.'

Maka, sewaktu Jejaka menulis ini pun, masih kedengaran ngomelan dari bapa saudara Jejaka yang merasakan ini semua mainan politik dari orang yang inginkan kuasa demi mencapai impian. Logiknya, sambil mengomel...bapa saudar saya ni masih sempat mengajukan soalan kepada saya yang bertanyakan adakah ini semua rancangan Anwar sendiri atau percaturan ketua PR yang sememangnya 'berbulu' dengan Anwar kerana taksub menjadi PM sehingga lupa untuk menoleh rakan di belakang?

Apa pula tekaan anda?

Tiada ulasan: