MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 15 Ogos 2008

SAIFUL SUDAH BERSUMPAH...ANWAR BILA LAGI???
" Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat " – itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.

Seluruh warga Malaysia khususnya umat islam dikejutkan semalam dengan pengakuan bersumpah 'bekas jambu' si mata lebam apabila secara umumnya beliau mengankat sumpah bagi membenarkan segala dakwaannya selama ini yang menjadi kecelaruan kepada semua rakyat terutama penyokong setia Anwar Ibrahim.

Jejaka turut merasakan keikhlsan dan kebenaran didlama keberanian anak muda tersebut yang merasakan itulah cara terbaik untuk beliau membuktikan dakwaan dirinya diliwat bekas majikan beliau meskipun menimbulkan banyak tanda tanya mengenai dakwaan beliau itu kerana ianya dibuat setelah 9 kali persetubuhan luar tabi'i itu dilakukan.

Apa yang menarik minat Jejaka disini adalah berkenaan jawapan beliau yang teguh apabila dihujani puluhan soalan dari pihka media dimana beliau menegaskan tidak mahu membuat kenyataan di media sebaliknya kenyataan sebenar perlu dilakukan di Mahkamah.

Itulah yang sepatutnya ditiru oleh Anwar yang umum dapat kita lihat sepanjang kontroversi si mata lebam ini, beliau lebih tertarik untuk membuat apa jua kenyataan melalui media dan bukannya ditempat yang sepatutnya.Maka ini jelas bahawa cara beginilah Anwar mempromosi dirinya malahan menutup segala durjana beliau dengan harapan rakyat terpengaruh dengan kata-katanya di media.

Apapun, kebenaran pasti terbuka biarpun Anwar mencuba sedaya upaya menutup segala kemungkaran demi mencapai cita-cita peribadi yang tiada kesudahan itu.

Cuma...Jejaka berminat mengemukakan soalan kepada seluruh penyokong setia Anwar Ibrahim...Apakah pendirian kamu apabila mempunyai pemimpin yang songsang? Nah!..tepuk dada tanyalah iman..








Tiada ulasan: