MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 15 Ogos 2008

PERMATANG PAUH UJIAN PENENTU ORANG MELAYU...

Sehingga jam 8.40 pagi, suasana di sekitar pusat penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainon dekat Bukit Mertajam terkawal walaupun ‘ agak panas’.

Jumlah para penyokong pembangkang yang berkumpul di kawasan sekitar itu nampaknya jauh melebihi penyokong Barisan Nasional.Pada waktu berita ini ditulis Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mengiringi calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah masuk ke pusat penamaan calon.

Ramai para pemimpin BN turut hadir untuk memberi sokongan moral.Pada jam 9 pagi - SEPERTI YANG DIRAMALKAN...calon Angkatan Keadilan Islam (AKIM) Hanafi Hamat sudah kelihatan di pintu masuk pusat penamaan calon.Ini bakal jadikan pertandingan tiga penjuru pilihanraya kecil Permatang Pauh.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pun sudah tiba diiringi beberapa tokoh pembangkang termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan orang kuat DAP Lim Kit Siang.

9.50 pagi ...JANGAN DAHULUI KUASA TUHAN...itu kata Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Jalil yang geram melihat gelagat sesetengah para penyokong pembangkang di Permatang Pauh yang disifatkannya terlalu taksud dengan Anwar.

Bercakap pada para wartawan di pusat penamaan calon pilihanraya kecil itu pagi ini Shahrizat kata ini adalah pilihanraya kecil paling teruk pernah dihadirinya setakat ini.Beliau kesal melihat cara sebilangan penyokong pembangkang suka tunjuk tanda lucah dan sebagainya.

10 pagi - MUNGKIN EMPAT PENJURU..Selain calon BN Ariff,PKR Anwar dan AKIM Hanafi ...turut kelihatan masuk ke pusat penamaan calon ialah bekas pemimpin PKR P.Pinang Dr Mansor Othman.Beliau juga disebut-sebut nak tanding sebagai calon bebas.

10.39 pagi - SPARE TYRE...Pengarah pilihanraya PKR Permatang Pauh Mustapha Kamal Yusuf sahkan bahawa Dr Mansor Othman yang turut kemukakan borang pencalonan sebagai calon bebas cuma 'spare tyre' jika apa-apa berlaku pada borang pencalonan Anwar.Naib Presiden PKR Azmin Ali juga sahkan Dr Mansor masih ahli PKR.Dr Mansor dikatakan akan tarik diri bila semuanya beres.


11.44 pagi SPR umum senarai calon selepas selesai waktu bantahan.Sah hanya tiga calon saja akan berentap dalam pilihanraya kecil itu iaitu Ariff Shah (BN), Anwar Ibrahim (PKR) manakala AKIM diwakili oleh Hanafi.

2 ulasan:

M.Sulaiman (utohkacil) berkata...

yg dah tentu pengundi cina dan india dah hilang kepercayaan nye kpd BN. Isu ketuanan melayu, isu babi dan UiTM. - mereka dah cop UMNO parti perkauman

orang2 melayu mahukan PM berundur segera.

jika BN menang di P. Pauh, PM tidak akan berundur kerana BN sudah pulih dan kuat. Tidak ada sebab PM mesti berundur.

nalapambu berkata...

UMNO sudah tidak ada harapan untuk pulih. Rakyat sudah menunjukan bukti bahawa UMNO sudah tidak boleh di haraf.

Apakah alasan yg UMNO boleh buat untuk menutup malu di atas kekalahan teruk ini?

Segala 'gentera berat' kerajaan telah di gunakan, berjuta janji di taburkan, tetapi telah gagal untuk mengambil hati rakyat.

Adakah 30 ribu lebih rakyat yg mengundi PKR itu bodoh dan tertipu?

BN(UMNO) sudah nyata TIDAK di terima rakyat lagi.