MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 13 Disember 2008

UMNO KELANTAN PILIH NAJIB JADI PRESIDEN

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pilihan 13 daripada 14 Umno bahagian di Kelantan untuk dicalonkan bagi jawatan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.
Hanya Umno Bahagian Gua Musang yang mencalonkan ketuanya Tengku Razaleigh Hamzah yang setakat ini hanya mendapat satu pencalonan dan tidak melepasi kuota iaitu 58 pencalonan bagi membolehkan beliau layak bertanding jawatan Presiden parti.

Najib, bagaimanapun telah menang tanpa bertanding jawatan presiden parti.
Mesyuarat Umno Bahagian Tanah Merah hari ini menjadi penutup kepada mesyuarat Umno peringkat bahagian di Kelantan.

Bagi jawatan Timbalan Presiden parti, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mendapat enam pencalonan iaitu daripada Tanah Merah, Pasir Puteh, Ketereh, Tumpat, Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapat empat pencalonan iaitu daripada Kota Baharu, Jeli, Bachok dan Machang.

Ini diikuti Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat tiga pencalonan dari Pasir Mas, Kuala Krai dan Rantau Panjang manakala Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad mendapat satu pencalonan daripada Gua Musang.

Bagi jawatan Naib Presiden, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menjadi pilihan Umno Kelantan dengan mendapat 13 pencalonan daripada 14 bahagian kecuali bahagian Gua Musang.
Diikuti Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat sembilan pencalonan daripada Pasir Mas, Kota Baharu, Jeli, Bachok, Kubang Kerian, Kuala Krai, Tumpat dan Pasir Puteh manakala Tan Sri Rahim Thamby Chik mendapat lima pencalonan daripada Rantau Panjang, Kota Baharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa dan Tanah Merah.

Datuk Seri Mohd Khaled Nordin juga mendapat lima pencalonan daripada Kuala Krai, Tumpat, Pengkalan Chepa, Machang dan Bachok manakala Datuk Mohd Shafie Apdal mendapat empat pencalonan daripada Jeli, Rantau Panjang, Kota Baharu dan Pasir Puteh.

Datuk Seri Syed Hamid Albar mendapat dua pencalonan daripada Tanah Merah dan Ketereh serta Tan Sri Isa Samad juga mendapat dua pencalonan iaitu daripada Pasir Mas dan Gua Musang.

Datuk Halimah Mohamed Sadique, Datuk Dr Affifudin Omar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Tan Sri Annuar Musa masing-masing mendapat satu pencalonan, bagaimanapun Annuar telah mengumumkan menarik diri daripada bertanding.

Jejaka-Walaupun kejadian tanah runtuh masih menghantui seluruh warga kota khususnya penduduk sekitar Bukit Antarabangsa, namun yang pasti bagi perjalanan seseorang itu harus melonjak naik bak bukit-bukit segagah bukit yang telahpun runtuh.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ok wahat??? daripada Pak Lah yang dh uzur tu terus memimpin..apa salahnya kita bagi can kt Najib plak?
mana la taw kot2 bleh sembuh luka2 ekonomi ni ke..paling tidak...luka dihati org2 melayu ni..

Tanpa Nama berkata...

orang UMNO Kelantan je yang pilih Najib tapi orang belah2 utara tak pulak kita dengar ramai yang pilih dia...inilah sandiwara politik Malaysia

Tanpa Nama berkata...

orang UMNO Kelantan je yang pilih Najib tapi orang belah2 utara tak pulak kita dengar ramai yang pilih dia...inilah sandiwara politik Malaysia

Tanpa Nama berkata...

alah..takat Pahang, Ganu dgn Kelantan tu..area pantai timur..dah tentu la Najib bleh pukul abis tapi dapat ke dia raih blah2 selatan??? we all nk Muhyiddin naik jadi PM taw???