MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 13 Disember 2008

Kuala Terengganu gelanggang macam-macam ada!!

oleh: Ismail Ahmad

Kuala Terengganu akan menjadi satu lagi gelanggang bagi menghangatkan politik tanah air apabila akan diadakan satu lagi pilihan raya kecil yang akan menyaksikan pertembungan antara Barisan Nasional (UMNO) dan juga sebuah parti dari Pakatan Rakyat (Pakatan yang belum berdaftar) yang akan diwakili oleh Pas.

Kerusi ini telah dimenangi oleh Allahyarham Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail yang telah pulang ke rahmatullah pada sewaktu bermain badminton di Institut Aminuddin Baki Genting Highlands pada jam 6.30 petang Jumaat lalu.

Allahyarham Datuk Razali menang dua kali dikerusi parlimen itu setelah menewaskan Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi pada pilihan raya umum 2004 dengan 1,933 undi. Allahyarham dapat 30,994 undi manakala Dr Syed Azman 29,061. Pada pilihan raya umum lalu dalam pertandingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pelajaran itu dengan Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Mak Chik Maimun Yusof yang bertanding atas tiket bebas Allahyarham menang dengan majoriti tipis 648. Datuk Razali dapat 32,582 undi, Mohamad Sabu 31,934 manakala Maimun 685.

Pas tidak mempunyai calon tetap bagi menentang BN ketika dua pilihan raya yang lalu dan kerusi ini adalah merupakan kerusi yang agak hangat apabila BN hanya menang tipis pada pilihan raya yang lalu dan bererti pertandingan ini adalah pertandingan digelanggang yang mana kedua-dua buah parti mempunyai kekuatan yang seimbang. Pastinya Terengganu akan diketuai oleh General Perang PAS, Datuk Hj Hadi Awang yang kebelakangan ini agak menyepi dan pilihan raya kali ini amat menarik kerana kita dapat menyaksikan bagaimana kumpulan Ardogan (Kumpulan Anwar Ibrahim didalam Pas) akan menghadapi Kumpulan Hj Hadi yang anti kumpulan Ardogan ini.

Kuala Terengganu juga akan menjadi gelanggang serampang dua mata kerana ketika ini jugalah UMNO akan menghampiri tarikh perhimpunan Agung dan pastinya kesemua mereka akan berkampung di Kuala Terengganu. Kuala Terengganu juga akan menyaksikan bagaimana Rafidah dan juga Shahrizat bersatu untuk mengendalikan jentera wanita bagi memastikan wanita BN akan bersatu untuk memastikan kemenangan BN. Kuala Terengganu juga akan mencuba MB baru mereka untuk memastikan bahawa pilihan raya pertama dibawah tangan beliau akan menghasilkan sesuatu yang membanggakan.

Mungkinkah Kuala Terengganu juga akan menyaksikan sekali lagi Mak Cik Maimun Yusuf bertanding dan apakah beliau akan dapat menambahkan jumlah undi yang pernah beliau menangi sebelum ini. Apakah kita akan sekali lagi dapat mendengar kenyataan akhbar yang akan di keluarkan oleh Mukhriz setelah selesai pilihan raya berkenaan seperti yang pernah beliau lakukan sebaik sahaja selesai pilihanraya di Permatang pauh dahulu dengan menyalahkan BN yang tewas di Permatang Pauh. Apakah sekali lagi kita akan dengar Mukhriz berkata, saya yakin menang setelah berkempen untuk diri sendiri dengan menemui perwakilan pemuda di Kuala Terengganu nanti.

KOMENTAR:
Menilai Hati Budi PR segalanya di Kuala Terengganu nanti..
Gelanggang rasmi belum dibuka tetapi ‘PR’ mula berkempen secara khusus dengan menampilkan isu yang dekat di hati segolongan besar masyarakat iaitu memulangkan semula kekebalan itu dan ini kononnya.

Selalunya apa bila PR buka mulut mengajukan sesuatu maka yang mendapat manfaat (secara tersembunyi) ialah golongan kecil manakala golongan besar hanya menggigit jari. Selama ini juga yang banyak mempertikaikan bab kekebalan dan yang banyak memberikan kritikan sinis adalah laman blog pembangkang.

Oleh itu adalah sesuatu yang ganjil apabila PR tiba-tiba melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sentimen penyokong kuat mereka (golongan kecil) dalam keadaan PR amat memerlukan sokongan tambahan bagi memanjangkan hayat sandiwara yang berjodol ’sudah hampir rupanya masih jauh’ — Putrajaya 916.

Namun, pada satu sudut adalah tidak baik kalau terlalu berprasangka negatif. Baguslah kalau perkembangan terbaru ini menandakan betapa mereka telah sedar dan insaf bahawa cita-cita mereka untuk menawan Putrajaya akan selamanya ‘jauh panggang dari api’ kalau sekiranya agenda mereka tidak mendapat ‘restu’ daripada golongan besar.

Pada satu sudut yang lain, usaha terbaru PR berhubung kekebalan institusi tertentu akan ditafsirkan sebagai usaha menarik minat golongan besar yang telah berkecil hati dengan tindak-tanduk yang seolah-olah menafikan hak mereka seperti yang terakru dalam perlembagaan. Persoalannya adakah golongan besar mudah termakan dengan pancingan PR yang menggunakan ‘imuniti’ sebagai umpan?

Akhir kata, untuk jangka waktu terdekat PR boleh menaburkan gula-gula waima hujan emas sekali pun bagi menambat hati golongan kecil tetapi tindakan tersebut tidak akan membantu mereka mencapai sasaran menduduki anjung Putrajaya dalam waktu terdekat mahu pun dalam dekad yang mendatang sekiranya mereka terus menyakiti hati golongan besar.
Dipetik dari: kpmu

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi macam Permatang Pauh sudah....KT tu kubu kuat Pas gak tu....

Tanpa Nama berkata...

kenapa nak disamakan dgn tempat lain...selama ini, terengganu adalah terengganu...tidak pernah mengharapkan apa2 dr negeri lain dan tidak pernah meniru dr negeri lain...kenapa nak disamakan dgn negeri lain ?????..

terengganu adalah terengganu dan akan kekal seperti itu...tak akan sama dgn Penang, Kedah atau Johor atau Sabah...

Terengganu akan tetap dgn Terengganu !!!!!!!!..

kita tak perlu mengikut negeri lain utk berubah....kita cuba buat perubahan spt negeri lain tahun 1999.....apa jd ?...

Segolongan saja puak2 yg entah dr mana yg tak pernah timbul menonjol tetapi cuba nak bawa pembaharuan yg katanya dr negeri lain...apa jd ?... pertembungan budaya...

Terengganu tetap terengganu...dan akan tetap sepertiterengganu dr Dulu sehingga sekarang dan akan kekal selamanya !!!!!

membawa budaya luar ni ... apa untungnya ?..tak de kelebihan kpd rakyat terengganu...

---Jomo saaadon---

Tanpa Nama berkata...

kawe tak sabor nok tengok PERANG kt Kuala Terengganu...best wei...buat huru-hara ni..tmbh2 orang bg duit..