MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 13 Disember 2008

Apakah Mukhriz Jadikan Bush Sebagai Mentor??

Semenjak penulisan bahagian pertama, Datuk Mukhriz Mahathir tampak masih kekal dengan kebodohannya sungguhpun para penyokongnya masih mahu mempertahankan calon ini. Dengan sahamnya yang kian merudum, Mukhriz semakin gelisah sehinggakan tiba-tiba lantang memperjuangkan isu sekolah nasional dan meminta agar sekolah vernakular dimansuhkan.

Pada dasarnya memanglah cantik, sempurna dan indah jika hanya satu aliran sekolah sahaja yang wujud di Malaysia, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara. Tapi hakikatnya apa yang sempurna di dunia ini? Adakah Mukhriz begitu bodoh mahu meminta satu aliran, sekaligus turut sebenarnya menjemput bukan Melayu mencabar status sekolah aliran agama yang masih penting dalam pembentukan identiti anak muda Melayu.

Bukan sekadar sekolah agama yang dicabar, tetapi status sekolah agama MRSM, UiTM dan institusi-institusi yang selama ini diperjuangkan untuk orang Melayu. Tidakkah Mukhriz berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut? Ternyata dia mahu mengipas sentimen Melayu denganharapan memperoleh keuntungan jangka pendek walaupun perlu menggadaikan kepentingan sebenar Melayu.

Silap-silap besok, kalau mencabar kedudukan sekolah aliran Cina dan India, mereka terus menerus setuju dengan syarat Melayu pun melepaskan kedudukan istimewa mereka melalui MRSM dan kuota pendidikan Melayu! Sanggupkah kita?

Namun, apa yang benar-benar membuatkan Mukhriz ini bodoh seperti George Bush adalah kecenderungannya menikam diri sendiri. Siapa sahaja tahu bahawa anak-anak Mukhriz ke sekolah antarabangsa! Anaknya seorang di Garden International School Mont Kiara. Sekolah aliran Cina danIndia pun mempunyai sukatan pelajaran mengikut arahan Kementerian Pelajaran, dan masih boleh dipanggil Sekolah Rendah Jenis KEBANGSAAN.

Tetapi apa rasional Mukhriz kononnya memperjuangkan sekolah satu aliran atas nama perpaduan nasional dan memperkasakan bahasa Melayu sekiranya dia sendiri sebagai ayah menghantar anaknya ke sekolah antarabangsa berbahasa penjajah?! Perpaduan nasional apa yang diperjuangkan? Bahasa Melayu mana yang diperjuangkan?

Langkah mengkantoikan dirinya sendiri amat konsisten dengan hujah-hujahnya yang 'kelam-kabut' dan tidak selari ala George Bush Malaysia!

Barangkali kita semua tidak wajar terlalu terkejut dengan kebodohan Mukhriz ini yang menggadai kepentingan sebenar Melayu dan menggadaikan integriti diri sendiri, kerana Mukhriz seperti dilaporkan sebenarnya hanya memperoleh Gred 3 dalam SPM.

Pada program Korban Perdana di Sembrong Johor pada hari kedua Aidil Adha, dengan kasut kulit berkilat hinggakan bersilau di bawah cahaya matahari, dan beg silang macam pondan, Mukhriz dengan biadap terus menghilangkan diri selepas ketibaan Dato' Seri Hishammuddin.

Mungkin Dato' Seri Hisham terkilan dengan kebiadapan Mukhriz itu lalu terus menyindir Mukhriz, menyebut "Setiakawan" tiga atau empat kali dalam ucapan perasmiannya. Ternyata semangat "Setiakawan" tidak wujud dalam perwatakan Mukhriz – kalau nak jumpa perwakilan di Johor pun, jumpalah selepas habis program.

Ku sangkakan bangsawan sangat Mukhriz ini, rupa-rupanya lebih daripada itu: bangsatwan.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apaaaraaaa..si anak bapak ni..
Bodihkan diri je laaaa..

Tanpa Nama berkata...

Bodoh macam Tun Mahathir......... apa guna nyer mancabar bukan melayu dengan kenyataan bodoh.

bila bukan melayu cabar melayu kite bagi alasan bodoh seperti

1. Ini Hak kite
2. jangan persoalkan hak kami
3. you tak suker u bleh belah

DLL..

ini semua alahan kebudak budakkan dan kite hanye dengan alahan2 ini dari budak2 UMNO

Tanpa Nama berkata...

korang semua tak pikir..asyik org lain je jentik melayu..melayu duk diam.bila mukhriz jentik orang lain..orang lain duk kecoh.korang melayu ke apa..fikiran sempit.

Tanpa Nama berkata...

Alkisah, pada 1800an, kaum imigran Cina dan India telah dibawa oleh pihak Inggeris ke Malaya. Tujuannya adalah untuk bekerja dikawasan perlombongan dan perladangan.

Maka, orang orang Cina dan India yang mempunyai kesusahan di negara tempat asal mereka akibat kemarau dan kemudian banjir besar telah menghantar pesanan kepada saudara mara dan kawan kawan mereka di Tanah Besar China dan Benua India supaya berhijrah ke Malaya.

Kata mereka bahawa Malaya mempunyai penduduk tempatan yang baik baik belaka yakni jujur, bertolak ansur, pemurah, berkerjasama dan tidak menindas.

Maka berduyun duyun le datang ke Malaya.

Tanah diberikan percuma untuk diusahakan.
Kedai dibenarkan dibuka untuk perniagaan.
Sekolah dibenarkan dalam bahasa Cina dan Tamil.
Agama Buddha dan Hindu serta Adat dan Kebudayaan tidak di tegah.

Dipendekkan cerita, setelah mencapai kemerdekaan, semua warga imigran diberikan kerakyatan dengan kebebasan bersuara dan mengundi dalam p/raya.

Semasa laungan merdeka, tidak ada kaum imigran yang mahu pulang ke Negara asal malahan menyanyikan Lagu Negaraku dan berikrar sumpah setia.

Pada tahun 2008, keadaan telah berubah.

Generasi Kaum imigran telah menyatakan :

Melayu bersikap perkauman.
Melayu bukan Tuan
Melayu tidak adil.
Melayu tiada hak.

Sehingga sekarang orang Melayu yang terkenal dengan sifat menahan diri dari melakukan perkara yang memalukan diri sendiri masih kehairanan.

Kenapa kaum imigran ini?

Kita tidak minta mereka masuk Islam
Kita tidak minta mereka belajar di sekolah Melayu
Kita bagi mereka peluang perniagaan
Kita bagi mereka beli tanah Melayu
Kita bagi mereka beli rumah di atas tanah Melayu
Kita bagi mereka memperkasakan adat dan kebudayaan mereka
Kita sokong perniagaan mereka
Kita sokong wakil rakyat mereka
Kita kongsi raya mereka
Kita bagi mereka bela b_abi
Kita bagi mereka berjudi
Kita bagi mereka minum arak

Apa sebenarnya mereka mahu? Apa sebenarnya mereka mahu?

Apa agaknya yang akan dilakukan oleh orang2 Melayu?

lu pikir la sendiri...

Tanpa Nama berkata...

Adik2

Buat research sebelum buat kritikan. Nanti lama2 kritikan anda tidakdapat kredibiliti orang ramai.

Status sekolah agama tidak ada isu dan tak terjejas. Sila baca artikel 11 dan 12 (2) dalam perlembagaan malaysia.

Sekolah antarabangsa termaktub dalam sekolah private. Adakah anda sedar sekolah antrabansga menggunakan syllabus kebangsaan? Ianya lebih kebangsaan dari sekolah vernakular.

Harap sekolah vernakualr jgn dijadikan isu politik antar calun kerana mukhriz tidak mengkritik khairy yang anda sanjungi. Pemikiran mukhriz ini seiring dengan pemikiran dr khir toyo.

Sepatutnya kita semua bersatu hati sebagaimana dap, gerakan, mca dan sapp dalam isu menjaga kepentngan bersama. Sudahlah UMNO sekarang menikus takut nak bersuara, bila ada yang berani ada pula tarik menarik satu sama lain.

Sekolah vernakular adalah archilles heel kaum2 bukan melayu. Mereka tidak ada asas langsung dan hujah mereka lemah. Mereka tidak ada hak untuk bantuan kerajaan tetapi dapat. Manakala bahasa2 kaum bumiputera sabah dan sarawak tidak dapat peruntukkan langsung.

Isu ini sangat dialu2kan oleh pelbagai pejuang kemerdekaan dari zaman kamu belum lahir anak2 semua.
Kepentingan satu sekolah aliran bangsa tidak dapat diketepikan kerana perpaduan masyarakat.

Mungkin anda berjaya dalam psywar anda terhadap Mukhriz. Tetapi kredibili penyokong khairy akan hilang dipandangan masyarakat.

KIta masuk parti kerana ia wadah dan platform untuk kita berjuang. Kita pilih parti yg aliran pemikiran sama dengan kita. Pendekatan UMNO adalah kompromi tetapi yg kita mahu adalah satu bangsa (nation), satu negara.

Adakah anda semua hanya berpolitik personaliti atau benar2 menyahut perjuangan umno sebenar?

JIka former dan bukan latter, impaknya mudah. Apabila khairy menang, pandangan umno di mata masyarakat Melayu khususnya hilang. Maka apabila ketuanya sedemikian, untungkah UMNO?

Yang penting UMNO atau hanya untuk menang jawatan dengan apa cara?

Tanpa Nama berkata...

aku sokong mukhriz memang patut sekolah di satu kan..semua rakyat malaysia patut tahu bahasa malaysia..tapi kenapa sklh ugama ada dlm ne kes..sklh ugama tidak boleh di bangkitkan nama pun tanah melayu n islam lah kn tanah malaysia ne...aku bangga c mukhriz ne betul jiwa melayu biar bangsa lain tahu masih ada kakuataan pada org melayu bersatu..pada c blog punye tuan ne yang ko takut sangat kenap BAIK KOTEH KO BAGI KAT ANUAR JE KE KO NE JENIS NAK LAGA KAN MELAYU2..maap aku bodoh kan ko lagi tuan blog ne tapi ko memang bodoh penakut..mukhriz lah sebenar pejuang melayu ko c blog ne apa ko tau ke ko komunis sabu cibai