MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 16 November 2008

MOGOK BOGEL Bukti Kebangkitan Rakyat Selangor

Oleh: MH MIZIE

Inilah yang dikatakan, ‘kera dihutan disusukan..anak di rumah mati kelaparan..’ dan ianya amat sinonim dengan tatacara dan tingkahlaku pemimpin PR di Selangor kini. Hari ini, seperti anda semua, Jejaka juga yang membelek laporan dan berita-berita sensasi di dada-dada akhbar atau melalui sumber elektronik yang lain.

Pakatan Rakyat seringkali kecoh sana-sini membuat bantahan terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi tidak pula prihatin malah oleh kerana taksub dengan isu ISA seharian maka kerajaan PR tidak pula memperdulikan nasib rakyat sendiri dengan membiarkan ratusan penduduk setinggan yang miskin ini berhadapan dengan tindakan mahkamah, adakah ini keadilan?

Pepatah yang Jejaka gunakan ini amat secocoklah kiranya kalau diguna pakai kepada para pemimpin Pakatan Rakyat khususnya di Selangor kerana sejak diberi peluang oleh rakyat bagi membuktikan keluhuran dan kesunguhan parti pembangkang dalam memperjuangkan hak-hak rakyat, maka sebulat suara tanpa di paksa, rakyat Selangor khususnya, memilih mereka untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.

Namun, apa yang jelas hari ini, tindakan rakyat Selangor itu rupanya ‘umpama melepaskan anjing yang tersepit..’ Ini dapat dibuktikan dari hari ke hari segala apa yang di war-warkan oleh mereka melalui manifesto PRU-12 lalu, ternyata masih terbengkalai dan tidak terlunas.

Ramai yang kesal dengan kelemahan kerajaan negeri yang tidak mempunyai pendekatan konkrit untuk mengatasi gejala sosial dan kadar jenayah yang semakin bertambah hingga menimbulkan ketakutan kepada rakyat Selangor dan pelancong asing.

Baru-baru ini, timbul pula isu kebangkitan rakyat Selangor yang sudah mula bangun dari lena dan pukauan jampi serampah parti Pakatan Rakyat. Melalui Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (REFORMIS), rakyat mula bersemangat untuk bersama-sama dalam megembalikan hak dan tuntutan.

Ini adalah berikutan janji-janji kosong lagi berkulat yang dilambakkan PR dalam manifesto mereka dimana sehingga hari ini, habuk pun tidak ada…

Difahamkan, pemimpin Reformis, Ramlan Abu Bakar bersedia untuk bersemuka dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dari Pakatan Rakyat itu untuk berdebat dan berbahas mengenai golongan miskin di Selangor yang kini makin tertindas dan di anak tirikan oleh kerajaan PR Selangor.

Ianya jelas dinyatakan oleh beliau bilamana segala tindak-tanduk yang ingin dilakukan oleh Reformis termasuk bakal melakukan ‘Mogok Bogel’ dihadapan bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) adalah semata-mata untuk menyedarkan kerajaan negeri dalam yang terus tertindas meskipun harapan mengubah nasib mereka telah diberikan kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum Mac lalu.

Selain bertujuan mendesak kerajaan PR di Selangor ini agar kerajaan negeri lebih prihatin ianya juga menuntut agar kerajaan dibawah pimpinan Khalid Ibrahim itu, lebih adil dengan tidak membuat tindakan yang tidak menguntungkan rakyat.

Apa yang menarik bagi Jejaka, demonstrasi mogok berbogel itu akan tetap diadakan selagi kerajaan PR Selangor tidak membuat sesuatu bagi membantu mereka yang kesusahan dan bagi Jejaka lagi, pastinya hari itu nanti ratusan pelancong luar dan dalam membawa kamera dan alat canggih yang lain untuk melihat bagaimana Pakatan Rakyat BERPAKAT atau SEPAKAT dalam menanganinya…

Tiada ulasan: