MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 21 April 2008

Tun Dr. M Berada Diambang Kejatuhan

Oleh: M.H Mizie

Begitu lantang sekarang ini Tun memperlekehkan setiap apa yang di usahakan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam memperkasakan institusi kehakiman Negara.Namun, jika dilihat dari sudut lainnya, ternyata Tun telah mempamerkan satu keadaan diri yang gentar dan seseorang yang sedang berada didalam ketakutan.

Memang takut rupanya Tun ini,sehinga ketika berada di luar Negara pun beliau masih sempat membicarakan soal ex-gratia yang diberikan kepada bekas hakim-hakim Negara sebelum ini.
Tun cuba memutarkan kepercayaan rakyat yang mula berasa yang sangsi terhadap kritikan beliau selama ini.( mungkin hanya mereka yang masih takut kepada kuasa jahat Tun sahaja yang masih menganggukkan kepala) kerana semakin hari kritikan ditujukan kepada Pak Lah semakin hari itulah rakyat semakin menyampah.

Buktinya, kenapa Tun begitu taksub mengatakan wang pampasan tidak perlu kepada bekas hakim tersebut kerana yang remeh diperlalaikan oleh Tun sewaktu menjadi PM.Jika Tun yang disanjung seorang budiman, mengapa perlu dipertikaikan peri-kemanusiaan seseorang.

Pandai sungguh Tun memutarkan kata-kata.Kalau dulu Tun mengatakan Anwar Ibrahim seorang yang tidak boleh dipercayai kata-katanya, kini Tun sendiri yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang putar belit.Semuanya kerana Tun ingin menyelamatkan diri dari terus diburu sesalan akibat salahguna kuasayang telah dilakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ditambahkan dengan kemaraan Tun Salleh Abas, sudah pasti akan menggegarkan takhta dan empayar mantan Perdana Menteri ini.Apatah lagi apabila muncul pula musuh-musuh lama Tun yang telah disalah-ertikan oleh Tun sendiri tentang perjuangan murni mereka.

Sudah tentu Tun tidak lagi lena tidurnya apabila kumpulan 11 kembali ke persada perjuangan pembersihan yang telah dilancarkan oleh Pak Lah.Justeru, kemaraan Pak Lah yang serius dalam memulihkan kembali system kehakiman yang digelapkan oleh pemerintah sebelum ini, membawa kepada pencerahan dengan kebangkitan kumpulan 11 yang akan turut sama membuka dan membetulkan segala sejarah UMNO sedekad yang lalu.

Pastinya ramai yang ingin melihat apakah kisah selanjutnya yang bakal mewarnai dunia politik Negara dikala ini dan pastia juga ramai dikalangan generasi muda UMNO menunggu impak seterusnya kisah disebalik Mesyuarat Agung UMNO 1988 itu.

Jika sebelum ini, ada suara-suara mengatakan tiada seorang pun yang berani mempertikaikan segala tingkah laku Tun dan kroni-kroninya yang sewenang-wenang melacuri parti dengan acuan mereka sendiri, tetapi pendedahan dan ketelusan Pak Lah yang menentang korupsi dan jenayah kolar putih ini mendapat sokongan ramai piha yang sudah tidak sanggup lagi berada dibawah cengkaman diktator seperti Tun.

Sebenarnya, ramai pejuang-pejuang UMNO kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Pak Lah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ? Apakah beliau sudah lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

Ternyata Tun sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.







12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak abih2 Tun ni...aku sampai tak tau nak ckp aper dah dgn org tuo sorang ni...Sudah-sudahlah Tun oi...kang salh langkah terbongkar abih suma citer2 dalam kain tu...

Bawak pegi surau ke masjid ke daripada duk sibuk dgn kerja org lain..

Tanpa Nama berkata...

inilah akibat jikalau sering membuka keaiban seseorang maka suatu hari nanti pasti terpebua pula pekung sendiri yang begitu busuk untuk di hidu...

Tanpa Nama berkata...

Harap segala korupsi dan penyelewengan dulu2 dpt dibongkar satu persatu...tak sabar pulak rasanya nk melihat kisah kumpulan 11 ni.....suspen je...

Tanpa Nama berkata...

Sudah tentu Tun tidak lagi lena tidurnya apabila kumpulan 11 kembali ke persada perjuangan pembersihan yang telah dilancarkan oleh Pak Lah.Justeru, kemaraan Pak Lah yang serius dalam memulihkan kembali system kehakiman yang digelapkan oleh pemerintah sebelum ini, membawa kepada pencerahan dengan kebangkitan kumpulan 11 yang akan turut sama membuka dan membetulkan segala sejarah UMNO sedekad yang lalu.
hahahahahaa.....kita tengok sapa yang kenaaa!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pandai sungguh Tun memutarkan kata-kata.Kalau dulu Tun mengatakan Anwar Ibrahim seorang yang tidak boleh dipercayai kata-katanya, kini Tun sendiri yang menunjukkan bahawa beliau seorang yang putar belit.Semuanya kerana Tun ingin menyelamatkan diri dari terus diburu sesalan akibat salahguna kuasayang telah dilakukan sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ditambahkan dengan kemaraan Tun Salleh Abas, sudah pasti akan menggegarkan takhta dan empayar mantan Perdana Menteri ini.Apatah lagi apabila muncul pula musuh-musuh lama Tun yang telah disalah-ertikan oleh Tun sendiri tentang perjuangan murni mereka.

Jika sebelum ini, ada suara-suara mengatakan tiada seorang pun yang berani mempertikaikan segala tingkah laku Tun dan kroni-kroninya yang sewenang-wenang melacuri parti dengan acuan mereka sendiri, tetapi pendedahan dan ketelusan Pak Lah yang menentang korupsi dan jenayah kolar putih ini mendapat sokongan ramai piha yang sudah tidak sanggup lagi berada dibawah cengkaman diktator seperti Tun.

Sebenarnya, ramai pejuang-pejuang UMNO kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Pak Lah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.

Soalnya apakah beliau merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa ? Apakah beliau sudah lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

Ternyata Tun sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.

nah!! xpyh nk komen byk2..ni pun dh cukup fakta org tua tu..korupsi besar.

Tanpa Nama berkata...

Tun. Dr. M, mengapakah dikau jadi begini?? Apakah kau sudah nyanyuk?
Bwak2lah berehat Tun, biarlah anakmu sahaja menyambung perjuangan UMNO, dirimu sudah diperlukan lagi dalam dunia politik ni....rehat ye...

Tanpa Nama berkata...

Teruskan Pendedahan mu Pak Lah....kami tidak sanggup lagi berpayungkan pemimpin yang korup dan rasuah...

Tanpa Nama berkata...

i dont know what to say to this old man..but really understand this old mamak man..very scary tha movie with itu..pak lah bcoa, itu pak lah was trying to open all korup that oldman..hehehehhe

Tanpa Nama berkata...

kadang2 kita bertindak untuk menyelamatkan parti kesayangan kita yang kita warisdi sejak merdeka lagi..maka tidak slaah kalo Tun beria-ia mempertahankan dakwaannya semata0mata untuk melihat UMNO trus gah dibumi Malaysia ini.

Tanpa Nama berkata...

janganlah dikeruhkan lagi keadaan. Seharusnya setiap pemimpin perlu duduk berbincang mengenai permasalahan sesama mereka kerana pertelagahan ini menimbul peluang baik untuk pembangkang terus menguasai rakyat dengan cerita2 mereka.
Apapun, Tun is the best/

Tanpa Nama berkata...

Get out Pak Lah!!!! Get out!!! Bawak sekali menantu kau tu...Get out!!!

Tanpa Nama berkata...

Get out Pak Lah!!!! Get out!!! Bawak sekali menantu kau tu...Get out!!!
Semenjak kau menjadi PM, Malaysia x aman lagi..Get Lost...from cabinet...move from Goverment...stupid cupid dog!!!