MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 21 April 2008

Orang Bodoh Sahaja Desak PM Berundur- Nazri

Oleh: M.H Mizie

Orang yang mendesak Perdana Menteri berundur daripada jawatan tersebut ternyata seorang yang bodoh kerana tidak memahami erti sebenar demokrasi.Ini bertepatan dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang berkata, perbuatan setengah ahli Umno yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk meletakkan jawatan, adalah tindakan yang bodoh.

Sambil menyatakan mereka sebenarnya tidak faham makna demokrasi, beliau berkata, adalah tidak wajar bagi pemimpin Umno untuk mendesak Abdullah melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno kerana ia bermakna menafikan hak rakyat yang telah mengundi Barisan Nasional (BN) untuk memerintah negara.

Tertarik dengan kenyataan beliau dengan menggambarkan kebenaran bahawa tindak-tanduk mereka yang mendesak PM segera undur daripada jawatan nombor satu Negara itu adalah satu sikap prejudis dan bodoh kerana kesemua mereka lupa diri apabila menerima kekalahan.

Nazri juga menggesa ahli UMNO agar berhenti mendesak Datuk Seri Abdullah meletakkan jawatan kerana ianya adalah salah untuk berbuat demikian kerana Umno sepatutnya menumpukan untuk mentadbir negara ini dan menunaikan janji yang dibuat kepada rakyat sebelum mereka kehilangan sokongan orang ramai.

Ahli UMNO sepatutnya berfikir apa yang rakyat mahukan sekarang ialah menunaikan segala janji untuk mula mentadbir negara. Mereka sudah bosan diberitahu mengenai apa yang nak dibuat, kini mereka mahu kami mentadbir, bukan tugas ahli UMNO untuk memberitahu kepada mereka yang Pak Lah tidak layak menjadi perdana menteri siang dan malam tanpa melakukan sebarang kerja.

Nazri juga turut menjelaskan bukan semua menteri cerdik dengan bertindak PM letak jawatan akan selamat segalanya kerana bukan semua menteri tahu segala perihal yang berlaku.Beliau juga mengatakan tiada apa yang hendak dihairankan mengenainya kerana bekas Perdana Menteri sendiri mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

Apapun Pak Lah tahu apa yang beliau lakukan demi kesejahteraan semua, jangan hanya kerana seseorang itu menteri, dia tahu segalanya, tidak semua menteri cerdik dan tiada apa yang hendak dihairankan sebab Tun sendiri ada kesilapannya.

Tiada ulasan: