MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 23 April 2008

Anwar Kemaruk Jadi Perdana Menteri.
Anwar memang bersemangat selalu dan mempunyai darjah keyakinan diri yang cukup tinggi juga kadang-kadang kelihatan melampau !
Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia (24 April, 2008):

" Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini... "
" Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kami akan berada di sana... "
" Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan merdeka atau sambutan Hari Malaysia. Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu... "

Tatkala Anwar selalu cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang berakhlak mulia, bijak bestari, cekap segalanya, bersih tidak ternoda, bertoleransi selalu dan tidak pernah tersilap taktik mahupun moral, kita dapat melihat betapa manusia yang seorang ini sebenarnya amat tidak SABAR dan sudah menjadi seorang yang layak digelar KEMARUK KUASA dan PANGKAT !
Anwar yang kononnya seorang pejuang keadilan dan pemimpin yang berakhlak baik secara total telah jayanya menonjolkan kepada masyarakat Malaysia bahawa beliau hanyalah seorang pakar manipulasi masa yang terhebat pernah dilahirkan bumi bertuah ini,

Impian Anwar untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru di Malaysia ini dengan bertunjangkan satu nama baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan seandainya beliau berjaya menarik 30 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) sekaligus menjadikan pakatannya memiliki 112 ahli Parlimen berbanding dengan 110 ahli di pihak BN.
Ini akan melahirkan satu catatan sejarah terbaru di Malaysia di mana insan bernama Anwar Ibrahim itu akan menjadi seorang Perdana Menteri yang paling goyah kedudukannya dengan setiap hari kerjayanya adalah untuk memastikan ahli-ahli Parlimen pakatannya akan terus 'taat juga setia' kepada beliau. Aduh, sukar untuk dibayangkan !
Berikut pula adalah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim:
" Tindakan melompat parti bercanggah dengan sistem demokrasi dan menggalakkan amalan rasuah... Jika amalan itu diteruskan, ia hanya akan menjemput malapetaka di negara ini... "
" Negara yang aman akan bertukar menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di Haiti, Nigeria dan Timor Leste... "
" Pakatan pembangkang berhak menyimpan hasrat untuk berkuasa dan menumbangkan BN, namun ia mesti dilakukan secara sah melalui proses pilihan raya yang bersih, adil dan telus... Keputusan pilihan raya umum lalu dibuat oleh rakyat dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada di kalangan pembangkang mahupun BN... "

Pada pendapat lemah saya, Anwar sewajibnya menerima hakikat bahawa majoriti rakyat masih percaya kepada konsep Barisan Nasional khasnya dan UMNO amnya. Hakikat bahawa majoriti para pengundi memangkah berdasarkan parti dan bukannya calon wajarlah difahami sedalamnya oleh Anwar yang telah bergelumang di dalam politik arus perdana semenjak dia mengkhianati perjuangan asalnya pada tahun 1970-an dengan menyertai UMNO pada tahun 1981 !
Andai Anwar betul-betul mahukan jawatan Perdana Menteri maka buatlah dengan cara yang lebih 'jantan' dan 'terhormat' yang sepadan dengan imejnya di mata para fanatiknya iaitu seorang pemimpin yang bersih sentiasa lagi penuh kemuliaan. Sewajibnya beliau merencana strategi yang lebih mantap untuk menarik para pengundi memangkah Pakatan Rakyat / Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelak.
Andai majoriti rakyat memilih partinya di Pilihanraya Umum ke 13 nanti, maka sewaktu itu Anwar akan 'tertabal' sebagai Perdana Menteri dengan cara yang lebih professional lagi terhormat.... Sabar dan buatlah tindakan bijak yang bermoral sedikit wahai Datuk Seri...

5 ulasan:

Mat Atas Pagar berkata...

Pada pendapat lemah saya, Anwar sewajibnya menerima hakikat bahawa majoriti rakyat masih percaya kepada konsep Barisan Nasional khasnya dan UMNO amnya. Hakikat bahawa majoriti para pengundi memangkah berdasarkan parti dan bukannya calon wajarlah difahami sedalamnya oleh Anwar yang telah bergelumang di dalam politik arus perdana semenjak dia mengkhianati perjuangan asalnya pada tahun 1970-an dengan menyertai UMNO pada tahun 1981 !
Andai Anwar betul-betul mahukan jawatan Perdana Menteri maka buatlah dengan cara yang lebih 'jantan' dan 'terhormat' yang sepadan dengan imejnya di mata para fanatiknya iaitu seorang pemimpin yang bersih sentiasa lagi penuh kemuliaan. Sewajibnya beliau merencana strategi yang lebih mantap untuk menarik para pengundi memangkah Pakatan Rakyat / Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelak.
-----------------------------------

Anak jantan???..
Tak tau lah apa akan jadi kalu dakwat dibenarkan dan undi pos betul-betul telus...
Taktaulah tindakan ini dipanggil tindakan anak jantan..
oleh golongan pemerintah...

Tanpa Nama berkata...

Anwar...Anwar...Anwar.....sapa yang x sedar lagi penipuan dia ni..aku xtau lah nk ckp aper lg...

Tanpa Nama berkata...

Anwar dalang yahudi..mana boleh bagi muka jadi PM? jadi MP pun tak layak selagi niat dia sendiri tak ubah...

Tanpa Nama berkata...

Bila si akki bontot ni mula bercakap maka mcm2 r hasutan yang keluar...umpama dajjal yg sering menghasut manusia..hish...mintak simpang r....

Tanpa Nama berkata...

PKR- parti kelentong rakyat
di pimpin pulak oleh orang yg mengamalkan rasuah dan homoseks...nak ke kita rugi dimasa depan?