MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 21 April 2008

Kumpulan 11- Mahathir Punca UMNO Haram

oleh: M.H Mizie

Dalam kita sibuk-sibuk dengan kekecohan tuntutan peralihan kuasa di dalam barisan pimpinan UMNO, secara tiba-tiba pula kita dikejutkan dengan kemunculan Kumpulan 11. Siapakah mereka ini? Dari mana kewujudannya?

Itulah yang bermain dibenak generasi muda yang lupa dan langsung tidak menyedari kewujudan kemupulan 11 ini.Mereka bukan Ultraman, Superman mahupun Ahli Nujum Negara seperti Khir Toyo itu.

Kalau kita dengar bunyi nama kumpulan tersebut, mungkin ada yang gerun kerana bunyinya seakan kumpulan penyamun atau penyangak.Dalam sejarah UMNO ‘Kumpulan 11’ adalah terdiri daripada ahli UMNO dan tercatat sebagai perosak yang akhirnya telah menyebabkan mahkamah membuat keputusan parti UMNO diharamkan 20 tahun yang lampau.

Generasi muda hari ini mungkin tidak kenal wajah-wajah 11 orang ahli UMNO itu yang mempertikaikan kesahihan Perhimpunan Agung UMNO pada tahun 1987 yang telah menyaksikan pertandingan antara Team A Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Team B Tengku Razaleigh Hamzah. Dalam pertandingan bersejarah pada 24 April 1987 itu Dr Mahathir menewaskan Tengku Razaleigh dengan majoriti cuma 43 undi.

Segalanya bermula apabila kumpulan yang asalnya dianggotai oleh 12 orang itu merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat kerana mendakwa ada beberapa kes dimana terdapat mesyuarat UMNO cawangan dan bahagian tidak sah.

Namun sayang, suara mereka tidak di dengari oleh Ibupejabat UMNO waktu itu sehingga memaksa mereka membawanya ke Mahkamah yang membawa keputusan dari Hakim Harun Hashim bahawa UMNO diharamkan.

Justeru, setelah 20 tahun berlalu, suara mereka yang dahulunya lantang terpaksa ditenggelamkan kerana faktor kehakiman telah dibeli.Kini penantian mereka hampir terbuka untuk membenarkan apa yang salah apabila kemunculan mereka memanaskan lagi rentak politik tanahair.

Sabtu lalu, salah seorang daripada kumpulan 11 itu telah membuat satu kenyataan akhbar yang menuntut secara terbuka agar diperbetulkan segala fakta mengenai fiasco pengharamkan tersebut.

Kenyataan Rahim Abdul Rahman bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada bekas Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar adalah bertujuan tidak mahu lagi kumpulan 11 itu terus-menerus dipandang sebagai ‘ budak jahat’.

Sebagai dorongan yang telah mengembalikan semarak perjuangan pada kebenaran, beliau terpanggil untuk ke depan apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menunjukkan kesungguhan beliau untuk memulihkan kepercayaan orang ramai terhadap badan kehakiman negara.

Berikutan bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan tiga lagi bekas hakim yang dipecat dari jawatan mereka oleh sebuah tribunal hakim 20 tahun lampau atas alasan melakukan salahlaku kehakiman, menguatkan lagi semangat Rahim untuk membongkar segala salahlaku pemimpin terdahulu.


Pemecatan Tun Salleh dan lima lagi hakim dikaitkan turut dengan keputusan mahkamah yang mengharamkan UMNO ekoran pemilihan jawatan Presiden UMNO antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun1987.

Rahin yang mewakili rakan-rakan lain dalam kumpulan itu ( ada yang sudah meninggal dunia) mendakwa bahawa UMNO haram kerana tindak tanduk Dr Mahathir yang tidak mahu melihat UMNO pulih sebab bimbang pemilihan UMNO perlu diadakan semula waktu itu. Menurutnya lagi, tindakan mereka membawa kes mesyuarat cawangan dan bahagian yang tidak sah itu semata-mata bertujuan agar Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula dan bukan hendak melihat UMNO haram.

Rahim juga turut mendakwa semasa mereka merayu kepada ibupejabat UMNO supaya siasatan dibuat, Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO masa itu Tan Sri Sanusi Junid bersikap tidak demokratik bahkan tidak melayan aduan mereka dan menjawabnya dengan tidak betul. Sebelum ini tidak seorang pun berani mempertikaikan tingkah laku Tun Dr Mahathir dan Tan Sri Sanusi Junid yang dengan sewenang-wenangnya mentabir parti mengikut acuan dan citarasa mereka. Reaksi Dr Mahathir yang tidak mahu Perhimpunan Agung UMNO diadakan semula adalah alasan kerana tidak yakin keputusan akan menyebelahi beliau jika pemilihan diadakan semula.

Rahim juga mendakwa bekas Perdana Menteri itu lebih suka melihat UMNO haram. Di situlah bermulanya episod The Grand Design of Mahathir yang turut melibatkan pemecatan para hakim itu. Jika Rahim sendiri sedia disaman oleh Dr Mahathir dan berdepan dengannya di mahkamah kerana membuat dakwaan ini. Tidakkah kita sendiri terfikir akan keberaniannya itu suatu kebenaran?

Beliau juga kesal dengan cara bekas Perdana Menteri itu membangkitkan banyak isu berhubung dengan kepimpinan Abdullah iaitu orang yang beliau tunjuk mengantikannya.Rahim juga membangkitkan persoalan apakah Mahathir merupakan the saints yang tidak terlepas daripada kesalahan dan dosa?

Apakah Mahathir sudah lupa bahawa banyak kesalahan dan dosa beliau terhadap ahli-ahli UMNO dan rakyat masih belum tertebus?

Pada hemat penulis, kelaslah di sini segala apa yang beliau timbulkan sehingga keretakkan di dalam UMNO berpunca dari Tun Mahathir sendri yang sengaja melemparkan kritikan-kritikan pedas serta memperkecilkan YAB Perdana Menteri kerana tergugat oleh ketelusan YAB Perdana Menteri serta didorong oleh rasa takut bahawa kesalahan-kesalahan beliau akan terdedah satu demi satu.

Tiada ulasan: