MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 27 Januari 2008

Tun Iktiraf Kepimpinan Pak Lah


Tun Iktiraf Kepimpinan Pak Lah

Oleh: ANAKomak

Ramalan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa parti Barisan Nasional (BN) akan memperolehi kemenangan besar didalam pilihan raya umum ke-12 akan datang merupakan satu pengiktirafan kepada kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kenyataan ini juga membuktikan keyakinan beliau terhadap kepimpinan penggantinya itu kerana bukannya mudah untuk kita mendengar komen dan pandangan beliau, jika beliau sudah memberi komen bermakna ini satu petanda yang baik.

Ia tidak dapat disangkal lagi bahawa BN akan meraih majoriti undi terbesar hasil sokongan para pengundi yang percaya dengan kemampuan kerajaan mentadbir negara.
Kata Dr. Mahathir, sekarang merupakan waktu paling sesuai untuk mengadakan pilihan raya memandangkan situasi ekonomi kini stabil meskipun berdepan dengan masalah kenaikan harga barang.

Justeru, jelaslah kini dakwaan mengaitkan perbalahan yang melaga-lagakan beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah tohmahan semata-mata yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang bagi menjatuhkan PM dalam meraih undi rakyat.

''Mandat patut diberikan kepada BN. Pembangkang tak pernah buat apa-apa pun melainkan menafikan pembangunan yang kerajaan buat,'' katanya.

Sambil merujuk manifesto Pas yang mahu mewujudkan negara kebajikan, beliau berkata, parti tersebut hanya bercakap dari segi politik tanpa mengambil kira aspek ekonomi.

''OPEC (Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum) dan Amerika pun tak boleh turunkan harga minyak, mereka (Pas) nak turunkan? Minyak apa dia nak turunkan? Minyak gamat?'' kata beliau.

Tun turut menyokong saranan Abdullah agar rakyat terus memberi mandat kepada BN pada pilihan raya umum akan datang. Ini kerana, jelas beliau, BN sememangnya telah terbukti mampu mentadbir dan memajukan negara

Tiada ulasan: