MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 27 Januari 2008

Anwar Ditolak Masyarakat Pengerang


Anwar dan PKR ditolak Masyarakat Pengerang


Oleh:ANAKomak

Jika Datuk Seri Rafidah Aziz mengucapkan ‘Selamat Datang’ kepada Anwar Ibrahim yang beria-ia hendak mencabar beliau di Kuala Kangsar, tetapi berlainan pula pendapat dan reaksi penduduk di Sg. Rengit, Pengerang, Johor yang mana dengan sinis mengucapkan ‘boleh blah’ kepada Anwar Ibrahim.

Tinjauan yang dibuat baru-baru ini sewaktu Penasihat Keadilan itu berkunjung ke Parlimen Pengerang dalam satu majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Pengerang, mendapati reaksi sesetengah penduduk yang menggambarkan rasa kurang senang mereka dengan kehadiran beliau yang dianggap ‘pengacau’ oleh penduduk disitu.

Kenyataan ini terbukti apabila ditanya apakah pandangan mereka tentang ceramah perdana yang diadakan Anwar? Jawapan yang diterima, mereka (penduduk kampung) menyifatkan sebagai bahan hiburan semata-mata atau dengan kata lain hanya ingin melihat wajah Anwar dari dekat sahaja.

Penulis yang turut mengikuti perjalanan ceramah tersebut mendapati tidak sampai 200 orang penyokong PKR yang memenuhi majlis ceramah tersebut.Ternyata gerakan PKR yang tumbuh di Pengerang tidak mendapat sambutan daripada rakyat.

Parti Keadilan Rakyat umpama ‘melukut di tepi gantang’. Rakyat bukannya bodoh dan tidak mudah untuk menerima kehadiran PKR yang penuh dusta dan pembohongan!. Jelas, percaturan Anwar untuk bertapak di Parlimen Pengerang gagal sama sekali.

Lebih mendukacitakan apabila Anwar dengan lantang bersuara didalam ceramah beliau bahawa jika beliau di lantik Perdana Menteri maka nasib anak-anak Pengerang dijamin sepenuhnya dan harga minyak akan diturunkan telah mendapat reaksi sindiran dari para penduduk.

“Anwar memalukan diri sendiri dihadapan ratusan rakyat,” kata salah seorang penduduk di situ.

Sedih...melihat si pengkhianat ini melobi diri diceruk kampung. Namun, sejauh manakah kekuatan kubu yang baru dibina di Pengerang ini jika penubuhannya pun tidak mendapat sambutan? Jangan fikir orang kampung boleh di bodohkan.Berapa lamakah hayat PKR di Pengerang? Sama-samalah kita melihatnya...

Tiada ulasan: