MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 15 Januari 2008

PKR Cabar Nalla...Anwar mau lawan ke?

PKR Cabar Nalla...Anwar mau lawan ke?
Oleh: ANAKomak


Jika sebelum ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Datuk S Nallakarupan mengadakan debat terbuka mengenai kedudukan kaum India di negara ini.Kini, melalui Timbalan Setiausaha Agung PKR, Dr Xavier Jeyakumar, PKR bersedia untuk bertemu dengan Nalla dan berdebat di mana sahaja.

"Saya juga mencabar Nalla bertanding dalam pilihanraya umum akan datang untuk membuktikan siapa yang kuat," katanya dalam sidang media di ibupejabat PKR baru-baru ini.

Bagi melengkapkan keghairahan PKR untuk berdebat secara terbuka dengan Datuk S Nallakarupan, cabaran itu disahut dengan tangan yang terbuka.
Menerusi Timbalan Presiden MUIP dalam kenyataan media beliau, Datuk S Nallakarupan bersedia menyahut cabaran ahli PKR itu.

Namun, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) itu, hanya akan berdebat secara terbuka dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai sumbangan bekas timbalan perdana menteri itu kepada masyarakat India di negara ini.

"Datuk juga sedia berdebat dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, tetapi bagi tokoh-tokoh PKR lain, Datuk tidak mahu layan," kata Timbalan Presiden MUIP, S Arumugam dalam sidang media anjuran MUIP di ibu negara.

Hadir sama dalam sidang media yang diadakan di rumah Nalla ialah dua Naib Presiden MUIP, P Rajah Krishnasamy dan R Jagathisvaran; Pengerusi Negeri Sembilan G Kannan; Pengerusi Selangor M Arivaalagan dan Pengerusi Wilayah Persekutuan B Rajan.

Menurut S Arumugam lagi, banyak penipuan telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim selama S Nallakarupan bersama beliau namun apa yang mengecewakan adalah sumbangan Anwar terhadap kaum India selama ini tidak sama seperti apa yang digambarkan Anwar kepada rakyat.

Tentunya ramai masyarakat ingin tahu akan kedudukan sebenar perbalahan dua sahabat ini. Jika benar kepimpinan Anwar di curigai dan mengecewakan masyarakat India di negara ini, apatah lagi jika ia turut berlaku kepada kaum lain? Maka sewajarnya Anwar yang ‘zionis’ perlu ditolak!

Apakah sikap Anwar ini layak menduduki kerusi pemimpin? Bukalah mata hati dan fikir-fikirkanlah..

Tiada ulasan: