MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 15 Januari 2008

DAP Bacul, Racuni Rakyat Musuhi UMNO?

DAP Bacul, Racuni Rakyat Musuhi UMNO?

Oleh: ANAKomak

Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengaku tidak mempunyai pilihan lain selain bertanding di kawasan yang tidak ditandingi UMNO dalam pilihan raya umum akan datang di Pulau Pinang.

Perkara ini amat jelas apabila di akui sendiri oleh Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang menyatakan pendirian DAP tidak akan bertanding di kawasan kubu kuat UMNO kerana takut dan menyedari kekalahan pasti memihak mereka sekiranya bertanding satu lawan satu dengan UMNO.

Ini adalah jelas sekali bilamana setelah parti itu selesai membuat proses pengagihan kerusi, didapati tiada satu pun senarai wakil dari DAP yang bertanding di kerusi UMNO.Malah, kesemua jentera DAP hanya bertanding dalam kawasan yang ditandingi wakil BN (MCA, GERAKAN, MIC) sahaja.

Ini menimbulkan sedikit kontroversi dari pihak MCA apabila helah DAP terhadap rakyat P.Pinang sebelum ini yang mengatakan DAP hanya memusuhi UMNO karut sama sekali, bahkan ianya boleh menjadi satu isu sensitif yang berbaur perkauman?

Terdahulu, sebuah kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, kononnya DAP sebenarnya hanya bermusuh dengan UMNO tetapi tidak MCA adalah merupakan satu tuduhan palsu dan helah semata-mata untuk menarik perhatian rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Biar apapun usaha dan temberang yang dilakukan DAP, ia tidak akan mampu menarik perhatian pengundi Cina untuk beralih pandangan daripada MCA/BN.

Datuk Seri Ong Ka Ting turut berkata, DAP hanya pandai melontarkan pelbagai kenyataan tetapi tidak mampu melaksanakan seperti apa yang diperkatakan mereka.

Berikutan kenyataan DAP itu, sebagai strategi balas, pihaknya akan memberi penjelasan kepada masyarakat Pulau Pinang khususnya mengenai setiap isu yang dibangkitkan pembangkang supaya rakyat terus menyokong kerajaan dan tidak terpedaya dengan pembohongan DAP itu.

“DAP memang mempunyai banyak helah dan ia akan kita dedahkan kepada masyarakat dalam setiap pertemuan yang akan diadakan,” katanya.

Beliau turut menegaskan, bahawa MCA merupakan parti yang diyakini oleh pengundi Cina kerana ia sentiasa mementingkan perpaduan kaum di negara ini. MCA juga, adalah sebuah parti yang kuat dengan ditunjangi kekuatan UMNO di dalam Barisan Nasional.

Ditanya mengenai cabaran pada pilihan raya akan datang, beliau berkata, cabaran yang bakal dihadapi adalah besar, justeru beliau mengingatkan kepada semua jentera MCA perlu berhati-hati serta bekerja dengan lebih kuat dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Helah dan pembohongan nyata DAP di P.Pinang amat ketara dan sungguh menjijikkan. Mainan politik kotor DAP yang dikepalai Lim Kit Siang sudah diketahui umum oleh masyarakat di Pulau Pinang. Sandiwara dan omongan kosong pembangkang DAP terhadap rakyat Pulau Pinang khususnya kaum Cina menjelikkan lagi parti itu.

Tiada ulasan: