MERDEKA!!

MERDEKA!!

Jumaat, 14 Disember 2007

LIMA PEMIMPIN
HINDRAF TERPAKSA DITAHAN ISA

oleh:ANAKomak

Lima anggota utama kumpulan Hindraf akhirnya menerima balasan setimpal dengan apa yang telah dilakukan oleh mereka selama ini. Hukuman ISA telah dijatuhkan keatas lima-lima aktivis Hindraf yang dikatakan telah menjadi dalang utama perhimpunan haram hingga mencetuskan ketegangan antara kaum baru-baru ini.
Mereka terdiri daripada empat peguam yang menjadi penasihat undang-undang Hindraf iaitu P.Uthayakumar,46, M.Manoharan,46, R.Kengadharan,40, dan V.Ganabatirau,34 serta penyelaras Hindraf, T.Vasanthakumar,34, yang bertugas sebagai Eksekutif Kanan Malaysia Building Society Berhad (MBSB).

Penahanan dilakukan mengikut seksyen 8 (1) akta ISA yang membolehkan mereka ditahan selama dua tahun. Kesemua mereka dibawa ke pusat tahanan ISA di Kem Tahanan dan Perlindungan Kamunting, Taiping untuk menjalani perintah tahanan serta-merta setelah ditandatangani oleh Perdana Menteri selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Penahanan kelima-lima pemimpin Hindraf itu adalah wajar sekali berikutan kesalahan yang dilakukan mereka.Tindakan ISA yang dikenakan adalah selaras dengan perbuatan yang dilakukan demi memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Tindakan keatas mereka juga difikirkan perlu memadangakan apa yang dilakukan mereka berupaya mengganggu ketenteraman awam seperti perkauman dan sebagainya.
Kerajaan tidak pernah bertindak zalim, sebaliknya apa yang dilakukan adalah selepas mengambil kira bukti-bukti yang nyata berbentuk ancaman yang dicetuskan.
Laporan dan bukti-bukti keganasan dan bahayanya kelima-lima penggerak Hindraf ini telah dinyatakan berdasarkan pemantauan oleh pihak polis terhadap segala aktiviti Hindraf sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri juga menasihatkan kepada seluruh rakyat negara ini agar tidak bermain dengan isu perkauman kerana ia akan menyebaban negara menuju kehancuran.

Dalam pada itu, beliau juga turut mengingatkan agar rakyat tidak terperanjat atau melatah apabila isu penahanan ISA ini di politikkan oleh parti-parti pembangkang kerana semua tindak-tanduk kerajaan walaupun bertujuan baik, pasti tidak akan disenangi pembangkang.

Tiada ulasan: