MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 27 Januari 2008

PAS Kecewa Dengan PKR Kelantan

PAS kecewa dengan PKR Kelantan.

Oleh: ANAKomak

Baru-baru ini, melalui Mursyidul Am PAS, Dato’ Nik Aziz menyuarakan bahawa beliau tidak ‘berkenan’ dengan pe’el PKR.Ini dijelaskan lagi dimana Nik Aziz sendiri memaklumkan hubungan antara PAS dan PKR di Kelantan sudah menjadi dingin malah boleh disifatkan semakin parah.

Luahan rasa kecewa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap PKR Kelantan sehingga menyatakan “kalau ada kerjasama pun OK, kalau tidak ada pun OK,” menggambarkan betapa hubungan kedua-dua parti berkenaan tidaklah begitu mesra.

Bendahari Angkatan Muda PKR, Zamakshari Ibrahim yang juga bekas Ketua AMK Kelantan ketika dihubungi turut mengesahkan hubungan dingin antara kedua-dua parti kini berada pada tahap yang agak susah untuk diperbaiki.

Hubungan yang mulai renggang ini tercetus apabila PAS mengumumkan untuk merampas kembali 3 kerusi Parlimen yang dikuasai PKR iaitu kerusi Kota Bahru, Machang dan Pasir Mas.
Difahamkan, PAS ingin merampas semula 3 kerusi Parlimen tersebut berikutan kegagalan PKR untuk merubah pembangunan di kawasan tersebut dan kecewa kerana peluang yang diberi PAS selama ini tidak digunakan sebaiknya oleh PKR.


Keputusan yang dibuat Nik Aziz mendapat tamparan hebat oleh PKR Kelantan yang begitu kecewa dan marah terhadap beliau.

Ketika ditanya, apakah jenis hubungan PAS dan PKR selama ini? Nik Aziz menjawab, hubungan PAS dan PKR hanya di pentas ceramah sahaja, dimana ceramah yang hanya melibatkan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sahaja.

Jelaslah kini hubungan dingin PAS dan PKR tidak boleh diselamatkan lagi. Apatah lagi bila PKR Kelantan sendiri menarik kesemua calonnya untuk bertanding di kerusi Kelantan.

Jika Nik Aziz sendiri kecewa dengan PKR, maka apakah nanti kesudahannya jika PKR diberi peluang memerintah Negara? Kalau di kawasan kecil pun sudah tidak mampu untuk dimajukan, inikan pula satu negeri?

Apabila ditanya apakah punca PAS ingin mengambil semula kerusi parlimen Kota Bharu, beliau berkata ia berpunca daripada kegagalan PKR sendiri khususnya calon tahun 2004, Nik Mahmood Nik Hassan yang juga Pengerusi Perhubungan PKR Kelantan.

“PAS dah bagi dua tahun untuk buat kerja tapi Nik Mahmood tak buat kerja, jadi PAS buat keputusan ambil Kota Bharu sebab sayang kawasan selamat seperti itu kalah jika orang yang tidak buat kerja bertanding,” jelasnya.

Malah katanya, apa yang lebih dikesali Anwar sendiri seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dalam konflik yang berlaku di Kelantan dan dilihat lebih memihak kepada Nik Mahmood yang tidak sehaluan dengan pimpinan PAS negeri.

Tiada ulasan: