MERDEKA!!

MERDEKA!!

Selasa, 15 Januari 2008

Amaran Buat Media Pembangkang, Jangan Timbulkan Spekulasi!!

AMARAN BUAT MEDIA PEMBANGKANG JANGAN BUAT SPEKULASI..!!

OLEH: MR. PAISEH

Sudah menjadi darah daging bagi pembangkang untuk tidak ketinggalan memfitnah dan menokok-tambah serta melaga-lagakan individu-individu tertentu yang seperti yang disebut sebagai saksi bagi kes Vk Lingam.

Seperti diketahui umum, beberapa nama yang disebut sebagai saksi klip rakaman tersebut turut menjadi buah mulut dan kontrovesi politik didalam negara.

Isu klip video itu meledak kembali apabila beberapa individu mula tampil kehadapan untuk memberi keterangan mengenai isu skandal yang membabitkan VK Lingam dan Tun Fairuz Husein.

Di sokong oleh media pembangkang yang menjadi tulang belakang parti-parti pembangkang ini, pelbagai spekulasi telah dibuat untuk mempropagandakan isu yang belum diketahui kebenarannya.

Berikutan itu, penulis tertarik pada satu artikel di salah sebuah laman web pembangkang di mana kini akhbar laman web tersebut sedang asyik melaga-lagakan bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri sekarang tatkala terdapat khabar angin yang mengaitkan nama bekas pemimpin negara itu tersenarai didalam saksi klip video tersebut.

Artikel tersebut turut memetik kenyataan Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar yang percaya dengan kehadiran nama Tun Dr.Mahathir dalam senarai saksi VK Lingam, akan menghangatkan lagi perkembangan politik negara.

Malah, kenyataan melampau akhbar itu yang membuat spekulasi mengatakan kes Vk Lingam ini adalah ‘gelanggang terbaik’ bagi Datuk Seri Abdullah untuk menyerang dan ‘menutup mulut’ bekas Perdana Menteri itu yang kerap mengkritik kepimpinan Abdullah sejak setahun yang lalu adalah satu perbuatan tidak sihat dan perlu ditolak.

Biar apapun perkembangan yang berlaku, kes yang sedang di siasat oleh Suruhanjaya Diraja ini, haruslah di nilai dari sudut kesedaran tanpa membabitkan mana-mana pihak.

Gaya persembahan media pembangkang yang memburuk-burukkan orang yang tiada kena-mengena dengan isu ini jelas menggambarkan politik pembangkang yang kotor, kuno dan dengki.

Apakah kesedaran ini yang di sanjung pembangkang? Biar apapun jawapannya nanti, biarlah pihak yang dilantik menangani kes tersebut dan mencari kebenarannya, bukannya menambah kekalutan dengan melaga-lagakan sesiapa seperti dituntut pembangkang..

Gerak kerja yang dibentangkan media pembangkang ini perlu di tentang dan memang sepatutnya aliran media pembangkang ini disekat kerana mengandungi unsur-unsur tidak sihat dan perlu di boikot demi mendapatkan matlumat yang bersih.

Tiada ulasan: