MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 27 Januari 2008

Apa Dah Jadi???

Apa Dah Jadi? Pakatan BA Gaduh Lagi..?

Oleh:ANAKomak

Kemelut perselisihan antara tiga parti pembangkang menjadi makin kritikal.Bermula kenyataan Nik Aziz yang menempelak Keadilan di Kelantan sehinggalah kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mengatakan Pas menggugat kerjasama politik Barisan Alternatif.Justeru, PKR melalui Anwar Ibrahim mula terasa tersepit ditengah-tengah.

Apa yang lebih memeranjatkan apabila Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa PAS tidak berhasrat menubuhkan negara Islam. Malahan menurut Anwar, PAS dalam tiga tahun kebelakangan ini tidak bercakap ataupun membangkitkan isu ini lagi.

Kenyataan Anwar adalah reaksi kepada kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini yang mengatakan bahawa DAP hanya bersedia bekerjasama dengan PKR sekiranya parti itu memisahkan diri dari PAS.

Persoalan yang timbul disini ialah, benarkah kenyataan Anwar bahawa penubuhan negara Islam tidak lagi menjadi matlamat utama bagi PAS?

Menjawab isu itu, Mursyidul Am PAS mengatakan bahawa kenyataan Anwar adalah tidak benar. Penubuhan negara Islam tetap menjadi dasar dan matlamat PAS. Melayari lamanweb Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, jelas membuktikan bahawa PAS masih belum berganjak dari matlamatnya.

Dalam laman web tersebut, terpapar kenyataan Tuan Guru Datuk Nik Aziz bahawa “PAS sebagai pembangkang adalah sebagai penegur dan penasihat kepada pemerintah. Seandainya kerajaan pemerintah menukar Perlembagaan dengan meletakkan Islam sebagai wadah perjuangan dan perlembagaan negara, PAS tidak akan menentang.
Sebaliknya, PAS akan bekerjasama dan bersatu dengan pemerintah demi kedaulatan dan perlembagaan negara”.

Jelaslah disini persefahaman antara ketiga-tiga parti pembangkang ini berada dalam keadaan kucar-kacir tatkala menjelangnya pilihanraya umum akan datang.Masing-masing punyai agenda tersendiri yang mana matlamat mereka sama iaitu mahu menguasai jajahan demi kepentingan parti.

Jika niat sebegini telah terpampang dimata kita, maka apa guna lagi memilih pucuk pimpinan yang tidak sependapat malah saling iri hati antara satu sama lain?

Pakatan pembangkang selama ini ternyata ‘hangat-hangat tahi ayam’.Apakah mereka lupa bahawa rakyat tidak pernah lupa?

Rakyat umum masih ingat bahawa PAS, PKR dan DAP pernah suatu masa dahulu menganggotai pakatan Barisan Alternatif (BA). Namun, pengundi, khususnya pengundi Cina, tidak menyokong tindakan DAP bekerjasama dengan PAS. Ini jelas terbukti apabila dalam pilihanraya umum 1999, isu penubuhan negara Islam yang diwarwarkan oleh PAS dikatakan penyumbang kepada kemerosotan undi dan kekalahan kerusi DAP di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pada tahun 2001, DAP keluar dari BA kerana tidak lagi sehaluan dan sependapat dengan matlamat PAS. Peristiwa 911 di Amerika Syarikat dan pengisytiharan unilateral Malaysia sebagai negara Islam oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mempercepatkan lagi keputusan DAP untuk keluar dari BA.

Dalam pilihanraya umum 2004, giliran PAS pula untuk melihat kemerosotan undi dan kerusi-kerusi di Parlimen dan DUN. Jika pada 1999, PAS boleh menawan Terengganu, tetapi dalam pilihanraya umum 2004 lain pula musibah yang melanda PAS. Rakyat Terengganu kembali memberi mandat memerintah kepada Barisan Nasional (BN). Di Kedah dan Kelantan, PAS hilang kerusi kerusi yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 1999.

Pilihanraya 1999 dan 2004 menunjukkan bahawa masyarakat bukan Melayu masih belum bersedia dan enggan berkompromi mengenai isu negara Islam. Ekoran peristiwa DAP keluar daripada BA dan juga kemerosotan undi dan prestasi PAS dalam pilihanraya 2004, mula dilihat PAS melembutkan isu negara Islam. PAS tidak lagi cuba menonjolkan dan mendepankan isu negara Islam. Anwar, PKR dan PAS tahu betapa pentingnya undi pengundi Cina, memandangkan ambang pilihanraya sudahpun kelihatan.

Kemelut politik negara pada masa ini juga sekali lagi memberi peluang untuk PAS mengulangi kegemilangan 1999. Pengundi pengundi Cina sekali lagi akan menjadi penentu. Tambahan pula, dengan pengundi-pengundi India, ada kemungkinan ketidakpuasan masyarakat India mungkin ditunjukkan melalui peti undi. Dalam keadaan sedemikian dan lebih-lebih lagi untuk memikat pengundi Cina, PAS nampaknya tidak lagi mendepankan matlamat sebenar PAS.

Cita-cita dan niat sebenar PAS kini tersirat dan terpendam. Sebenarnya, tidak apa yang salah berpegang teguh pada cita-cita dan matlamat. Sekurang kurangnya PAS jujur dan ikhlas dengan niat dan matlamatnya. Tetapi realiti politik negara adalah berbeza. Negara Islam masih tidak boleh diterima orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Malahan hari ini ramai terkejut dengan pengakuan PAS bahawa PAS dan Umno kebelakangan ini sering mengadakan perjumpaan membincangkan isu berkaitan Melayu dan Islam. Justeru itu, walaupun isu negara Islam menjadi duri dalam daging untuk PKR, suka atau tidak suka, PKR terpaksa reda dan akur dengan tindak-tanduk dan matlamat PAS.

Paling kurang dengan tidak menyatakan penentangan terhadap matlamat PAS secara terbuka. PKR dan PAS perlu memperakui realiti Malaysia. Empat puluh peratus rakyat Malaysia adalah rakyat bukan Melayu dan bukan Islam. Oleh yang demikian, biarpun diyakini janji setinggi langit, orang bukan Melayu dan bukan Islam tetap tidak sama sekali akan menyokong, mahupun sanggup menerima matlamat PAS, PKR mahupun DAP.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sekarang bukan BA lagi..sakarang da tukar jd PR...kenapa tukar dari BA jd PR?

1 fakta menarik..
kerana mereka tak nak keluar propaganda dan provok yang menggunakan slogan mereka..

KATAKAN TAK NAK PADA BAbi
Setiap Undi membawa BAbi