MERDEKA!!

MERDEKA!!

Ahad, 27 Januari 2008

Tun Seru Tolak Pemimpin Ganas/Tak Beretika

Tun Seru Agar Ditolak Pemimpin Ganas dan Tidak Beretika.

Oleh:ANAKomak

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohammad menasihatkan kepada semua pengundi khususnya dalam memilih pemimpin agar tidak tersalah percaturan dalam memilih tampok pemerintahan yang adil dan berdaya maju.

Apa yang dimaksudkan oleh Tun adalah lebih tepat lagi gambarannya dalam kenyataan sinis yang dibuat beliau terhadap kredibilti para pemimpin pembangkang khususnya Anwar Ibrahim. Cara dan kaedah Anwar yang gilakan jawatan Perdana Menteri dapat dilihat oleh semua tatkala beliau mencetuskan pelbagai konspirasi seperti rusuhan, hasutan dan penipuan dalam usaha meracuni fikiran rakyat agar memilihnya sebagai pemimpin baru dalam negara.

Sebagai bekas pemimpin yang pernah menguasai negara selama 22 tahun, Tun berkata seseorang pemimpin wajar mempunyai corak dan kualiti kepimpinan.Dalam sidang akhbar lalu, beliau turut menggariskan tujuh kualiti yang perlu ada pada setiap pemimpin, antaranya;

i.Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.

iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

Tun Dr. M juga menyeru agar masyarakat menolak sepenuhnya kredibiliti Anwar yang tidak beretika dan ganas dalam mencapai cita-cita sebagai pemimpin besar dalam negara.Ini termasuklah dengan menolak dan tidak menyertai mana-mana pertubuhan yang boleh meruntuhkan keamanan negara.

Bekas perdana menteri itu turut berkata sesiapa yang mahu menjadi pemimpin sepatutnya cuba memiliki kualiti yang betul dan boleh di contohi walaupun ia tidak semestinya berjaya menjadi pemimpin negara.

"Cara bagaimana beliau mengendalikan kegagalannya akan menunjukkan sama ada beliau benar-benar memiliki kualiti berkenaan," katanya pada persidangan mahasiswa di Putrajaya, semalam.

Dr Mahathir berkata: "Mungkin terdapat 1,000 orang di Malaysia yang memiliki kualiti kepimpinan yang baik tetapi mereka tidak berjaya hanya kerana keadaan tidak memihak kepada mereka," katanya.

Beliau berkata seorang pemimpin perlu sedar dengan keperluan dan kehendak orang ramai, menilai mereka dan memberi panduan yang betul kepada mereka dan merancang serta melaksanakan objektif berkenaan bersama-sama pengikutnya dengan jayanya.

"Kepimpinan yang baik jelas amat penting. Kita jarang dapat mengenal pasti pemimpin yang baik dari awal bagi membolehkan kita membuat pilihan yang betul. Rakyat Jerman yang memilih Hitler tidak tahu beliau akan menjadi pemimpin jenis macamana.

"Sebaliknya, pemimpin yang akhirnya muncul sebagai pemimpin yang baik menghadapi banyak kesulitan dalam memenangi sokongan rakyat pada awalnya. Malahan Nabi (Muhammad s.a.w) dibaling dengan batu oleh penduduk Taif ketika baginda mula menyebarkan ajaran agama Islam," katanya.

Kesimpulannya disini, bagi membentuk negara yang adil dan berdaya maju maka wajarlah kiranya kita memilih pemimpin yang tergolong dalam tujuh ciri-ciri di atas dan tidak salah jika kita mengikut petua dan nasihat dari orang yang terdahulu merasa apa ertinya pemimpin itu.

Tiada ulasan: