MERDEKA!!

MERDEKA!!

Sabtu, 1 Disember 2007

TUDUHAN HINDRAF CABAR KAUM MELAYU?


TUDUHAN HINDRAF CABAR KAUM MELAYU?




ANAKomak menulis,

Kumpulan Hindu Right Action Force (Hindraf) telah membuat dakwaan melampau, tidak masuk akal dan berniat tidak baik apabila menuduh kerajaan Malaysia mengamalkan pembersihan etnik minoriti di negara ini.

Isu ini telah membuatkan Perdana Menteri marah dan memberi amaran kepada Hindraf agar menarik balik tuduhan tersebut sebelum tindakan diambil.

“Saya rasa marah sebenarnya, saya jarang rasa marah tetapi ini tindakan yang tidak boleh dilayan sama sekali.

“Apakah wujud pembersihan etnik di sini? Betulkah ada pembersihan etnik? Ini adalah satu pembohongan yang ada niat tidak baik. Pembohongan seperti ini akan menimbulkan kemarahan (rakyat),” tegas Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang ternyata marah dengan tuduhan itu menegaskan, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mereka yang menghasut dan membuat pembohongan yang boleh menggugat perpaduan kaum.

Menurut Abdullah, dakwaan yang dibuat Hindraf termasuk kononnya kerajaan berada di belakang kumpulan ekstremis yang memusnahkan kuil Hindu di Kampung Jawa, Pulau Pinang pada 15 November lalu merupakan satu pembohongan besar.

Menurut beliau, ia seolah-olah menyamakan Malaysia dengan pembersihan etnik yang berlaku di negara Bosnia oleh pihak Serbia beberapa tahun lalu.

“Mereka hendak wang untuk baiki kuil mereka, saya bantu sebab kita menghormati agama lain, dan mereka bukan bermusuh dengan kita, mereka duduk bersama-sama bermufakat dengan elok dan bekerjasama, ini yang telah berlaku," demikian ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sehubungan itu, Perdana Menteri memberi amaran bahawa, tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang hendak "menangguk di air keroh" tidak boleh dibiarkan kerana negara mempunyai undang-undang dan perlembagaan yang mana semua pihak perlu mematuhinya dan tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap sesiapa yang melakukan kesalahan.

Beliau menegaskan perkara itu sebagai melahirkan rasa kesal dan kecewa beliau terdahadap Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah perbuatan yang melampau.

"50 tahun kita merdeka, tidak pernah kita ada apa-apapun hingga tidak ada berbalahan dengan orang India, orang India telah memainkan peranan mereka menjadi penyokong kuat kepada kerajaan Malaysia dan Barisan Nasional, tentu sekali mereka tahu kerajaan bersikap adil dan saksama," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak pernah meminggirkan mereka dalam apa juga pembangunan yang berlaku di negara ini.

Perdana Menteri tidak mahu rakyat terutamanya kaum India membenarkan diri mereka diperdayakan dengan dakwaan kumpulan berkenaan dan begitu juga kaum lain diharap tidak akan menunjukkan apa-apa simpati kepada kumpulan itu.

"Adakah ini yang kita cari? Di Malaysia tidak ada masalah antara Islam dan Hindu, tidak pernah berlaku, tidak ada pergaduhan di sini, mengapa perkara seperti ini ditimbulkan?, tentu apa yang dilakukan ini adalah berbau perkauman dan tujuan untuk memporak-perandakan keamanan dan kesejahteraan rakyat kita.”

"Jadi saya harap rakyat Malaysia akan membuat penilaian dengan kenyataan seperti ini (oleh Hindraf) terutama sekali bagi kaum India yang diheret oleh kumpulan ini, diperdayakan oleh kumpulan ini," katanya.

Kejadian di Kampung Jawa itu tidak pernah berlaku, dan Abdullah berkata, ia merupakan satu cubaan hendak memperdayakan kaum India yang telah bersama-sama hidup aman dengan kaum lain dan membantu kerajaan membangun dan memakmurkan negara ini.

“Di Malaysia tak pernah berlaku perbalahan antara orang Islam dengan penganut agama Hindu. Mengapa hal ini ditimbulkan? Tentu sekali ia berbau perkauman dan mahu menggugat kestabilan perpaduan kaum dan gugat kepercayaan orang India kepada kerajaan, UMNO dan Melayu.

“Ini perbuatan yang tidak dapat kita terima dalam apa bentuk sekalipun. Ini adalah perbuatan yang terkutuk. Satu pembohongan! tohmahan yang tidak ada asas sama sekali,” kata Perdana Menteri.

Ditanya adakah kerajaan bercadang untuk melucutkan kewarganegaraan anggota Hindraf, beliau menyerahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, melakukan demontrasi jalanan kononnya untuk membuat perubahan dan tuntutan adalah cara yang tidak betul termasuk apa yang telah dilakukan oleh kumpulan yang bergelar "BERSIH" mengenai pilihan raya, bulan lepas.

Pada pilihan raya akan datang, beliau berkata Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan untuk menggunakan dakwat khas dan peti undi lutsinar bagi memastikan ketelusan.

"Tong peti undi yang lutsinar, semua orang tahu bila bawa ada kertas undi di dalamnya. Begitu juga untuk undi pos, orang lain pun boleh datang tengok, apa yang dilakukan semasa undi pos, semua nak periksa seolah tak percaya pada siapa pun, mereka sahaja perlu dipercayai," katanya.

Perdana Menteri berkata kalau kerajaan Malaysia penipu, sudah lama ia diketepikan kerana rakyat bukan bodoh dan tidak boleh diperbodohkan.

"Kita terus memerintah, 50 tahun (merdeka) menjadikan negara kita ini berjaya, ekonomi kita meningkat, mengikut maklumat statistik yang muktahir sekali ekonomi naik 67 peratus, semua penunjuk kepada arah kita maju dan ekonomi kita bertambah baik," katanya.

Abdullah yang mengakui masih ada kelemahan dan ada kerja yang belum dilaksanakan oleh kerajaan berkata: "mana ada pemimpin dalam dunia kata aku telah buat segala-galanya, semuanya sudah sempurna, tidak ada yang miskin, tidak ada yang melarat, tidak ada memerlukan bantuan?" jelas beliau.

Beliau juga berkata pembangunan adalah proses yang mengambil masa yang lama dengan memberikan contoh dasar pembasmian kemiskinan yang dimulakan sejak wujudnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan masih dilaksanakan sehingga hari ini.

Justeru Perdana Menteri berharap rakyat tidak dipengaruhi oleh anasir-anasir yang sengaja mahu melihat perpecahan dalam Negara.

Sebagai rakyat yang sayangkan keamanan, kita harus peka agar maruah tanahair tercinta tidak tergadai oleh mereka yang zalim.
Sumber: Utusan.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Utusan tu UMNO punya.

Tanpa Nama berkata...

Hindaf bukan saja mencabar melayu, tapi seluruh rakyat Malaysia, dengan membawa aduan kepada Queen? Kenapa tidak Yang Dipertuan Agong? secara tidak langsung mereka menghina ketua negara M'sia. Mereka juga ingin menjadikan perlembagaan Null & Void, gila apa?!!! Orang macam ini patut di bunuh!!!!

Tanpa Nama berkata...

macam butoh je blog nih...