MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 28 November 2007

PAS malu dengan ‘gelombang kuning’


Pas malu dengan ‘gelombang kuning’
Oleh: ANAKomak

Baru-baru ini selepas Bersih membuat onar di Ibukota 10 November lalu, Pas yang diperhambakan oleh PKR menyahut seruan Bersih untuk terus menyemarakkan kembali hari yang kononnya dianggap sejarah oleh orang-orang Pas.

Gelombang kuning- itulah nama yang diberikan untuk hari perhimpunan haram Bersih lalu. Warna kuning dijadikan simbol menunjukkan bantahan terhadap tindakan SPR dan kerajaan selama ini.

Semangat menyuarakan bantahan dan tuntutan supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melaksanakan pilihan raya yang telus bukan setakat pada hari bersejarah itu, tetapi terus dituntut setiap hari. Namun, umpama pahat dengan penukul..kalau diketuk baru bergerak. Samalah dengan orang-orang Pas ini rupa-rupanya hanya tahu bercakap tapi habuk pun tiada.

Tersenyum sendiri saya apabila membaca artikel yang terdapat di laman web harakahdaily.net yang bertajuk ‘mana lanjutan gelombang kuning?’.

Tentunya penulis tersebut ahli Pas kerana dari penulisan beliau jelas menggambarkan beliau penyokong Pas yang cukup setia.Tak mengapalah, itu hak masing-masing memilih parti.Tetapi saya berpendapat penulis meluahkan kekesalan beliau terhadap anggota dan ahli-ahli Pas sendiri yang tidak menunjukkan semangat perjuangan dalam parti.Saya ambil contoh tulisan dari artikel tersebut;

“…Ketika saya membuat tinjauan di Klang, saya memakai baju dan tudung kuning manakala suami saya pula memakai kemeja T kuning.
Ketika tinjuan itu saya bertemu beberapa pimpinan PAS di peringkat cawangan, kawasan dan negeri.

Di sepanjang perjalanan menuju Klang, saya terfikir sudah tentu semua pimpinan yang akan saya temui memakai baju kuning atau tudung kuning.
Bagaimanapun, tanggapan saya meleset. Sebaliknya, saya terkejut apabila pimpinan Muslimat negeri bertanya, “hari Sabtu kena pakai baju kuning ke?”

Dalam program itu juga, saya lihat tidak ada seorang pun pimpinan PAS di peringkat kawasan dan negeri yang memakai baju kuning.
Suami saya meluahkan kekesalannya. "Macam mana rakyat hendak mencontohi pimpinan PAS, jika pimpinan sendiri pun tidak berpakaian kuning.”
Jika cadangan di peringkat Pusat tidak disambut oleh pimpinan di peringkat cawangan, kawasan dan negeri bagaimana pula sambutan ahli dan penyokong perhimpunan tersebut?

Sehari saya berada di Klang hanya terserempak dengan tiga lelaki yang memakai kemeja T kuning. Seorang menunggang motosikal, seorang memandu lori dan seorang pula ditemui ketika berada di salah sebuah masjid di Klang..”



Lihatlah…kalau ahli sendiri sudah merungut dengan karenah pemimpin Pas, apatah lagi kekuatan parti itu?
Ternyata gelombang kuning yang dilaungkan ‘indah khabar dari rupa’.Cerita diatas juga membuatkan saya ketawa kerana hanya tiga orang sahaja yang memakai baju kuning mengikut tema Bersih, Itupun belum tentu lagi baju yang dipakai baju bersih kerana baju ‘DIGI’ pun kuning juga? Nyata, perhimpunan Bersih juga adalah gagal.

Kini, kita ingin tahu apakah lanjutan daripada perhimpunan dan perarakan raksaksa pada 10 November lalu? Apakah ahli dan penyokong Bersih hanya mendesak SPR dan kerajaan pada 10 November itu terlaksana apa yang di hajatkan?

Sedarkah mereka, bagaimana hendak meneruskan bantahan terhadap kerajaan dan SPR jika orang-orang Pas sendiri tidak berusaha berpakaian warna kuning pada setiap hari Sabtu?
Nampaknya cadangan daripada AJK PAS Pusat itu disambut hambar oleh ahli, penyokong dan rakyat Malaysia yang menyertai perhimpunan 10 November lalu. Tidak perlulah membazir waktu dengan perkara-perkara merugikan sebegini.

Jelas, apa yang diusahakan pembangkang dan Bersih itu hanya ‘hangat-hangat tahi ayam’.
SPR tidak akan mengubal sesuatu pindaan tanpa ada sebab.Ini bersesuaian dengan kenyataan pengerusi SPR sendiri yang memaklumkan setiap kali pilihanraya, SPR akan sentiasa mengawasi perjalanan pilihanraya dilakukan dengan telus, adil dan berkualiti.

Apa yang berlaku kebelakangan ini merugikan masa dan tenaga sahaja.Oleh itu, kita harus tolak segala pendekatan sia-sia anjuran pembangkang kerana kelak memusnahkan agama, bangsa dan negara.




layari: http:/www.kpmu.net

Tiada ulasan: