MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 5 Disember 2007



Pembangkang Seru Boikot Media, Satu Taktik!

Oleh: KEPUKpadi@yahoo.com
Dalam sebulan sahaja lagi menyaksikan penutupnya bagi tahun 2007 dan akan menyusul pula tahun 2008.Maka tentunya tahun itu nanti akan menjadi tahun yang ‘panas’ bagi seluruh orang-orang politik di tanahair ini.

Apa yang dikatakan ’Panas’ adalah kerana tahun itu nanti merupakan tahun bagi seluruh rakyat Malaysia menjalankan kewajipan sebagai rakyat dalam menentukan pucuk pimpinan yang bakal menerajui negara.

Biarpun belum ada tanda-tanda tarikh pilihanraya, seluruh negara khususnya K.Lumpur kini telah bergolak dengan peristiwa rusuhan dan agenda-agenda politik kotor oleh pihak pembangkang.

Dari isu perebutan kuasa dan politik, skandal klip video, tuntutan SPR dan yang terbaru isu Hindraf yang berbaur perkauman.

Sejak akhir-akhir ini pembangkang dari Barisan Alternatif (PKR,PAS,DAP) sudah menimbulkan berbagai-bagai propaganda terhadap kerajaan.Antaranya tuduhan-tuduhan melampau yang langsung tidak masuk akal.Tujuan mereka hanya satu, melemahkan semangat Barisan Nasional.

Kebanyakan laporan dan isu yang timbul bertujuan menjatuhkan kerajaan khususnya UMNO bagi mencapai impian mereka(BA) memenangi kerusi dalam pilihanraya.

Lihat sahaja sekarang ini heboh tentang isu rusuhan yang di panjang-panjangkan dengan bermacam cerita yang cuba ditokok tambah oleh pembangkang.

Masing-masing melobi diri dengan kenyataan yang membabi-buta.Niat dihati pembangkang hanya satu, mohon rakyat undi mereka di pilihanraya nanti.Tarikh pilihanraya belum ada tanda-tandanya untuk tahun ini.

Jelas, ketakutan pembangkang menghadapi jentera BN menyebabkan pembangkang menyerang dengan pelbagai taktik kotor politik mereka malah sanggup mengaitkan dengan isu perkauman.Usaha terbaru pembangkang kini adalah berkempen memboikot media kerajaan.

Gerakan Anti Salah Maklumat (Gasak) satu pertubuhan bukan kerajaan menuduh dan mendesak agar media yang melakukan jenayah pembohongan kepada rakyat menghentikan penyebaran salah maklumat sama ada melalui media cetak mahupun elektronik.

Penubuhan Gasak adalah sebagai kesinambungan kempen Boikot Media ketika era reformasi pemecatan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Gasak ditubuhkan oleh pembangkang yang di pengerusikan oleh Khalid Jaafar(PKR) mempunyai motif yang tersembunyi dalam penubuhannya.

Gasak menjadikan peristiwa dua perhimpunan itu sebagai bersejarah. Perhimpunan anjuran Bersih dan Hindraf adalah contoh bagi membuktikan pembangkang yang ada sebuah parti yang penuh dengan keganasan dan ‘kuku tajam’.

Jelasnya disini, Gasak ditubuhkan oleh pembangkang kerana risau kalau-kalau rahsia dan penyelewengan parti-parti pembangkang terbongkar di mata rakyat.

Tuduhan Gasak tidak mengandungi fakta yang jelas bagi menidakkan kebenaran yang cuba dibentangkan oleh media.Sebenarnya Gasak lupa bahawa selama ini media di bawah naungan pembangkanglah yang lebih banyak mengandungi fitnah dan hasutan.

Fakta dari segi fitnah, umpatan dan laporan berat sebelah yang secara tidak langsung menggambarkan sikap mereka yang tidak bertanggungjawab serta melanggar prinsip kebebasan media dan kewartawanan, kesannya lebih membahayakan kepada masyarakat dan generasi muda. Dakwaan Gasak tidak tepat sama sekali terhadap media kerajaan yang bebas bersuara demi manfaat semua.

Objektif sebenar media perdana mengutamakan keperluan rakyat untuk mengetahui mengenai kebenaran yang terjadi dalam sesuatu peristiwa itu dapat disampaikan secara sahih dan memenuhi etika kewartawanan.

Tetapi jauh berbeza dengan apa yang disampaikan oleh media pembangkang yang sering bercanggah dengan kejadian sebenar.Ini jelas digambarkan sendiri oleh mereka dengan beberapa siri rusuhan dan reformasi.

Kononnya antara objektif utama penubuhan Gasak adalah kerana keprihatinan terhadap laporan pihak media perdana dalam perhimpunan Bersih dan Hindraf yang lalu, tetapi tujuan penubuhannya adalah semata-mata mengeruhkan lagi suasana.

Biar apapun, kita sedia maklum bahawa penubuhan Gasak adalah bersifat sementara memandangkan senario politik tanahair kini yang mendekati pilihan raya umum.
Demi mendapatkan cerita dan peristiwa yang benar, tepat dan berinformasi kita harus menolak kewujudan Gasak dan sekaligus kita memboikot Gasak habis-habisan.

Tiada ulasan: