MERDEKA!!

MERDEKA!!

Rabu, 12 Disember 2007

Mana Bersih Lagi..Masuk Parlimen pun guna taktik kotor...!!






MANA BERSIH LAGI...MASUK PARLIMEN PUN GUNA TAKTIK KOTOR..!!!

Oleh:ANAKomak

Berita penahanan lima aktivis Bersih telah diketahui umum apabila kelima-lima mereka itu ditahan di lobi Parlimen selasa lalu.Penahanan mereka dibuat setelah pihak polis membuat sekatan diseluruh jalan menuju ke Parlimen dan sekeliling bangunan parlimen.

Ketika itu, ramai pihak yang menduga bahawa memorandum yang ingin diserahkan oleh pihak Bersih mungkin akan dilakukan oleh para ahli Parlimen pembangkang sendiri untuk diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Namun sangkaan itu ternyata meleset kerana sehinggalah kelima-lima aktivis Bersih itu berada bersama Presiden Keadilan, Datin Sri Wan Azizah dan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang lain untuk membuat sidang akhbar pada sebelah tengaharinya.

Persoalan yang timbul adalah, bagaimana kelima-lima aktivis yang terdiri daripada Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng itu boleh ‘terlepas’ masuk ke dalam bangunan Parlimen?

Sedangkan semua tahu, pihak polis dan anggota keselamatan sedang berkawal ketat di luar bangunan Parlimen disamping notis dari Mahkamah yang tidak membenarkan sebarang jenis perhimpunan disekitar Parlimen waima poster.

Maka, setelah diselidik, rupa-rupanya mereka masuk melalui ‘orang dalam’ dengan menjadi tetamu kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub dan Wan Azizah sendiri.

Perkara ini disedari apabila pihak polis menahan Mustafa, Yap Swee Seng dan tiga yang lain apabila mereka hendak keluar dari Parlimen. Kesemua mereka ditahan dan didakwa kerana menyalahguna kebenaran memasuki bangunan Parlimen.

Ternyata Mustafa Ali dan aktivis Bersih yang lain telah melanggari prosedur keluar masuk Parlimen dengan niat tertentu dengan menjadikan Parlimen sebagai tempat berlindung dan bersembunyi.

Penahanan mereka juga turut berdasarkan tujuan sebenar mereka ke Parlimen yang meragukan walaupun mempunyai kebenaran masuk yang sah kerana mereka bukanlah ahli Parlimen? Bagaimanapun, kesemua yang ditahan dilepaskan semula setelah siasatan dibuat selama dua jam.

Menurut undang-undang dan prosedur Parlimen, sesiapapun tidak dibenarkan menjadikan Parlimen sebagai tempat berlindung setelah melakukan kesalahan, tidak kira samada menjadi tetamu atau sebaliknya.Pihak yang melakukan kesalahan tidak boleh menggunakan Parlimen untuk mengelak daripada dikenakan tindakan atau ditahan.

Persoalan lain pula mula timbul apabila ada yang bertanya boleh ke tidak boleh masuk ke Parlimen kerana notis Mahkamah sudah memerintahkan larangan memasuki bangunan Parlimen bahkan telah dilekatkan di luar bangunan Parlimen?

Ketegangan sedikit berlaku apabila ahli Parlimen pembangkang, Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan polis.Pertikaian mula tercetus dimana mengikut fahaman pembangkang, Parlimen adalah kawasan larangan dan terkecuali dari tindakan pihak berkuasa?

Namun hal ini di jelaskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat bahawa pihak berkuasa berhak memasuki bangunan Parlimen sekiranya terdapat gangguan dan bertindak menahan sesorang itu jika membabitkan soal keselamatan dan mengganggu persidangan.

Pertikaian mengenainya masih dipanjangkan oleh Lim Kit Siang dengan memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia bagi memohon deklarasi bahawa perintah yang dikeluarkan oleh Majistret Azniza Ali yang membenarkan permohonan polis menghalang satu perhimpunan di perkarangan Parlimen adalah batal, tidak sah dan tidak mempunyai kesan.


Dalam pernyataan tuntutannya, beliau mendakwa perintah ‘ex-parte’ yang diperoleh oleh polis daripada Majistret Kuala Lumpur itu pada 10 Disember bagi menghalang perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih, tidak jelas maksudnya.

Mengulas lanjut mengenai kejadian kekecohan di Parlimen selasa lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, umumnya telah mengetahui bahawa Dewan Rakyat akan membuat pindaan berhubung dengan had umur keanggotaan SPR dan ramai yang tahu akan ada usaha dari pihak pembangkang untuk membantah dan mengganggu perjalanan Sidang Dewan Rakyat.


“Umum mengetahui kita akan membuat pindaan hari ini (selasa), dan ada kumpulan yang menamakan diri mereka daripada ‘Bersih’ tetapi kepala mereka tidak bersih, hati mereka tidak bersih dan perangai pun tidak Bersih telah menganjur perhimpunan haram di luar bangunan Parlimen,” Katanya.

Bertindak di atas maklumat polis melalui maklumat risikan, polis mendapati sudah ada penyusupan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab ke Parlimen maka menjadi tanggungjawab polis mengambil tindakan untuk mencegah dariapda huru hara di dalam dewan.




Tiada ulasan: