MERDEKA!!

MERDEKA!!

Isnin, 10 Disember 2007

Untuk Cari Dalang Bersih, 14 Orang Kuat Ditahan.



Untuk Cari Dalang Bersih, 14 Orang Kuat Ditahan.
Oleh:ANAKomak

Padah engkar dengan amaran dan undang-undang negara, akhirnya dua orang kuat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Mohamad Sabu (PAS) dan Tian Chua (PKR) telah ditahan pihak berkuasa, sebulan selepas perhimpunan depan Istana Negara yang dianjurnya.

Mohamad Sabu yang juga Naib Presiden PAS ditahan di Tambun ,Ipoh semasa dalam perjalanan pulang dari menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya sekitar jam 3 petang. Sementara Tian Chua, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat pula ditahan di luar pejabat Suaram di Johor Bharu pada jam 5 petang dan kemudiannya dibawa ke Kuala Lumpur

Selain Mat Sabu dan Tian Chua, 12 orang lagi turut ditahan sama. Mereka ditahan dibeberapa tempat berasingan dan difahamkan rata-rata mereka yang ditahan itu telah terlibat secara langsung dalam perhimpunan Bersih pada 10 November itu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim memberitahu penahanan itu adalah untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan anjuran Bersih 10 november lalu berikutan mengadakan perhimpunan tanpa permit yang sah.
Main Helah ketika ditahan..

Ketika ditahan, Mat Sabu bagaimanapun dikatakan telah meminta kebenaran untuk menghantar keluarganya di Kepala Batas sebelum dibawa ke Bukit Aman.

Dengan tertangkapnya Mat Sabu, Tian Chua dan 12 orang kuat Bersih itu, pihak polis percaya akan dapat mengenal pasti perangcang dan dalang sebenar disebalik perhimpunan haram 10 nov tersebut..

Difahamkan, Bersih akan sekali lagi akan mengadakan perhimpunan yang kononnya untuk menghantar memorandum kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan alasan untuk membantah cadangan pindaan perlembagaan untuk melanjutkan had umur bagi jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dari 65 sekarang kepada 66 tahun.

PAS menyeru bertindak?

Tidak puas hati dengan tindakan undang-undang yang diambil ke atas kedua orang kuat parti, maka Ketua Pemuda dan Ketua Penerangan PAS menyeru agar semua ahli dan penyokong PAS mengiringi Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan Keadilan, Tian Chua serta rakan-rakan lain yang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta pagi ini.

Tidak cukup dengan itu, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub pula menyeru kepada semua pihak supaya menghantar sebanyak-banyak mesej pesanan ringkas (SMS) kepada saudara-mara dan rakan-rakan bagi memastikan kehadiran masing-masing untuk mengiringi mereka yang akan didakwa itu.

Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar pula menyeru semua ahli dan penyokong berkumpul seawal mungkin di mahkamah Jalan Duta dengan memakai t-shirt Bersih atau sekurang-kurangnya baju kuning.

Mohamad Sabu, Tia Chua dan lain-lain ditahan kerana dipercayai mendalangi perhimpunan haram 10 November lalu yang kononnya menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Tiada ulasan: